Wednesday, April 13, 2011

(sedikit) tentang Kak Taheera dan saya.





tidak tahu dari mana mahu mula.
niat hati mahu menulis tentang si 'jiwa indah': Kakak Taheera Rosheena

bismillah,

a few days back:
hujan lebat di asrama adik, saya harung lopak dan rumput basah mahu berjumpa adik kesayangan. tiba-tiba teringat: alamak kasut!

basah kasut hitam kesayangan pemberian kak taheera.

"satu hari nanti, mahu menulis kisah tentang kasut ni"-dalam hati

esoknya:
rindu kak taheera, nak sms...tapi dah petang. mesti dia tengah sibuk jemput anak dari sekolah.

bila malam..."alamak, takpe ke sms orang malam2? kot kakak tengah sibuk layan suami dan anak2?"


jumaat lepas (kalau tak silap):
setelah lama deactivae fesbuk, saya activate semula.

haaa?
besday kak taheera!!
lihat wall kak taheera, dah ramai yang ucap selamat. penuh wallnya.
aduhai~

aaaaaaa!

and i missed it!

aaaaaaaaa!

teruknya aishah!
lagi 5 minit nak pukul 12. takkan nak call tengah malam?


*lempang diri sendiri*

nak drama je kan aishah?
_________________________________________________________________________________________


dalam kereta, saat pulang dari berseminar panjang, malam ahad. saya masih kepeningan-selesema-dan pedih mata. akibat terlalu banyak air mata di seminar.

dapat satu sms (saya dah jarang dapat sms sekarang, akibat jarang layan sms orang)

"Salam Aishah. Moga awk sedang sibuk tp sihat dan happy dlm lindunganNya. Minggu lepas kakak sudah masuk 36thn dan pak samad 76thn. Syukur"

her exact words.

pedih. terus rasa macam mahu sambung nangis. tapi akhirnya saya separa tidur. (was not driving, tumpang kawan).

____________________________________________________________________________________________


saya bukanlah selalu berjumpa kak taheera. knowing her, i know i do not need to explain myself, because a true friend like her (with such beautiful soul) does not need any. kak taheera akan faham keadaan saya, dan kenapa saya lupa dan sampai sekarang tak sempat ucap selamat hari lahir pada dia.

so,
here i am,
trying to cover it up.

aduhai.
kakak,

selamat hari lahir ya?

___________________________________________________________________________________________

izinkan aishah kongsi saat-saat indah bersama kak T :)


masih saya ingat, pertama kali melihat kakak. di pekan frinjan, shah alam. melagukan puisi 'rindu ibu' karya pak samad. saya terpegun. esoknya terus saya tanyakan sama zulhabri. siapa akak yang bersuara merdu tadi malam?

"Taheera Rosheena".-jawab zul.
lagi best dari yuna. sambung dia.

haah, seribu kali. saya jawab.-dalam hati.

bermulalah perkenalan saya sama kak taheera.
mula add di fesbuk, what a cool name i thought. :)

bertegur sekali sekala, saya tiba2 jadi peminatnya. segan juga. takut2 kak taheera annoyed dengan peminat baru yang serong seorang ini.

lama kemudian, dihebah tentang konsert mini di dewan filharmonik petronas yang disusun muziknya oleh kak taheera dari karya-karya pak samad.

(pernah saya tulis dulu, nanti saya cari di draft dan publish semula)

dua orang seni yang paling saya minat, di atas satu pentas! boleh jadi separa kurang waras kalau saya tak dapat ke sana.

saya beli 3 tiket. tapi akhirnya pergi seorang. kerana malas mahu mengajak kawan.

itulah kali pertama dapat sembang ringkas dengan kak taheera, serta dia kenalkan saya pada pak samad! senyum senyum saja saya sepanjang malam.

tak sempat berbual panjang pun, kerana sudah maghrib.

selang entah berapa lama, dapat message di inbox fb dari kak taheera.

"mahu jumpa, bila2 awak free" katanya! dan aishah melompat kesukaan!
malunya! dapat message dari perempuan yang saya minat. seribu kali lagi seronok dari dapat surat daripada secret admirer di zaman sekolah oh!


bermulalah episod 'jumpa2 berdua'

pertama kali jumpa, tak sampai lima minit pertemuan. saya sedang jadi sukarelawan (kononnyalah) di program untuk lepasan PMR sekolah aminuddin baki. program mengenalkan hak asasi pada pelajar sekolah. ber-sms sama kak T, katanya, jumpa kejap pun tkpe. ada barang nak bagi awak.

kak taheera datang ke sekolah aminuddin baki, dihulurkan ber kertas pada saya. dalamnya ada empat helai selendang. selendang warna krim, ungu, biru tua dan hitam.

"awak ambillah ni, sebab akak tahu awak pakai."
"yang ini (sambil keluarkan selendang biru tua) pak samad bagi akak. tapi akak bagi awak"

erk.
"alaaa. siyes ke ni kak? terharunyaaa"
(dan malu!...segan)

tentulah akhirnya, selendang biru tua itu menjadi kesayangan saya.

pertemuan seterusnya, pulang dari seminar di UIA. kami bertemujanji di KLCC.

kali ini baru dapat bersembang panjang. cuti sekolah, anak-anak kak taheera balik kampung di pulau pinang, dan abang amat (suaminya) masih di tempat kerja. dapatlah kami berdua. waktu inilah kak taheera berian saya sepasang kasut hitam yang gojes!

:)

berbual dari kisah kawan-kawan, keluarga, islam, pendidikan anak-anak, kisah zaman kanak-kanak, manis pahit, karya m nasir, kisah pak samad hinggalah ke 'macam mana nak makan dengan niqab' (haha)- sebab mak mertua kak taheera, berniqab. comel kan? dari sembang sambil berjalan keluar dari surau, hinggalah ke food court, bersambung di depan air pancut.
dan saat itu, saya tahu, saya sudah semakin jatuh cinta dengan kakak yang seorang ini. sangat seronok berlari-lari mencari tukaran duit serata KLCC untuk bayar parking kereta.

hmm.
pertemuan ketiga.
rasanya di klana jaya. saya sibuk mahu ikut kak taheera ke program untuk anak-anak dari yayasan nur salam di laila's cafe. saya datang menemanlah kiranya. dapat juga berjumpa dengan anak kak T, aisha dan adik. selalu cuma sembang tentang mereka, tak pernah jumpa. aisha hadiahkan lukisan rumah dengan tiga ekor burung pada saya. panjang juga sembang kami. dan paling sayu, kak taheera teman saya solat di tepi lif. (di malysia pun masih ada insiden solat di tempat selain surau, sebab memang tak jumpa surau).






kali yang seterusnya, kami bertemu di wangsamaju (di hari pertama buku tun mahathir yang baru, dijual) dan di malam maskara (di hari saya selesai berkursus di USJ).

eh,
takkanlah tak sampai sepuluh kali baru kami bertemu?
rasa macam dah rapat dan sayang sungguh.

there's something about her that grips me.
she never talk bad about others. that's a quality of a truly beautiful lady.
she understands. she listens. her voice can really comfort you. she's funny. the way her eyes glimmer and shines, you can't really tell, either it's a glimpse of tears, or she's being too happy. she's such a beautiful mother, lembut tutur katanya pada aisha dan asyraf, meruntun hati saya. kak taheera, perempuan moden berjiwa sentimental dan konvensional...pada aturan islam.

ish, tak patut saya puji menggunung.
er. saya cuma mahu dunia tahu, betapa indahnya seorang kak taheera.
:)


dan harapnya, kalian juga dapat mendoakan kebahagiaannya.
dunia, dan akhirat.


36 and still rocking kata orang tua-tua.

semoga Allah redha pada persahabatan kami.
dan dihitung antara mereka yang berkasih-sayang keranaNya.


:)


sayang kamu kakak.


oh, kak taheera juga sedang hamil.
anak ke tiga.
sudah empat bulan usia kandungan rasanya.
ingat tak diari hamil yang aishah ada? haha. sudah aishah beri pada kak taheera. dia lebih layak menulis diari seumpama itu. harap kakak rajin menconteng diari tu tau!

err. tak tahulah kakak baca atau tak blog aishah ni. tempoh hari, katanya, kadang-kadang ada baca. segan jugak. blog kanak-kanak! or i should just post the link on her fesbuk, to make sure that she reads this?. :p


________________________________________________________________________________________________





selamat ulang tahun juga buat pak A. Samad Said. maaflah, tulisan bahasa melayu saya teruk. tapi saya sayang bahasa kita :) beliau sasterawan pertama yang saya kenal tahu. dari buku hadiah Salina hadiah dari ayah tika saya darjah tiga.






menulis ini dari tadi malam, tak juga selesai. dan entah apa yang saya tulis. mohon undur diri, mahu melayan nikmat Tuhan: demam.

(umi sms: Allah is 4ever great! Dia bagi ateh demam utk buang segala dosa n lahir ateh yg baru. kan baru balik cucui hati..take care)




Assalamualaikum






.

8 comments:

Ismi Ijmi said...

ramainya dgn hari lahir yang sama. bulan ni.

ahLia shahril said...

ingtkan kak taheera masih anak dara..

tidak seperti seorang ibu.


terleka membaca tulisan anda


even saya xbpe suka puisi muisi

Unknown said...

salina!

sinchiro said...

sehinggakan profile picture pun gambar akak theera :)

Akhyar said...

bila ntah blh jmpa pak samad. =(

Aishah Nur Hakim said...

Ibnu Mutalib,

dan tuan juga?

:)



zai,

awak kawan ika yang budak kuala pilah ke? maaf kalau salah tau!
:)

memang, aishah dulu tak percaya kak taheera 36.
ingatkan macam...err, 26.




shafiq,

akak tak pernah habis baca salina tu.

:(



fahmi,

tu sebab nak bodek..heee~





zul,

jom kita pergi rumah pak samad, bangsar.

eh, jom pulak.

apa2la. dah tingtong




__________-gudnite everiwan

Ismi Ijmi said...

tak lah, my bdday dah lepas.

cuma beberapa rakan bloggers.

ahLia shahril said...

sayo la org itu... dan juga ex-ofis mate saya cik izzati fuad.

kecik kn dunia ni.


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed