Thursday, June 9, 2011

kesilapan paling besar dalam cinta qaisy dan laila

adalah menghebahkan cinta mereka ke serata alam buana.



.

Wednesday, June 8, 2011

Bukan Maryam

Assalamualaikum yang dirindu.
ini, tulisan sangat lama dulu.
sengaja aishah letak semula.
ada kenangna bersamanya.

ya, tulisan picisan yang kurang bijak. tapi saya rindu pada rasa itu.


(sebelum punya masa untuk menulis dengan rancaknya)

baik!

_______________________________________________________________________________________



Sudah hampir tiga jam Balqis begitu. Dipandunya kereta sepanjang jalan dan lebuhraya tanpa arah tuju. Waktu di jam kereta menunjukkan pukul 6.30 petang. Senja yang hening, dan jalan-jalan kian sesak. Diteruskan pemanduan menuju lebuhraya menghala ke bandar Putrajaya. Segala tanda arah dan papan tanda yang sepatutnya memandu perjalanan seorang pemandu bagaikan tiada makna. Hanya nama-nama tempat yang tidak membawa dia ke mana-mana. Hatinya masih di situ. Ranap dan remuk hingga hilang rupa. Hancur luluh bagai dihempap gunung rasanya. Airmata deras mengalir sejak tadi tak henti-henti. Habis sudah pipinya kehitaman dicomotkan celak dan maskara yang bercapur masin air mata. Terfikir juga dia, entah dari mana datangnya air sebanyak ini...membolehkan dia menangis seharian tak henti-henti.

Suasana di luar hampir gelap. Dilihatnya cahaya matahari sdang bergerak menuju ke bumi sebelah sana. Meninggalkan tanah yang ini bergelap buat seketika. Begitulah hati Balqis kini. Gelap, tak ada cahaya lagi. Jangankan matahari, bulan dan bintang pun sepertinya takkan muncul lagi.

Sungguh Balqis terkedu dan terlalu terkejut dengan perkhabaran dari doktor di klinik tadi.

”Tahniah puan, ada nyawa lain sedang terbentukdalam badan puan. Puan mengandung lima minggu. Saya akan tuliskan beberapa vitamin dan ubatan tambahan untuk puan ambil. Sebab keadaan puan agak lemah. Tekanan darah juga rendah, selepas ini puan perlu lebih jaga pemakanan dan kesihatan ya?. Jika ada masalah, boleh datang lagi atau saya akan buatkan temujanji. Kita boleh periksa perkembangan bayi ini.”

Dan doktor berketurunan India itu tersenyum sambil sibuk menulis perskripsi ubatan buat Balqis yang baru dikhabarkan bakal menjadi ibu. Mungkin dia tidak perasan, wajah Balqis pucat lesi dan lidahnya kelu tak bersuara lagi. Saat-saat selepas itu semuanya menjadi kabur. Balqis berjalan keluar dari klinik dengan kaki yang bagai tak jejak ke bumi, hati yang seakan mati.

Segala kata-kata doktor tadi terngiang-ngiang di telinganya. Terbayang di matanya wajah doktor itu yang begitu ceria. Jauh Balqis mengelamun. Cuma tersedar bila kereta yang dipandunya tiba ke hujung jalan yang dihalang batu-batu besar. Menandakan yang jalan itu masih dalam pembinaan. Dia pusingkan semula keretanya, mmbuat pusingan U dan berpatah balik ke jalan utama. Sambil air mata dan esak tangisnya bagaikan tiada tanda akan berhenti.

Bagaimana mungkin dia tidak begini? Di perutnya, atau lebih tepat lagi di rahimnya kini sedang hidup satu nyawa dari benihnya sendiri. Sedang bercambah dari nutfah menjadi alaqah membentuk mudghah. Akan ada nanti dengan izin Allah, bayi yang hidup dari janin yang terbentuk dalam rahim Balqis sendiri.

Tidaklah semua ini menjadi asing bagi seorang perempuan. Tetapi bagaimana mungkin terjadi pada balqis? Dia tak pernah punya seorang suami!

Dan sekarang keadaan di Bandar Putrajaya sudah betul-betul gelap. Samar-samar cahaya matahari tadi pun tak bersisa lagi. Balqis tiba ke bulatan di kawasan masjid Putrajaya. Terdengar azan Maghrib baru sahaja selesai berkumandang. Ada beberapa manusia yang sedang melangkah menuju masjid. Ramai juga yang sudah di dalam, bersiap-siap mahu mengerjakan solat Maghrib. Namun tidak kurang ramai juga manusia di sekitar masjid itu masih rancak bersembang, makan-makan, mengambil gambar dan beberapa pasangan remaja lelaki dan perempuan dilihat asyik memadu kasih dalam samar-samar cahaya lampu Putrajaya.

Balqis akhirnya berhenti memandu. Diletakkan keretanya di ruang kosong di tepi jalan berhampiaran dengan pintu masuk masjid. Balqis ingin sama menunaikan solat Maghrib di masjid. Tapi rasa malunya pada Tuhan begitu menebal. Air mata yang tadi deras beransur henti. Balqis duduk di dalam keretanya sambil tingkap terbuka. Dapat didengarinya lunak suara sang Imam sedang mengetuai jemaah. Setiap ayat yang dibaca bagai menampar Balqis berkali-kali.

Maha Pengasih Maha Penyayang...

”Maaliki yaumiddeen...”

Dialah Pemilik hari pembalasan.

Terjungkit-jungkit bahu Balqis mendengarnya. Air mata yang tadi mula kering kembali deras.

”Ihdinas siratal mustaqim...”

Tunjukanlah kami jalan yang lurus.

Sesak nafas balqis, kelelahan menangis. Bagai mahu pecah hatinya mengenangkan makna Al-Fatihah yang sedang didengarinya. Ditambah dengan lunak suara sang Imam yang membaca.

Tersungkurlah Balqis Maghrib itu.

BERSAMBUNG


:)


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed