lewat doa dan janji seorang ibu
anak dikandung akan diberikan untuk agama
anak suci penuh cinta
direbut orang untuk dipelihara
terpilih sang nabi yang mulia
hidupmu untuk agama
baitulmaqdis menjadi medannya
disimpan rapi
terjaga
dibalik pintu demi pintu
dalam mihrab sepimu kau berkelana
tidak pernah dipandang
tidak pula memandang
dikurnia buahan di luar musimnya
direzkikan makanan entah dari siapa
pabila ditanya sang nabi yang mulia
"ini dari Tuhanku"
jawabmu penuh percaya.
diangkat doa sang nabi
di dalam mihrabmu, hai gadis jelita
lelaki tua tidak berzuriat
dijawab doanya penuh hikmat
rahim mulia dipilih Dia
buat melahirkan jasadnya Isa
(salam ke atas baginda)
(salam ke atas baginda)
gelisah hatimu bukan kepalang
bagaimana mungkin melahirkan tanpa pernah disentuh orang
kau gadis pilihan!
duhai Maryam.
sungguh Tuhanmu sebaik-baik pembela
diajarkan Dia agar digoncang pohon kurma
kali ini perlu kau meminta
kerna akal tak sampai memikirkan kehebatanNya
saat ragu bertandang
diujilah keimanan.
anak yang lahir bisa bicara
mengubat hati ibu yang terluka.
duhai
ibuku Maryam.
duhai...
betapa Tuhan memuliakan
bentangkan aku seribu kisah bidadari
takkan pernah aku cemburu seperti cemburunya mendengar kisahmu
____________________________________________________________
kupandang hati sendiri
jauh.
bundaku Maryam,
kau terlalu suci
sedang aku kotor
sedang aku hina
sedang aku hanyut dengan dunia
namun bundaku sayang,
aku pingin sekali!
aku terlalu rindu
aku terlalu mahu!
bermanja-manja denganmu di sana
memandang wajahmu di syurga
Tuhanku Maha Kuasa,
layakkanlah aku bertemunya
Maryam si gadis mulia.
_____________________________________________________________
sekali lagi, ini bukan puisi
cuma menulis setelah membaca
setiap kali dibaca kisahnya aku terkesima.
duhai..
* saya mahu tanya, andai dikisahkan perjalanan saya mencari cintaNya, andai dicerita kisah di sebalik helai kain menutup muka...mungkinkanh akan diperoleh redha?
kerana ramai yang menanya
ramai yang mahu meminjam kisahnya
mereka ini sungguh...jauh lebih indah jiwanya dari saya
namun masih sudi mendengar kisah saya
cuma saya belum merasa kuat mahu berkongsi cerita.
patutkah?
.
>_<
.
9 comments:
Saya dalam perancangan.
InsyaAllah.
Kbai!
siapakah kamu?
perancangan apa?
0_o
buat jambatan emas?
baiklah.
Menulis.
Bai lagi!
masa nak daftar nama anak kedua Maryam.. pegawai yang terima form tu kata
"ini ejaan orang putih"
"dok eh.. ini sebutan arab"
kata saya
kalau dibiarkan mesti jadi ejaan melayu - Mariam..
Kakak..
kongsilah.
cerita kisah di sebalik helai kain.
Adik mahu dengar.
:)
Suka.
:)
Anon,
bila nak hantar bab ke 2?
Encik Ay,
Mariam tak best la kan abang?
Maryam adik Yusof, kakak Abdullah ek?
isk. semua nama saya suka.
abang tahu tak dalam bahas parsi maryam bermaksud bunga Tuberoses? (atau kita kenal harum sundal malam yang wangi tu)
Aimi sayang,
insyaAllah ya.
akak masih bertatih mencari ikhlas :)
Syadzwan,
apa khabar orang jauh?
:)
fi amanillah~
Patut share. :)
Orang suci jiwa macam Aishah. :)
Macam As, segan nak banyak cakap. :)
Assalamu'alaikum kak aishah.
Harap sudi berkongsi cerita sebagai dorongan buat saya yang lemah ini.
Post a Comment