Wednesday, December 28, 2011

t-su-na-me



ombak jahat!

setiap berdiri saya di pinggir lautNya
terbayang besarnya ombak yang meranapkan hidup saudara-saudara kita.

titis-titis air kecil
bila menyatu dan amuk menggila
bisa saja meranapkan segala harapan yang ada.

cikgu mengajar:
air punya memori yang kuat.
setiap air yang mahu saya minum
saya bisikkan kalimah cinta

air punya memori yang kuat

mungkinkah tsunami yang melanda
mengganas kerna setiap kata yang pernah kita lemparkan pada lautan luasNya?

jerit pekik perempuan yang ditinggalkan lelakinya
lolong anak yang minta dipulangkan ayahnya
bisik benci jiwa yang hampa

semua dilempar ke laut.
kasar.
dan si laut tidak mampu menahan.
geloranya tidak lagi mampu dikawal.

nah.
anak tak berdosa di seberang sana.
yang selama ini mesra sama pantai dan ombaknya.
ditelan gelombang tidak bermata

saya batalkan hasrat ke pantai.
tidak mahu menjadi perempuan yang terjerit sendirian:
dan suaraku menjadi punca
bencinya laut pada pantainya.

Ombak jahat!





.

Monday, December 19, 2011

You're the Almond to my Magnum!


1.
Seperti yang saya kecohkan di fesbuk tempoh hari, saya mengalami ke'mengidam'an yang amat sangat di suatu tengah malam. Sewaktu pulang dari majlis sembang-sembang ustazah pilihan tak jadi di Bangi. Sebelum pulang ke rumah (sewa), hampir seluruh Bangi saya jelajahi demi mencari seorang aiskrim Magnum Almond.

pulang ke rumah, saya tuliskan: 


Mari saya cerita tentang hidup.


Tadi entah berapa kedai 7E di seluruh Bangi telah saya jelajahi, demi mencari aiskrim Magnum Almond yang saya idamkan tiba-tiba di tengah malam.



Di kesemua kedai, saya cuma ketemu Magnum Classic dan Magnum Truffle (kah?). Sedangkan saya cuma mahu dan hanya mahu Magnum Almond.


Demi mendidik hati tidak berputus asa, dan kemudian tawakal (kononnya)...saya terus mencari di kedai seterusnya.

Inilah hidup.
Sekian.

tak, saya tak juga ketemu sama Magnum Almond.
kadang dalam hidup, kita perlu 'settle for the second best'. mungkin.
Magnum Classic it is. 
manakan sama!

(boleh tahan juga pengajaran hidup untuk hari ini)

okebaitata.



dan sebetulnya, di majlis sembang-sembang ustazah pilihan tak jadi itu, kami diceritakan peri tawakal dan melatih hati. 

Dan baru saja tadi petang, pulang dari kelas pagi Ahad...saya ke Jusco meneman umi cari keperluan sekolah adik. Semasa beratur mahu membayar, saya berdiri di sebelah peti aiskrim Walls yang dipenuhi Magnum Almond. Pada mulanya saya mempersoalkan kemahuan saya pada si aiskrim. Do you really think you want the ice cream right now Aishah? at this time? 

Saya akhirnya bertemu dengan amgnum Almond idaman, tetapi di waktu yang tidak sesuai!


Saya gigihkan hati membuka peti. "How could you resist something you've been craving for Aishah? just take the ice cream!". Cuba memilih dari lambakan Magnum almond, entah kenapa saya merasa tidak ada yang mencuri hati. Sepertinya ais krim yang ada begitu punya cacat cela. Tidak cukup sempurna untuk keinginan yang telah saya simpan berhari-hari. Ada yang bentuknya sudah berubah, ada yang seperti sedikit cair. Saya ambil yang paling saya rasa sempurna, dan kembali beratur di kaunter. Sambil berfikir-fikir dan berkira-kira. Mungkinkah saya patut beli sahaja aiskrim di dalam perjalanan pulang ke rumah nanti? tidakkah akan cair sementara menunggu aiskrim dibayar, berjalan ke kereta, memandu pulang. Tidak cairkah Magnum almond idaman saya nanti? Kalau saya makan sambil memandu, bagaimana saya mahu menikmati si aiskrim?

Ya. Dan saya letakkan semula aiskrim idaman. Dengan harapan: saya tidak lupa mahu mencari lagi.

cuba teka apa yang sedang saya rasa sekarang?

Ya Allah...! turunlah aiskrim Magnum Almond dari langit untukku~
T_T

Mana mungkin saya keluar mencari di waktu malam begini.


inilah hidup. dan pilihan, sayang.
Apa Aishah ni? cerita aiskrim dengan hidup?
haish.


2.
Saya teringat perihal saya dan kedai mamak. Hubungan saya dengan kedai mamak, bagai laut dan pantai. Ada pasang dan surut. Satu hari saya bisa loya dan mual dengan hanya lalu di tepi kedai mamak. Esoknya saya bisa terlalu teringin akan roti bom mamak atau nasi kandarnya.

Setiap kali saya dan teman makan di kedai mamak, sering saja terjadi: lain diminta, lain dihantar.

Bos, saya minta telur separuh masaklah, bukan telur mata!

Sebetulnya. Di kedai mana pun saya makan. Saya jarang sekali meminta dibetulkan apa saja yang tersilap hantar. Hampir tidak pernah. Jika saya minta mee goreng dan dihantar maggi goreng, itulah yang saya makan. Mungkin saya terpengaruh dengan ayah. Ayah selalu membiarkan sahaja kesilapan pelayan di kedai makan mengambil pesanan dan menyediakan makanan. Jika terlebih dihantar, ayah akan tanya: ini ada orang punya kamu silap hantar atau memang tersilap ambil pesanan? Jika memang tiada orang lain yang sedang menunggu air atau makanan itu, maka ayah akan biarkan dan minta kami habiskan.

Pernah di hari saya ditinggalkan umi keseorangan, saya singgah ke kedai meminta sup kambing. Tapi diberikan capati. Saya tak tahu apa kaitan sup kambing dan capati. Dan si mamak sibuk menanya: Aminah jahit sendiri ka itu kain tutup muka atau beli? Dia panggil saya Aminah! Dan si jejaka mamak itu saya rasa cukup tinggi budi. Capatinya sedap juga.

Hujung tahun lepas, saya dan Isya pulang dari meredah 'perkampungan' orang asli di Damansara Perdana, mecari Tok Batin untuk diminta izin melaksanakan program kami. Selesai kerja yang memaksa saya merempit dan hampir terjatuh motor, Isya mengajak ke kedai mamak di depan sekolah. Teringin rojak mamak katanya. Dan saya sedang sunggugut yang teruk. (Apa? tak boleh cerita senggugut? mesti awak ni jenis yang melihat seorang ibu menyusukan bayi di tempat awam pun awak kata lucah kan? senggugut itu biologi tahu.). Saya temankan juga si Isya, dan saya meminta air teh o kegemaran dan minta dicampur halia. Tak ada sebab pun hendak dipesan air halia tu, saya cuma selalu lihat orang tua-tua minum, jadi mahu cuba. Kalau-kalau berkesan mengurangkan sakit. 

Dan seperti biasa, lain yang diminta...lain yang dihantar.
Saya dapat teh halia. Teh susu campur halia. Saya sangat tidak pandai minum apa-apa minuman susu yang dicampur dalam air lain. Faham ke? Saya cuma pandai minum susu segar.

"Akak, akak mintak lain kan? suruhlah dia tukar."

"Takpelah, nanti siapa nak minum air yang dia dah buat ni?"

"Isy, akak ni." dan kami teruskan sesi makan-minum. Teh halia? rasanya ya, sedikit pelik. Namun ku telan jua. -_-"


Pulang dari kedai mamak, saya menghantar Isya ke stesyen Klana Jaya.
Dan 15 minit kemudian, di waktu senja...saya mengahadapi kemalangan di LDP.
Mungkin kerana hujan baru reda, dan hari makin gelap.
Encik kereta dilanggar dengan kuat dari belakang. Oleh seorang kereta Wira, dipandu lelaki muda berbangsa cina.
Dan ecik kereta saya melanggar kereta myvi di hadapan.

Saya keseorangan. (setiap kali kemalangan pun sorang-sorang >_<)
Saya sedang senggugut teruk.

Bila berjaya keluar dari encik kereta, saya tanyakan pada yang memandu Wira yang sudah hancur:
"Alaaa...kenapa kamu langgar...?"

Abang-abang ulat bengkel sudah ramai yang sedia mahu 'membantu' saya. Saya layan acuh tak acuh.
Sampai hari ini saya pelik. Kenapalah tidak saya marahkan si dia yang melanggar?
Saya cuma berbual dengan dia. Minta nombor telefon dan maklumat lain.
Mungkin dia pun terkejut dah melanggar makcik ninja di senja hari.
Kenapalah tidak saya tuntut wang beribu-ribu sebagai gantirugi?

Lebih kurang 2 jam kemudian, saya teruskan perjalanan. Perlahan-lahan memandu encik kereta yang sakit tenat pulang ke Seremban.
Masih sendirian.
Sebagai perempuan yang cengeng, saya mengucapkan tahniah kepada diri sendiri. tidak setitik pun air mata tumpah malam itu.

Pengajaran yang saya dapat hari itu, hidup perlu belajar menerima takdir.
Apa saja yang dihidangkan pada kamu, syukur.
Apa saja yang Allah rezekikan pada kamu, hitung kebahagian.
Bila saja dilanda apa jua bentuk musibah, kamu tak punya sesiapa selain Allah.
Perjalanan perlu diteruskan.
(tak ada siapa yang akan menjemput kamu pulang dan meneman perjalanan kamu yang kepayahan)

Kalau saya memilih untuk menangis dan mengharapkan seorang penyelamat datang menyelamatkan saya malam itu, pasti saya akan lelah sendiri dan hampa.
Allah akan sentiasa menguji, Jangan meminta agar ujian tidak datang.
Tapi mohon agar diberi kekuatan.

Oh, kadang-kadang mungkin Teh o memang tidak baik untuk kamu, jadi Allah hantarkan teh susu!




3.
Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela makanan.

4.
Rezeki kadang sampai dari tempat yang tidak dijangka. Pernah tak kamu terasa inginkan sesuatu, tiba di tengah malam seorang ibu yang penuh kasih sayang membawa pulang hidangan yang kamu idamkan. Siapa yang menggerakkan hati ibu? Atau kamu baru terlintas mahu makan sekian-sekian, tiba-tiba seorang sahabat mengetuk pintu dan membawa makan yang baru kamu terlintas itu.

Itulah Allah.
Dengan segala keindahan takdir dan kekuasaanNya.


5.
Saya pernah mengidam makan ayam masak kurma masakan ayah. Saya sebutkan sekali. Takut meminta-minta tapi ayah tak mampu nak masak. Esoknya saya ke walimah encik x. (Maaflah kalau yang tak tahu kisah encik x). Dan cuba awak teka apa lauknya?

Ya, ayam masak kurma yang saya pinginkan semalam.

Allah hantar di waktu tekak saya amat perit untuk menelan walau sebutir nasi.

Lusanya ayah masak lauk kegemaran. Dengan penuh kasih sayang. Sungguh awesome.





Aishah!
Banyaknya awak mengidam!




Saya menulis tadi patutnya mahu perikan kisah lain.
:)

Doakan saya jumpa Magnum Almond hari ini ya?
Sekarang perlu bergegas menjempu adik saya, HanaN Tajima yang baru pulang dari Jepung.
Oh, tahun depan baru dapat Magnum Almond pun tak apa.



Kalau Allah panjangkan nyawa.

.

.
Umi,
you're the cherry to my cake.
You're the vanilla ice cream to my float.
You're the mushroom to my soup.






.

Monday, December 12, 2011

Warkah buat adikku, Suri.


Adindaku Suri,
biarlah kakanda memulakan warkah ini dengan rangkap puisi, dari penyair yang begitu kakak hormati.
(tidak perlulah kakak bertanya khabar, kerana tadi malam hampir ke subuh kau meluahkan rasa hati yang rawan kian tawar)


Kau mungkin bukan lelaki terbaik
tapi buat perempuan sepertiku
mungkin tidak ada yang lebih baik
darimu.

Aku mungkin tidak mendapat segala-galanya
tetapi dengan keadaan begini
aku tidak meminta
yang lebih lagi.

Usahlah bertanya apakah aku bahagia
aku pun tidak menyoal tentang perasaanmu
kerana kadang -kadang bila terlalu mahu memasti
orang jadi semakin ragu

terlalu banyak bicara dan banyak menganalisa
orang menjadi semakin tidak tahu.
Aku mungkin kurang pasti
tentang apayang telah kukatakan
tapi yang pasti
kita tidak perlu terlalu pasti

Zurinah Hassan, Yang Pasti
(Menghadap ke Pelabuhan)


Begitulah adikku sayang, jalan menjadi perempuan penuh dengan ketidakpastian. Namun kau harus membuat pilihan! Aku tidak mahu menjadi kakak yang bagai harimau kelaparan, menerkam yang lemah tanpa penyesalan. Biarlah aku menuturkan setiap kataku dengan penuh hati-hati. Namun kau harus tahu adikku sayang, aku benar-benar memaksudkan setiap kalimah di dalam warkah ini. Biar kau tahu kakakmu ini berpendirian, kerna kita perlu tegas menjadi perempuan. Hitam, atau putih? tidak ada yang kelabu.

Kau menyoalkan tentang hidup dan pilihan, cinta dan pengorbanan. Kau menjadi walang bukan kepalang, datang pilihan yang buat hatimu rawan. Sedarlah duhai adikku sayang, tidak ada yang lebih memedihkan dari membuang seribu pilihan menjadi satu kepastian. Perlu aku nyatakan dari awal, begitu aku hormat akan dikau. Sujud rukukmu tak pernah kurang, begitulah kita yang masih sendirian. Tuhan mengajar tentang pegharapan, meletak pergantungan hanya pada Dia, tidak mengharap dan berhajat, walau pada seorang pun manusia. Mungkin kerana masih mahu menguji kesabaran dan tawakalnya kita, Tuhan membiarkan doa kita lama tergantung tak ada berita. Duhai adikku, Allah punya cara paling indah dalam menunaikan hak hambaNya. Kau tahu bukan?

Sayang,
bagaimana beratpun pilihan dan dugaanmu hari ini, perlulah kau sedar dan percaya, bahwa suatu hari nanti...apa yang sedang kau runsingkan hingga tak ketahuan malam atau pagi, matahari dan bulan silih berganti. Sungguh, sungguh apa yang kau hadapi ini akan kelihatan begitu kecil umpama sakit gigimu yang pernah begitu kau jerit sakitkan sewaktu kecilmu. Hari ini, kesakitanmu itu cuma kenangan bukan? Ah, begitu aku memberikan contoh. Manakan sama kesakitan memilih jodoh dan sakit gigimu ya dik? Begitu?

Adikku yang jernih hatinya, soalan yang kau ajukan padaku, terasa berat beban yang mengikutnya. Bagaimana aku bisa menjawab dengan cara paling mudah untuk kau mengerti? sedang setiap yang Tuhan jadikan takkan sama Qadar ketentuan. Qalam sudah diangkat sayang, perhitungan bakal dilangsungkan. Itu pasti.

"Kakak, harus aku memilih yang punya cinta atau si dia yang punya nilai yang sama?"

Begitu sekalikah kabur pandanganmu dik?
Silau cahaya di hujung jalan yang terlalu terang, ya bisa saja buat kita ragu akan pilihan. Buta memandang kebenaran. Jangan dipadam cahaya yang menyilaukan, jangan pula kau berlari kembali pangkal sedang hujung  belum sampai. Kau tahu apa itu tawakal dik? Tambatkan untamu. Ya, cari talinya. Ikat kakinya. Kemudian berserah saja, bagai burung yang keluar pagi, mencari rezeki. Sudah ditetapkan Tuhan, makanannya setiap hari.

Adik, berat sekali aku mahu menuturkan perkataan ini. Begitu asing di bibir. Begitu janggal di hati. Maafkanlah rasa keanehanku ini dik. Aku tidak merasa layak menyebut nama mereka.
Yang namanya lelaki itu dik, apabila tiba saat kau harus memilih...perlu kau tahu, usahanya perlu sudah disulam kian lama. Menyediakan diri sendiri sebelum Tuhan menghantarkannya. Sedang kau berdoa untuk yang gagah perkasa iman dan akhlaknya, aku percaya, Tuhan juga sedang menyediakan dia dengan sebaik mungkin, sesuai kerja keras, lelah payahmu sepanjang usia kau menjadi yang namanya wanita. Kini pilihannya sudah tiba di depan pintu rumahmu, kau keliru mahu mempersilakan yang mana satu.

Usahlah kau bebankan lagi pundakmu dengan silam yang kelam itu sayang. Aku tak akan bisa merasa apa yang kau rasakan, namun aku bisa cuba mengerti kepedihan yang kau tanggungi. Buanglah segala cerita dukamu. Tuhan sentiasa menguji sesuai kemampuan. Apa kau tak percaya lagi pada kalimah Dia? Duhai, maafkan aku dik, mempersolakan peri kepercayaan. Cuma aku mahu sekali kau mengerti, segala beban yang kau tanggungi tak lepas dari pengetahuan Dia. Walau gugur sehelai daun, dalam basah atau kering, dalam gelap atau terang cahaya. Maka peliharalah perasaanmu dik, peliharalah lintasan fikiranmu dik. Jangan ada yang bukan-bukan, jangan ada yang bisa mengundang murka Tuhan Yang Maha Kuasa.

Belum habis aku bicara.
Tentang yang tadi namanya lelaki.

Apabila kau harus memilih.
Antara yang punya cinta menggunung.
Atau yang siap punya fikir dan nilai pegangan yang sama.
Aku tahu aku juga pernah menyoal yang sama. Aku juga tak punya jawapan. Sudi kiranya kau ikutku sama membuat perhitungan.

Cinta, apa itu yang dinamakan cinta dik?
Kesanggupan mempamerkan kebodohan demi membeli jiwa seorang perempuan?
Rasa kasih tak berbelah bagi hingga kau takkan dia tinggalkan?
Seumur hidupku dik, cinta itu berubah maknanya. Di waktu kecilku, melihat ayahku bangun di tengah malam membawaku ke hospital, kurasakan itu cinta. Dikejar ibu ayam yang naik berang  pabila kuganggu anaknya, kurasa itu cinta. Di waktu remajaku, melihat ibuku menangis aku tahu ada cinta. Melihat ibuku melayani orang tuanya yang gering menunggu ajal, aku terlihat cinta. Bertemu sahabat yang mengejutku di tengah malam diajak sujud bersama, aku merasa ada cinta. Dalam peluk cium sahabat yang baru pertama kali berjumpa, kurasakan ada cinta. Cinta. Aku tidak tahu di mana mahu kuletakkan tempatnya.

Apa pantas seorang lelaki yang begitu asing, kita berikan rasa yang sama? sedang selama hidup ini entah di mana dia. begitu aneh Tuhan mencipta rasa. Kita melihat saban hari pasangan menikah meraikan cinta. Saban waktu juga kita melihat rumahtangga berantakan dilepaskan ikatan kerana katanya tiada lagi cinta. Apa cinta itu makhluk yang diciptakan punya nyawa dan ajalnya? Daripada Allah dia datang, kepadanya dia dikembalikan, begitu kukira.


Satu Cerita Cinta

Di hari dia melahirkan cintanya
dia berkata kepada kekasihnya
"Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta"

Di hari perkahwinannya
dia berkata kepada kekasihnya
"Perkahwinan ini adalah ikatan
tapi kita tidak usah terikat kerananya
kita terikat kerana cinta
hanya kerana cinta"

Di hari-hari kemudiannya
dia berkata kepada dirinya
"Perkahwinan kadang-kadang mengajar kita
melupakan cinta
untuk belajar hidup bersama."


Ya, puisi ini juga ditulis oleh bonda Zurinah. Kau simpan puisinya dik. Kau amatilah setiap baitnya. mungkin nanti kau bisa mengerti. Apakah cinta itu bisa memberi apa yang kau ingini. Ah, banyak sekali aku menyebut kalimah cinta, terasa pahit di tekakku dik. Bila kau pulang nanti, jangan lupa bawa manis-manisan dari tanah sana ya!

Sekarang tinggal mahu difikirkan, patutkah kau memilih si lelaki yang punya nilai agama, prinsip hidup yang sama, buah-buah fikiran yang kau bisa terima. Nah, aku ingin menyoal, apa jika kau memilih yang punya cinta, kau mampu membawa dia mencari Pencipta? Dan, jika kau memilih yang sama nilai hidupnya denganmu, apa dia bisa membahagiakan nafsu keperempuananmu? Nafsu yang meruntun tamakkan sayang dan belai mesra, nafsu yang tidak mahu melihat suaminya jauh dari mata. Kerna dik, kau harus tahu. Lelaki yang sama mencintai agamanya seperti mana kau mencintai jalan kebenaran ini, tentulah akan menjadikan kau sebagai cinta yang bukan utama. Dia memikul beban menyebar kalimah Tuhannya. Dia memikul beban menjadi hamba sebelum menjadi suami dan ayah kepada anak-anakmu. Itupun selepas tertunai semua tanggungjawab dia sama ibu ayahnya. Apa kau siap untuk semua itu?

Alhamdulillah, jika kau siap. Aku tahu kau mampu. Hidupmu bisa bahagia tanpa cinta dik, tapi apa kau mampu hidup sama lelaki yang masih bolos tanggungjawabnya sama agama? Aku sendiri, jika berpegang bahwa sesuatu perbuatan itu jelek sekali, tak akan sanggup menerima si lelaki yang berbuat perbuatan yang aku benci hanya kerana dia punya cinta. Biar sekecil perbuatan membuang tisunya dari dalam kereta ke luar tingkap! Aku takkan kenyang dan bahagia cuma dengan cinta dik. Itu jujurnya. Sekarang aku mohon kau pertimbangkan, dengan seteguh-teguh pertimbangan. Hidup yang bakal kau lalui, andai bergelar isteri bukanlah dihiasi bunga-bunga dan indah pelangi semata. Kebahagian dan ketenangan itu kan sebuah perjalanan hati, bukanlah satu destinasi.

Adindaku Suri,
aku kira aku perlu menamatkan surat ini. tapi biar aku bicara tentang suatu hal lagi yang menjadi kerisauan hatimu. Melangkah ke alam rumahtangga itu sendiri menjadi ketakutanmu. Menikah itu menjerut rasa bimbangmu. Apa bisa kau tempuh, satu alam begitu aneh. Begitu asing buat kita yang selama ini hidup cuma punya ayah ibu, adik dan teman. Apa kau masih bisa mengejar cita-cita dan impian andai sudah punya ikatan? Biar kutanya dik, apa cita-citamu. Tinggi mana anganmu? Aku yakin mimpimu tidak sekadar di bintang dan langit biru. Aku tahu betapa syurga itu menjadi tempat pulang yang paling kau rindu. Bila sudah jelas tentang itu, masih bisakah wujud takut dan risaumu sayang? Yakinlah dengan penyerahan istikharahmu, yakinlah dengan nasihat ibu ayahmu, datangi mereka dengan budi yang tinggi seperti Suri yang aku kenali.

Perkahwinan
-kata seorang perempuan

Perkahwinan
adalah kesukaran
mengurangkan beberapa kebiasaan
yang kadang-kadang mengurangkan kewujudan
dan seorang perempuan
selalu mengurangkan kewujudan
untuk melengkapkan kejadian.

Perkahwinan bagi perempuan
ialah perlindungan
untuknya yang tidak lagi berani
hidup sendiri dan menegakkan peribadi
kerana harga yang terlalu tinggi

Bonda Zurinah Hassan.

Harus kupinjam lagi puisinya sayang, kerna tentu dia lebih matang dan tahu tentang lorong-lorong yang belum kita tempuh itu Suri.

Suri yang kakak hormati,
Harus kau tahu. Perkahwinan itu bukan penyelesaian segala permasalahan. Bukan! Aku merasa aneh sekali dengan cakap-cakap orang, setiap kali kita didatangai ujian dan cubaan...lancar sahaja mereka mengungkap: "Menikah saja kamu, semua selesai". Jika yang berbicara atas dasar iman dan percaya, bahwa Tuhan yang memudahkan segala urusan, maka aku berlapang dada. Tapi andai mereka berkata sebegitu, hanya kerana merasa nikah itu jalan paling mudah untuk keluar dari lingkaran keduniaan,tanpa mengetahui benarnya janji Tuhan, maka aku merasa mereka itu telah berbohong dengan bohong yang nyata. Jangan kau lupa surah An-Nur ayat 32. Dan memangnya dijadikan manusia berpasang-pasangan, agak merasa selamat dan aman jiwanya. Sempurna sebahagaian agamanya.

Andai akhirnya kau memutuskan, untuk menangguhkan sebuah ikatan. Aku tidak punya kata mahu dibicarakan. Cukuplah nasihatku, agar saat kau menanti itu menjadi jalan rapatnya hubunganmu dengan cintaNya. Biar kehidupanmu belum menikah itu menjadi ruang untuk kau mengukuhkan tiang-tiang keimananmu. Teruslah mencari kekuatan dari bangunmu di tengah malam, meluah takut dan pengharapan.

Saat nanti kau siap, aku yakin yang Allah hantarkan juga sama layaknya. Dia tidak mungkin sempurna, cukuplah iman dan amalnya menjadi mahar paling mahal untuk kau terima. Apabila kau memutus untuk menikah, semata kerana Allah, berbahagialah kau dengan janji-janji kejayaan, dengan berita-berita kegembiraan.

Dan kau nanti menjadi Suri, yang dicemburui bidadari!

Alangkah!


Sayangku Suri,
maafkan bicaraku yang panjang. Andai kau ada di sini, aku tahu...cukup sekadar kita duduk bersama menggenggam tangan dan merenung awan. Kau bisa faham apa yang kubukukan di qalbu. Suri, warkah ini bukan leteran semata, inilah kerisauanku yang mahu kau bahagia. Berbicara denganmu, sungguh bagai berbicara dengan diriku sendiri. Biar lunas hakmu mendapat sedikit perbicaraan dariku. Kita jarang sekali meluah rasa tentang hal-hal sebegini, biar warkah ini berbicara. Saat kita bertemu nanti dengan izinNya, jangan kau sebut tentang surat yang penuh cela ini ya! aku malu. Maafkan juga kekurangan dan dangkalnya ilmuku dalam membantumu sayang.

Semoga selalu aman kau di sana dik.



Salam penuh rindu,

kandamu Laila.




________________________________________________________________________________

haha.
serius sayang,
ini untuk kamu.


.

Sunday, December 11, 2011

gambar gerhana bulan, nah!

mulanya bulan penuh, awan gelap yang melindung tak mampu memudar cahayanya

di sekolah, selalu sangat mahu lukis 'steps' untuk anak-anak, melihat bulan pun nak lukis langkah-langkah
-_-"

adik, husna. yang lukis.
"kita tak pandai lukislah, ateh lukis apa?"



hah.
mana ada gambar bulan
kamera henfon pun saya tak ada
tak pernah suka nak pegang kamera.


ditinggalkan di rumah oleh umi dan adik-adik,
mereka ke pantai Teluk Kemang
saya, dikerahkan ke sekolah 
:(

"Husna, malam ni gerhana!"

"tahu...ateh dah cakap tadi."

"jomlah tengok!"

***
"berapa jam kita kena duduk luar ni ateh?"

"agak-agak dah sampai bulan, baliklah."

"nak buat apa niii? tengok je?"

*zikirlah dik*

"pergi ambil kertas. lukislah. bawak pensil ateh"




"buruknyaaa..masing-masing lukis!"




.


Saturday, December 10, 2011

The Kite Runner: of things I want to remember


A book should be a garden that fits in the hands. Word-petals of color. Stems of strength. Roots of truth. Turn a page and turn the seasons. Read the sentence and enjoy the roses.




It’s wrong what they say about the past, I’ve learned, about how you can bury it. Because the past claws its way out.


How could I be such an open book to him when, half the time, I had no idea what was milling around in his head? I was the one who went to school, the one who could read, write. I was the smart one. Hassan couldn’t read a first-grade textbook but he’d read me plenty. That was a little unsettling, but also sort of comfortable to have someone who always knew what you needed.



It may be unfair, but what happens in a few days, sometimes even a single day, can change the course of a whole lifetime



Now, no matter what the mullah teaches, there is only one sin, only one. And that is theft. Every other sin is a variation of theft. Do you understand that? When you kill a man, you steal a life. You steal his wife’s right to a husband, rob his children of a father. When you tell a lie, you steal someone’s right to the truth. When you cheat, you steal the right to fairness. Do you see? There is no act more wretched than stealing.







And that’s the thing about people who mean everything they say. They think everyone else does too.



Zendagi migzara, we say, life goes on.”



Not a word passes between us, not because we have nothing to say, but because we don’t have to say anything.




Panic.
You open your mouth. Open it so wide your jaws creak. You order your lungs to draw air, NOW, you need air, need it NOW. But your airways ignore you. They collapse, tighten, squeeze, and suddenly you’re breathing through a drinking straw. Your mouth closes and your lips purse and all you can manage is a strangled croak. Your hands wriggle and shake. Somewhere a dam has cracked open and a flood of cold sweat spills, drenches your body. You want to scream. You would if you could. But you have to breathe to scream.
Panic.







But better to get hurt by the truth than comforted with a lie



A boy who won’t stand up for himself becomes a man who can’t stand up to anything.






Children aren’t coloring books. You don’t get to fill them with your favorite colors.









  • Hassan: What's the story about?
  • Amir: It's about a poor man who finds a magic cup. He realizes that if weeps into the cup, they turn into pearls. At the end of the story, he stands on a mountain of pearls with a bloody knife in his hand and his dead wife in his arms.
  • Hassan: So he killed her?
  • Amir: Yes, Hassan.
  • Hassan: So that he'd cry and get rich.
  • Amir: You're very quick, Hassan.
  • Amir: What?
  • Hassan: Nothing Amir. Are you done with breakfast? (Hassan is Amir's family servant's son)
  • Amir: What?
  • Hassan: Well, will you permit me to ask a question about the story?
  • Amir: Of course.
  • Hassan: Why did the man have to kill his wife?
  • Amir: Because each of his tears becomes a pearl.
  • Hassan: Yes, but why couldn't he just smell an onion?

I wondered if that was how forgiveness budded, not with the fanfare of epiphany, but with pain gathering its things, packing up, and slipping away unannounced in the middle of the night.



there is a God, there always had been. I see Him here, in the eyes of the people in this corridor of desperation. This is the real house of God, this is where those who have lost God will find Him, not the white masjid with its bright diamond lights and towering minarets.




There is a way to be good again.






_________________________________________________________________________


just so that i won't forget.
it's not the greatest book i've ever read, yet.
but a good book is worth a visit,
to be reread
after a long time of uncertainty 
and the transitions became blurry image of fading faith

there's always a way to be good again!

________________________________________________________________________

Haniff, shafiq,
sewaktu membaca naskah ini
seringkali akak membayangkan persahabatan Hassan dan Amir
dan cuba meletakkan kalian di tempat mereka

kalian, tentulah lebih indah ukhwahnya.
kan?

terima kasih, untuk catatan
yang kalian tinggalkan.
mohon izin dipinjam buat bekal perjalanan


terbanglah layang-layang
petang indah angin menderu
naiklah tinggi ke awan
apa dikira sakit jarimu

terbanglah layang-layang
terbang tinggi melihat bumi
kejarlah burung melayang
usah kauhirau terputus tali

terbang jauh jangan pulang
terbang tinggi jangan kembali
layang-layang yang tidak terbang
seperti sampan tiada kemudi

*

jawabku abang,
hitam-putih pelangi
layang-layangku kan tetap tinggi

kalaupun aku belum berani.
***
begitulah.
tapi kau lebih tahu kan, layang-layang tak terbang seorang.

bukan ia tak mahu.

kadang setelah pelangi putih,
angin tak kencang lagi.


antara layang-layang, tali, kemudi, dan angin, siapa yang harus lebih berani sebenarnya?




_______________________________________________________


hanya supaya saya tidak lupa!




.

Friday, December 9, 2011

supaya saya tidak lupa (i)



sepasang kekasih berusia
di majlis malam puisi
menghirup secawan kopi
menikmati kemanisan;
bait-bait bahasa
...
berdua, diam tak bersuara
selesa, tak perlu banyak bicara.

bikin aku tertanya;
jika usia bukan penentu
untuk bercinta tanpa jemu...

mungkinkah zuriat yang ada,
menjalin kukuh kasih dan rindu?

___________________________
dan di penghujung malam,
aku diberitahu.
bahwa pasangan kekasih tua,
tidak pernah dikurnia

walau seorang cahaya mata



__________________________


sepasang kekasih tua,
di majlis malam puisi.

(inginku tahu secebis rahsia;
buat ku pinjam,
melayar gelombang
hidup dan perempuan
cinta dan korban)



.

Thursday, December 1, 2011

préjugés


Malam tadi, saya teringat peristiwa beberapa tahun lalu.
Zaman muda-mudi,

Kerana terlalu ingin sangat dapat pengalaman bekerja di kedai buku, akhirnya selepas sekolah di uitm, Allah bagi peluang saya bekerja di MPH SACC Mall, Shah Alam. Best, tapi tak best. Seronok duduk dengan buku, tak seronok, bosnya selalu bising orang pergi solat. Sebab dia pun hari Jumaat tak ke masjid. Jadinya, 2 bulan sahaja saya tahan-_-"

Eh, bukan nak cerita ni.
Saya nak cerita, peristiwa di stesyen bas Seksyen 17 Shah Alam, mahu pulang ke Seremban, Nadia hantarkan saya ke Stesyen bas di hari saya cuti.

Sedang menunggu bas ke Seremban sampai, (selepas terlepas bas lain sebab leka baca buku). Saya duduk di kerusi yang ada. Di depan saya, bas ke Utara tiba. Orang ramai yang dah membeli tiket ke Kedah pun naik, di antara ramai penumpang bas yang memenuhkan ruang dalam bas, terlihat dua orang warga tua, suami isteri. Pangkat atok-nenek. Tapi mendukung bayi kecil,mungkin hampir setahun umurnya. Tak mungkin anak atok-nenek tadi, kan? Kemudian barulah saya terlihat ada kereta mewah diletak di belakang bas, dua orang suami isteri bukan umur atok nenek (muda Aishah!). Si suami memunggah bagasi dan dimasukkan ke bawah bas, tempat simpanan beg. Si isteri naik ke atas bas dan bersalam peluk cium dengan dua orang atok nenek tadi. Jadi saya yang kepochi ni buat kesimpulan, dua orang anak tu sedang hantar ibu ayahnya yang dah luangkan masa bersama mereka di bandar, pulang ke kampung. Nenek tadi masih mengendong si cucu. Bas hampir bergerak. Lelaki muda tadi bersalam dengan ibu ayahnya. Pemandangan itu, saya lihat sebagai: suami isteri ni hantar anak ke kampung sebab tak larat dan tak ada masa nak jaga sendiri.

Saya sangat tidak boleh terima bila anak-anak kecil dihantar ke kampung untuk dijaga oleh atok nenek sedang ibu ayah kandung sibuk bekerja di bandar. (bukan di waktu cuti sekolah)

Saya berburuk sangka dan merasa macam-macam.
"Ya ampun! teruknya...kereta besar, kerja tinggi agaknya. Sampai pulak nak terfikir hantar anak suruh mak ayah jaga."
Ya, zaman muda-muda. Tak jaga fikiran. Tak jaga lintasan hati T_T
Lebih kurang 10 minit juga hati saya meronta tak suka dan sedih. Sebab sudah buat anggapan sendiri bahwa bayi yang didukung bawa naik ke dalam bas akan ikut atok neneknya ke kampung. Ibu dan ayah muda itu turun dari bas tanpa bayi tadi. Sedang saya hanya orang luar yang memerhati dari jauh. Hampir saja saya membenci pasangan muda itu. 
Aduhai.

Bas hampir jalan, dan...
jeng jeng jeng!

Si nenek turun dari bas membawa si bayi untuk dikembalikan pada ibunya!

Nah Aishah!
Malu tak?

The rest is history. Allah sahaja tahu betapa teruknya saya rasa di saat itu. Rasa macam nak baring di atas jalan, biar digilis bas. Rasa bersalah yang amat. Terlintas  juga mahu kejar si ibu dan memohon maaf. Tapi saya yang beriman lemah ni, manalah mampu >_<

Sampai hari ini saya tidak boleh lupa peristiwa berburuk sangka itu.

Soalnya, berapa kali sehari kita berperasangka yang bukan-bukan pada orang lain. Berapa kerap kita terlintas fikiran dan perasaan yang bukan-bukan tentang manusia lain? Berapa kerap kita menyubur dosa yang ini?

Melihat orang hanya duduk diam, disangka pemalas,
melihat kawan tidur di dalam kelas, disangka buat yang bukan-bukan tadi malam,
melihat isteri ditinggal suami berbulan-bulan,disangka suaminya tidak bertanggungjawab dan punya kekasih di luar
melihat anak kecil kasar perilaku, disangka tidak dididik ayah ibu

Sukar sekali kita mahu berfikir jernih dan mengelak perasangka.
Sukar sekali kita punya memilih untuk memikir yang baik-baik saja.

Pinjam ayat yang ini:
Jalan berbaik sangka, ada seribu. Kau perlu memilih hanya satu!
Moga diampun keterlanjuran hati dan akal yang sering diulang-ulang.

_________________________________________________________________

Saya teringat cerita sendiri ini kerna si Sofia memulakan usrah tadi malam dengan surah Al-Hujurat, ayat 12.


 Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.



kita ni,
beriman tak?



________________________________________________________________

okelah, sudah waktu tidurku.
tan puteri mohon berundur, mahu beradu.
sekarang ni jadual mengantuk sama je dengan anak-anak.
asal jam 12 je, mata dah kuyu
lepas isya' je dah tak boleh buka mata
pagi-pagi bangun kacau orang lain tidur.

haih


Salam.



.


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed