Monday, February 28, 2011

samar bagai pantai, langit, awan, lautan dan ...




dari jauh
garis pemisah
bagai begitu jelas;

antara langit dengan laut
antara laut dengan pantai
antara ombak dengan air
antara air dengan pasir

bila akhirnya kakiku jejak ke pantai
jejariku berulit pasir
kakiku lemas terkena air.

hingga tak jumpa.
mana mula,
mana akhir
(?)




terima kasih ya Allah
Kau sampaikan aku ke sana.


haha! akhirnya saya dapat ke pantai~

terima kasih kamu yang rajin pegang kamera dan ambil gambar. boleh ke tak sebut nama kamu di sini?laju je aishah letak di blog kan kann?




.

Friday, February 25, 2011

que aishah, aishah~

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti"
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
Al-kahfi:23-24



When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me
.


Assalamualaikum warahmatullah semua :)
selamat hari jumaat!!
wah aishah dalam emosi yang cemerlang nampaknya. langit hari ini terlalu cerah dan berseri untuk muram. walaupun terik matahari pagi tadi menyilaukan mata. bagaimana cahaya yang sama pada bulan boleh begitu mesra ya?

oh.
entah untuk kali pertamanya hari ini, saya teringat kisah-kisah orang membaca nasib saya. aduhai, tak pernah pulak saya suka beri tangan pada orang dan ditiliknya untuk dikhabarkan pada saya apa akan jadi esok dan esok. sedangkan horoskop pun saya tak pernah baca, inikan pula tilik-tilik nasib di garis tangan. syirik kecil kan kalau percaya?

cumanya di zaman sekolah dulu ada sorang kawan yang dengan suka-suka mahu lihat tangan semua orang. bila ditarik tangan saya, dia ceritakan:

"aishah jangan percaya deh, anis suko-suko jah baca ni"
"aishah kawen umur 25 kot"
"anak limo"
"hidup aishah happy, ada masalah sikit2 buleh settle"
"suami orang tak jauh sangat kot"
"belum jupo lagi jodoh ni"

ni kata kawan saya paling comel di sekolah uitm dulu. ingat lagi muka manis dia duduk di katil, ambil sengih-sengih. dah nikah pun anis sekarang.

ada jugak yang jenis baca ibu jari, ini waktu sekolah menengah rasanya. namanya muna, dah jadi tentera laut dah pun sekarang. macam manalah kamu bleh join army muna, punyalah lembut kat sekolah.

"suami aishah nama huruf H ni"
bukan ke semua orang punya jari pun ada macam garis huruf H??
aishah marah dia, sebab waktu tu minat pada yang namanya huruh F.
"merepeklah muna!"


pelik ek? semua yang suka baca nasib orang ni baca pasal jodoh memanjang.

oh, ada lagi. tapi kali ni oleh seorang ustaz. agak kurang waras jugak kalau nak suka2 bagi tangan kat ustaz, tapi waktu tu seminar perubatan islam. dia tengok penyakit dari mata dan tapak tangan. aishah pergi teman umi. kata ustaz:

"awak ni kalau sakit mungkin berkaitan masalah perempuan atau tulang belakang"
"tekanan darah rendah kan?"
"banyak stress ya?"
"hidup awak ni banyak untuk orang, sampai makan diri"
"kena banyak minum air"

ha, ustaz ni tak cakap pasal jodoh rasanya.


pernah juga sekali, di rumah seri kenangan seremban. rumah orang-orang tua. ada nek puteh, nek puteh ni sangat cantik. dari wajah dia boleh nampak betapa jelitanya dia masa muda. katanya anak-anak ada, tapi dia tak mahu susahkan anak. sedang sembang-sembang, dia ambil tangan aishah. mula2 dia usap-usap, lepastu diteleknya.

"awak ni kawen dua kali ni"
"yang pertama bukan tak bahagia, tapi yang kedua ni baru kekal"
hik hik hik. dua kali nek? apesal comel sangat? tak bestlah kawen dua kali? dengan sultan brunei mungkin?
"anak dalam 5 orang"
"suka menjahit ke?"
ya Allah, langsunglah tidak nek~

sudahnya aishah bagi lotion dalam beg untuk nek puteh.

sangat tidak wajarlah seorang mukmin mahu percaya segala 'bacaan masa hadapan' ni kan? untuk suka-suka mungkin tak apa.

ha! teringat lagi satu, baru hujung tahun lepas, di perpustakaan sekolah. sorang adik junior menegur.

"kak, kenapa akak pakai macam ni?"
berani jugak budak ni.
lanjut bersembang baru dia tanyakan nama.

"aishah je?"
haah~
"apa maksud aishah ya kak?"

"sebenarnya kan, akka suka sangat nama sendiri, tapi maksudnya pun akka tak pasti. nama isteri nabi kan. lepas tu ustazah akak kat sekolah dulu cakap, maksudnya malam. siapa entah cakap, maksudnya kehidupan. dalam buku nama-nama islam tu kata: yang bahagia"

"oh, hmmm..emmm...saya rasa, hidup akak mest empuluh peratus sedih, enam puluh peratus bahagia kan?"

ha? ek?? mungkin kot?
dan waktu itu saya senyum sesenyumnya di bibir dan hati.
bukankah 40 peratus sedih itu sudah cukup banyak?

"nama awak apa?"

ikhwan.

"ha, awak ni mesti sangat peramah dna senang buat kawan. lepas tu awak ni mesti join ikhwanul muslimin kan?"
hahaha! sengal akak.

mestilah aishah tahu dia peramah, sebab dia berani tegur aishah kan kann?


ke mana hala tuju kamu membebel ni aishah?
oh, berbicara tentang nasib, qada' dan qadar, takdir. tulisan Tuhan buat setiap insan.

bisakah ada kita yang boleh melihat ke hadapan dan membaca 'bukunya' sendiri?
kitab luh mahfuz,
terlalu agung.

aishah bukanlah seorang yang sangat ingin tahu apa yang mungkin terjadi esok, kebanyakan masa, aishah mengenang semalam atau menikmati hari ini. ok, banyak juga bahagian mengenang semalam tu. tak bagus untuk kesihatan.

cumanya, matematiknya mudah kan? kita jalani hidup satu persatu, face life as it is. seize the day kat orang jawa. untuk segala pilihan dan ujian yang datang, dalam membuat keputusan, cukuplah:

"tunjukankanlah kami jalan yang lurus"
berapa kali kita ulang sehari-hari?
andai benar yakin dan percaya. apa pun yang ada nanti malam, esok pagi, lima, sepuluh tahun akan datang, segalanya bisa membahagiakan. dengan izin Tuhan.

kan?

aishah tahu umi adalah seorang yang paling rajin beristikharah.
(untuk kawen dengan ayah, umi mimpi...err, rahsia)

ya, istikharah yang istiqamah pastinya memudahkan segala pilihan.
"baju hijau atau baju merah jambu?"
"terima atau tidak"
"pergi atau tidak"

dan dilaksanakan segala dengan hati yang tenang. sekali lagi dan buat segalanya, cuma dengan izin Tuhan.
kerana ketenangan itu bukanlah suatu destinasi tetapi sebuah perjalanan hati.

kenapa aishah bicara tentang semua ini?
oh, sekejap lagi aishah rasa mahu ke secret recipe. jadinya harap-harap dapat pilih kek paling sedap.



eh, ada Prof Dr HAMKA menulis tentang ini. sudah lupa! bila ingat nanti aishah kongsi ya?

sekarang ke kelas dulu.





Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.





oh, adik yang di bumi christchurch, sudah hampir dua hari kamu senyap. semoga bumi yang gempa tidak menghilangkan jiwa kamu yang gagah
adik yang dalam kembara pulang ke mesir, entah kamu masih di london? semoga semuanya selamat.
adik yang menunggu keputusan spm, semoga tidak meracau-racau di tengah malam. hik!
adik yang di kedah, di johor, aimisyu.
adik yang sedang menghitung soal jodoh, semoga Allah mudahkan urusan kamu.






p/s: siapa tahu lagu que sera sera tu? kita nyanyi sejak kecil kan?




.

Wednesday, February 23, 2011

tiga pagi

anakku sayang,

malam tadi ibu terjaga lagi,
saat terdengar engsel pintu bilikmu berbunyi.

lalu kau diam di bilik air

dalam langkah halusmu di ruang tamu,
juga bisa ibu teka segala gerak laku.

kemudian kau hilang ke dalam kamar sepimu.

anakku sayang,

sekejap lampu bilikmu terpasang,
lalu padam semula.

ibu yakin kau sudah mula berbicara.
berbisik-bisik dengan Yang Maha Mendengar Segala.

duhai,
anaknda sayang,
pingin sekali ibu meninjau.
pingin sekali ibu melihat redup wajahmu

terlalu mahu ibu tahu,
apa agaknya bisik-bisik doamu?
apa agaknya yang kau pinta dari Tuhanmu?


duhai anakku,
dalam samar lampu
kau alunkan lagi nyanyian dari kitab sucimu.

pingin sekali ibu tahu,
surah apa kau pilih malam ini nak?

duhai anakku,
saat belum air matamu jatuh.
ibu sudah tahu
esok pagi selepas subuh
pasti merah matamu,
sembap wajah,
namun berseri dengan cahaya yang entah dari mana.


saat kau terngongoi sendirian di dalam sujudmu
ibu tahu kau bahagia
hingga ibu cemburu nak,
dari mana datangnya segala esak tangismu itu?

sungguh benar kau rindu
(ya nak?)


duhai anakku,
apa kau bangun tiap lewat malam
buat menyampaikan hajat,
memohon taubat,
meminta dimudahkan segala,

atau kau bangun semata-mata kerana bernama hamba?




jadi katakan sayang,
andai tak ada syurga dan neraka;
apa kau sudi juga?

mengorbankan segala tidurmu buat Dia?




andai tak diciptakanNya syurga dan neraka,
apa kau masih sudi menjadi hamba?



malu kan sayang?
andai bersolat hajat
tanpa bertaubat?



dan bila ibu lihat kau sekali lagi tertidur di atas sejadah, cuma mampu ibu juga meminta; agar segala yang kau lafaz dalam doa, diperkenankannya.


selamat malam sayang :)





.

Saturday, February 19, 2011

siapa ya selalu baca blog saya dari russia, arab saudi, jepun, india,


hai!


teringin mahu kenal :)




.

Wednesday, February 16, 2011

transition period

it's the feeling when you finished reading a damn good book.
you cried reading it
you grinned
you smiled
you laughed
you sobbed

people thought you were crazy. crying over a book.

kamu baca buku yang sangat indah tulisannya
kamu rasa seperti kamu hidup di dalam setiap huruf di dalam karyanya


you don't want the story to end
yet you want to know the ending

you wished for a fairytale ending
but you knew better that the author would find pleasure in not doing so

you thought you know how the story would end
but as always, things won't go the way you want them to



on the very last page.
it was like being in a museum
you wanted to capture everything
you wanted to grab everything you can
but you know you are losing it anyways

then you finished reading it.



you put the book down

but the story keeps playing in your head
the good feeling stays
the hatred stays
the ecstasy stays
they lingers

you become numb



you don't ever want to read another book.

kamu takut segala yang indah tentang buku yang itu terlepas dari kamu.
kamu menikmati keindahan setiap helaian kata di buku yang itu

(this piece could have sound better if i wrote it in malay!)

going on,

THEN you come into a bookstore

not intentionally.




and i was really talking about books. no other.
perhaps.
a very very good book.
you feel like killing the author.





*most of my entries did not receive enough thinking time before they were written and being published. nor edited. dan saya selalu terlepas mahu balas komen sehinggalah saya betul2 menghadap blog. jadi, maafkanlah plis.

:)


.

Friday, February 11, 2011

pesan ibu, tentang lelaki





awak nampak tak? ini adalah satu muka surat dari koleksi majalah dewan sastera yang ayah kompilasikan (betul ke guna perkataan tu?). ada segmen "puisi bulan ini" dalam setiap edisi. naskah yang ini, koleksi tahun 70an. bahagaian kegemaran saya selain wawacara dengan saterawan adalah bahagian yang ini. ayah punya koleksi dewan sastera, dewan masyarakat, dan al islam yang bila pertama kali saya jumpa, saya hampir mahu pengsan. memandangkan kamu sedang bicara tentang bahan sastera aishah, might as well you use proper language and tatabahasa? no, takmo tekan huruf besar. mencik. eh, kalau awak perasan, bahagian puisi di majalah dewan sastera ini pun tidak menggunakan huruf besar, editor sama penyakit dengan sayakah?

puisi yang satu ini khususnya, yang tajuknya: satu bicara tentang lelaki dengan tuti, titi & hana. begitu seklai menghantui saya selepas membacanya. sangat-sangat.

satu bicara tentang lelaki dengan tuti, titi & hana

-kerana kalian dilahirkan perempuan, maka kalian
tak bisa lari darinya, bicara ini satu pendekatan cuma,
satu pengenalan sebelum saatnya, manusia yang
bernama
lelaki itu, benar-benar wujud dalam hidupmu-

ia kadangkali
bagai seekor semut hitam
yang mengerumuni gula
dihalau,
ia pergi
& ia datang lagi
tapi pabila kakinya melekat
ia rela mati kerananya

ia kadang kali
bagai seekor kumbang
menyeri dari kuntum ke kuntum
hingga kering madunya
lalu ia terbang
jauh, jauh
meninggal bunga yang terkulai

ia kadang kali
bagai seekor ayam jantan
hidup dipagari betina
anak bertabur di kaki
tapi satu tak terbela

anakku
seorang lelaki
wajahnya bisa berubah
10 kali sesaat
hatinya bisa berputar
lebih pantas dari detik jam.

percayalah
hatimu bisa tenteram
selama ia menyintaimu
hatimu akan gelisah
pabila engkau menyintainya.

-kadang kali, aku rasa berdosa
kerana melahirkanmu perempuan-

nor aini muhammad
ipoh,
november '78.




itu,
ungkapan: "kadang kali aku rasa berdosa kerana melahirkanmu perempuan"

baris itu yang menghantui saya begitu lama. cukup mengganggu.

kerana saat saya membaca, saya sedar yang diri sendiri sudah hampir kepada sifat yang begitu. melabelkan lelaki semua sama, cuba memberitahu setiap perempuan bahawa kamu harus sedaya mungkin menjauhkan diri dari mana-mana lelaki. pernah saya memberi nasihat pandangan pada seseorang bila diadukan kekusutannya saya katakan: awak jangan langsung percaya pada mana-mana lelaki, walaupun dia lulusan al-azhar, walaupun dia imam di masjid universiti, walaupun dia orang hebat dalam dakwah. jangan. (dan bla bla bla)

that piece of advice or whatnot was right for her, for the guy she's referring to. but it was not right for me to say that. it was not right for me to scare the heaven out of her. to make her feel that there is not a single decent man on earth available and can be trusted. i was the one who's disturbed and heartbroken. i was the one who let some idiot stranger took charge of my heart...ok, let's not go there.

saya begitu tergangggu dengan puisi yang ini, kerana saya terfikir: begitukah sekali? begitukah kehancuran yang bisa dibawa oleh seorang lelaki? hingga si ibu merasa berdosa melahirkan seorang perempuan? am i turning into a monster or female chauvinist like those err, feminist human rights activists?

kerana dalam Islam, tidak ada mana-mana kaum yang lebih tinggi atau lebih rendah dipandang dari kamu yang lain. em, boleh rujuk surah an-nisa ayat 1, dan al-ahzab ayat 35.

and it was just so wrong.

for me to feel that way towards man.

so the question is, siapa?
siapa lelaki yang menjadikan penulis puisi ini begitu sekali bimbang akan kewujudan lelaki dalam hidup anak perempuannya?
apa yang telah dia lakukan pada perempuan yang ini, hingga begitu dalam puisi yang indah, dan menggerunkan, dia mengungkapkan rasa berdosa melahirkan perempuan.

well aishah, mungkin kamu dah exaggerate atau terlebih fikir tentang puisi ini. mungkin ini cuma imaginasi dan pemerhatian penulis. mungkin ini cuma mainan kata dari penulis. you are what you read. eh?

and then i read this:






"what a stupid girl you are! you think you matter to him, that you're wanted in his house? you think you're a daughter to him? that he's going to take you in? let me tell you something. a man's heart is a wretched thing, mariam. it isn't like a mother's womb. it won't stretch to make room for you. i'm the only one who loves you. i'm all you have in this world, mariam, and when i'm gone you'll have nothing. you'll have nothing. you are nothing!"


said nina, to her harami daughter, mariam. in the novel "a thosand splendid suns" by khaled hosseini. (kamu sangat patut baca novel yang buat aishah terlepas stesyen bila baca dalam tren ni)


ya ampun, ayat nina pada anaknya mariam sangat menyayat hati saya. it's like, my heart was made from glass and reading that make it broke into pieces. ha, exaggerate lagi aishah! tapi serius, nafas terhenti sewaktu membaca.

bagaimana ya, seorang ibu boleh menanam sebegitu kebencian pada lelaki di dalam benak fikiran seorang anak perempuannya?
bagaimana ya, seorang ibu yang Allah kurniakan kepadanya anugerah seorang anak melalui seorang lelaki bisa kemudian begitu benci kepada lelaki yang pernah bersamanya?


tempoh hari, umi kata "awak kalau dah bla bla bla,orang masuk meminang bla bla bla...awak dah 24 tau"

aishah menjadi bersyukur, sebab seorang umi yang ini masih punya hati mahu fikirkan hakikat anak yang seorang ini boleh menikah. ok abaikan.

tapi ada pernah ditanya seseorang:
"aishah bila nak kawen?"
aishah cuma jawab macam biasa "insya'Allah lepas raya"
dalam hati aishah menjawab: "kawen? for what? so that i would suffer like you?"
teruk kann aishah?

tapi itu dulu.


dulu.

sebelum ada yang mampu mengubah sudut pandang aishah pada yang namanya lelaki.

alhamdulillah. alhamdulillah aishah tidak tersekat di sana. di alam "ahhh bencinya pada lelaki!!"

kerana aishah juga tak mahu menjadi ibu yang berpesan pada balqis, mariam dan adik-adiknya tentang betapa lelaki itu makhluk yang bahaya, rosak dan merosakkan. mudarat dan memudaratkan. aisha tak mahu memberitahu anak-anak aishah bahawa di atas dunia punya begitu banyak sekali kebencian.

aishah tak mahu anak-anak aishah membaca tulisan pathetic aishah tentang seorang perempuan, tentang lelaki dan punya pandangan yang begitu songsang dari keindahan dan keadilan dalam islam.

aishah mahu mariam dan balqis aishah tahu, bahawa seorang lelaki diciptakan buat jalan kita ke syurga sayang, bahawa begitu hebatnya seorang lelaki, kalau tersungkur kita ke dalam api, akan sanggup dia menarik kita keluar darinya. betapa hebatnya makhluk lelaki, di bahu mereka Allah letakkan begitu besar tanggungjawab dan kekuatan. begitu hebatnya lelaki, :)

dan, terima kasih. untuk kamu yang mengubah sisi hati. mengubat jiwa dari membenci. terima kasih tuhan. untuk sebuah pengertian.

untuk awak, yang meluahkan dan menulis begitu sakitnya hati kamu kerana lelaki, begitu parahnya jiwa kamu kerana lelaki, betapa seksanya hidup kamu kerana lelaki, saya cuma mampu mendoakan, agar suatu hari nanti...segala yang kelam bisa terang, segala yang benci menjadi cinta, agar hidup kita di atas dunia menerima hakikat saling memerlukan dan makna kemaafan. perempuan pun, bukan semuanya suci dan mulia. kita sama sedang belajar menjadi manusia.



pesan umi saya tentang lelaki? rahsia!


err, did i just talked too much?





.

Thursday, February 10, 2011

saya nak tanya,

kenapa awak suka berlari?






tak perlu jawab.



.

Tuesday, February 8, 2011

tanggal lima bulan dua


5 febuari,
ada yang menyambut hari lahir (yang ke berapa ya abang KK?)
ada yang sambut ulang tahun (oh plisss)

kami,
mengenang hari terakhir arwah nenek kesayangan bersama kami di sini.

ah,
petang 5 febuari tahun 2003
tak mungkin saya lupa.
pulang dari sekolah
tak dijemput umi.
khabarnya nek yan sudah makin hampir meninggalkan kami

entah apa di fikiran saya sepanjang perjalanan 10 minit ke rumah pusaka tercinta

tiba di rumah, ramai orang.
di samping nenek, umi mengucap "Allah~"
arwah tok Amril membisik "kak..."

yang lain di lihat dengan naskah yaasin
ada yang cuma termenung dan melihat.

aishah keluar dari bilik yang sesak.
mengerjakan asar.
dan hilang punca mahu berbuat apa.
masih dalam tudung putih kain biru,
ambil naskah al-quran hijau
mencari-cari apa harus di baca

jenguk lagi ke bilik nenek
biarlah yang lain bersama nenek

kembali ke sofa di tengah rumah
al-mulk

tak ada air mata.
langsung

hingga saat memandikan nenek.
melihat umi bercakap-cakap dengan tubuh yang sudah tak bernyawa

dimandikan dengan lembut.
buat kali akhir.



________________________________________________

nek,
aishah masih tak boleh lancar menghafal sifir macam nenek
dan
orang lain masak dengdeng tak langsung sesedap air tangan nenek.





nek,
maafkan aishah ya.
untuk tempoh hari.




Tuhan,
jika ada sebarang kebaikan yang kami lakukan
sampaikanlah pahalanya pada nenek
bukan kerana nenek lebih memerlukan
tapi kerana darinya Kau anugerahkan umi
dan darinya Kau mengajarkan aku
menjadi perempuan.


sungguh.



Tuhan,
andai bisa
pinjamkan walau sedikit cuma
ketabahan nenek buat kami
yang masih tak mengerti
bagaimana mahu bersyukur
dengan apa ada
dan masih cuma tahu
mengeluh dan mencari cacat cela manusia.

kerana nenek,
perempuan sempurna
yang tidak pernah mengeji walau seorang manusia
tak pernah bermasam muka walau ditimpa duka

hidupnya berbudi
perginya ditangisi.


:)
nek,
sampai hari ini.
kalau aishah susah hati,
aishah ingat pesan nenek:

"zikir...ya latif, ya latif"
"biar orang buat jahat pada kita, kita jangan buat jahat pada orang"


:')





.

Saturday, February 5, 2011

bagaimana jika saya tidak mahu mendaki? (2)





"awak, kita takut kalau dah sampai ke puncak nanti...kita lupa betapa susahnya kita mendaki"

"ha'ah kan?itulah...awak tulislah kat blog!"

-_-"

"tak romantik la awak ni!"

"haha!"




_________________________________________________________________

kalau kamu enggan mendaki,
tak dapatlah kamu melihat sebegini indah dijadikan bumi.

kalau kamu enggan mendaki,
tak dapatlah kamu melihat;
betapa dari puncak ini,
segala yang kamu lihat begitu besar dan mengganggu di bawah sana
hampir tak ada maknanya dari puncak yang tinggi.





oh, kalau kamu tak mahu mendaki.
rugilah kamu sendiri.






mendaki. i meant, literally.





aishah nur hakim,
24 and still rocking






.

Tuesday, February 1, 2011

ada apa dengan cinta (not)

ada apa ya dengan anak muda hari ini?
aku lihat di serata tempat,
mereka menjulang panji

tak gentar si autokrat durjana atau ancaman jeriji besi.

ada apa ya dengan anak muda hari ini
mengenal dakwah sebaik mengenal Allah
mengenal diri sebelum ke bangku sekolah

ada apa ya dengan kalian?
begitu gagah mengatur langkah
menuntut daulat di bumi sendiri
biar rebah biar berdarah

tak mahu berundur walau selangkah


ada apa ya dengan kalian wahai anak muda?

semoga benar perjuanganmu
semoga ikhlas amarahmu

semoga syurga jualah tujuan dan tempat akhirmu




aduhai anak muda yang berdiri berani di hadapan kereta kebal yang gah
melontar kerikil tanda benci si laknatullah,

siapa ibumu?
siapa ibumu?
siapa ibumu?
siapa ayahmu duhai rijal yang gagah?

ingin sekali aku kenali
ingin sekali aku mengerti

bagaimana kalian begitu teguh melangkah
setiap nafas mengandung suci kalam Allah.

ada apa ya dengan anak muda hari ini?
aku bingung sekali.




katanya ini semua hanya kerna beratnya kalimah;
"laailahaillAllah"




:')








.

perempuan

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi

FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed