Aishah peruntukkan masa lima minit untuk tulis post yang ini.
Semalaman sakit perut.
Kerisauan sejak petang semalam.
Bukan untuk lagi dua kertas peperiksaan esok.
Tapi mengenangkan kalau-kalau saya tergolong dalam mereka yang 'kufur nikmat'
Seorang adik yang amat disayang sedang diuji bersama teman-teman lain di kota Christchurch, New Zealand.
Allah goncangkan bumiNya bagi memberi peringatan. Hikmah di bulan kemuliaan.
untuk yang faham bahasa geologi: ini
Syahirah,
jika ditakdirkan syahid. Itulah yang telah tertulis untuk hambaNya kan dik? Semoga kita semua diberi pengakhiran yang baik. Dik, kalau tak sempat jumpa awak, macam mana nak cobet-cobet pipi?
;p
Insya'Allah, takdir Allah itu takkan datang cepat atau terlewat walau sesaat.
Mohon doa kalian, buat bakal teman syurga di bumi yang sedang gempa.
Istimewa buat Syahirah sayang, Al-Fatihah.
"Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Al Qur'an, 27:88)
(baca)
Sepanjang malam bersama kamu, bertambah cinta la dik :)
ok, tak capai target lima minit.
Bukanlah jauh jarak bumi yang memisahkan manusia. Hanya hati yang enggan mencinta.
Ya Allah, sesungguhnya aku amat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku (28:24)
.
7 comments:
=]
semoga kalian terus kuat.
suka la tengok orang bercinta kerana Allah. bertemu berpisahnya dapat pahala, moga-moga.
=]
Uh..kuasa Allah..akak pernah jejak kaki sekejap di situ..tak tau tempat akak bergambar tu terjejas ke tak. Harap saudara2 kita di sana selamat dan tabah..
Ya Allah..mnakutkan..dunia akhir zman mcm ni la..
semoga syahirah dan lain2 selamat kt sana...
moga syahirah tak apa2.
selamat hari raya, syah.
maaf zahir batin.
.
Alhamdulillah...syahirah ok. tapi universitinya masih tutup. darurat. terima kasih atas doa kalain T_T
(Al Qur'an, 27:88). Klau kita tafsir, ini buktinya bahawa bumi ini sentiasa berputar pada paksinya. Tidak akan sesekali berhenti kecuali jika sampai masanya.
Post a Comment