Sejak lewat malam kelmarin lanjut ke malam tadi.
Kufikir hujan adalah waktu yang amat baik untuk kembali menulis puisi.
Atau menulis surat buat kubaca sendiri.
Hujan adalah waktu yang amat baik untuk mengenang cinta dan mengarang melodi.
Hujan adalah waktu yang paling tepat untuk bermelankoli.
Saat cinta menjadi udara, dan hujan membasuh luka.
Maka yang dihembus keluar hanyalah warna-warna indah dari kesedihan yang sudah.
_____________________________________
Alhamdulillah untuk sebuah rumah yang menjadi tempat teduhan.
Sebagaimana cinta pun pada kebasahan, tidak kan mampu menahan kesejukan berterusan.
Entah bagaimana nasib si gelandangan.
Di kenang-kenang.
Entahkan tidurnya lebih nyenyak dari sang bangsawan dan bapak menteri di kediaman megah.
Entahkan gelandangan yang kesejukan lebih bahagia dari hartawan yang keseorangan.
Tuhan,
alangkah indah Kau mendidik kami.
:)
cuba cuba menulis kembali, di blog yang dirindui.
6 comments:
tulis buku pulak kak
first of many, I hope.
yeah, tulis buku!
terbit tu cerita lain.
sambil jeling sadis. hah)
Shafiq dan Haniff
:)
kalau Dar Baraka dah siap,
baru akak tulis buku
haha :D
Sgt best. Saya nak tolong tuliskan puisi ini dalam buku saya. Hehe. Boleh ya :)
rindu buku conteng aishah niiiii =')
Terjumpa pula coretan Aishah di blog ini apabila mencari perkataan bermelankoli. Minggu ini hujan turun tanpa henti bersama-sama kesedihan yang menyinggah kerana rasa kehilangan yang tiba-tiba menerjah di ruang ini.
08/04/2020
Post a Comment