Thursday, December 1, 2011

préjugés


Malam tadi, saya teringat peristiwa beberapa tahun lalu.
Zaman muda-mudi,

Kerana terlalu ingin sangat dapat pengalaman bekerja di kedai buku, akhirnya selepas sekolah di uitm, Allah bagi peluang saya bekerja di MPH SACC Mall, Shah Alam. Best, tapi tak best. Seronok duduk dengan buku, tak seronok, bosnya selalu bising orang pergi solat. Sebab dia pun hari Jumaat tak ke masjid. Jadinya, 2 bulan sahaja saya tahan-_-"

Eh, bukan nak cerita ni.
Saya nak cerita, peristiwa di stesyen bas Seksyen 17 Shah Alam, mahu pulang ke Seremban, Nadia hantarkan saya ke Stesyen bas di hari saya cuti.

Sedang menunggu bas ke Seremban sampai, (selepas terlepas bas lain sebab leka baca buku). Saya duduk di kerusi yang ada. Di depan saya, bas ke Utara tiba. Orang ramai yang dah membeli tiket ke Kedah pun naik, di antara ramai penumpang bas yang memenuhkan ruang dalam bas, terlihat dua orang warga tua, suami isteri. Pangkat atok-nenek. Tapi mendukung bayi kecil,mungkin hampir setahun umurnya. Tak mungkin anak atok-nenek tadi, kan? Kemudian barulah saya terlihat ada kereta mewah diletak di belakang bas, dua orang suami isteri bukan umur atok nenek (muda Aishah!). Si suami memunggah bagasi dan dimasukkan ke bawah bas, tempat simpanan beg. Si isteri naik ke atas bas dan bersalam peluk cium dengan dua orang atok nenek tadi. Jadi saya yang kepochi ni buat kesimpulan, dua orang anak tu sedang hantar ibu ayahnya yang dah luangkan masa bersama mereka di bandar, pulang ke kampung. Nenek tadi masih mengendong si cucu. Bas hampir bergerak. Lelaki muda tadi bersalam dengan ibu ayahnya. Pemandangan itu, saya lihat sebagai: suami isteri ni hantar anak ke kampung sebab tak larat dan tak ada masa nak jaga sendiri.

Saya sangat tidak boleh terima bila anak-anak kecil dihantar ke kampung untuk dijaga oleh atok nenek sedang ibu ayah kandung sibuk bekerja di bandar. (bukan di waktu cuti sekolah)

Saya berburuk sangka dan merasa macam-macam.
"Ya ampun! teruknya...kereta besar, kerja tinggi agaknya. Sampai pulak nak terfikir hantar anak suruh mak ayah jaga."
Ya, zaman muda-muda. Tak jaga fikiran. Tak jaga lintasan hati T_T
Lebih kurang 10 minit juga hati saya meronta tak suka dan sedih. Sebab sudah buat anggapan sendiri bahwa bayi yang didukung bawa naik ke dalam bas akan ikut atok neneknya ke kampung. Ibu dan ayah muda itu turun dari bas tanpa bayi tadi. Sedang saya hanya orang luar yang memerhati dari jauh. Hampir saja saya membenci pasangan muda itu. 
Aduhai.

Bas hampir jalan, dan...
jeng jeng jeng!

Si nenek turun dari bas membawa si bayi untuk dikembalikan pada ibunya!

Nah Aishah!
Malu tak?

The rest is history. Allah sahaja tahu betapa teruknya saya rasa di saat itu. Rasa macam nak baring di atas jalan, biar digilis bas. Rasa bersalah yang amat. Terlintas  juga mahu kejar si ibu dan memohon maaf. Tapi saya yang beriman lemah ni, manalah mampu >_<

Sampai hari ini saya tidak boleh lupa peristiwa berburuk sangka itu.

Soalnya, berapa kali sehari kita berperasangka yang bukan-bukan pada orang lain. Berapa kerap kita terlintas fikiran dan perasaan yang bukan-bukan tentang manusia lain? Berapa kerap kita menyubur dosa yang ini?

Melihat orang hanya duduk diam, disangka pemalas,
melihat kawan tidur di dalam kelas, disangka buat yang bukan-bukan tadi malam,
melihat isteri ditinggal suami berbulan-bulan,disangka suaminya tidak bertanggungjawab dan punya kekasih di luar
melihat anak kecil kasar perilaku, disangka tidak dididik ayah ibu

Sukar sekali kita mahu berfikir jernih dan mengelak perasangka.
Sukar sekali kita punya memilih untuk memikir yang baik-baik saja.

Pinjam ayat yang ini:
Jalan berbaik sangka, ada seribu. Kau perlu memilih hanya satu!
Moga diampun keterlanjuran hati dan akal yang sering diulang-ulang.

_________________________________________________________________

Saya teringat cerita sendiri ini kerna si Sofia memulakan usrah tadi malam dengan surah Al-Hujurat, ayat 12.


 Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.



kita ni,
beriman tak?



________________________________________________________________

okelah, sudah waktu tidurku.
tan puteri mohon berundur, mahu beradu.
sekarang ni jadual mengantuk sama je dengan anak-anak.
asal jam 12 je, mata dah kuyu
lepas isya' je dah tak boleh buka mata
pagi-pagi bangun kacau orang lain tidur.

haih


Salam.



.

7 comments:

Anonymous said...

naseb tak tergilis lagi.

:)

M. said...

Rasa macam nak ikat hati je, kalau saat2 mcm ni jadi kat saya.
like seriously,
nak berprasangka buruk tu lagi mudah agaknya.


hmmph.
mana iman mana iman ni/

Good reminder :)

ank_ayah said...

Salam. Tula,bersangka buruk ni cpt je de lintas dlm hati. Agaknya dosa kita dgn org yg kita tk knl lg byk ek disbbkab ni? Huhu sayalah itu. Ahhh tension dan berserabut saya fikir ttg dosa saya. Takutnya.. Saya takut kalau dituntut kat akhirat nnt.. Saya marah kalau adk2 bersangka buruk pd org tp sy sendiri kdg2 buat mcm tu. teruknya saya. Saya harap setiap teguran saya kpd adk2 menjadi proses didikan utk saya. Tgh berusaha kalau tk dpt sangka baik pun sekurang2 nya diam dan tk perlu fikir apa2. Doakan agar Allah pelihara hati saya.

Terima kasih Aishah utk peringatan ini. Jazakallahu khairal jaza'

Salam ukhwah fillah

Anonymous said...

Selamat tidur tan puteri.
Baru tahu dah ada gelaran tan puteri sekarang ni.
Ingatkan tan sri je.

nazrinzaidi said...

sebab tak pakai serban,jangan pula sangka dia lupa tuhan.kan?

*oh teringin nak kerja di kedai buku.tapi dekat seremban tak de kedai buku yang bagus-bagus:(

sinchiro said...

bila kita melihat yg terbaik dlm diri seseorg..kita akan melihat yg terbaik dlm diri sendiri
susah kan? :(

Aishah Nur Hakim said...

Anony,
alhamdulillah masih waras tak baring depan bas tu -_-"



M ku sayang,
itulah
bila sedar dah terbersangka buruk tu
rasa macam sangat err...'busuk'
huu

:)



anak ayah,

waiyyaki :D

itulah, selalu jugak buat aktiviti nasihat dan marah adik tu >_<
insyaaAllah,
nak pelihara hati bukan kerja satu hari, kan?
perlu diusahakn lagi dan lagi
insyaAllah2!

salam sayang, dari seremban :)




anony,
awak tak tahu ke istilah baru?
mesti tak beli kamus dewan edisi terbaru ni kan kan?

haha. baiklah!



nazrin zaidi,
eh,
kamu pun tinggal di seremban?
dulu pilih mph sebab boders yang offer tu jauh kat damansara

ya ya ya,
semoga selalu kita berbaik sangka
:)




Fami,
dulu ada orang pesan kat aishah,
sedang kamu menanggapi orang lain,
sebenarnya kamu sedang menanggapi dirimu sendiri

betullah kan fami?
:(


.

perempuan

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi

FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed