Tempat: Dewan Filharmonik Petronas, KL
Waktu: enam petang
Perasaan: teruja
*****
di atas pentas sana,
seorang tua
rambut putih | janggut putih
diiringi bunyian merdu dari tali-tali halus
membacakan puisi rindu buat bonda
dengan jiwa yang terisi penuh hikmahNya
akukah yang silap?
atau benar kuterlihat air mata?
dari bening seorang tua
yang menghabiskan usia dengan qalam dan naskah-naskah bahasa
mahal jiwanya
tinggi seninya.
(bapak, kamu benar menangis?)
entahkan lagu dari alatan bunyi yang tak kukenal nama (biola?) itu yang seni?
entahkan susunan muzik dek si kakak cantik manis itu yang seni?
entahkan suara si tua rambut putih itu yang seni?
entahkan puisinya yang seni?
entahkan lukisan-lukisannya yang terpamer itu yang seni?
entahkan jiwa yang memandang lihat dengar itu yang seni?
ataukan sememangnya sosok lelaki tua itu berdiri di sana saja sudah suatu seni?
dan sebenarnya Dia menciptakan setiap langkah manusia dengan penuh keindahan dan lemah lembut.
lalu terusik jiwa-jiwa kami yang masih belum pandai menghargai.
haih~
*sebelum ke sana, umi tanya: "ateh, macam mana pak samad makan ye? dengan janggutnya banyak?" umi! -_-"
9 comments:
"ataukan sememangnya sosok lelaki tua itu berdiri di sana saja sudah suatu seni?"
saya memilih yang ini. dalam yang lain-lain yang juga benar belaka.
oh. Jeles!
aishah
acara apa nih?
jumpa dia kat klcc banyak kali.
sekali je berani tegur n amik gambar. heehe
menilai seni bermediumkan imej yang dipancarkan pada anak mata,
lalu turun ke hati berkabelkan urat dan saraf,
Hati mencerna...seni itu, apa?
Tafsiran berterusan tanpa tanda wakaf..
aku bukan pakcik (janggut pun belum memutih dan yang pasti misai tak sepanjang dia)
Ni yang nak marah ni. Akak ni pergi takmo ajak husna la. Husna free jee.
Jeles pertama. Kerana akak berjumpa dengan dia si rambut putih.
Jeles kedua. Akak ada ticket lebih tak mau kasi.
Jeles ketiga. Saja je nak jeles :D
Jeles. Jeles. Jeles.
:)
pegi ye?
ahh... dah lama nak jumpa dengan dia. sampai sekarang tak dapat. jauh sangat.
irinya dapat bergambar dengan bapak
Haniff..
sial jeles.
pengalaman tu tak boleh beli!
apa kamu kata? tunggu kamu slam peluk cium bapak?
ok fine!
Cik Nilam...
rugi tak ajak kamu!
ada 'suara tulus' kat KLCC
dewal filharmonik, sempena KLCC seni festival
Para..
haah, itu memang tempat bapak kan?
dulu mula2 jumpa beliau pun, di Kinokuniya
bukan pakcik...
lama sunyi?
tanpa tanda wakaf, dan siapa yang mentafsir?
kamu dan teman2 sehat?
Husna..
heee..
itulah!
tak dapek den nak tolong.
lain kali kamu wajib ikut ok, lepas spm la kan?
ice skating nanti jom!
sastraboy..
iya,
itulah. kamu di mana?
suaraproduction...
:)
maaf ya, terpaksa sengih sorang2 ni
kat johor! haha.
Post a Comment