
5 febuari,
ada yang menyambut hari lahir (yang ke berapa ya abang KK?)
ada yang sambut ulang tahun (oh plisss)
kami,
mengenang hari terakhir arwah nenek kesayangan bersama kami di sini.
ah,
petang 5 febuari tahun 2003
tak mungkin saya lupa.
pulang dari sekolah
tak dijemput umi.
khabarnya nek yan sudah makin hampir meninggalkan kami
entah apa di fikiran saya sepanjang perjalanan 10 minit ke rumah pusaka tercinta
tiba di rumah, ramai orang.
di samping nenek, umi mengucap "Allah~"
arwah tok Amril membisik "kak..."
yang lain di lihat dengan naskah yaasin
ada yang cuma termenung dan melihat.
aishah keluar dari bilik yang sesak.
mengerjakan asar.
dan hilang punca mahu berbuat apa.
masih dalam tudung putih kain biru,
ambil naskah al-quran hijau
mencari-cari apa harus di baca
jenguk lagi ke bilik nenek
biarlah yang lain bersama nenek
kembali ke sofa di tengah rumah
al-mulk
tak ada air mata.
langsung
hingga saat memandikan nenek.
melihat umi bercakap-cakap dengan tubuh yang sudah tak bernyawa
dimandikan dengan lembut.
buat kali akhir.
________________________________________________
nek,
aishah masih tak boleh lancar menghafal sifir macam nenek
dan
orang lain masak dengdeng tak langsung sesedap air tangan nenek.
nek,
maafkan aishah ya.
untuk tempoh hari.
Tuhan,
jika ada sebarang kebaikan yang kami lakukan
sampaikanlah pahalanya pada nenek
bukan kerana nenek lebih memerlukan
tapi kerana darinya Kau anugerahkan umi
dan darinya Kau mengajarkan aku
menjadi perempuan.
sungguh.
Tuhan,
andai bisa
pinjamkan walau sedikit cuma
ketabahan nenek buat kami
yang masih tak mengerti
bagaimana mahu bersyukur
dengan apa ada
dan masih cuma tahu
mengeluh dan mencari cacat cela manusia.
kerana nenek,
perempuan sempurna
yang tidak pernah mengeji walau seorang manusia
tak pernah bermasam muka walau ditimpa duka
hidupnya berbudi
perginya ditangisi.
:)
nek,
sampai hari ini.
kalau aishah susah hati,
aishah ingat pesan nenek:
"zikir...ya latif, ya latif"
"biar orang buat jahat pada kita, kita jangan buat jahat pada orang"
:')
.
9 comments:
arwah emak kembali ke rahmatullah...hmm
kak she g
:'(
kak, emmm..er,
....
Sebak akak Aishah..akak pun punya nenek yg sangat akak sayangi walaupun dia hanya nenek tiri (nenek kandung pergi ketika mak akak masih bayi)..tak ada gantinya kasih sayang seorang nenek..semoga Allah menempatkan mereka di dalam syurga..
assalam, Aishah.
5 febuari itu ulang kelahiran bonda.
semoga arwah nenek sentiasa terjaga, dengan punya cucu sebaik dan semulus awak.
terima kasih ingatkan zikir latif.
saya harap saya punya jiwa utuh macam awak untuk menghadap dunia.
salam sayang.
moga akak terus kuat.
doakan sy juga di sini.
nenek pakai spek itam ker?
wah!
fida masih ingat kali terakhir nenek minta nasi pada fida walaupun ketika itu fida baru 3 tahun. seulas pun nenek tak jamah. nenek suruh fidamakan sampai habis. bila dah besar macam ni, baru rahu sedih. fida langsung tak ingst hari yang nenek tinggalkan fida. mungkin sibuk menejar matahari di laman. wallahu alam. sedihnya baca ini kak.tak dapat lagi fida tahan air mata....
i dont think i'm doing justice by writing these few words about nenek
:(
perkataan tak cukup untuk menggambarkan cinta nenek
kak aishah,
berair mata baca entri ini ;( , teringat arwah nenek.meninggal pada awal muharam 31 januari 06.. alfatihah
Post a Comment