Friday, November 26, 2010

of UIA, Tok Kenali, HAMKA, Imam Zakarsyi, hari ini banyak makan, Tak dapat bayar parking dengan kak Taheera, Melayu, Islam. baik aishah stop. baik!

seawal pagi tadi, aishah ke UIA gombak. dengan niat menghadiri seminar pecah otak kebangsaan dan serantau pemikiran pendidikan islamik di alam melayu: memugar wacana intelektual. haaa..nama seminar taknak panjang 3 baris pulak kan.

dan otak aishah sungguh penuh. apa nama tempat kita simpan memori tu? ha, itulah. sampai nak ingat benda tu pun aishah tak boleh. nak buat kerja sekolah paling senang "the importance of play in child development" pun tak dapat nak fikir. jadinya aishah buat keputusan untuk tulis blog. kukuh kan alasan?

ha, tadi nak cerita pasal seminar kan aishah!

chup, aishah ringkaskan. seminar tadi adalah kupasan kajian-kajian yang dibuat ke atas tokoh-tokoh pemikir melayu nusantara mengenai idea-idea awal mereka yang membawa pembaharuan kepada corak pendidikan di dunia melayu dan betapa kita telah jauh meninggalkan pemikiran mereka tanpa kesinambungan amalan dan oh rugilah sebuah tamadun bangsa! ok. aishah lupa nak ingatkan, ini tulisan bosan, kalau awak tengah ngantuk jangan baca. aishah tulis untuk kongsi dengan teman yang minat dan anak-anak aishah dan ayahnya nanti. kita di dalam sistem pendidikan yang ada sibuk mengkaji falsafah Plato, Gardner, Socrates. sedangkan pemikir-pemikir melayu yang ada lebih tajam dan sesuai ideanya dengan alam melayu islam.

ada sembilan kertas kerja. bermakna, ada 9 tokoh pemikir melayu yang telah dibentangkan oleh 9 pembentang. alamak, macam nak cerita semua, tapi ada tanda-tanda mata dah mengantuk. jap nak rujuk buku nota conteng tadi.

1.Sheikh Daud Al-Fatani, tentang kitab jawi dan perkembangan bahasa melayu. dibentangkan oleh Dr Ibrahem dari Thailand.

2.Shaykh 'Abdu's-Samad Al-Palembani (aishah ikut ejaan dalam kertas kerja) dibentangkan oleh Ustaz Uthman el-Muhammady yang macam memang power giler la. ok, 'power gila' tu merosakkan bahasa. kamu kenal tak ustaz ni, sila google, ustaz yang selalu pakai serban dan janggutnya berinai tu. beliau punya english, ferh! beliau punya hafalan, awesome! boleh terus sebut ayat yang terlintas terus pada terjemahan tanpa sebut ayatnya. terjemah secara terus dalam inggeris dan melayu. bukan sikit-sikit, banyak ok. tak, aishah macam kagum beliau punya spontan tu. sampai rasa nak jumpa, minta autograf!

3.jeng jeng jeng! Haji Abdul Malik Karim Amrulah, HAMKA. fuhh, ini aishah salin nota paling panjang sekali. sembilan muka surat. sebabnya pembentang menceritakan bukan saja tentang Buya HAMKA, tapi sejarah Melayu, bagaimana Melayu menjadi Islam. edisi yang bukan dari buku teks sekolah. terus aishah rasa nak ambil ijazah sejarah. apakah?

antara isi penting:
-HAMKA tidak pernah mendapat pendidikan formal, tetapi beliau boleh menghasilkan tulisan-tulisan yang bermutu dan mampu mengkritik keadaan sosio budaya asyarakat islam nusantara di ketika itu
-beliau lebih digemari dan popular di kalangan rakyat malaysia daripada rakyat indonesia.
-beliau yang menegaskan bahawa Melayu tanpa Islam akan hilang identitinya.
-beliau merajuk dengan perceraian kedua orang tuanya lalu ke Mekah. (kalau remaja sekarang, merajuknya ke Thailand dan Lombok kan)
-sejarah mendapati, dalam hal menukarkan akidah orang melayu kepada akidah Islam bukanlah perkara yang mudah. dan sudah tentu ada kuasa besar yang mampu menukar kehidupan masyarakat melayu dengan begitu drastik tanpa dapat mengembalikan kepada Melayu sebelum Islam. walau betapa hebat gerakan kristianisasi
-tanpa Islam, Bahasa Melayu tidak akan berkembang.
-kesimpulan paling penting, sarjana barat mahu kita percaya sejarah yang mereka cipta. sedangkan HAMKA dan lainnya menolak idea-idea mereka

"...nampaknya adalah sebagai satu percubaan yang amat teratur untuk menghilangkan keyakinan negeri-negeri Melayu tadi tentang hubungan rohani yang mesra antara mereka dengan Tanah Arab sebagai sumber pertama dari Islam"

alamak, banyak sangat. dia punya kertas kerja pun 17 mukasurat ni. apakata kalian baca tulisan beliau, "Sejarah Umat Islam" (yang mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan). tapi aishah pun belum baca. *sengih*

lepas tu aishah makan tengah hari macam lauk kenduri sampai tak larat nak jalan pergi masjid UIA yang jauuuuh tu. tak payahla cerita pasal makan semua tu aishah!


4. Munsyi Abdullah (dibentangkan oleh Dr Rosnani, kawan baik umi ayah. sembang dengan aishah dalam seminar macam sembang hari raya). Munsyi Abdullah merupakan "father of teh modern Malay Literature", hebat mengkritik sikap diktator sultan Melayu, sikap orang Melayu yang malas, tidak roduktif dan tidak berminat untuk belajar (nampaknya Tun Mahathir bukanlah yang pertama mengkritik Melayu). pada zamannya, orang melayu berpuas hati dengan kebolehan bertutur dalam bahasa melayu dan tidak mahu mengembangkan ilmu nahu dan tatabahasa sepertimana bahasa penjajah.

5. Sayid Sheikh Al-Hadi, pembentang baca skrip. aishah langsung tak boleh nak ingat apa dia cakap

6.Imam Zarkasyi. sirius sila google tentang beliau. bertanggungjawab menjalankan modernisasi kepada pondok dan pesantren di indonesia menjadi madrasah yang berintegrasi ilmu 100% ukhrawi dan 100% duniawi. mementingkan ko-kurikulum dan keseimbangan dunia akhirat. kertas kerja dibentangkan oleh anaknya sendiri. sekarang sudah punya Universitas Gondor. aishah memang jatuh hati kalau dengar bahasa indonesia yang ditutur halus. ish.

ada keynote address dari Dato' Shaifuddin Abdullah, timbalan menteri, kementerian pengajian tinggi malaysia. yang aishah terfikir waktu beliau berucap, ok jugak kalau jadi PM ni. saya suka pemikiran dia. (sebab dia tak baca skrip ucapan yang orang lain tuliskan, jadi kita boleh nilai sedikit sebanyak)

7. Mahmud Yunus. Pembentangnya dari Indonesia, aishah tertidur di slide ke-5. harap-harap dia tak berkecil hati

8. Pendeta Za'ba. diceritakan bagaimana sumbangan Za'ba bukan sahaja pada dunia bahasa melayu seperti yang dicanangkan. beliau juga kuat mengkritik masyarakat yang katanya: "masyarakat melayu pada waktu ini bukan sahaja miskin harta, malah miskin jiwa". menekankan "dua bagi satu ilmu" maksudnya lebih kurang keseimbangan dunia akhirat dalam mana-mana ilmu.

banyak lagi, tapi dah tak larat.

9. Tok Kenali. beliau mahir Al-Quran dan aritmetik pada umur enam tahun. ha, terkedu di situ.

10. Harun Nasution. ini pun, cari lah ya. pembentang dari indonesia, enak bahasnya. idea-idea beliau banyak kontreversi<--macam salah eja ni. sampaikan pembentangan speaker pun hangat dengan soalan. bahaya islam liberal di indonesia ni lebih bahaya dari gerakan kristianisasi tau!

sebenarnya banyak pemikiran ni timbul dengan pertembungan antara Kaum Muda dan Kaum Tua. ada yang hingga melibatkan pertumpahan darah (di Indonesia). ok, sejarah Kaum Muda dan Kaum Tua ni pun kena google buka buku.


_____________________________________________

pengajaran yang aishah dapat adalah: jangan tulis entry dalam keadaan penat-lelah-mata-nak-tutup-otak-tepu macam ni. haih.

balik dari seminar aishah jumpa kak taheera. hari ini rasa terlalu penuh. terisi minda dan jiwa. sungguh!
(kami sembang dari hal lirik lagu m nasir hingga ke hal sekolah anak. kak T kata, m nasir selalu cerita dengan dia tentang lirik lagu. dan kami di KLCC macam anak muda bercinta. kak T bagi kasut pulak tu!)

baru perasan ada 10 la aishah, bukan 9!



oh ya, dah buat police report. baik aishah tak payah cerita, nanti lagi ke laut.





entry ni ke laut. harap anak aishah faham. ok, aishah suruh dia baca buku kajian ni je nanti.

7 comments:

Anonymous said...

hahaha
otak dh tepu smpai nak kira 9 or 10 pun dh tingtong...
ahaks!

jari | jemari said...

bagusnya!

Akhyar said...

xpuas!

sapphire said...

aishah belajr apa sebenarnya..?? mcm menarik jer.. :D

Anonymous said...

ada 'Sejarah Umat Islam' di sini.

Tentangnya Buya HAMKA menuliskan,

'ada kira-kira seratus kitab tarikh besar dan kecil yang kita baca seketika menyusun kitab ini, dan sangat kita perhatikan pula kitab-kitab tarikh yang dikarang di zaman baru. Lalu kita karang kitab ini sefasal demi sefasal.'

Subhanallah. empat jilid itu dari seratus buku. Membaca dan menulis, kan?

cikgu-cikgu jumpa dalam longgokan buku lama di perpustakaan, hendak dibuang sayang.

tapi memilih pula untuk baca yang mana, yang rasa berkaitan.

sejarah Nabi dan para sahabat.
Empayar Turki Uthmaniyah.
dan Islam di Sepanyol.

dan tentunya, Sejarah Alam Melayu.

err..terima kasih berkongsi tentang seminar ni.

(...anonymous lah sangat...)

Aishah Nur Hakim said...

lelaki ini (?)...
itulah, degil nak tulis jugak dalam kepenatan tu. takut kalau tangguh akhirnya jadi macam yang lepas2, langsung tak dikongsi.



jari jemari...
itulah, kagum dengan mereka yang berinisiatif buat kajian ni



zul...
akak dah la tak pandai nak cerita, ise terabur, isi oenting tak tulis. ke laut sungguh. baca buku kajiannya nanti ek.





cik nilam....
aishah belajar pendidikan awal kanak-kanak la. tak ada kaitan dengan sekolah pun ni. aishah dengar doktor rosnani hebahkan di radio, terus cari di internet dan pergi. hik. dah la pergi sorang2

Aishah Nur Hakim said...

encik anonymous lah sangat :)

sungguh?
aduhai. tak tahulah ada atau tidak kitabnya di rumah. belum sempat selongkar bilik ayah.

*pengsan guling-guling* nak bacaaaaaaaa~

bila tahu ambil masa 22 tahun mahu ditulis, sudah mahu pengsan, inikan pulak kamu kasi tahu bacaannya dari 100 buku.

tambah jatuh hati.

pada Buya HAMKA


oh, kak taheera kata, 'mawar' dalam lirik lahu m.nasir bermaksud: Allah. kamu tahu lagu yang mana?



untuk esok.



(terima kasih itu bikin senyum, tapi ditahan)


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed