Andai roboh Kota Melaka,papan di Jawa hamba dirikan.Andai benar bagai dikata;jiwa dan raga hamba serahkan
awak tahu betapa jauhnya Melaka dan Jawa sebelum ada kapal terbang dan Air Asia?
awak tahu betapa tingginya kualiti papan di Jawa?
awak tahu betapa kalau di zaman pantun ini dicipta, mahu ke Jawa itu pun sudah berputih tulang.
kepada tuan yang mencipta pantun ini, salam hormat hamba persembahkan. eceh.
tapi saya rasa belum ada kesanggupan saya nak berkorban begitu sekali.
jiwa dan raga saudara! bagaimana mungkin kita persiakan.
mungkin, barangkali. buat orang tersayang (?)
semoga kita kenal, siapa yang layak menerima sebegitu besar pengorbanan, dan siapa yang tidak patut walau sekejap berada dalam pandangan.
oh, saya pun ada pantun.
Andai roboh kota Melaka,papan di Jawa patik dirikan.Andai roboh empangandi jiwadibina;air disungaijiwa patiklepaskanalirkan.
ok sungguh tidak sedap bunyinya pantun kamu Aishah
Andai runtuh kubu dibina,
askar di hutan patik kerahkan
Andai benar bagai dikata
setulus doa patik panjatkan?
err, kepada takdirNya kita serahkan?
baik, menyerah kalah. tak ada bakat berpantun.
4 comments:
takder kena mengena dengan malaysia 3 indonesia 0 kan? :P
Tuah dan Jebat famous namanya,
Bertarung nyawa entah apa sebabnya,
Kuat Melaka sebab berpegang pada agamanya,
Runtuh Melaka kerana kemungkarannya..
Sefa..
mungkin jugak?
hee.
saya sayang dua2, indonesia dan malaysia.
Indonesia tempat tumpah darah nenek moyang saya
Zam al-kulimi...
oh, ada juga terbaca, punca sebenar Malaka membangun dan punca ia jatuh adalah keduanya disebabkan agama.
pendakwah Islam datang: melaka masyhur
Sultan Melaka mula goyah akidah: melaka jatuh ke tangan kuasa lain
(tentulah setiap sesuatu Allah yang menetapkan)
err, saya tak payah balas pantun kan?
sayer juger, keturunan jawa + bugis okeyyy~~~ :)
(kembang bulu idung)
hinsfff hnsfffff
Post a Comment