:)
pagi yang indah.
si hati yang sakit. moga tak sampai mati.
hati yang tak lagi terlalu rindu pada Tuannya. hati yang makin sukar menangis.
risau juga. dengan yang ada di dada.
terlalu banyak yang buat bahagia. dan entahkan segala bahagia yang dilihat cumalah fana.
malam semalam, sewaktu di rumah. aishah melayan si adik bongsu, menyiapkan kerja sekolah. saya cuba menyoal, dan bercerita pada haiyyan. tentang kejadian pembunuhan beramai-ramai di Norway (negara gadis oren). sengaja mahu melihat respon adik kecil. bila mendengar tentang kekejaman dan kezaliman. it's against my "zero tolerance policy of war, weapon and superhero play" untuk menceritakan dan berbual tentang apa-apa yang ganas dengan anak-anak kecil. kerana konsepnya saya mahu anak-anak selalu mendengar yang indah-indah. lihat yang indah-indah. berkata yang indah-indah. tapi dek kedegilan dan mahu melihat hati haiyyan yang sudah berusia tujuh tahun, saya sebutkan juga. tapi tidak sampai menunjukkan gambar-gambar kejadian. respon haiyyan...tidak terlalu terkejut, tapi ada simpati. dia menyoal, "kenapa?". saya bersyukur. sungguh bersyukur. hati si kecil masi hidup. seingat aishah, tahun lepas, di peristiwa 31 Mei saat Mavi Marmara diserang tentera Zionis, dan melihat saya tidak dapat tidur dan sering bicara hal Palestin sama Wardah, Haiyyan turut mahu tahu. diberikan buku "palestin Tak Pernah Gentar" oleh kak Fatimah Syarha padanya. langsung Haiyyan tidak lalu makan, dan bercerita tentang azamnya mahu ke sana.
hati saya jadi senang.
alhamdulillah.
adik saya masih belum tergolong di kalangan seperti saya, kita.
yang merasa biasa-biasa saat mendengar kejahilan dunia
yang tak merasa apa saat mendengar berita kezaliman manusia
yang masih boleh tersenyum membaca perkhabaran duka.
hati kita hari ini sudah hilang sistem pengesannya.
kita menjadi masyarakat yang imun dan lali dengan segala macam kejelikan manusia.
kita terlalu biasa membaca hal-hal menyentap jiwa di muka pertama akhbar.
hinggakan anak-anak kita pun, hampir saja menjadi generasi yang lali jahiliyyah. yang pasrah.
perang, bunuh, rogol, benci-membenci, zina, buang bayi, bukan lagi hal luar biasa yang perlu dikhuatiri.
anak kita tidak lagi takut menghadapi dunia setiap hari.
eh, tak sempat habis tulis
nanti sambung insya'Allah.
ke sekolah!
.
2 comments:
si kecil umpama kain putih
kita yg mencorakkanya kan?
*cemburu sama hayyan
fami
aishah pun selalu cemburu pada haiyyan yang hafalannya sangaaatt lebih dari aishah.
HUK!
Post a Comment