Wednesday, April 6, 2011

"Zendagi migzara" 2

malam itu,
dia habiskan masa sebelum tidur mengulit buku kegemaran yang baru.

sampai ke muka surat 139, cerita menjadi bertambah menyakitkan. dia tak mampu terus membaca. diletakkan tiket usang yang dibuat penanda pada muka seterusnya. dan dia lelapkan mata.

dia cuba untuk tidur. kerana dia tahu betapa dia perlu pada mimpi yang sempurna.
dipejam,
dizikir nama tuhan,
tak juga lena.
benih pedih dari buku yang dibaca, membuahkan rindu pada yang lama.
rasa sakit dari betapa tragiknya sebuah cerita,
menyampaikan dia pada hiba mengenang masa yang tidak kan mungkin terjangkau semula.

apa yang lebih pedih, dari masa silam yang terisi sia-sia?

perlahan,
basah lagi bantalnya disapa airmata.
"andai masih ku sibuk mengenang dosa semalam ya Tuhan, adakah mungkin taubat ku kau terima? adakah mungkin dosaku bisa terampunkan?"

kalaulah,
kalaulah dia teruskan membaca buku kegemaran yang baru malam itu,
mungkin dengannya tuhan akan buat dia merasa lebih bahagia.

kerana di helaian seterusnya,
dia akan jumpa;

zendagi migzara
life must go on.

di muka surat, seratus empat puluh.

silap dia,
memilih untuk berhenti lama,
dan bersedih.


_______________________________________________________________________________________


berapa kali dalam hidup kita, kebahagaian tersekat dengan keengganan kita untuk menyelak helaian seterusnya?
berapa kali langkah terhenti hanya kerana kita meras belum puas menimati rasa binasa?

(i don't know if any of you can relate with this, this might just be the silly me rambling. again.)

awak pernah?
dalam langkah perlahan awak meneruskan hidup yang tersisa,
walau leher tak menoleh ke belakang lama, tapi berat kaki mahu melangkah ke destinasi seterusnya.
dalam jerih payah mahu mengecap setiap dari hikmahNya, kita tertahan dek bisik-bisik jahat di telinga.

awak faham ke aishah cerita?

saya beri contoh.
kawan mengajak bermain bola, awak suka. tapi awak takut, sebab minggu lepas, awak main bola dan terjatuh luka. takut kalau hari ini, terjatuh lagi dan luka.

ok, contoh tak best. apakah main bola?

hmmm...contoh lain,
awak mahu menikah insya Allah hujung tahun nanti, tapi tiba-tiba datang semula kekasih lama menanyakan khabar. meluahkan betapa dia masih rindu-rinduan. betapa dia masih sayang. lalu teringatlah awak pada segala saat indah bersama, walaupun hujungnya hubungan adalah memedihkan. hati mula goyah, "benarkah pilihan yang dibuat?". "patutkah aku teruskan?". dan bla bla bla.

ha, contoh kawen suka ek!

ada pernah,
si gadis begitu terganggu dengan masa lampaunya. pada dia, dia adalah gadis paling hina. dengan segala kejahatan, kekejian yang pernah dikerjakannya. saat dia kembali sedar, dan mahu menyuci segala...bukan calang-calang dugaan yang datang mahu membuatkan dia tidak lupa. pada siapa dia dahulu di suatu ketika. lalu serabut jiwanya berlawan kata. mahu dikerjakan yang baik-baik merasa tak layak, mahu kembali keji dan hina, dia insaf, serik dan takut. akhirnya dia tak ke mana-mana. duduku pegung, berkurung dalam sangkar, di balik tembok besar yang dia bina dari dunia. biar tak ada yang mampu mengusiknya. lama. lama masa dibazirkan dek kerana terlalu mengenang semalam.

"aku pendosa, aku kotor, aku hina"
"tak mungkin kan terampunkan dek Tuhan!" nah, dia pula mahu mengambil tugas Tuhan, memberi ampun dan kemaafan.

ok, lagi satu cerita.
saya tahu awak pening dengan saya nur!

seorang perempuan, dulunya tak menjaga batas pergaulan. pernah diberi cinta sayang, pada entah lelaki sembarangan. akhirnya jodoh tak sampai.

masa berlalu, lama.
tiba lelaki yang baik menanyakan kekosongan.
bukan seorang, bukan dua.

bingung dia memikirkan.
memang dia adukan pada tuhan,
memang dia tanyaan jalan paling benar mahu dibuat pilihan,
tapi hatinya yang lebih kuat bersuara, mungkin hati yang keruh, dek khilaf lama.

"kau bukan perempuan pilihan, kau bukan selayaknya dibuat suri lelaki idaman. kau itu penuh jahil dan banyak yang kurang"
"kau bukan siapa-siapa, kau tak punya apa-apa. apa sanggup kau terima sedemikian pinangan orang?"

lalu dia diam.
tak memberi keputusan,
tidak dikatakan 'ya'. tidak pula menolak dengan 'tidak'.

makin lama, makin kacau.
dia cuba tenang.


_________________________________________________________________________________________

itu semua contoh cuma. tak pandai pula aishah nak buat contoh yang lebih decent. kebetulan baru bincang hal yang lebih kurang sama dengan teman.

kawan,
musuh yang selalu mahu memeningkan kita memang syaitan,
tapi yang lebih tegar dari syaitan, adalah diri sendiri.

dalam contoh tadi, tentulah syaitan tidak mahu kita berbuat kebaikan. kitakan dulu teman sepermainan dia, mana mungkin dia lepaskan kita dari genggaman. tambah lagi yang mahu menikah, galak syaitan membisik ragu supaya dia tak kalah. membina hubungan yang halal: tentulah ita menang besar!

tapi, tapi, tapi kawan-kawan:
lebih kerap dan degil dari syaitan kadang-kadang, adalah nafsu kita sendiri. adalah diri sendiri.
kita yang enggan meneruskan hidup dek mahu berlama-lama merasa selesa keluar dari 'zon bahaya' dan tak mahu pula melangkah ke aras seterusnya.
kita sedar sudah mahir sesuatu, tidak mahu pula mengambil risiko belajar sesuatu yang baru.
taut benar dengan bayang-bayang.
gerun sungguh dengan kenangan hitam.









. sukar sungguh kita memaafkan.
sukar memaafkan diri sendiri.

kenapa ya?
kenapa selalu kita seksa jiwa
kenapa selali disiksa batin kita?

dengan segala sangka yang bukan-bukan,
dengan segala prejudis yang bagai burung tak bertuan.
hinggap ke mana suka, muncul dan hilang.

andai tuhan begitu Maha Memberi Pengampunan,
siapa kita mahu berlama-lama di penjara hati sendiri?

kuncinya tak mungkin dipegang orang lain.
kita yang mahu bebas,
kita sendiri yang perlu mencuba setiap kunci.

benarlah,
sejarah yang lepas, membentuk siapa kita hari ini.
tapi alangkah malang, jika siapa kita hari ini, adalah si dia yang rugi?

aduhai.
nikmat beriman itu, tak sama dirasa oleh sang abid yang setia sujudnya dengan sang hamba yang pernah berdosa, lalu kembali mencari Tuhannya.
orang yang pernah merasa pahitnya cuka, mana mahu lagi mencuba minum dari botol yang sama.
dan saat meneguk manisnya madu, dia pasti bisa lebih bersyukur dan menikmati setiap titiknya.
malah segan dia mahu bermegah-megah dan menunjuk mulia.

orang yang pernah berdosa, lalu besungguh-sungguh pula taubatnya,tentulah merasa nikmat lazatnya taqwa.
tidaklah dia sehina-hina manusia, kerana Tuhan masih sudi mengurnia lazat iman buatnya.

siapa kita mahu menghambat kaki sendiri, dari menikmati luas maghfirahNya?

siap kita untuk membenci diri sendiri, hingga tiada kemaafan lagi?




buat saya, dan awak...yang masih ragu, untuk mengetuk pintu, melangkah dan meneruskan cerita hidup kita sendiri,

please...

MOVE ON!

i'm talking to you aishah!
err, and you too dear.


awak boleh coba link ni:
www.move-on.com





.
ada ke websitenya?
tak ada kan?
lawak syeikh riad tu. ok, tak faham takpe.






ini tulisan faham sendiri agaknya.
orang kata paling tidak boleh menulis dan make sense saat kepala dan hati paling penuh.
ini adalah antara saatnya.

:)









yuk,
taubat. dan maafkan diri sendiri.
jalan terus!



for life must go on.
kita bukan hidup di Libya pun
selaklah helai-helai buku kita, tanpa henti.
hingga jumpa wajah 'penulisnya'.



ok lah,tata bai.


Assalamualaikum warahmatullah
(cuba awak cari zendagi migzara 1)


Aishah Nur Hakim
ibu kepada lapan orang anak.





.

10 comments:

emirhasnan said...

susah jugak baca entri panjang2 nih.

penat mata nak baca.

kih3

ibu kepada lapan belas anak?

shahirahkhairudin said...

entry ni rasa terlalu dekat dengan hati.. dengan diri..

sinchiro said...

Selama menghilang..
rapunzel disembunyikan di Afghanistan eh?
jadi sudah hilang nama Hamshira itu?
dalam saat menghilang itu..
rapunzel membaca buku sehingga
m/s 139...
lamakan masa diambil utk lupakan kisah yg sedih,kecewa,perit..
bolehke kita lupakan?

kalau ingatan itu seperti ingatan di dalam HARD DISK komputer mungkin mudah kan?
Select mana yg mahu..delete sahaja..
Tapi inilah kehidupan..
x semua akan seperti yg kita impikan..

apalah fahmi merepek ni ye
Rapunzel?
fahmi asyik terfikir..kalau rapunzel pakai tudung..mcm mana nk sorokkan rambut yg bermeter pjg tu yek?

sapphire said...

best! :)

zendagi migzara tu bahasa apa cik anak lapan.. :) hindustan eh..? :)

aishah: nak alamat :)
[hr tu bagi dah lupa letak mana]

Pengembara said...

Hidup di dunia satu pengembaraan.
Kita mengembara mencari cintaNya.
Jalan dan terus berjalan.
Kadang-kadang kita jatuh, kita belajar bangun balik.
Kadang-kadang kita naik bukit, kadang-kadang turun bukit.
Jumpa itu, jumpa ini.
Belajar itu, belajar ini.
Semakin kita gagah berjalan, Dia akan ajar kita.
Tapi andai kita putus asa di pertengahan, setakat itu sajalah suratan kita.
Kadang-kadang kita singgah di satu tempat, kita dah jumpa satu benda yang sangat kita suka.
Tapi hukum mengembara, kita tetap kena tinggalkan juga walau macam mana sekalipun kita rasa.
Kerana di depan masih jauh perjalanan yang yang harus ditempuh.
Jalan menujuNya.
Kita dapat Dia, Dia bagi segalanya.
Semoga berjaya.
;)

From SP With <3

Anonymous said...

meski bulan itu tinggi, pasti ada bintang melepasi tingginya,

andai bintang itu jauh,
masa lalu itu seadanya memnag jauh,

andai yang kau rasa itu besar,
pasti ada yang melepasi rasa itu,

andai yang kau rasa itu kecil,
mungkin ada yang lebih kecil.

tak faham?
maksudnya;
itu semua perasaan.
belajar terima dan terima.
belajar baiki dan baiki.
jika dosa kita,
pasti ada lebih berdosa,
maka rasa pasti akan suka untuk kembali.

jika baik kita,
pasti ada yang lebih baik,
lantas cuba untuk berlumba.

wallahua'lam.

~mari bermula semula di garis MULA!

hidayu samsudin said...

best..motivasi sungguh!!!

Norsha said...

salam aisha,
life must goes on,
teruskan menyelak helaian yg baru
jgn takut dgn luka yg lama
hidup ini tidak hanya untuk mengenang duka semalam
kerana hidup ini satu pengembaraan
kita mengembara mencari cinta abadi
cinta hakiki
hanya Dia yg mampu memberi
mai baca entri" pengembara yg mencari cinta" d blog akak, mungkin aishah akan bertemu jwpnnya

Adik said...

The kite runner?

Anonymous said...

salam aishah.
entry ni sgt menyentuh hati.
sangat membakar semangat untuk teruskan perjalanan..
terima kasih.

-angin-


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed