
dia cuma mahu rumah yang biasa-biasa,
cukup nyaman untuk dihuni berdua
(dan deretan rezeki yang Allah takdirkan buat mereka)
penuh senda gurau dan gelak tawa
usik manja dan senyum si kecil penyejuk mata
beralun selalu ayat-ayat cintaNya
bilik rahsia buat sujud rukuknya
perpustakaan kegemaran buat dia membaca
dapur kesayangan (buat memasak sambal tumisnya)
biar luas rumahnya tak seberapa
dia cuma mahu rumah yang biasa-biasa
(sahaja.)
yang cintanya dicemburui penghuni syurga
tidur beralaskan setia,
hidup berbumbungkan redha.
sungguh dia cuma pingin rumah yang biasa sahaja,
yang darinya bisa dia nikmati tenggelamnya bulan,
hidupnya mentari
dia mahu rumah biasa,
tak perlu mewah serba serbi,
asal cukup syarat bahagia.
jendelanya hati,
pintunya rahmat Ilahi.
___________________________________________________________________________
(isi tempat kosong dengan halusinasi, impian, anggapan, doa, harapan dan cerita sendiri)
lamannya medan berpuisi
tunjangya budi
agamanya tiang seri
.
10 comments:
doa la Humaira'..
moga2 makbul.
buruknya lukisannnn!
kahkahkah.
hmm...itulah yang akak dok doa...bukan mahu rumah bemarmar berkilat,lampu kipas tiang hebat2..
cuam rumah unt beristeri-suami-anak rehat dan ya...dengan redha dariNYA
mane tiang seri nye?
*garu kepala*
isi tempat kosong dengan halusinasi, impian, anggapan, doa, harapan dan cerita sendiri:
erm....
Kerana dia juga mahukan rumah yang kekal setia.. yakni syurga yang kekal selamanya... (",)
beautiful. :)
Rumah itu comel! :D
izmil,
teniuuu.
jangan panggil humaira okeeee.
sensitip.
anon,
macam kenal je siapa anon yang dengki dengan bakat melukis ku ini.
cer lukis satu nak tengok! hehe
sekarang jugak nak print besar2 kasi frame tampal kat dinding. kalau lukisan tu jadi harga juta2 jangan nagnis tauuu!
p/s:
kalau anak sendiri tunujuk lukisan nanti sila jangan kutuk yeeee, puji, puji, dan puji.
:)
kak she g,
insya Allah akak dah ada rumah yang cukup 'luas' dengan cinta. hehe
nak culik anak sorang, boleh?
kak, selamat hari ibu!
hizwan,
takkan tak nampakkkk?
cuba pusing laptop sepuluh kali pastu tengok balik. nanti muncullah tiang serinya.
heee~
ok, kami bukan arkitek lukis lawo2~!
fuad ansari,
insya Allah aminn
:)
semua pun mahukan singgahsana di syurga
kan?
cik arina,
you are!
*nanti aishah tanam ros hitam kat laman rumah khas untuk kamu ya!
;p
timun laut,
saya sayang awak!
ok, reaksi terlampau.
:)
.
hehe. sayang kak aishah gak!
yeaaa!!
Ok. saya pulak yang over. huhu =)
rumah yang biasa-biasa
tapi didalamnya mekar dengan cinta
yang luar biasa....moga anda akan memperolehinya.....amin
Post a Comment