1.
Aishah rindu kalian
2.
ada kekasih baru, insha Allah nanti malam aishah kasi tahu.
3.
Alhamdulillah, hari jumaat yang menyenangkan dalam kesibukan. beruntunglah kalian yang setiap Jumaat,, takwanya meningkat dari jumaat yang lepas. saya cemburu.
oh, zuhur tadi, Shaykh 'Abd Rahman ibn 'Abd Aziz As Sudais imamkan solat jumaat di Kuala Lumpur, masjid mana saya lupa. seronok juga tengok ramai teruja ambil gambar sheikh selepas solat. bukan main eksaited abang-abang dan pakcik2. aishah menonton di tv. jangan lupa isi khutbahnya: kita sujud pada Tuhan yang satu, kiblat yang satu, jadikan Rasulullah saw sebagai ikutan, serta sahabat baginda saw. perpaduan ummah menuju era khilafah.
4.
semoga Allah memberi hidayah pada mereka2 berjantina lelaki yang duduk di lorong2 dan kedai2 makan di waktu solat jumaat sedang berlangsung. saya anggap kalian musafir.
takutlah kamu mahu berurus niaga di waktu yang lain berkejar ke masjid. takut2, rezeki yang halal bertukar menjadi haram. buka kedai makan untuk si lelaki yang ponteng solat jumaat? gerai2 dijaga lelaki islam?
ingat mati
ingat mati
oh ya, awak yang begitu soleh, pergi ke masjid di hari jumaat, usahlah letak kereta tak tentu hala. kami yang perempuan masih dia atas jalan, jemput anak pulang dari sekolah. pening jugak. takut2 ada hati yang tak senang, pahala jumaat bertuar dosa.
5.
sedang sibuk hal pembukaan premis baru TASKA. di kementerian kerjaraya kuala lumpur. alhamdulillah umi diberi tender. nak buka taska baru bukan senang, pendaftaran, beli perabot, mencari guru baru dan segala macam hal kecil dan besar. banyak berurusan dengan kerajjan perlu segunung kesabaran. dari minggu lepas, selepas isya' aishah terus tidur. tiada maaf lagi, nak baca buku pun tak sempat nak habis satu ayat, sudah lelap. ke sana sini sepanjang hari. jam 1-2 pagi, terbangun dan tak dapat tidur. aduhai.
mohon doa kalian, moga Allah redha dengan setiap usaha kita.
6.
cik nilam!
semoga selamat semuanya. lepas ni perlu panggil puan, kan? :)
7.

abang si jannah, rayyan pula dimasukkan ke wad. di taska pun, ramai anak yang demam. sila beri anak2 minum air mineral dengan banyak ya. musim mungkin.
mohon didoakan kesembuhan buat al-rayyan dan anak-anak kita semua ya :)
8.
email, sms, dan message di inbox fb, aishah kadang2 sempat baca, kadang2 lupa. insya ALlah, akan cuba dibalas malam nanti ya!
9.
tidur siang sebelum zuhur namanya qailullah. tambah pula pagi tadi dihidang nasi lemak. janganlah kata "tak baik anak darA tidur matahari tegak". saya dah betul2 sakit kepala tadi.
ok, umi sudah call. perlu gerak sekarang.
nanti ya aishah jawab komen entry di bawah?
ok. belajar rajin2 dan seikhlas mungkin.
oh ya!
PESTA BUKU, PESTA BUKU! PESTA BUKU!
tata, aimisyu!
.
7 comments:
aishah...
kena guna puan ke..?hee.. :D
satu lagi..
mcm x smpt nak jumpa nih..
weekend nih aishah ke pesta buku ke..?
Ehem..ehem..
cepat sembuh ye rayyan.
z113
Alhamdulillah
dekat jordan sume kedai ditutup bila solat jumaat.
tak kira mall atau apa2..
cik nilam,
itulah, sibuk sangat, nak ke pesta buku pun entah bila.
kamu dah nak balik kan?
huk.
sedih.
sedih sungguh.
cik mira,
haha!
lama senyap kan?
:)
kak tasek,
alhamdulillah,
hari ni rayyan insya Allah dapat balik rumah
cidak,
itulah
:(
eh, kamu..ok?
saya masih kuat menongkah segala masalah..
kalau terima berita kematian,itu tanda dah berhenti menongkah la tu..
=]
Post a Comment