Musim berganti,
zaitun, tulip, salji, hujan, matahari
Sekian tahun di bumi Petra
Bintang timur menjadi saksi
Kembara lelaki
Meninggalkan tanah cintanya
Menadah kitab mencari diri
Impian dikalung tekad
Tekad disulam cinta
Cinta dihias rindu ayah bonda
Atas sabar dan mahu
Atas harapan dan janji
Binaan keramat bakal menjadi saksi
Lelaki pulang terhias dada
Hikmah dan kasih dipakai elok
Buat menuntun gelar dipikulnya
Untuk bonda dan untuk cinta
Biar musim berganti lagi
Biar subur di tanah ini
Langkah lelaki mengenal diri
Tuhan, seterusnya apa?