Monday, September 13, 2010

30 hari cinta di sini

jika cintamu pada Ramadhan,

Ramadhan telah pergi

jika cintamu pada Tuhan

Tuhan sentiasa di sini

Sunday, September 5, 2010

khabar dari bumi Christchurch

Aishah peruntukkan masa lima minit untuk tulis post yang ini.

Semalaman sakit perut.
Kerisauan sejak petang semalam.
Bukan untuk lagi dua kertas peperiksaan esok.
Tapi mengenangkan kalau-kalau saya tergolong dalam mereka yang 'kufur nikmat'

Seorang adik yang amat disayang sedang diuji bersama teman-teman lain di kota Christchurch, New Zealand.
Allah goncangkan bumiNya bagi memberi peringatan. Hikmah di bulan kemuliaan.


untuk yang faham bahasa geologi: ini


Syahirah,
jika ditakdirkan syahid. Itulah yang telah tertulis untuk hambaNya kan dik? Semoga kita semua diberi pengakhiran yang baik. Dik, kalau tak sempat jumpa awak, macam mana nak cobet-cobet pipi?

;p

Insya'Allah, takdir Allah itu takkan datang cepat atau terlewat walau sesaat.

Mohon doa kalian, buat bakal teman syurga di bumi yang sedang gempa.

Istimewa buat Syahirah sayang, Al-Fatihah.


"Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

(Al Qur'an, 27:88)

(baca)

Sepanjang malam bersama kamu, bertambah cinta la dik :)



ok, tak capai target lima minit.


Bukanlah jauh jarak bumi yang memisahkan manusia. Hanya hati yang enggan mencinta.



Ya Allah, sesungguhnya aku amat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku (28:24)


.

Thursday, September 2, 2010

tentang bulan


bulan siang/senja oleh cik sapphire aka natalie portman (ngeh)




minta maaf,lupa la curi gambar ni dari mana.


err..bulan siang. separuh. oleh nazri
ha. ini pun oleh naz
:)
(kamu tembak bulan sebab aishah suka kan? kan??)


*****

sebelum ini bulan mengiring perjalanan pergi.
hari ini dan seterusnya, ia menyambut perjalanan pulang.

bulan, tak segankah ia satu dunia merenung?



*****

bulan.

Malam ini bulan terang. Angin malam pun mulai memanas, tidak seperti musim dingin sebelumnya. Ketika itu erti malam adalah seksa menahan sejuk hingga tulang sum-sum.

Malam ini bulan penuh. Tiada gumpalan awan yang melindung. Bebas bulan di atas sana, menghias pawana meluas. Tidak seperti di tanah air, jarang sekali langit tidak dihias bungaan awan.

Malam ini bulan istimewa. Membawa salam dari nusantara. Saat hembusan angin suam mencium pipi. Aku mengerti. Masih ada yang menyayangi diri ini.

Doakan aku disini. Kukirim kembali salam pada bulan membawa ke sana sebentar lagi.

Jauh dari sini.

....Jauh.

Tapi dekat sangat di hati.



*****
entry ini cuma cuba menghargai. teman-teman yang berkarya dengan bulan. manalah tahu jika esok sudah tidak ada buat saya meminjam cinta mereka. jadi ini sebagai kenang-kenangan.





Wednesday, September 1, 2010

Diari Cinta Humaira (hilang kiraan). Malam Merdeka di KLCC.

Selesai sahaja urusan janjinya di lapangan terbang KLIA, Humaira menuju lebuhraya. Entah bila masanya hujan turun renyai. Bersama rasa tenang di hati Humaira. Terlintas puisi jiwa di hati, dicapainya pen di dalam beg, dicarinya buku conteng. Sambil memandu. Bahaya. Buku contengnya tak jumpa, seperti biasa dikeluarkan mana-mana kertas resit di dompetnya.

Dalam gegar kereta dilantunkan jalanraya,dia menulis:

"Walau seribu tahun
akan aku tunggu.
Walau seribu kali
akan aku berjanji

jika kau menoleh kali ini
mungkin benar telah dicatat Ilahi.
Jika tiada ruang lagi
aku akan pergi.
Dan terus menanti.

cuma buat masa ini,
hati enggan dicemari

Jadi pergilah
jadi biarlah."


Humaira tidak sabar mahu bertemu Nor, si gadis mata bundar yang hilang bundarnya bila tersenyum nampak gigi. Lama sungguh tak berjumpa. Mereka sudah berjanji, mahu menyambut malam merdeka di KLCC. Tersilap memilih jalan ke Lembah Klang pun hatinya tak resah, jiwanya tak sabar mahu lepaskan rindu kali terakhir mereka bertemu entahkan berapa bulan dulu, di Kuala Kubu Baru, menempu arus deras sungainya yang putih jernih bersama.

Sesampai di rumahnya si Nor, berpelukan mereka melepaskan rindu.

"Ok, tak sabar nak dengar cerita awak, tapi kita mandi dulu jom. Siap-siap cepat"

Mereka bersiap-siap, berhias untuk dilihat cantik di mata Tuhan. Cuba menutup mana yang bisa menggoda, cuba menjauhi panasnya neraka. Humaira memandu ke stesyen Putra Kelana Jaya. Tidak rajin mereka mahu memandu di waktu petang sebegini ke KLCC. Masing-masing juga sudah rindu dengan bau tren yang tak menentu masanya itu. Dibeli roti dan air untuk berbuka, mungkin tidak sempat sampai pada masanya. Rancak mereka bersembang berdua, si Nor asyik merenung mata Humaira sepanjang perjalanan.

Azan maghrib diumumkan oleh si gadis LRT, dicapai air masing-masing buat menyegerakan berbuka puasa. Yang lain-lain di dalam koc hanya Bukan Islam yang ramainya. Ada dua tiga lelaki Islam (rasanya) yang ada. Seorang sedang asyik membaca naskah Qurannya sambil berdiri. Seorang sedang merenung ke luar tingkap dengan plastik berisi ondeh-ondeh tersangkut di jari. Seorang lagi cuma berdiri diam, tak ada yang berani duduk di kerusi kosong sebelah Humaira. Mahu saja disuakan roti pada mereka agar dapat berbuka, tapi bila Humaira senyum mahu menghulururkan roti, mereka masih belum memandang dan menundukkan pandangan. Oh, mungkin tak nampak Humaira tersenyum di sebalik niqab. Si Nor pula terus-terusan bersembang mencipta ceria. Munghilangkan rindu di hati Humaira.

Sesampai di stesyen KLCC, Nor dan Humaira berjalan pantas menuju destinasi. Mengabaikan pemandangan kurang enak di kiri kanan, juga bayang 'Jualan Mega' dari depan dan belakang. Mereka ada urusan dengan Tuhan. Solat Maghrib yang masih terhutang. Malam bercinta dengan Tuhan di hujung Ramadhan. Sampai di Masjid As-Syakirin. Semuanya kelihatan berseri-seri. Manusia di dalamnya, lampu-lampunya, lantai masjidnya, tiang serinya, kanak-kanaknya. Ramai yang sudah selesai berbuka. Dan baru ketahuan yang si Humaira tidak boleh solat. Dianugerahkan cuti oleh Allah. Bukan sedikit duka di hatinya, dipujuk-pujuk dengan istighfar. Tuhan pasti lebih tahu akan aturanNya.

Humaira menanti Nor menyelesaikan solatnya di ruang legar masjid, diambil nasi dan minuman. Ada sekumpulan manusia di kirinya, kelihatan meriah tetapi satu bunyi pun tak kedegaran dari mereka. Humaira cuba perhatikan lebih lama. Allah! baru dia perasan, mereka berbahasa isyarat tangan. Terasa mahu pecah jantungnya menahan sebak di dada.

Mereka ini tuli ya Allah
tidak engkau berikan nikmat pendengaran
Mereka tidak bisa mendengar sejak lahir
lalu tak bisa berbicara
wajah mereka, ya Allah...tidak sedikit pun gundah dan gusar
laju saja tangan mereka bergerak mengisyaratkan gurau senda
berhimpun mereka memeriahkan rumah Allah
sedang ramai yang sempurna di luar sana,
sedang selesa mengira berapa titik air pancut yang ada di tasik KLCC
sedang aku juga selalu leka
dengan nikmat mendengar dan bertutur yang Engkau beri

ampuni kami Ya Allah~


Nor selesai solat, Sama-sama mereka menikmati juadah berbuka. Bersimpuh di tepi tiang masjid.

"Cepatlah..tak sabar ak tengok macam mana awak makan..."
"Nor...!!"

"Awak uzur pulak..teman kita qiam. Takpe ke?"
"Habis..takkan nak suruh kita patah balik sorang. Duduk sini tolong sapu lantai masjid pun ok kot. Takpe,kita memang niat nak teman awak"
"Ok,awak tolong makcik tu nanti ya..."

*gelak*

Solat Isya' dan terawih bermula. Penuh segenap ruang masjid. Golongan berusia hingga anak-anak kecil. Ada si ibu yang tidak dapat berjemaah dek anak yang meragam. Tentu Tuhan sudah menghitung baginya sejumlah kebaikan. Ada anak kecil yang lari-lari kesukaan lalu dimarahi dengan garang, tentu Rasulullah sedih dengan kasarnya umatnya kini. Ada wanita arab yang mazhabnya berbeza, solatnya lain cara. Namun tetap merapat safnya bersama-sama. Suara Imam menghanyutkan Humaira. Dalam senggugut yang mula menyerang, rasa seperti jiwanya kebasahan. Disirami ayat-ayat Tuhan.

Terawih diakhiri dengan witir dan kemudiannya tazkirah oleh Imam Muda Astro. Humairah cuma ingat pesanannya tentang pencarian Lailatul Qadar. Selesai itu semua bermoreh. Sesak juga ruang masjid dengan orang ramai. Gembira hati Humaira bukan kepalang. Dinikmatinya baik-baik susana persaudaraan Islam. Berkongsi bubur kacang dan sepotong roti bersama Nor. Di sebelah mereka, kumpulan manusia yang istimewa tadi duduk berkumpul. 'Melihat' tazkirah dari seorang lagi Imam Muda yang entah siapa namanya. Laju tangan si penterjemah menyampaikan isi tazkirah. Sekali lagi hatinya mahu menangis.

Cembeng kau Humaira!


Mata masing-masing sudah tak tertahan. Mata yang mengantuk! bukan tuan punya badan (alasan). Dicari elok ruang untuk meluruskan badan. Ada seorang wanita berusia yang sibuk dari tadi memberi arahan dan peringatan. Teringat pada warden di asrama zaman sekolahnya. Comel!

"Yang muda-muda tidur di tingkat atas ya!!...tolong ya!!"

Nor dan Humaira cuma tersenyum dan sedar diri. Masih muda kita kan? Mereka bukan mahu benar-benar lena, cuma merehatkan badan seketika. Rindu sungguh zaman berqiam beramai-ramai. Qiam berjadual. Bangun yang dipaksa oleh bunyi hon Honda mata bulat milik ustaz hensem di sekolah. Kalaulah zaman itu dia sudah mengenal dan mencari Tuhan. Sayu mengenang zaman silam.

Saat detik dua belas malam dan negaranya menyambut kemerdekaan, mereka sudah hanyut dibuai lena. Mengumpul tenaga mahu berjaga malam. Tidur yang berpahala. Itulah sebenarnya Merdeka. Bebas dirinya melaksanakan hak Tuhan. Tidak hanyut dengan penipuan.

Entah bila masa berlalu, dikejutkan oleh bunyi penggera masa. Dari telefon bimbit masing-masing yang setia mengejutkan tuannya. Oh, dan suara 'warden' tadi yang bersemangat.

"Bangun...bangun...!! cari Lailatul Qadar!!!"
"Bangun...! dah jam tiga!"

Terpisat-pisat masing-masing menonyoh mata. Bangun tidur keranaNya. Apa lagi yang lebih indah? Anak-anak kecil yang masih lena dialihkan penuh lembut ke ruang belakang masjid. Bermula Solat malam berjemaah di pagi merdeka. Teresak-esak suara imam mengetuai solat sunat tasbih. Gigih warga tua menahan lutut yang menggigil. Keras hati yang muda mahu membangunkan cinta mereka.

Siapa tadi yang sibuk mengatakan "Melayu mudah lupa?" mempersoalkan integriti bangsa tanpa mencari punca hanyut mereka. Nah, ini melayu yang ada. Sibuk kami menurut perintah, sedang negara sudah lama dibebas penjajah. Islam telah lama memerdekakan jiwa umatnya. Siapa lagi yang berani berkata kami mudah lupa? manusia itu menuntut kasih sayang, bukan penghakiman.

Di tanah Melayu ini, jika kau berusaha keras mencari kebaikan, kau akan jumpa di melata segenap pelusuknya. Tapi jika kau sibuk mencari kejahatan manusia, itulah yang kau akan ketemukan di depat mata. Bayi merah berdarah merata-rata.

Subuhnya disudahi dengan kuliah oleh entahkan siapa namanya. Menceritakan detik di Gaza. Dan betapa hanya Subuh jemaah yang bisa meruntuhkan tembok yang dibina manusia. Diceritakan bagaimana Solat Subuh berjemaah, yang rapat safnya bisa memenangkan tentera Islam Badar. Lalu diajaknya segenap jemaah, berdiri dan berikrar bersama. Untuk membangunkan usaha yang kecil tapi bermakna "Gerakan Subuh" namanya. Ikrarnya dimulakan taubat dan istighfar, diawali syahadah dan selawat. Bikin hati bergetar dan lutut melonglai. Mengenangkan dengan siapa dibuat perjanjian. Berjanji untuk mengajak ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat seluruhnya. Untuk memenuhi masjid dari seawal Subuh bersama.

Yang wanita, solat kita lebih baik di rumah. Relakan suami dan anak lelaki keluar berjemaah. Paksakan mereka gigih ke masjid sana, menunaikan kewajipan dan menegakkan cinta pada Allah dan RasulNya. Insya'Allah akan sama bahagian ganjaranNya untuk kamu, yang dengan rela melepaskan para lelaki keluar. Tanpa rindu dan cemburu membabi buta


Pagi itu, bahagianya sukar terungkap dengan kata. Berjalan memaut bahu Nor dan Humaira ke stesyen LRT. Menuju pulang ke destinasi. Meneruskan perjuangan seorang perempuan mahu menjadi Bidadari. terindah di syruga nanti.

Udara sejuk.
Matahari mesra.
Awan malu-malu.
Angin sepoi bahasa.

Malam merdeka yang indah. Subuh yang menggegar jiwa. Waktu Dhuha yang membelai cinta.

Terima kasih ya Allah~

Dan sekali lagi hujan membasahi bumi cintaNya


*****

Sungguh. Dia akan tunggu. Walau seribu tahun berlalu.

haih~janji manusia.




Nota kuliah:

hukum wanita beriktikaf di masjid'
sila baca ok? :)




perempuan

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi

FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed