ya,
sepatutnya saya sudah tidur.
supaya boleh bangun awal pagi nanti.
iyalah.
nak didik hati, kenalah bangun waktu orang tidur. dan harap orang lain pun bangun sekali.
sebenarnya dah merancang mahu tulis hal lain di entry ini,
tapi sedang cuba guling-guling tadi, sambil pejam mata, terus terbayangkan mati.
Allah hai,
kalau mati waktu tidur nanti macam mana?
kalau Allah tarik nikmat nyawa malam ini macam mana? huk, dahlah umi tak ada di rumah ni.
ok jap, nak sms umi yang sedang di perantauan johor.
ish.
sebenarnya sambil ingat mati tadi, boleh pula teringat blog.
dan insan-insan yang Allah hantar pada saya melalui blog ini.
tadi baru lepas deactivate akaun fesbuk.
apa kaitan mati dan blog?
kaitannya:
ramai juga yang saya kenal melalui blog ini, alhamdulillah.
lebih ramai yang membawa kebaikan dari membawa mudarat.
malah antara nikmat yang sungguh saya syukur, adalah mereka-meraka yang cuma punya nama dan tulisan tanpa wajah ini, yang menjadi tiang-tiang kekuatan pada diri. dan menjadi saksi sedikit dari perjalanan saya yang ini.
(dah banyak kali fikir tak mahu ada sebut nama sendiri di blog, tapi bila taip, mesti tertulis "aishah" jugak)
awak perasan tak betapa Allah pelihara wanita, dalam al-Quran, hanya nama Ibunda Maryam si gadis suci sahaja yang pernah disebut.
ok, berbalik pada mati.
sebenarnya, kalau jumpa kucing tak bernyawa pun saya sebut 'kucing meninggal'. tapi sebab mahu dramatik, aishah guna: mati.
kalau saya mati malam ni, ada sembilan entry sahaja (termasuk yang ini) untuk dikenang oleh keluarga, teman-teman dan orang-orang pelik yang lain. sembilan entry yang entah apa-apa.
kalau dah sibuk ingat mati, patutnya pergilah sarung telekung tu sekarang kan? sengal punya aishah. aishah nak kata, meninggal itu seronok! kerana hanya selepas tidak bernyawa baru kita melalui jalan seterusnya untuk menemui Tuhan kan?
kenapa tajuknya wasiat?
sebab aishah nak tinggalkan password blog ini pada seseorang.
dalam draft di dashboard blogger nanti, boleh baca semula semua entry lama yang sudah saya simpan. bukan untuk dikenangtangiskan. tapi untuk dicari-cari kekuatan, kalau-kalau ada tulisan yang boleh membantu awak menghadapi kenyataan, bahawa saya sudah dijemput Tuhan.
apakah gilanya mahu tulis password sendiri di sini?
wardah, adik ateh.
lepas awak balik dari johor, kalau kita tak sempat jumpa, (ateh minta maaf sangat-sangat okeh. ateh cinta awak. oh dan terima kasih tolong ambil sarapan untuk ateh di hotel pagi tadi dan seronoknya menyelusuri sungai melaka dengan awak tadi!)
ini, ateh tuliskan password semua akaun blog, fesbuk dan email ateh. dalam diari coklat. eh tak, dalam diari baru yang bunga-bunga tu. ateh letak antara buku sekolah dengan kamus dewan. awak cari ya? awak buka la blog ateh, kalau-kalau nak baca. yang diari lain-lain kat atas meja tu, ateh benarkan jugak.
doakan tidak ada satu pun tulisan yang datang menuntut keadilan pada saya di hadapan Tuahn nanti ya kawan-kawan.
kalian juga, aishah mohon maaf sungguh.
entah siapalah saya di mata hati kalian untuk dikenang. entah bagaimana rupa saya pada gambaran fikiran kalian, entah bagaimana sebutan nama saya di bibir kalian.
entah siapalah saya di sisi Tuhan.
kalau saya tahu bila saya mati, takkan la saya cuma mahu wasiatkan kata laluan blog saya?
jadi tolong doakan agar lebih kesempatan diberi pada kita ya? bagi meninggalkan amal yang bisa diwariskan, amal yang bisa membela kita di Hari Kebenaran.
dan tulisan, andai saya mati, malam ini. semoga yang pernah terucap, tidak terbuku menjadi nanah di dalam hati.
saya sudah buat keputusan: untuk berani mendaki.
selamat berbahagialah semua,
dah ngantuk sangat ni.
assalamualaikum.
eh, kalau aishah dah tak ada, janganlah sedih sangat. hidup mesti terus kan?
jumpa di syurga!, semoga~
