Friday, November 26, 2010

of UIA, Tok Kenali, HAMKA, Imam Zakarsyi, hari ini banyak makan, Tak dapat bayar parking dengan kak Taheera, Melayu, Islam. baik aishah stop. baik!

seawal pagi tadi, aishah ke UIA gombak. dengan niat menghadiri seminar pecah otak kebangsaan dan serantau pemikiran pendidikan islamik di alam melayu: memugar wacana intelektual. haaa..nama seminar taknak panjang 3 baris pulak kan.

dan otak aishah sungguh penuh. apa nama tempat kita simpan memori tu? ha, itulah. sampai nak ingat benda tu pun aishah tak boleh. nak buat kerja sekolah paling senang "the importance of play in child development" pun tak dapat nak fikir. jadinya aishah buat keputusan untuk tulis blog. kukuh kan alasan?

ha, tadi nak cerita pasal seminar kan aishah!

chup, aishah ringkaskan. seminar tadi adalah kupasan kajian-kajian yang dibuat ke atas tokoh-tokoh pemikir melayu nusantara mengenai idea-idea awal mereka yang membawa pembaharuan kepada corak pendidikan di dunia melayu dan betapa kita telah jauh meninggalkan pemikiran mereka tanpa kesinambungan amalan dan oh rugilah sebuah tamadun bangsa! ok. aishah lupa nak ingatkan, ini tulisan bosan, kalau awak tengah ngantuk jangan baca. aishah tulis untuk kongsi dengan teman yang minat dan anak-anak aishah dan ayahnya nanti. kita di dalam sistem pendidikan yang ada sibuk mengkaji falsafah Plato, Gardner, Socrates. sedangkan pemikir-pemikir melayu yang ada lebih tajam dan sesuai ideanya dengan alam melayu islam.

ada sembilan kertas kerja. bermakna, ada 9 tokoh pemikir melayu yang telah dibentangkan oleh 9 pembentang. alamak, macam nak cerita semua, tapi ada tanda-tanda mata dah mengantuk. jap nak rujuk buku nota conteng tadi.

1.Sheikh Daud Al-Fatani, tentang kitab jawi dan perkembangan bahasa melayu. dibentangkan oleh Dr Ibrahem dari Thailand.

2.Shaykh 'Abdu's-Samad Al-Palembani (aishah ikut ejaan dalam kertas kerja) dibentangkan oleh Ustaz Uthman el-Muhammady yang macam memang power giler la. ok, 'power gila' tu merosakkan bahasa. kamu kenal tak ustaz ni, sila google, ustaz yang selalu pakai serban dan janggutnya berinai tu. beliau punya english, ferh! beliau punya hafalan, awesome! boleh terus sebut ayat yang terlintas terus pada terjemahan tanpa sebut ayatnya. terjemah secara terus dalam inggeris dan melayu. bukan sikit-sikit, banyak ok. tak, aishah macam kagum beliau punya spontan tu. sampai rasa nak jumpa, minta autograf!

3.jeng jeng jeng! Haji Abdul Malik Karim Amrulah, HAMKA. fuhh, ini aishah salin nota paling panjang sekali. sembilan muka surat. sebabnya pembentang menceritakan bukan saja tentang Buya HAMKA, tapi sejarah Melayu, bagaimana Melayu menjadi Islam. edisi yang bukan dari buku teks sekolah. terus aishah rasa nak ambil ijazah sejarah. apakah?

antara isi penting:
-HAMKA tidak pernah mendapat pendidikan formal, tetapi beliau boleh menghasilkan tulisan-tulisan yang bermutu dan mampu mengkritik keadaan sosio budaya asyarakat islam nusantara di ketika itu
-beliau lebih digemari dan popular di kalangan rakyat malaysia daripada rakyat indonesia.
-beliau yang menegaskan bahawa Melayu tanpa Islam akan hilang identitinya.
-beliau merajuk dengan perceraian kedua orang tuanya lalu ke Mekah. (kalau remaja sekarang, merajuknya ke Thailand dan Lombok kan)
-sejarah mendapati, dalam hal menukarkan akidah orang melayu kepada akidah Islam bukanlah perkara yang mudah. dan sudah tentu ada kuasa besar yang mampu menukar kehidupan masyarakat melayu dengan begitu drastik tanpa dapat mengembalikan kepada Melayu sebelum Islam. walau betapa hebat gerakan kristianisasi
-tanpa Islam, Bahasa Melayu tidak akan berkembang.
-kesimpulan paling penting, sarjana barat mahu kita percaya sejarah yang mereka cipta. sedangkan HAMKA dan lainnya menolak idea-idea mereka

"...nampaknya adalah sebagai satu percubaan yang amat teratur untuk menghilangkan keyakinan negeri-negeri Melayu tadi tentang hubungan rohani yang mesra antara mereka dengan Tanah Arab sebagai sumber pertama dari Islam"

alamak, banyak sangat. dia punya kertas kerja pun 17 mukasurat ni. apakata kalian baca tulisan beliau, "Sejarah Umat Islam" (yang mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan). tapi aishah pun belum baca. *sengih*

lepas tu aishah makan tengah hari macam lauk kenduri sampai tak larat nak jalan pergi masjid UIA yang jauuuuh tu. tak payahla cerita pasal makan semua tu aishah!


4. Munsyi Abdullah (dibentangkan oleh Dr Rosnani, kawan baik umi ayah. sembang dengan aishah dalam seminar macam sembang hari raya). Munsyi Abdullah merupakan "father of teh modern Malay Literature", hebat mengkritik sikap diktator sultan Melayu, sikap orang Melayu yang malas, tidak roduktif dan tidak berminat untuk belajar (nampaknya Tun Mahathir bukanlah yang pertama mengkritik Melayu). pada zamannya, orang melayu berpuas hati dengan kebolehan bertutur dalam bahasa melayu dan tidak mahu mengembangkan ilmu nahu dan tatabahasa sepertimana bahasa penjajah.

5. Sayid Sheikh Al-Hadi, pembentang baca skrip. aishah langsung tak boleh nak ingat apa dia cakap

6.Imam Zarkasyi. sirius sila google tentang beliau. bertanggungjawab menjalankan modernisasi kepada pondok dan pesantren di indonesia menjadi madrasah yang berintegrasi ilmu 100% ukhrawi dan 100% duniawi. mementingkan ko-kurikulum dan keseimbangan dunia akhirat. kertas kerja dibentangkan oleh anaknya sendiri. sekarang sudah punya Universitas Gondor. aishah memang jatuh hati kalau dengar bahasa indonesia yang ditutur halus. ish.

ada keynote address dari Dato' Shaifuddin Abdullah, timbalan menteri, kementerian pengajian tinggi malaysia. yang aishah terfikir waktu beliau berucap, ok jugak kalau jadi PM ni. saya suka pemikiran dia. (sebab dia tak baca skrip ucapan yang orang lain tuliskan, jadi kita boleh nilai sedikit sebanyak)

7. Mahmud Yunus. Pembentangnya dari Indonesia, aishah tertidur di slide ke-5. harap-harap dia tak berkecil hati

8. Pendeta Za'ba. diceritakan bagaimana sumbangan Za'ba bukan sahaja pada dunia bahasa melayu seperti yang dicanangkan. beliau juga kuat mengkritik masyarakat yang katanya: "masyarakat melayu pada waktu ini bukan sahaja miskin harta, malah miskin jiwa". menekankan "dua bagi satu ilmu" maksudnya lebih kurang keseimbangan dunia akhirat dalam mana-mana ilmu.

banyak lagi, tapi dah tak larat.

9. Tok Kenali. beliau mahir Al-Quran dan aritmetik pada umur enam tahun. ha, terkedu di situ.

10. Harun Nasution. ini pun, cari lah ya. pembentang dari indonesia, enak bahasnya. idea-idea beliau banyak kontreversi<--macam salah eja ni. sampaikan pembentangan speaker pun hangat dengan soalan. bahaya islam liberal di indonesia ni lebih bahaya dari gerakan kristianisasi tau!

sebenarnya banyak pemikiran ni timbul dengan pertembungan antara Kaum Muda dan Kaum Tua. ada yang hingga melibatkan pertumpahan darah (di Indonesia). ok, sejarah Kaum Muda dan Kaum Tua ni pun kena google buka buku.


_____________________________________________

pengajaran yang aishah dapat adalah: jangan tulis entry dalam keadaan penat-lelah-mata-nak-tutup-otak-tepu macam ni. haih.

balik dari seminar aishah jumpa kak taheera. hari ini rasa terlalu penuh. terisi minda dan jiwa. sungguh!
(kami sembang dari hal lirik lagu m nasir hingga ke hal sekolah anak. kak T kata, m nasir selalu cerita dengan dia tentang lirik lagu. dan kami di KLCC macam anak muda bercinta. kak T bagi kasut pulak tu!)

baru perasan ada 10 la aishah, bukan 9!



oh ya, dah buat police report. baik aishah tak payah cerita, nanti lagi ke laut.





entry ni ke laut. harap anak aishah faham. ok, aishah suruh dia baca buku kajian ni je nanti.

Saturday, November 20, 2010

sekali air bah.

Assalamualaikum, awak nampak tak blog aishah dah entahapaentah lain? bukan comel pun, tapi aishah duk gatal rajin nak main-main setting.




sesuatu yang paling saya tak suka dalam hidup adalah: perubahan.

sangat tak suka hinggakan saya kadang-kadang membenci diri sendiri. sedangkan perubahan itu adalah antara inti hidup yang utama.

saya tak suka rambut panjang dipotong pendek.
saya tak suka kawan baik berpindah sekolah.
saya tak suka makcik kedai burger di simpang jalan sudah tak lagi berniaga.
saya tak suka memulangkan semula arwah nek yang yang dipinjam Tuhan.
saya tak suka buku kegemaran saya hilang
saya tak suka kawan baik saya tidak lagi seperti yang saya kenal
saya tak suka jalan ke seremban dibesarkan
saya tak suka aiskrim kegemaran tak lagi dikilangkan
saya tak suka masuk sekolah menengah.
saya tak suka di sekolah menengah ada lelaki.
saya tak suka sudah habis alam persekolahan.
saya tak suka along sudah tidak lagi tinggal di johor.
saya tak suka blog ni dah macam ni


ha. itulah yang saya maksudkan. perubahan, kecil atau besar, sering buat saya rasa kurang selesa, dan sedikit tidak suka di dalam hati. macam, "eh..apa niii?"
bagaimanapun, saya sedar kadar adaptasi saya adalah tinggi. kebolehan 'survival' yang boleh tahan tinggi. sehingga menjadi bahaya.
ada orang bawa benda baru pada saya, walaupun perkara yang tidak baik, saya boleh terima.

kamu faham ke ni?
kamu faham ke?

saya tak suka katil di bilik diubah posisi tapi kalau tak ubah, boleh jadi sempit.

ha, itulah.

bagaimana saya tidak suka pun pada sekecil-kecil hingga sebesar-besar perubahan. keadaan itu tetap perlu berubah. sama ada kita memangkin, terlibat, menanggung akibat atau hanya melihat kepada perubahan.

perubahan adalah satu keperluan.

bukan kehendak atau kemahuan. tetapi perlu. bila sesuatu itu perlu, sepertinya harus atau wajib. tidak boleh tidak.

terimalah aishah!

kerana sering, perubahan itu adalah untuk perkara yang lebih baik.
kalupun bukan untuk hari ini,
tetapi untuk hari esok.

kalaupun tidak untuk hati esok, tetapi untuk hati hari ini.

orang jawa kata, by hook or by crook.

ya, sekolah baru memang tak sama dengan sekolah lama. kawan baru memang tak semanis kawan zaman muda. guru baru tak se'cool' guru lama. kasut baru tak secomel dan seselesa kasut lama yang dah koyak atau haus tapaknya.

tapi takkan pula mahu pakai kasut lama yang licin tapaknya dan jatuh setiap kali terpijak air?




(ish,serius tak suka muka baru blog ni walaupun sikit je lainnya)


"kecuali orang yang berlaku zalim yang kemudian mengubah (dirinya) dengan kebaikan setelah kejahatan (bertaubat); maka sungguh Aku maha Pengampun, Maha Penyayang"(An-Naml,11)


bagaimana pun hidup berubah, selagi ke arah kebaikan. terimalah. dan pasrah.


kan?






if you know what i really really mean :)


yang ini, untuk kebaikan kita kan? terima kasih kerana menjadi 'lelaki'




sekali pantai berubah.

(cumanya, jangan hingga saya tak kenal mana pantai , mana muara, mana tanjungnya ya!)

Friday, November 5, 2010

Majnun yang tersungkur

terdengarlah suara
seluruh alam menyanyikan cintanya
tidurku tak pernah ada
siangku tak pernah lena

runtuhlah gunung menjadi gurun
alangkah hanyutnya cinta yang santun
dengan rakus meniup derita
menyampaikan wabak tak kunjung reda

telah lama aku mati hai kekasih
sejak matamu tak lagi melirih


kembalilah lailaku sayang
tanpamu, takdir pun bagaikan kejam

menangis aku sepanjang malam
bukan kerana laila yang tak memandang
tetapi kejamnya takdir Tuhan




siap.

Zarif menyanyikan lagu puisi rindunya pada Laila di halaman rumah. seperti berteriak dan hampir hilang suara. Jiran-jiran sudah jenuh mahu menegur. Kegilaan Zarif bukan lagi perkara yang boleh dibendung. Sudah sebati pula mereka dengan laung cinta Zarif saban bulan mengambang, atau bila-bila saja datang hilang warasnya.


Balqis!!
Balqis!!~
Balqis!!!~

Teriaknya lagi dalam kelam malam, tahu pula si Zarif untuk diam di kala azan dan menjelang tengah malam. Teman serumahnya sudah habis tebal muka menaggung malu dan segan. Tak kuasa melayan si Zarif yang bagi mereka sakit angau dan gila bayang. Si Balqis yang dipuja dan dijulang nama sudah lama senyap sunyi tanpa berita. Sudah hampir enam bulan sejak peristiwa Zarif dihalau dari rumah Balqis. Ini bukan kisah dongeng, ini bukan kisah lagenda P.Ramlee dengan lagu air mata atau menangis hingga buta. Ini cuma kisah Zarif dan Balqis yang mabuk cinta. Bodoh kurang pandai sungguh Zarif dengan cintanya.


"sudah-sudahlah Zarif, masuklah. Aku dah masak untuk makan malam. Kau mahu aku kunci engkau di luar malam ini?" teriak Shafiq dari pintu rumah.

"Kau sajalah makan Shafiq, mana mungkin aku bisa menelan nasi. Bila Balqis tak lagi bisa mendengar puisi aku buat dia"

"Hoi!"
" kau ingat kau Qaisy? Majnun?. Sebelum aku telefon bapak kau suruh bawa kau pulang ke kampung, baik kau masuk" Shafiq mula naik marah, buat sekian kalinya.

"Aku mungkin bukan Qaisy si Majnun. Yang gilakan Laila hingga akhir hayatnya. Tapi Balqis itu Laila, yang tak pernah aku berhadapan dengannya tapi aku jatuh cinta. Kau apa tahu?"

"Kalau betul pun kau cinta, perlu kau teriakkan pada semua tentang dia? perlu kau jadi gila dan hilang akal seperti ini? Sudahlah Zarif, melayan kau, aku pun gila sama"

"Bila dia tahu, dan aku tahu, yang kami saling punya rasa, apa salahnya satu dunia tahu tentang wujudnya manusia yang kenal cinta Shafiq?"

Zarif cuma bercakap sendiri. Shafiq sudah lama masuk ke dalam. Tidak kuasa melayan si Zarif yang gilanya bagaikan angin pasang, tergantung pada pusingan bulan. Mungkin seperti perempuan yang menunggu kelahiran. Emosinya kacau memanjang.


deritalah aku wahai perempuan
cuba kuhentikan langit dari siang
cuba kuhentikan pelangi dari hilang
agar kau sempat tiba sebelum matahari menjelang

sakitnya wahai Lailaku sayang
jernih cintamu pada Tuhan
akurnya kamu pada orang tua tersayang
hilanglah aku dalam kesempurnaan

mana mungkin aku temukan
wahai Lailaku sayang
walau sehiris perempuan
yang bisa melawan kesempurnaan yang Tuhan kurniakan
buat kau seorang

Duhai Laila yang kujulang
cinta ini pembebasan
pada penjara yang mengikat kemanusiaan
tapi mereka tidak mengerti
lalu mengikat kita membelenggu hati

biar aku gila sampai mati
akan aku tunggu kau hingga matahari tak terbit lagi


"Abang Zarif panggil kak Balqis lagi?" Keluar si kecik molek Siti, anak jiran. Dia yang selalu rajin melayan gila Zarif saban hari. Anak kecil yang bersih dan jernih hati.

"Ya Siti...Kak Balqis tidak juga mahu pulang. Kasihan kan pada abang?"

"Abang dah cuba telefon? Abang tak ada facebook Kak Balqis? Ibu baru semalam jumpa teman lelaki ibu waktu sekolah di facebook. Tak hensem macam ayah pun"

"Tak ada Siti, barangkali Kak Balqis dikurung dek ayahnya yang begitu benci sama abang"

"Abang, bila Siti besar nanti, Siti tak mahu ada lelaki jatuh hati sama Siti. Siti tak mahu jadi seperti Kak Balqis, yang boleh buatkan orang seperti abang menangis setiap hari. Siti tak mahu lah cinta-cinta ni. Siti tak suka. Ibu bilang, kalau tak cinta sama Tuhan, manusia pun takkan sayang. Abang dah Solat Isya'?"

"Belum Siti, abang masuk dulu ya?" Zarif malu sendiri. Cukuplah jeritan dia buat hari ini.


Di dalam rumah, Shafiq tersengih panjang. Siti memang genius!





_________________________________________________________
aishah memang kurang produltif menulis sekarang. esok Deepavali, tapi aishah sekolah dari pagi. sebenanya nak tulis cerita ni panjang-panjang. tapi takut orang marah banyak merepek.


ha, tadi ada orang tu taknak layan saya, tapi dia tanya bila nak update blog. sungguh tak sopan pada orang tua la kamu. sampai hati takmo layan akak. hik.
















.





perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed