maaf kerana lewat mencintaimu.
Maaf kerana lewat membalas rindu.
Maafkan aku kerana cuma memandang ke matamu setelah beribu malam kau menunggu.
Lelakiku
terima kasih atas keberanianmu
Atas keberanian menggadai hidup untuk menikahiku
Maafkan aku kerana cuma memandang ke matamu setelah beribu malam kau menunggu.
Lelakiku
terima kasih atas keberanianmu
Atas keberanian menggadai hidup untuk menikahiku
Terima kasih atas keberanianmu
muncul di pintu rumahku di suatu petang Mei yang lalu
Terima kasih di atas keberanianmu
bertemu waliku, melafaz akad di petang Jumaat yang syahdu
Lelakiku
maaf kerana lewat mencintaimu
maaf kerana lewat mencintaimu
segala bisik syaitan dan ragu,
bagai hilang dihembus bayu
saat kau bersalaman dengan orang tuaku
Lelakiku
maaf kerana kau bukan yang pertama
maaf kerana kau bukan yang pertama
kerana silam ku tidak seindah rupa
maafkan aku bila kau bukan yang pertama
dan moga akhirnya kita tetap berdua
Lelakiku
terima kasih kerana menerima apa adanya
parut luka dan buruk segala
terima kasih kerana tidak mencela
walau terlihat wajah asliku saat bersama
Lelakiku
maaf kerana lewat mencintaimu
Dan akulah perempuan yang akan memberi segalanya
demi menebus kelewatanku membalas cinta
Akulah perempuan itu
yang akan memberi pujuk dan rayu
memberi belai dan cinta
memberi telinga dan bahu
memberi kasih dan setia
agar kau merasa bahagia
memilih perempuan yang pernah terluka
Akulah perempuan itu
yang akan menjagamu bagai seorang ibu yang kehilagan semua anaknya
akulah perempuan itu
yang akan membasuh luka dan mengubat derita
agar kau hanya melihat pelangi cinta
dengan tujuh warna yang tiada hujungnya
Dan petang ini,
saat kau pulang
akan kusiapkan air lemon dicampur madu,
masakan kegemaranmu,
dan hatiku untuk kau teroka.
.
9 comments:
tahniah aishah...bila ni??
plg suka pic ada + + + tu.. :)
syahdu ayat2mu... tahniah..
Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati kalian berdua. Patut pun lama benar aishah tak update blog.
Salam perkenalan. Salam Mahabbah dari saya.
Selama ni silent readers.
:)
tahniah....semoga di berkati hendaknya..:D
Alhamdulillah.tahniah.sem0ga Allah merahmati kalian.m0ga bahagia ke akhirnya.inshaAllah. :)
-salam dr silent reader yg mnunggu penulisan anda selama setahun.hehe-
Adik,tahniah..lama xmerobek contengan..kamu si matang..sudah menjadi suri..semoga abadi hingga ke jannah nnti..;)
Semoga Allah jaga Kak Aishah! :D
May Allah bless you and your entire family.congratulation. hehe ^^
do drop a visit to my blog : http://bynuratikaaziz.blogspot.com/2013/12/pengalaman-duduk-hostel-cara-menyambut.html
thanks sis :)
Assalamualaikum.. Syg.. alhamdulillah.. barakallahulakum.. baru tahu. moga bahagia hingga Jannah.. amiiin.. take care..
Post a Comment