Assalamualaikum, awak nampak tak blog aishah dah
sesuatu yang paling saya tak suka dalam hidup adalah: perubahan.
sangat tak suka hinggakan saya kadang-kadang membenci diri sendiri. sedangkan perubahan itu adalah antara inti hidup yang utama.
saya tak suka rambut panjang dipotong pendek.
saya tak suka kawan baik berpindah sekolah.
saya tak suka makcik kedai burger di simpang jalan sudah tak lagi berniaga.
saya tak suka memulangkan semula arwah nek yang yang dipinjam Tuhan.
saya tak suka buku kegemaran saya hilang
saya tak suka kawan baik saya tidak lagi seperti yang saya kenal
saya tak suka jalan ke seremban dibesarkan
saya tak suka aiskrim kegemaran tak lagi dikilangkan
saya tak suka masuk sekolah menengah.
saya tak suka di sekolah menengah ada lelaki.
saya tak suka sudah habis alam persekolahan.
saya tak suka along sudah tidak lagi tinggal di johor.
saya tak suka blog ni dah macam ni
ha. itulah yang saya maksudkan. perubahan, kecil atau besar, sering buat saya rasa kurang selesa, dan sedikit tidak suka di dalam hati. macam, "eh..apa niii?"
bagaimanapun, saya sedar kadar adaptasi saya adalah tinggi. kebolehan 'survival' yang boleh tahan tinggi. sehingga menjadi bahaya.
ada orang bawa benda baru pada saya, walaupun perkara yang tidak baik, saya boleh terima.
kamu faham ke ni?
kamu faham ke?
saya tak suka katil di bilik diubah posisi tapi kalau tak ubah, boleh jadi sempit.
ha, itulah.
bagaimana saya tidak suka pun pada sekecil-kecil hingga sebesar-besar perubahan. keadaan itu tetap perlu berubah. sama ada kita memangkin, terlibat, menanggung akibat atau hanya melihat kepada perubahan.
perubahan adalah satu keperluan.
bukan kehendak atau kemahuan. tetapi perlu. bila sesuatu itu perlu, sepertinya harus atau wajib. tidak boleh tidak.
terimalah aishah!
kerana sering, perubahan itu adalah untuk perkara yang lebih baik.
kalupun bukan untuk hari ini,
tetapi untuk hari esok.
kalaupun tidak untuk hati esok, tetapi untuk hati hari ini.
orang jawa kata, by hook or by crook.
ya, sekolah baru memang tak sama dengan sekolah lama. kawan baru memang tak semanis kawan zaman muda. guru baru tak se'cool' guru lama. kasut baru tak secomel dan seselesa kasut lama yang dah koyak atau haus tapaknya.
tapi takkan pula mahu pakai kasut lama yang licin tapaknya dan jatuh setiap kali terpijak air?
(ish,serius tak suka muka baru blog ni walaupun sikit je lainnya)
"kecuali orang yang berlaku zalim yang kemudian mengubah (dirinya) dengan kebaikan setelah kejahatan (bertaubat); maka sungguh Aku maha Pengampun, Maha Penyayang"(An-Naml,11)
bagaimana pun hidup berubah, selagi ke arah kebaikan. terimalah. dan pasrah.
kan?
if you know what i really really mean :)
yang ini, untuk kebaikan kita kan? terima kasih kerana menjadi 'lelaki'
sekali pantai berubah.
(cumanya, jangan hingga saya tak kenal mana pantai , mana muara, mana tanjungnya ya!)
7 comments:
Saya sangat suka perubahan..tak tahan asyik di takuk yg sama..org kata ada gedik sikit, tak boleh dok diam..hehe
merasai yang sama
=(
Banyaaaaknyer benda yang awak tak suka..kalau nanti awak dari sorang..jadi berdua itu lebih baik ,awok suka dok??
template kita sama! :) :)
anna suka perubahan.. =)
setuju. tak suka perubahan. mungkin sebab mudah terbiasa kot?
"satu hari nanti semua berubah, orang yang paling lambat berubah : orang yang sunyi"
dah tak ingat mana baca ayat ni..
Kak Hanani...(lama akak tak komen sini, duk kat fb je kan)
akak gedik??tak dapat bayangkan. hik. (bila entah nak dapat jumpa Najla).
itulah kak, ada masa saya nak sangat keadaan berubah. ada masa, saya nak ada dalam zon selesa, takmo keluar2. entah apa2 kan?
Akhyar..
hepp. jangan tiru akak. akak belum jadi mukmin proffeional. sedang cuba. hah, jom2 study.
Abg(?) Bidin...
it's for me to know,
dengan hormat.
(oh, not for you to find out)
Aina dear...
haah la kannnnn!!!
awak selalu hilang tauuuu
Anna...
saya terharu awak baca entry saya sampai dulu2 punya. huk.
ada jugak perubahan yang aishah suka.
nak sesuaikan diri bukan senang kan?
Midi,..
sejak bila nama tambah 'vader' ni??
hu, tak mahu jadi orang yang sunyi dari cinta Tuhan
Post a Comment