Saturday, December 18, 2010

memakna sempurna

Assalamualaikum, semoga sihat segala jasad dan jiwa.

hik.

Siang tadi, hari yang saya tunggu-tunggu tiba, Alhamdulillah saya dapat anak kembar perempuan hari untuk saya membuat kajian kes bagi subjek pendidikan khas (pendidikan untuk kanak-kanak kurang upaya, bermasalah pembelajaran, cacat dan lain-lain). Seawal pagi saya ke Petaling Jaya. Dari Seremban ke Kuala Lumpur memang tak sampai satu jam. Sesatnya saya mencari jalan ke sekolah baru, berzaman! tak apalah, Allah memang suka uji kesabaran saya, malu bertanya sesat jalan kawan-kawan! tinggal tak ke balai polis je tadi -_-"

Secara khususnya, kajian kes kami hari ini adalah ke atas kanak-kanak autistik. Autism. Kamu tahu kan? Seperti yang di dalam cerita Mercury Rising, atau dalam cerita hindustan yang Amir Khan berlakon tu. Ha! cerita Shah Rukh Khan pun ada! My Name is Khan. Autisma ini bukan penyakit. Sebab kalau sakit, ada ubatnya kan? dan saya tak suka nak senang-sengan kata orang ada 'sakit'. Ia cuma keadaan perkembangan otak yang belum sempurna dan menyebabkan beberapa masalah kepada yang mengalaminya seperti masalah interaksi sosial, masalah bahasa dan komunikasi (paling jelas dan ketara), perilaku dan minat yang terkawal (naksebut rigid) dan berulang (seperti suka goyangkan badan atau tangan).

Selalunya, Autism Spectrum Disorder ini datang dengan pakej ADHD (Attention Deficit Hiperactivity Disorder)-hiperaktif, Mental Retardation, Epilasy (sawan). Mereka cenderung mempunyai tindakbalas yang luar biasa terhadap rangsangan, masalah tidur (bukan kuat tidur macam saya ok), suka mencederakan diri sendiri (bukan mereka tak rasa sakit, tapi tidak bertindakbalas terhadap rasa sakit) bagus kan? kalau putus cinta pun dia tak rasa apa. Dan postur badan serta gerakan fizikal yang canggung. err, dan selalu kita melihat anak-anak autisma sebagai: pelik.


Aishah nak tulis nota subjek Mr Alex ke apa ni Aishah?! maafkanlah.

Oh, Aishah mahu cerita aktiviti kami hari ini. Selepas berkenalan dengan anak-anak baru, kami keluar ke Sunway Pyramid. Nak tahu? kami pergi menonton Rapunzel. Oh comelnya! Sekali lagi menonotn Rapunzel. Bayangkan, bawa lima belas anak-anak istimewa ini ke panggung. Waktu memandu ke Sunway Pyramid, dua orang anak ikut kereta Aishah. Ya ampun...Allah saja yang tahu betapa cemasnya Aishah rasa bila bawa anak orang dalam kereta. Untuk kajian kes, Aishah diberikan seorang anak berumur empat belas tahun. Tinggi, hensem, pakai cermin mata tebal. Kata emaknya, dia cepat marah. Tapi sepanjang dengan Aishah, tak pulak aishah kena pukul atau ditendang. Dia pegang tangan Aishah bila berjalan. Oh, anak aishah ini lelaki. Bangsanya cina. Sebenarnya semua pun Cina. Here, you see beyond skin colors.

Masuk di panggung, 15 minit pertama keadaan masih terkawal, minit-minit seterusnya, pasukan lawan berjaya menggugat pertahanan tuan rumah dengan mengasak keras ke pintu gol. Separuh masa kedua memang pengadil cemas! Anak-anak mula mengeluarkan bunyi, duduknya tak diam lagi, ada yang mahu bangun dan keluar. Anak yang disebelah kiri Aishah entahkan menonton atau tak. Bila dia seperti gelisah, aishah usap-usap belakang badan dia. Dia sejuk mungkin. Tapi sebenarnya perlu berlagak biasa je dengan keadaan luar kawal ni. Penonton lain di dalam panggung, mungkin dah takdir kamu beli tiket sama dengan kami. Anak yang dibawah jagaan Aishah, kesejukan, tapi masih menonton dengan khusyuk. sekali sekala dia buat gestures (apa bahasa melayunya?) yang macam-macam. Aishah pegang tangan dia, lalu dia kembali diam.

Sebenarnya saat paling indah adalah bila kita tahu, mereka ada strangers' anxiety tapi tiba-tiba dia peluk atau pegang tangan kita. Priceless! Sentuhan dengan rasa percaya. Like, we're family.

Teringat buku Jodi Picoult.

Selesai wayang, kami ke tempat makan. perjalanan nak ke tampat makan pun tak kurang seronoknya. Bayangkan mahu buat pemerhatian sambil kena tarik tangan, kena tendang. Ada yang berlari perlu dikejar, ada yang tiba-tiba amuk lalu guling-guling di lantai. Aduhai comel sungguh!

Anak Aishah masih disiplin, cuma dia selalu berjalan terlalu laju dan tidak menunggu kawan-kawan. Sibuk dia tanyakan "when is my mother coming?". Bila diberitahu jam 3, terus dia tengok jam dan kira berapa detik lagi waktunya ibu tiba. Anak Aishah juga pandai menguruskan duit, tahu nilai wang, err...pandai pesan chicken chop dan makan dengan sangat sopan. Tahniah buat ibunya dan cikgu-cikgu yang berjaya didik dia.

Kalau Aishah dianugerahkan Allah dengan anak yang seperti ini, entahkan mampu atau tidak. Doakan nanti Balqis, Maryam, Yusuf, Muhammad dan anak-anak yang lain sihat-sihat hingga dapat diserahkan pada jalannNya lah ya.

Reaksi orang ramai dan penerimaan masyarakat juga merupakan satu isu kritikal dalam pengurusan anak-anak istimewa ini. Haih, merasa pengalaman bersama mereka, dan dipandang, ditenung, ditegur oleh orang sekeliling, buatkan Aishah kagum dan hormat sungguh pada ibu-ibu yang dengan sabar menjaga mendidik mereka. Kalau orang senyum beri sokongan, like a kind smile tu tak apa, ini...aduhai. Atau Aishah yang berburuk sangka? Ok, memang Aishah yang buruk sangka dan paranoid. Ingat surah Al-Hujurat ayat 11-12. Senyum.

Bila berpisah tadi, Aishah yang jadi sedih dan seperti mahu nangis. Memikirkan sudahkah Aishah benar-benar menjadi hamba; yang bersyukur, kamu tahu? Dan, bila lagi mahu jumpa lelaki yang begitu ikhlas mengasih dan percaya, kan?

Nak tercekik pulak mengingatkan kerja sekolah dan laporan perlu disiapkan.

_____________________________________________________________________

Tajuk itu sebenarnya sebab yang terlinta sepanjang hari ini:

"Entahkan merekakah yang cacat, kurang upaya; atau kita yang tak mengerti makna sempurna?"




:)

baik, mahu siapkan kerja sekolah sekarang!

p/s: blog ini akan menjadi semakin bosan.
p/ss: ada banyak tulisan, cuma di draft. tak sampai hati mahu dipublishkan
p/sss: mahu mohon maaf pada seorang teman, aishah memang tak pandai memberi reaksi dalam situasi canggung sebegitu. daripada berkata-kata dan menzahirkan marah kecewa, lebih baik kiranya aishah diam kan?
p/ssss: kebetulan dalam sibuk isu pluralisme sekarang, sesuai masanya aishah membaca semula Tuhan Manusia "Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama". jangan ingat aishah mahu baca surat khabar. "katak di bawah gelas kaca "I am.


akhir kata, selamat buat mereka-mereka yang menghadapi ujian, peperiksaan, atau bakal diuji. dengan apa jua sekalipun.






8 comments:

Anonymous said...

"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama"

ayat ni 'sent thrill down my spine' tiap kali baca.
fuh, buku paling mengenyangkan saya kira.



jauhari, bukan seorang kan?

Akhyar said...

like post di atas,pada ayat yang dia like.

Unknown said...

same :)
ceh tetiba..aishah...akak suka latar blog ni...awan gemawan...tenang je hati

bantalijau said...

owhh...

ecah.,adik aq ade sowg nie : kanak2 istimewa..

bkn autism..(ntah aq pn xtau nama penyakit dia..hahahaha)

Unknown said...

benarkah kita da jadi hamba yang betul2 bersyukur dgn semua kurniaan Tuhan?

hmm, begitula kuasa dan kebijaksanaan Tuhan menjadikan manusia berbagai ragam dan bentuk, tinggal kita untuk menerima dgn syukur atau mengambil sbgai bala.

terpulanglah kepada kita utk memilihnya.

**like diz post too.
semoga kita punya kesabaran sprti ibu2 yang mendidik anak-anak sprti itu.~insyaAllah.

Aishah Nur Hakim said...

anonymous...

selalu saya ditegur ketika membaca sambil makan, atau makan sambil membaca:

"kenyang agaknya kalau makan buku tu"

sekarang baru tahu memang betul-betul boleh kenyang bila baca buku.

ok, taknak layan la tu kan?

sungguh, membaca naskah yang itu. punya pukulannya tersendiri. tidak larat mahu menghujahkan.

jauhari, tak mahu saya meminta cendana.



zul..
apa kes nak sokong anonymous niiii



kak she g...
aishah rindu sangat kat template lama yang kosong tu sebenarnya.,tapi macam dah tak ada
*nangis*



bantalhijau..
alamak, kenapa tak tahu?
huuu...cerita lah lagi, aishah nak tahu. nanti teringin mahu ambil pengkhususan pendidikan khas :)

ah, tahniah ya, dikurniakan ahli keluarga istimewa
tentu Allah sayang sungguh kalian~


dyana...
saya membebel je kat sini kan kan?
huu...
surah al-rum banyak mengingatkan.

betapa setiap insan berbeza. betapa seluruh umat itu satu.

eh, dyana...terima kasih :)

roses said...

salam aisyah.
maaf ya mahu tanya.saya juga ada anak buah autism, tapi masih lg mild.
duduk di kemaman ni kurang kemudahan.
saya mahu tanya jika anda tahu, mana2 personal service yg anda tahu?

Unknown said...

'afwan. kite suke bace blog akak.
kadang2 ayat2 yg ditulis, sgt mengingatkan, dan sgt mengharukan.
alhamdulillah, syukur tak terhingga kepada Allah, kerana kita jumpa blog ni dgn izinNya.

smoga akak dan kita semua selalu dlm rahmatNYA. Ameen.


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed