ombak jahat!
setiap berdiri saya di pinggir lautNya
terbayang besarnya ombak yang meranapkan hidup saudara-saudara kita.
titis-titis air kecil
bila menyatu dan amuk menggila
bisa saja meranapkan segala harapan yang ada.
cikgu mengajar:
air punya memori yang kuat.
setiap air yang mahu saya minum
saya bisikkan kalimah cinta
air punya memori yang kuat
mungkinkah tsunami yang melanda
mengganas kerna setiap kata yang pernah kita lemparkan pada lautan luasNya?
jerit pekik perempuan yang ditinggalkan lelakinya
lolong anak yang minta dipulangkan ayahnya
bisik benci jiwa yang hampa
semua dilempar ke laut.
kasar.
dan si laut tidak mampu menahan.
geloranya tidak lagi mampu dikawal.
nah.
anak tak berdosa di seberang sana.
yang selama ini mesra sama pantai dan ombaknya.
ditelan gelombang tidak bermata
saya batalkan hasrat ke pantai.
tidak mahu menjadi perempuan yang terjerit sendirian:
dan suaraku menjadi punca
bencinya laut pada pantainya.
Ombak jahat!
.
9 comments:
hey..
ni kes patah seribu ke nape hati ni?
tsunami tsunayu
tsunayu tsunami
perasaan memang begitu
ia datang dan pergi
baca ni..
dan terfikir..
betul juga ye...
ramai sngat yg melepaskan geram, benci, amarah dan caci maki kpd laut...nahh..!! laut pun membalasnya dgn cara yg tersendiri...
*pelajaran utk semua...
.
oh...
ombak....be good..please....
Aaa copy paste ayat Kak Fida.
Ombak please la, please please. Ombak baik kan kan kan? *sambil sengih-sengih buat muka mintak simpati*
Heheh.
Oh Aisyah, kamu memang 'deep'. :)
ombak itu baik kerana mengikut perintah penciptaNya.. (",)
manusia juga baik, jika mengikut perintah penciptaNya..
dan sebaliknya, jika manusia itu ingkar akan perintah penciptaNya..
andai ombak memakan manusia, ketahuilah bahawa telah sampai tempoh ajalnya.. (",)
Semua benda yang hidup mahupun yang kaku (kelihatan mati) mempunyai "spirit" yang tersendiri. MasyaALLAH, kuasa ALLAH kan. MAHA HEBAT.
eh.
maaf!
saya ingatkan saya dah reply komen
-_-"
.
Post a Comment