Thursday, December 30, 2010

harapan itu bak bintang

Assalamualaikum dan senyum paling manis buat semua,
ini saya kongsikan, antara entry pertama di blog ini dahulu (sebelum semuanya disimpan di draft)

usah simpulkan harapan

andai belum terlihat kenyataan

jangan biarkan bunganya mekar

andai mentari pun belum tentu menyinar

biarkan saja anginnya lalu

jika tidak terusik di hati

biarkan saja ombak menghempas ke pantai

kerna pantai pun masih sunyi

jangan dinanti terbit mentari

jika tak mampu celikkan mata

jangan digusar masa berlalu

jika hati pun belum pasti

biarkan saja bumi berputar

biarkan saja suria menyinar

biarkan saja ombak menderu

gurun nan gersang pasti kan ribut

tanah nan subur bisa kemarau

hati nan sunyi pasti suatu masa

disapa lembut..dibawa pergi

kerna, harapan itu bak bintang

adakala bersinar terang

jika tak nampak,pasti sembunyi..



tulisan ini tentang harapan.
saya tuliskan sewaktu di tingkatan 4. semasa menduduki peperiksaan. kertas Pendidikan Syariah Islamiah.oh, tabiat saya sampai sekarang memang: menulis sewaktu menjawab periksa. pernah terjumpa dek ustazah kerna saya tuliskan di belakang kertas jawapan.

dua rangkap pertama,

usah simpulkan harapan
andai belum terlihat kenyataan

dari seorang teman. lelaki. saya baca di atas mejanya saat kami menyelongkar kelas sebelah mencari "bahan bukti"

si kawan yang lelaki ini, hatinya luka dek "dipermainkan" teman paling rapat saya. ah, cinta di zaman sekolah. entahkan cinta atau tidak.dia kecewa sungguh. sampai menulis surat pada saya, mengadu kesedihan. dan di dalam surat, saya bicara tentang bintang. aduhai.

jadi saya menulis yang ini. suara membacanya patut suara seorang lelaki, lelaki yang cuba memujuk diri sendiri. lelaki yang cuba meyakinkan diri sendiri, bahawa yang dinamakan harapan itu, sentiasa ada, walau kita tak nampak sekarang, sungguh bintang itu cuma sembunyi di balik awan.

zaman sekolah memang zaman saya gilakan bintang. hingga saya gunakan nama: twinkle star. dan nama untuk ym saya, err tak perlu beritahu.

sekarang saya curang, dan gilakan bulan.

bahasa tulisan di atas memang boleh dikatakan entah-apa-apa, tapi tulisan ini mahal sungguh buat saya, kertas contengan itu masih disimpan. zaman sekolah saya tidak membaca buku bahasa melayu. berkiblatkan tulisan Inggeris selalu.
dan si kawan lelaki itu, rupanya masih ingat puisi yang ini. (kamu tolong jangan baca blog saya ya orang di Aussie)

hah, panjang menghuraikan.tak pernah dibuat orang.

cuma saya mahu menyampaikan:diberi atau tidak dengan harapan, kita sendiri harus yakin dengan kemungkinan.tempuhi saja malam yang tanpa bintang, dan siapa tahu hari esok langitmu akan begitunya cerah dengan segala sinar terang bintang dan bulan.

kerna kita tahu mereka selalu ada, cuma segan-segan menunujukkan rupa.

oh, ya. dan kalau kamu mahu mengerti sebagai: jangan suka berikan harapan pada orang andai tak mampu, silakan.

Wednesday, December 29, 2010

berTuah menjejak Jebat,

sehinggakan Puteri Hang Li Po pulang semula ke China pun, tak saya ketemu.

Dan saya akhirnya memutuskan, tetap Tun Fatimah paling satria antara semua. Oh, tidak lupa sama Tun Teja.







tanya: berapa ramai "Jebat" di antara kita?





yang baik hati,
Tun Aishah Nur Hakim
hatinya tertinggal di persisiran pantai Melaka.

Tuesday, December 28, 2010

membina runtuhan


Andai roboh Kota Melaka,
papan di Jawa hamba dirikan.
Andai benar bagai dikata;
jiwa dan raga hamba serahkan


awak tahu betapa jauhnya Melaka dan Jawa sebelum ada kapal terbang dan Air Asia?
awak tahu betapa tingginya kualiti papan di Jawa?

awak tahu betapa kalau di zaman pantun ini dicipta, mahu ke Jawa itu pun sudah berputih tulang.

kepada tuan yang mencipta pantun ini, salam hormat hamba persembahkan. eceh.
tapi saya rasa belum ada kesanggupan saya nak berkorban begitu sekali.
jiwa dan raga saudara! bagaimana mungkin kita persiakan.

mungkin, barangkali. buat orang tersayang (?)
semoga kita kenal, siapa yang layak menerima sebegitu besar pengorbanan, dan siapa yang tidak patut walau sekejap berada dalam pandangan.


oh, saya pun ada pantun.

Andai roboh kota Melaka,
papan di Jawa patik dirikan.
Andai roboh empangan di jiwa dibina;
air di sungai jiwa patik lepaskanalirkan.


ok sungguh tidak sedap bunyinya pantun kamu Aishah
Andai runtuh kubu dibina,
askar di hutan patik kerahkan
Andai benar bagai dikata
setulus doa patik panjatkan?

err, kepada takdirNya kita serahkan?

baik, menyerah kalah. tak ada bakat berpantun.



Monday, December 27, 2010

gadaikanlah persahabatan...

awak ingat waktu awak menangis dalam kereta?
awak mengadu semuanya?

waktu itu saya janji, tak akan biarkan awak kena macam tu lagi.

tapi saya lupa,
perancangan Allah lagi hebat kan?
kan kakak?
syaitan pulak bukan main rancak.


isk, saya sedih okeh. saya nak sms awak pun dah hilang semua no fon.
semalam dalam kelas, saya bagi surat kat awak.
macam saya selalu buat di zaman sekolah.
tapi kenapa awak tak balas kakak?

kita dah janji kan? kalau ini alatnya nak bagi syaitan menang? kita akan sama-sama pertahankan

kalau ini caranya Allah nak uji keikhlasan kita bertautan, semoga kita luluslah dengan cemerlang.






boleh tak kamu bagi penjelasan kakak? saya sungguh tak selesa punya rasa kurang senang. tambahan lagi dengan perempuan. saya janji, itu kali terakhir saya akan dengar tentang rumah tangga orang. serik. cuma menjadi pendengar, tapi akhirnya saya terlibat sama. bukan kali pertama. entahkan mampu jiwa saya menanggung lagi.


kak, kalau ini permintaan si lelaki kekasih hati belahan jiwa akak, saya mohon, akak hormat dan patuhkan dia. di mana lagi tempat seorang isteri kan? dengan rela, saya menjauh.
tapi kalau ini permainan syaitan nak putuskan ukhwah kita, saya tak rela.
kalau ini ujian Allah nak cekalkan hati kita, jom cuba lagi sehabis daya!



kali ini, saya mohon maaf. sekali lagi.
cuma beritahu, di mana silapnya?
kan kita sudah mencuba?





...demi rumahtangga yang kembali aman


jangan sesekali gadaikan sahabat, demi seorang ajnabi. yang belum tentu akan jadi suami/ isteri. percayalah.

angan-angan, sama sahaja seperti kamu di zaman kanak-kanak. semua nampak seperti begitu realiti.

tadi di sekolah, belajar fizikal. ha, fizikal untuk pendidikan awal kanak-kanak.

dalam kelas fizikal ni, memang tiap-tiap minggu jantung kami jadi laju. dan gerakan kardiovaskular yang aktif berlaku membuatkan kami menjalankan gaya hidup yang sihat. tiap-tiap minggu, main bola, main riben gimrama, buat formasi persembahan, guling-guling, lumba bawa gelung, lompat-lompat, panjat badan kawan. kesimpulannya tinggal terjun bangunan je tak buat.

tapi hari ni, kami belajar pergerakan kreatif. (buka kamus nak cari "creative movements" tau.fuhh)

cikgu bagi arahan untuk pergerakan bebas, sambil saya layan jiwang sedih tak dapat ikut umi ke pantai perasaan yang entah apa-apa, cikgu cakap:

"ok sekarang guna hujung jari...ikut...ke depan...ke belakang....."
"jadi angin..."
"jalan atas pasir..."
"bayangkan awak tepi pantai..."

(dah mula nak sedih-sedih dah)

"berpusing..."

"tangan kiri pegang bakul"
"petik bunga di taman..."
sambil perasan jadi snow white
"sekarang petik buah..."


"ok..sekarang jadi pokok...ditiup angin...gerakkan badannnnn, lembut lagi..."
"ok, angin kencang!"

(semua jadi macam orang gila)

"ok, sekarang awak lari di tepi pantai..."
sambil lari-lari anak ala drama melayu
(cikgu jangan sebut pantai lagi boleh takkkkk...huk) dalam hati

"sedang lari awak jumpa peti"
buat muka terkejut
"buka peti..."
"ok tengok apa di dalammmmm..."

"ada anak patung!"
"tiba-tiba anak patung menangis..."
serius seram
"ok, awak dodoikan dia...ke atas, ke tepi...dodoi lagi sampai dia diam"

"ok, awak belai dia...dodoiiii"

bahagian ni, dah terus nangis macam tengok drama hindustan.




"ok, letak balik anak dalam peti..."

apakah???

serius dah rasa macam betul-betul ada anak kat tangan


serius!!!




pastu cikgu cakap,

"awak kenapa?"


sengih je la




*siapa tak faham apa aishah cerita takpe, sekian.

Sunday, December 26, 2010

kalau kamu tahu cuma ada satu hari untuk kamu hidup,

kamu akan pilih untuk ke sekolah, belajar;

atau ikut berkelah bersama keluarga?










ok, tata. nak ke kelas. umi, ayah adik-adik: selamat berpiknik :)

Saturday, December 25, 2010

sembilan nyawa

tujuh nafas

tiga cinta

satu jiwa





.
bukan utuk dipilih

kadangkala aku katakan pada diri sendiri:



tolong. kali ini, jangan jadi perempuan

Friday, December 24, 2010

dapat 23 A :)

Fatihahtul Hanan, 8A. Fatihahtul Husna, 6A PMR 2010
Sekolah Tun Fatimah, Johor




Wardahtul Mutmainnah, 5A UPSR 2010
Sekolah Kebangsaan Puteri, Seremban




8A+6A+5A=19A

yang lagi 4 A tu datang dari mana pulak? keputusan Aishah semester lepas. suka hati aishah la nak campur sekali kan? ngee. kepada subjek yang aishah dapat B+ tu, saya dendam dengan awak.

23 A ini, kerana Allah, untuk Umi, Umi, Umi dan Ayah. semoga.

Alhamdulillah :)

Tahniah ya adik-adik ateh sayang!
hidup kalian, masih jauh dihadapan. langkahlah, satu persatu, perlahan, hati-hati. kalau jatuh, ateh yakin kamu mampu bangun sendiri. sandarkan segala pada Allah ya?


p/s:
semalam bertautan hati sama cik blog konkrit dan cik risalah gharamiyah. bahagia sungguh! Terima kasih ya Allah



yang benar,
Cik Aishah Rapunzel
PMR 2001, 7A
(ehemmm, Bahasa Arab dan Geografi tak A. agak sadis)

Thursday, December 23, 2010

wasiat

ya,
sepatutnya saya sudah tidur.
supaya boleh bangun awal pagi nanti.
iyalah.
nak didik hati, kenalah bangun waktu orang tidur. dan harap orang lain pun bangun sekali.

sebenarnya dah merancang mahu tulis hal lain di entry ini,
tapi sedang cuba guling-guling tadi, sambil pejam mata, terus terbayangkan mati.

Allah hai,
kalau mati waktu tidur nanti macam mana?
kalau Allah tarik nikmat nyawa malam ini macam mana? huk, dahlah umi tak ada di rumah ni.

ok jap, nak sms umi yang sedang di perantauan johor.

ish.
sebenarnya sambil ingat mati tadi, boleh pula teringat blog.
dan insan-insan yang Allah hantar pada saya melalui blog ini.
tadi baru lepas deactivate akaun fesbuk.

apa kaitan mati dan blog?
kaitannya:
ramai juga yang saya kenal melalui blog ini, alhamdulillah.
lebih ramai yang membawa kebaikan dari membawa mudarat.
malah antara nikmat yang sungguh saya syukur, adalah mereka-meraka yang cuma punya nama dan tulisan tanpa wajah ini, yang menjadi tiang-tiang kekuatan pada diri. dan menjadi saksi sedikit dari perjalanan saya yang ini.

(dah banyak kali fikir tak mahu ada sebut nama sendiri di blog, tapi bila taip, mesti tertulis "aishah" jugak)

awak perasan tak betapa Allah pelihara wanita, dalam al-Quran, hanya nama Ibunda Maryam si gadis suci sahaja yang pernah disebut.

ok, berbalik pada mati.

sebenarnya, kalau jumpa kucing tak bernyawa pun saya sebut 'kucing meninggal'. tapi sebab mahu dramatik, aishah guna: mati.

kalau saya mati malam ni, ada sembilan entry sahaja (termasuk yang ini) untuk dikenang oleh keluarga, teman-teman dan orang-orang pelik yang lain. sembilan entry yang entah apa-apa.

kalau dah sibuk ingat mati, patutnya pergilah sarung telekung tu sekarang kan? sengal punya aishah. aishah nak kata, meninggal itu seronok! kerana hanya selepas tidak bernyawa baru kita melalui jalan seterusnya untuk menemui Tuhan kan?

kenapa tajuknya wasiat?
sebab aishah nak tinggalkan password blog ini pada seseorang.
dalam draft di dashboard blogger nanti, boleh baca semula semua entry lama yang sudah saya simpan. bukan untuk dikenangtangiskan. tapi untuk dicari-cari kekuatan, kalau-kalau ada tulisan yang boleh membantu awak menghadapi kenyataan, bahawa saya sudah dijemput Tuhan.

apakah gilanya mahu tulis password sendiri di sini?

wardah, adik ateh.
lepas awak balik dari johor, kalau kita tak sempat jumpa, (ateh minta maaf sangat-sangat okeh. ateh cinta awak. oh dan terima kasih tolong ambil sarapan untuk ateh di hotel pagi tadi dan seronoknya menyelusuri sungai melaka dengan awak tadi!)
ini, ateh tuliskan password semua akaun blog, fesbuk dan email ateh. dalam diari coklat. eh tak, dalam diari baru yang bunga-bunga tu. ateh letak antara buku sekolah dengan kamus dewan. awak cari ya? awak buka la blog ateh, kalau-kalau nak baca. yang diari lain-lain kat atas meja tu, ateh benarkan jugak.






doakan tidak ada satu pun tulisan yang datang menuntut keadilan pada saya di hadapan Tuahn nanti ya kawan-kawan.

kalian juga, aishah mohon maaf sungguh.

entah siapalah saya di mata hati kalian untuk dikenang. entah bagaimana rupa saya pada gambaran fikiran kalian, entah bagaimana sebutan nama saya di bibir kalian.

entah siapalah saya di sisi Tuhan.




kalau saya tahu bila saya mati, takkan la saya cuma mahu wasiatkan kata laluan blog saya?




jadi tolong doakan agar lebih kesempatan diberi pada kita ya? bagi meninggalkan amal yang bisa diwariskan, amal yang bisa membela kita di Hari Kebenaran.


dan tulisan, andai saya mati, malam ini. semoga yang pernah terucap, tidak terbuku menjadi nanah di dalam hati.

saya sudah buat keputusan: untuk berani mendaki.




selamat berbahagialah semua,
dah ngantuk sangat ni.

assalamualaikum.






eh, kalau aishah dah tak ada, janganlah sedih sangat. hidup mesti terus kan?


jumpa di syurga!, semoga~



Tuesday, December 21, 2010

langit hampir senja

takutgerun aku mendongak ke langit
segan aku merenung awan

apakah sakit yang lebih dalam,
dari mengenang khilaf semalam?

kaki tak jejak ke bumi
jantung terbang melayang
hati resah tak sembunyi
mata menakung air nasuha kekesalan
tergenang; tunggu berkerdip cuma
lalu pecah segala jendela
tersungkur; mengharap cuma
maghrifah dari Nya

Duhai Tuhanku Maha Kuasa,

Benarkan hamba merenung awan,
dengan syukur tak terhingga;
bahu kiri yang lebih ringan bebannya.





higga tak ada lagi, yakin digugah duga bertimpa.

Sunday, December 19, 2010

bagaimana jika saya tidak mahu mendaki?



kerana serasa dari tempat saya berdiri, udaranya paling indah pernah saya nikmati


.

Saturday, December 18, 2010

memakna sempurna

Assalamualaikum, semoga sihat segala jasad dan jiwa.

hik.

Siang tadi, hari yang saya tunggu-tunggu tiba, Alhamdulillah saya dapat anak kembar perempuan hari untuk saya membuat kajian kes bagi subjek pendidikan khas (pendidikan untuk kanak-kanak kurang upaya, bermasalah pembelajaran, cacat dan lain-lain). Seawal pagi saya ke Petaling Jaya. Dari Seremban ke Kuala Lumpur memang tak sampai satu jam. Sesatnya saya mencari jalan ke sekolah baru, berzaman! tak apalah, Allah memang suka uji kesabaran saya, malu bertanya sesat jalan kawan-kawan! tinggal tak ke balai polis je tadi -_-"

Secara khususnya, kajian kes kami hari ini adalah ke atas kanak-kanak autistik. Autism. Kamu tahu kan? Seperti yang di dalam cerita Mercury Rising, atau dalam cerita hindustan yang Amir Khan berlakon tu. Ha! cerita Shah Rukh Khan pun ada! My Name is Khan. Autisma ini bukan penyakit. Sebab kalau sakit, ada ubatnya kan? dan saya tak suka nak senang-sengan kata orang ada 'sakit'. Ia cuma keadaan perkembangan otak yang belum sempurna dan menyebabkan beberapa masalah kepada yang mengalaminya seperti masalah interaksi sosial, masalah bahasa dan komunikasi (paling jelas dan ketara), perilaku dan minat yang terkawal (naksebut rigid) dan berulang (seperti suka goyangkan badan atau tangan).

Selalunya, Autism Spectrum Disorder ini datang dengan pakej ADHD (Attention Deficit Hiperactivity Disorder)-hiperaktif, Mental Retardation, Epilasy (sawan). Mereka cenderung mempunyai tindakbalas yang luar biasa terhadap rangsangan, masalah tidur (bukan kuat tidur macam saya ok), suka mencederakan diri sendiri (bukan mereka tak rasa sakit, tapi tidak bertindakbalas terhadap rasa sakit) bagus kan? kalau putus cinta pun dia tak rasa apa. Dan postur badan serta gerakan fizikal yang canggung. err, dan selalu kita melihat anak-anak autisma sebagai: pelik.


Aishah nak tulis nota subjek Mr Alex ke apa ni Aishah?! maafkanlah.

Oh, Aishah mahu cerita aktiviti kami hari ini. Selepas berkenalan dengan anak-anak baru, kami keluar ke Sunway Pyramid. Nak tahu? kami pergi menonton Rapunzel. Oh comelnya! Sekali lagi menonotn Rapunzel. Bayangkan, bawa lima belas anak-anak istimewa ini ke panggung. Waktu memandu ke Sunway Pyramid, dua orang anak ikut kereta Aishah. Ya ampun...Allah saja yang tahu betapa cemasnya Aishah rasa bila bawa anak orang dalam kereta. Untuk kajian kes, Aishah diberikan seorang anak berumur empat belas tahun. Tinggi, hensem, pakai cermin mata tebal. Kata emaknya, dia cepat marah. Tapi sepanjang dengan Aishah, tak pulak aishah kena pukul atau ditendang. Dia pegang tangan Aishah bila berjalan. Oh, anak aishah ini lelaki. Bangsanya cina. Sebenarnya semua pun Cina. Here, you see beyond skin colors.

Masuk di panggung, 15 minit pertama keadaan masih terkawal, minit-minit seterusnya, pasukan lawan berjaya menggugat pertahanan tuan rumah dengan mengasak keras ke pintu gol. Separuh masa kedua memang pengadil cemas! Anak-anak mula mengeluarkan bunyi, duduknya tak diam lagi, ada yang mahu bangun dan keluar. Anak yang disebelah kiri Aishah entahkan menonton atau tak. Bila dia seperti gelisah, aishah usap-usap belakang badan dia. Dia sejuk mungkin. Tapi sebenarnya perlu berlagak biasa je dengan keadaan luar kawal ni. Penonton lain di dalam panggung, mungkin dah takdir kamu beli tiket sama dengan kami. Anak yang dibawah jagaan Aishah, kesejukan, tapi masih menonton dengan khusyuk. sekali sekala dia buat gestures (apa bahasa melayunya?) yang macam-macam. Aishah pegang tangan dia, lalu dia kembali diam.

Sebenarnya saat paling indah adalah bila kita tahu, mereka ada strangers' anxiety tapi tiba-tiba dia peluk atau pegang tangan kita. Priceless! Sentuhan dengan rasa percaya. Like, we're family.

Teringat buku Jodi Picoult.

Selesai wayang, kami ke tempat makan. perjalanan nak ke tampat makan pun tak kurang seronoknya. Bayangkan mahu buat pemerhatian sambil kena tarik tangan, kena tendang. Ada yang berlari perlu dikejar, ada yang tiba-tiba amuk lalu guling-guling di lantai. Aduhai comel sungguh!

Anak Aishah masih disiplin, cuma dia selalu berjalan terlalu laju dan tidak menunggu kawan-kawan. Sibuk dia tanyakan "when is my mother coming?". Bila diberitahu jam 3, terus dia tengok jam dan kira berapa detik lagi waktunya ibu tiba. Anak Aishah juga pandai menguruskan duit, tahu nilai wang, err...pandai pesan chicken chop dan makan dengan sangat sopan. Tahniah buat ibunya dan cikgu-cikgu yang berjaya didik dia.

Kalau Aishah dianugerahkan Allah dengan anak yang seperti ini, entahkan mampu atau tidak. Doakan nanti Balqis, Maryam, Yusuf, Muhammad dan anak-anak yang lain sihat-sihat hingga dapat diserahkan pada jalannNya lah ya.

Reaksi orang ramai dan penerimaan masyarakat juga merupakan satu isu kritikal dalam pengurusan anak-anak istimewa ini. Haih, merasa pengalaman bersama mereka, dan dipandang, ditenung, ditegur oleh orang sekeliling, buatkan Aishah kagum dan hormat sungguh pada ibu-ibu yang dengan sabar menjaga mendidik mereka. Kalau orang senyum beri sokongan, like a kind smile tu tak apa, ini...aduhai. Atau Aishah yang berburuk sangka? Ok, memang Aishah yang buruk sangka dan paranoid. Ingat surah Al-Hujurat ayat 11-12. Senyum.

Bila berpisah tadi, Aishah yang jadi sedih dan seperti mahu nangis. Memikirkan sudahkah Aishah benar-benar menjadi hamba; yang bersyukur, kamu tahu? Dan, bila lagi mahu jumpa lelaki yang begitu ikhlas mengasih dan percaya, kan?

Nak tercekik pulak mengingatkan kerja sekolah dan laporan perlu disiapkan.

_____________________________________________________________________

Tajuk itu sebenarnya sebab yang terlinta sepanjang hari ini:

"Entahkan merekakah yang cacat, kurang upaya; atau kita yang tak mengerti makna sempurna?"




:)

baik, mahu siapkan kerja sekolah sekarang!

p/s: blog ini akan menjadi semakin bosan.
p/ss: ada banyak tulisan, cuma di draft. tak sampai hati mahu dipublishkan
p/sss: mahu mohon maaf pada seorang teman, aishah memang tak pandai memberi reaksi dalam situasi canggung sebegitu. daripada berkata-kata dan menzahirkan marah kecewa, lebih baik kiranya aishah diam kan?
p/ssss: kebetulan dalam sibuk isu pluralisme sekarang, sesuai masanya aishah membaca semula Tuhan Manusia "Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama". jangan ingat aishah mahu baca surat khabar. "katak di bawah gelas kaca "I am.


akhir kata, selamat buat mereka-mereka yang menghadapi ujian, peperiksaan, atau bakal diuji. dengan apa jua sekalipun.






Thursday, December 16, 2010

bebas bertali





dari blog Tengku Fahmi.

jatuh hati!
yang paling saya tak suka bila selalu menjadi anonimus di blog orang lain adalah, ketika ada orang lain menjadi anonimus juga, lalu si penulis menyangka si anonimus itu adalah saya.


hanya jauhari mengenal manikam

nak jadi misteri lah sangat!

Wednesday, December 15, 2010

aishah dah ada warna kegemaran yang baru!

biru langit

(selepas merah jambu dan putih awan)


awak?
(ya, saya terlalu takut untuk tulis apa-apa di sini)

Monday, December 13, 2010

diari


dah beli!

untuk qurratul aini
cinta hati ibu.

Balqis, Maryam, Yusuf dan Muhammad.
siapa-siapa saja yang Allah hantar dahulu.
bila-bila saja kamu tiba di pangkuan ibu


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa."

(Al-Furqan:74)



(gambar curi dari fesbuk Ustaz Zahazan, saya gila kuliah tafsir beliau di radio ikim)

p/s: kalau awak nak beli, boleh cari di MPH, atau pustakaiman.blogspot


Thursday, December 9, 2010

blog kosong, hati penuh

agar lebih senang mahu mendongak

agar lebih kukuh hati yang menapak

agar lebih gagah jiwa yang melangkah

agar terlihat hikmah segala sejarah



"dan katakanlah (Muhammad) ya Tuhanku, masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku" (Al-Isra':80)










Friday, December 3, 2010

nota dari bulan (?)


terima kasih buat bulan
(ya, juga awan, bintang, hujan dan pelangi. serta alam seisinya)

syukur padaMu Tuhan yang menjadikan
segala yang ada di langit di bumi.
tak tersembunyi walau satu di dalam hati, dari penglihatanMu ilahi Rabbi


aku sungguh hilang kata.


maaf kerana mengusik tenang yang bermukim di jiwa.
maaf buat keliru yang tak ketahuan arahnya.
aku masih si dia yang tak punya apa, tapi terlalu mahu segala.


terima kasih ya Tuhan. terima kasih.


hanya dengan namaMu aku hidup, Ya Wadud.



terima kasih buat bulan,atas jawapan yang disampaikan
terima kasih untukMu ya Tuhan, yang menjadikan.






(yang bawah ni aishah lukis waktu tak dapat tidur, jangan nak gelakkan. aishah rasa cantik dah. siapa tak nampak yang lukisan ni ada rupa macam bulan, maksudnya awak tak comel)












perempuan

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi

FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed