
Andai roboh Kota Melaka,papan di Jawa hamba dirikan.Andai benar bagai dikata;jiwa dan raga hamba serahkan
awak tahu betapa jauhnya Melaka dan Jawa sebelum ada kapal terbang dan Air Asia?
awak tahu betapa tingginya kualiti papan di Jawa?
awak tahu betapa kalau di zaman pantun ini dicipta, mahu ke Jawa itu pun sudah berputih tulang.
kepada tuan yang mencipta pantun ini, salam hormat hamba persembahkan. eceh.
tapi saya rasa belum ada kesanggupan saya nak berkorban begitu sekali.
jiwa dan raga saudara! bagaimana mungkin kita persiakan.
mungkin, barangkali. buat orang tersayang (?)
semoga kita kenal, siapa yang layak menerima sebegitu besar pengorbanan, dan siapa yang tidak patut walau sekejap berada dalam pandangan.
oh, saya pun ada pantun.
Andai roboh kota Melaka,papan di Jawa patik dirikan.Andai roboh empangandi jiwadibina;air disungaijiwa patiklepaskanalirkan.
ok sungguh tidak sedap bunyinya pantun kamu Aishah
Andai runtuh kubu dibina,
askar di hutan patik kerahkan
Andai benar bagai dikata
setulus doa patik panjatkan?
err, kepada takdirNya kita serahkan?
baik, menyerah kalah. tak ada bakat berpantun.

