Monday, December 19, 2011

You're the Almond to my Magnum!


1.
Seperti yang saya kecohkan di fesbuk tempoh hari, saya mengalami ke'mengidam'an yang amat sangat di suatu tengah malam. Sewaktu pulang dari majlis sembang-sembang ustazah pilihan tak jadi di Bangi. Sebelum pulang ke rumah (sewa), hampir seluruh Bangi saya jelajahi demi mencari seorang aiskrim Magnum Almond.

pulang ke rumah, saya tuliskan: 


Mari saya cerita tentang hidup.


Tadi entah berapa kedai 7E di seluruh Bangi telah saya jelajahi, demi mencari aiskrim Magnum Almond yang saya idamkan tiba-tiba di tengah malam.



Di kesemua kedai, saya cuma ketemu Magnum Classic dan Magnum Truffle (kah?). Sedangkan saya cuma mahu dan hanya mahu Magnum Almond.


Demi mendidik hati tidak berputus asa, dan kemudian tawakal (kononnya)...saya terus mencari di kedai seterusnya.

Inilah hidup.
Sekian.

tak, saya tak juga ketemu sama Magnum Almond.
kadang dalam hidup, kita perlu 'settle for the second best'. mungkin.
Magnum Classic it is. 
manakan sama!

(boleh tahan juga pengajaran hidup untuk hari ini)

okebaitata.



dan sebetulnya, di majlis sembang-sembang ustazah pilihan tak jadi itu, kami diceritakan peri tawakal dan melatih hati. 

Dan baru saja tadi petang, pulang dari kelas pagi Ahad...saya ke Jusco meneman umi cari keperluan sekolah adik. Semasa beratur mahu membayar, saya berdiri di sebelah peti aiskrim Walls yang dipenuhi Magnum Almond. Pada mulanya saya mempersoalkan kemahuan saya pada si aiskrim. Do you really think you want the ice cream right now Aishah? at this time? 

Saya akhirnya bertemu dengan amgnum Almond idaman, tetapi di waktu yang tidak sesuai!


Saya gigihkan hati membuka peti. "How could you resist something you've been craving for Aishah? just take the ice cream!". Cuba memilih dari lambakan Magnum almond, entah kenapa saya merasa tidak ada yang mencuri hati. Sepertinya ais krim yang ada begitu punya cacat cela. Tidak cukup sempurna untuk keinginan yang telah saya simpan berhari-hari. Ada yang bentuknya sudah berubah, ada yang seperti sedikit cair. Saya ambil yang paling saya rasa sempurna, dan kembali beratur di kaunter. Sambil berfikir-fikir dan berkira-kira. Mungkinkah saya patut beli sahaja aiskrim di dalam perjalanan pulang ke rumah nanti? tidakkah akan cair sementara menunggu aiskrim dibayar, berjalan ke kereta, memandu pulang. Tidak cairkah Magnum almond idaman saya nanti? Kalau saya makan sambil memandu, bagaimana saya mahu menikmati si aiskrim?

Ya. Dan saya letakkan semula aiskrim idaman. Dengan harapan: saya tidak lupa mahu mencari lagi.

cuba teka apa yang sedang saya rasa sekarang?

Ya Allah...! turunlah aiskrim Magnum Almond dari langit untukku~
T_T

Mana mungkin saya keluar mencari di waktu malam begini.


inilah hidup. dan pilihan, sayang.
Apa Aishah ni? cerita aiskrim dengan hidup?
haish.


2.
Saya teringat perihal saya dan kedai mamak. Hubungan saya dengan kedai mamak, bagai laut dan pantai. Ada pasang dan surut. Satu hari saya bisa loya dan mual dengan hanya lalu di tepi kedai mamak. Esoknya saya bisa terlalu teringin akan roti bom mamak atau nasi kandarnya.

Setiap kali saya dan teman makan di kedai mamak, sering saja terjadi: lain diminta, lain dihantar.

Bos, saya minta telur separuh masaklah, bukan telur mata!

Sebetulnya. Di kedai mana pun saya makan. Saya jarang sekali meminta dibetulkan apa saja yang tersilap hantar. Hampir tidak pernah. Jika saya minta mee goreng dan dihantar maggi goreng, itulah yang saya makan. Mungkin saya terpengaruh dengan ayah. Ayah selalu membiarkan sahaja kesilapan pelayan di kedai makan mengambil pesanan dan menyediakan makanan. Jika terlebih dihantar, ayah akan tanya: ini ada orang punya kamu silap hantar atau memang tersilap ambil pesanan? Jika memang tiada orang lain yang sedang menunggu air atau makanan itu, maka ayah akan biarkan dan minta kami habiskan.

Pernah di hari saya ditinggalkan umi keseorangan, saya singgah ke kedai meminta sup kambing. Tapi diberikan capati. Saya tak tahu apa kaitan sup kambing dan capati. Dan si mamak sibuk menanya: Aminah jahit sendiri ka itu kain tutup muka atau beli? Dia panggil saya Aminah! Dan si jejaka mamak itu saya rasa cukup tinggi budi. Capatinya sedap juga.

Hujung tahun lepas, saya dan Isya pulang dari meredah 'perkampungan' orang asli di Damansara Perdana, mecari Tok Batin untuk diminta izin melaksanakan program kami. Selesai kerja yang memaksa saya merempit dan hampir terjatuh motor, Isya mengajak ke kedai mamak di depan sekolah. Teringin rojak mamak katanya. Dan saya sedang sunggugut yang teruk. (Apa? tak boleh cerita senggugut? mesti awak ni jenis yang melihat seorang ibu menyusukan bayi di tempat awam pun awak kata lucah kan? senggugut itu biologi tahu.). Saya temankan juga si Isya, dan saya meminta air teh o kegemaran dan minta dicampur halia. Tak ada sebab pun hendak dipesan air halia tu, saya cuma selalu lihat orang tua-tua minum, jadi mahu cuba. Kalau-kalau berkesan mengurangkan sakit. 

Dan seperti biasa, lain yang diminta...lain yang dihantar.
Saya dapat teh halia. Teh susu campur halia. Saya sangat tidak pandai minum apa-apa minuman susu yang dicampur dalam air lain. Faham ke? Saya cuma pandai minum susu segar.

"Akak, akak mintak lain kan? suruhlah dia tukar."

"Takpelah, nanti siapa nak minum air yang dia dah buat ni?"

"Isy, akak ni." dan kami teruskan sesi makan-minum. Teh halia? rasanya ya, sedikit pelik. Namun ku telan jua. -_-"


Pulang dari kedai mamak, saya menghantar Isya ke stesyen Klana Jaya.
Dan 15 minit kemudian, di waktu senja...saya mengahadapi kemalangan di LDP.
Mungkin kerana hujan baru reda, dan hari makin gelap.
Encik kereta dilanggar dengan kuat dari belakang. Oleh seorang kereta Wira, dipandu lelaki muda berbangsa cina.
Dan ecik kereta saya melanggar kereta myvi di hadapan.

Saya keseorangan. (setiap kali kemalangan pun sorang-sorang >_<)
Saya sedang senggugut teruk.

Bila berjaya keluar dari encik kereta, saya tanyakan pada yang memandu Wira yang sudah hancur:
"Alaaa...kenapa kamu langgar...?"

Abang-abang ulat bengkel sudah ramai yang sedia mahu 'membantu' saya. Saya layan acuh tak acuh.
Sampai hari ini saya pelik. Kenapalah tidak saya marahkan si dia yang melanggar?
Saya cuma berbual dengan dia. Minta nombor telefon dan maklumat lain.
Mungkin dia pun terkejut dah melanggar makcik ninja di senja hari.
Kenapalah tidak saya tuntut wang beribu-ribu sebagai gantirugi?

Lebih kurang 2 jam kemudian, saya teruskan perjalanan. Perlahan-lahan memandu encik kereta yang sakit tenat pulang ke Seremban.
Masih sendirian.
Sebagai perempuan yang cengeng, saya mengucapkan tahniah kepada diri sendiri. tidak setitik pun air mata tumpah malam itu.

Pengajaran yang saya dapat hari itu, hidup perlu belajar menerima takdir.
Apa saja yang dihidangkan pada kamu, syukur.
Apa saja yang Allah rezekikan pada kamu, hitung kebahagian.
Bila saja dilanda apa jua bentuk musibah, kamu tak punya sesiapa selain Allah.
Perjalanan perlu diteruskan.
(tak ada siapa yang akan menjemput kamu pulang dan meneman perjalanan kamu yang kepayahan)

Kalau saya memilih untuk menangis dan mengharapkan seorang penyelamat datang menyelamatkan saya malam itu, pasti saya akan lelah sendiri dan hampa.
Allah akan sentiasa menguji, Jangan meminta agar ujian tidak datang.
Tapi mohon agar diberi kekuatan.

Oh, kadang-kadang mungkin Teh o memang tidak baik untuk kamu, jadi Allah hantarkan teh susu!




3.
Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela makanan.

4.
Rezeki kadang sampai dari tempat yang tidak dijangka. Pernah tak kamu terasa inginkan sesuatu, tiba di tengah malam seorang ibu yang penuh kasih sayang membawa pulang hidangan yang kamu idamkan. Siapa yang menggerakkan hati ibu? Atau kamu baru terlintas mahu makan sekian-sekian, tiba-tiba seorang sahabat mengetuk pintu dan membawa makan yang baru kamu terlintas itu.

Itulah Allah.
Dengan segala keindahan takdir dan kekuasaanNya.


5.
Saya pernah mengidam makan ayam masak kurma masakan ayah. Saya sebutkan sekali. Takut meminta-minta tapi ayah tak mampu nak masak. Esoknya saya ke walimah encik x. (Maaflah kalau yang tak tahu kisah encik x). Dan cuba awak teka apa lauknya?

Ya, ayam masak kurma yang saya pinginkan semalam.

Allah hantar di waktu tekak saya amat perit untuk menelan walau sebutir nasi.

Lusanya ayah masak lauk kegemaran. Dengan penuh kasih sayang. Sungguh awesome.





Aishah!
Banyaknya awak mengidam!




Saya menulis tadi patutnya mahu perikan kisah lain.
:)

Doakan saya jumpa Magnum Almond hari ini ya?
Sekarang perlu bergegas menjempu adik saya, HanaN Tajima yang baru pulang dari Jepung.
Oh, tahun depan baru dapat Magnum Almond pun tak apa.



Kalau Allah panjangkan nyawa.

.

.
Umi,
you're the cherry to my cake.
You're the vanilla ice cream to my float.
You're the mushroom to my soup.






.

15 comments:

tepianmuara said...

saya ada kenangan indah dengan ice cream magnum.

sekian.

Unknown said...

saya pernah makan roti canai mamak tak bayar.

sekian.

sapphire said...

aishah...aishah
mengidam dia mengalahkan orang mengandung... :)

Anonymous said...

magnum wall's kah?

jika dari syarikah wall's mohon berhenti beli. bukan apa, salah satu syarikat kafir dan syarikat yang menghulurkan duit ke israel tak silap ana.

wallahualam.

ida masri said...

oh aishah:)~~
saya squeal2 baca blog kamu kat setiap ayat comel kamu yg sgguh menyentuh hati saya :')
*oh i'm such a fan^^*

saya pernah pi kedai mamak order roti sardin je tapi kene bayar rm6. ya Tuhan!! roti sardin biase je puunn .and harga tu lebih mahal dari apa yg tertera di menu.
saya agak marah(sikit)
rasa mmc kene pow.
:'(((

tapi,takpe,
mungkin roti canai sardin tak baek untuk kamu :')))
kolestrol,minyak dan garam tinggi:))

Anonymous said...

Zindagi Migzara.

K!

ain said...

Pengajaran yang saya dapat hari itu, hidup perlu belajar menerima takdir.
Apa saja yang dihidangkan pada kamu, syukur.
Apa saja yang Allah rezekikan pada kamu, hitung kebahagian.
Bila saja dilanda apa jua bentuk musibah, kamu tak punya sesiapa selain Allah.
Perjalanan perlu diteruskan.

saya pinjam quote ini utk diletak pada notes sy.semoga sy sentiasa ingat dan tidak lupa.terima kasih aishah :)

Afida Anuar said...

Selepas 2 hari jumpa dak aiskrim yang diidam2 kan?

PS: Teringat juga pengalaman eksiden 3 tahun lepas, kes kena langgar..orang yang tukang langgar tu pulak lari lagu tu. Air mata pun tak keluar juga... nape eh?

~PENCHENTA~ said...

Eh. Orang bangi! Hai jiran. :D

DEZAMAN COTTAGE said...

Aisyah, kalau aisyah order teh halia, mmg teh susu campur halia. :. Akak pun tahu sbb Mamu selalu order yg tue...hihihi!!!- K.Nurul

watdahell said...

umi..

u'r the almond of my magnum...huhu

Aishah Nur Hakim said...

Haniff.

kisah yang manis.
kamu tulis dan kamu delete kan kan?

*akak masih mogok*
:)

sedang examkah?


Shafiq,

cer bagi alamat kedai mamak tu.
akak nak mintak dia tuntut buat braces free kat kamu.


p/s: shafiq, haniff. kakak tahu kamu faham ini bukan sekadar kisah magnum dan mamak.
selamat ya untuk kalian di sana!


akak rindu adik2 irbid. hah.



cik nilam.

ehemm.
doakanlah
hik.


cik nilam. dapat buka blog prebet aishah tak?
rasa macam dah bagi cik nilam baca balik.
aishah nak kongsi2 tips. hee



Anon,


baiklah.
saya dah belajar buat aiskrim sendiri.



Cik Zy,

but i'm your fan dear doctor!
hik.

hmm.
roti sardin awak suka ek?
aishah suka manis2. heh.

kita tak tahu apa yang Allah simpan untuk kita, kan?



Anon,
nah..

Dos te dos tena raha
Pyar re pyar rera raha
Zindagi hamistera

kenal. kan?
ngeh.



Ain,

silakan sayang
tak ada sepatah pun aishah punya.

ingatkan aishah juga ya.




Kak Afida.
(aishah tengok semua orang panggil 'akak'..huu)

saya baru dapat semalam, alhamdulillah. (tapi terhancurkan asikrim tu. huk)

tak ada air mata,
mungkin sebab tahu memang jadi perempuan, kena kuat kot?
eh. air mata bukanlah tanda lemah pun.

kita ni perempuan, nangis sembunyi2 :P




Penchenta,
nama awak, Tiya ek?

Aishah duduk weekdays je kat bangi tu.
itupun suka lari, balik seremban.

awak bangi kat mana.
jom dating jom.

boleh sembang2 ustazah pilihan tak jadi. hik.





Kak Nurul.

Aaaaaa
akak jumpa blog aishah.
maluuu.
hee

tapi aishah sebut tau kak. nak teh O, letak halia.

dia tak nampak mulut aishah muncung o tu kot. hehe.





Watde.

komen kamu buat aishah rasa grammar aishah salah.

he.

dua2 betul. kot. insyaAllah


Umi ciptaan terindah Allah bagi pada saya.

As said...

Ada orang rujuk kamu pada saya.

:D

Aisyah Nur Hakim.

Yup kamu pasti tahu siapa dia.
Jadi saya merujuk kamu di sini.
Oh rupanya selalu nampak kamu.
Begitulah jodoh.
Dan hakikat dunia ini kecil.

Si pipi merah.
You're simply sweet.
Entry ini terlalu manis bergula hingga lupa dunia terasa.
Yelah dah lupa habis nak komen apa sepanjang duk baca.

Oh yang penting, salam ukhuwah.
Si dia mahu kita bersahabat nampaknya.
Oh dan si dia pesan, bila lagi mahu saya mengikut jejak menjadi ninja sepertinya Aisyah Nur Hakim.

InsyaAllah insyaAllah dalam pelangi impian.
Bisa didoakan sama?

:)

jari | jemari said...

tulah payah mengidam kan? expectation tinggi, bila tak jumpa, kecewa :)

HamizahSharaie said...

pernah suatu hari, bonda saya masak bubur kacang durian di kampung. mengidam saya dibuatnya. Alhamdulillah, keesokkan harinya, seorang teman menghantarkan bubur kacang. Bukan bubur kacang biasa tapi bubur kacang durian :) hari tu, berjuta syukur saya lagukan dalam hati. sampai hari ni, masih terkenang. Alhamdulillah :)


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed