Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti"
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
Al-kahfi:23-24
When I was just a little girl.
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me
Assalamualaikum warahmatullah semua :)
selamat hari jumaat!!
wah aishah dalam emosi yang cemerlang nampaknya. langit hari ini terlalu cerah dan berseri untuk muram. walaupun terik matahari pagi tadi menyilaukan mata. bagaimana cahaya yang sama pada bulan boleh begitu mesra ya?
oh.
entah untuk kali pertamanya hari ini, saya teringat kisah-kisah orang membaca nasib saya. aduhai, tak pernah pulak saya suka beri tangan pada orang dan ditiliknya untuk dikhabarkan pada saya apa akan jadi esok dan esok. sedangkan horoskop pun saya tak pernah baca, inikan pula tilik-tilik nasib di garis tangan. syirik kecil kan kalau percaya?
cumanya di zaman sekolah dulu ada sorang kawan yang dengan suka-suka mahu lihat tangan semua orang. bila ditarik tangan saya, dia ceritakan:
"aishah jangan percaya deh, anis suko-suko jah baca ni"
"aishah kawen umur 25 kot"
"anak limo"
"hidup aishah happy, ada masalah sikit2 buleh settle"
"suami orang tak jauh sangat kot"
"belum jupo lagi jodoh ni"
ni kata kawan saya paling comel di sekolah uitm dulu. ingat lagi muka manis dia duduk di katil, ambil sengih-sengih. dah nikah pun anis sekarang.
ada jugak yang jenis baca ibu jari, ini waktu sekolah menengah rasanya. namanya muna, dah jadi tentera laut dah pun sekarang. macam manalah kamu bleh join army muna, punyalah lembut kat sekolah.
"suami aishah nama huruf H ni"
bukan ke semua orang punya jari pun ada macam garis huruf H??
aishah marah dia, sebab waktu tu minat pada yang namanya huruh F.
"merepeklah muna!"
pelik ek? semua yang suka baca nasib orang ni baca pasal jodoh memanjang.
oh, ada lagi. tapi kali ni oleh seorang ustaz. agak kurang waras jugak kalau nak suka2 bagi tangan kat ustaz, tapi waktu tu seminar perubatan islam. dia tengok penyakit dari mata dan tapak tangan. aishah pergi teman umi. kata ustaz:
"awak ni kalau sakit mungkin berkaitan masalah perempuan atau tulang belakang"
"tekanan darah rendah kan?"
"banyak stress ya?"
"hidup awak ni banyak untuk orang, sampai makan diri"
"kena banyak minum air"
ha, ustaz ni tak cakap pasal jodoh rasanya.
pernah juga sekali, di rumah seri kenangan seremban. rumah orang-orang tua. ada nek puteh, nek puteh ni sangat cantik. dari wajah dia boleh nampak betapa jelitanya dia masa muda. katanya anak-anak ada, tapi dia tak mahu susahkan anak. sedang sembang-sembang, dia ambil tangan aishah. mula2 dia usap-usap, lepastu diteleknya.
"awak ni kawen dua kali ni"
"yang pertama bukan tak bahagia, tapi yang kedua ni baru kekal"
hik hik hik. dua kali nek? apesal comel sangat? tak bestlah kawen dua kali? dengan sultan brunei mungkin?
"anak dalam 5 orang"
"suka menjahit ke?"
ya Allah, langsunglah tidak nek~
sudahnya aishah bagi lotion dalam beg untuk nek puteh.
sangat tidak wajarlah seorang mukmin mahu percaya segala 'bacaan masa hadapan' ni kan? untuk suka-suka mungkin tak apa.
ha! teringat lagi satu, baru hujung tahun lepas, di perpustakaan sekolah. sorang adik junior menegur.
"kak, kenapa akak pakai macam ni?"
berani jugak budak ni.
lanjut bersembang baru dia tanyakan nama.
"aishah je?"
haah~
"apa maksud aishah ya kak?"
"sebenarnya kan, akka suka sangat nama sendiri, tapi maksudnya pun akka tak pasti. nama isteri nabi kan. lepas tu ustazah akak kat sekolah dulu cakap, maksudnya malam. siapa entah cakap, maksudnya kehidupan. dalam buku nama-nama islam tu kata: yang bahagia"
"oh, hmmm..emmm...saya rasa, hidup akak mest empuluh peratus sedih, enam puluh peratus bahagia kan?"
ha? ek?? mungkin kot?
dan waktu itu saya senyum sesenyumnya di bibir dan hati.
bukankah 40 peratus sedih itu sudah cukup banyak?
"nama awak apa?"
ikhwan.
"ha, awak ni mesti sangat peramah dna senang buat kawan. lepas tu awak ni mesti join ikhwanul muslimin kan?"
hahaha! sengal akak.
mestilah aishah tahu dia peramah, sebab dia berani tegur aishah kan kann?
ke mana hala tuju kamu membebel ni aishah?
oh, berbicara tentang nasib, qada' dan qadar, takdir. tulisan Tuhan buat setiap insan.
bisakah ada kita yang boleh melihat ke hadapan dan membaca 'bukunya' sendiri?
kitab luh mahfuz,
terlalu agung.
aishah bukanlah seorang yang sangat ingin tahu apa yang mungkin terjadi esok, kebanyakan masa, aishah mengenang semalam atau menikmati hari ini. ok, banyak juga bahagian mengenang semalam tu. tak bagus untuk kesihatan.
cumanya, matematiknya mudah kan? kita jalani hidup satu persatu, face life as it is. seize the day kat orang jawa. untuk segala pilihan dan ujian yang datang, dalam membuat keputusan, cukuplah:
"tunjukankanlah kami jalan yang lurus"
berapa kali kita ulang sehari-hari?
andai benar yakin dan percaya. apa pun yang ada nanti malam, esok pagi, lima, sepuluh tahun akan datang, segalanya bisa membahagiakan. dengan izin Tuhan.
kan?
aishah tahu umi adalah seorang yang paling rajin beristikharah.
(untuk kawen dengan ayah, umi mimpi...err, rahsia)
ya, istikharah yang istiqamah pastinya memudahkan segala pilihan.
"baju hijau atau baju merah jambu?"
"terima atau tidak"
"pergi atau tidak"
dan dilaksanakan segala dengan hati yang tenang. sekali lagi dan buat segalanya, cuma dengan izin Tuhan.
kerana ketenangan itu bukanlah suatu destinasi tetapi sebuah perjalanan hati.
kenapa aishah bicara tentang semua ini?
oh, sekejap lagi aishah rasa mahu ke secret recipe. jadinya harap-harap dapat pilih kek paling sedap.
eh, ada Prof Dr HAMKA menulis tentang ini. sudah lupa! bila ingat nanti aishah kongsi ya?
sekarang ke kelas dulu.
Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.
oh, adik yang di bumi christchurch, sudah hampir dua hari kamu senyap. semoga bumi yang gempa tidak menghilangkan jiwa kamu yang gagah
adik yang dalam kembara pulang ke mesir, entah kamu masih di london? semoga semuanya selamat.
adik yang menunggu keputusan spm, semoga tidak meracau-racau di tengah malam. hik!
adik yang di kedah, di johor, aimisyu.
adik yang sedang menghitung soal jodoh, semoga Allah mudahkan urusan kamu.
p/s: siapa tahu lagu que sera sera tu? kita nyanyi sejak kecil kan?
.
8 comments:
"ketenangan itu bukanlah suatu destinasi tetapi sebuah perjalanan hati."
very inspiring, kak. =)
saya mimpi ular dah banyak kali.
orang kata mimpi ular tandanya ada orang nak masuk meminang.
tapi sekali pun belum ada yang meminang.
sebab, bukan ular yg tentukan jodoh kita.
tetap Tuhan, kan Aishah.
saya rindu awak lah. :)
salam sayang. N.
anon atas husna,
ustaz harun din cakap, orang yang mimpi ular ni, bukan nak masuk meminang, tetapi ada sihir nak datang dekat kita.
husna pernah mimpi ular belit. sebab lepas balik dari camping husna ada terbau benda yang amat busuk. tertegur pulak tu -__-'
bila ustaz harun din check dan berubat, ada nenek tua(kebayan kot) hendak ajak berkawan yang duduk di dalam bilik tidur husna, sambil "buat rumah" di situ.
huk. takut!
tapi alhamdulillah, sekarang dah takde.
Oh akak, apakah mimpi mu kali ini? Adakah husna terlalu awal untuk bertanya? hik~
Selamat akak. Semoga Allah beri yang terbaik ^_^
hehe..
rajin-rajin la update blog..
coz post awk mmg best...
hehe..
i "like" it very much
memang orang suka benda macam tu, sebab kita tak tau apa akan jadi nanti
haha..nice.
applepie,
rupanya akak tidak boleh hanya berkata, tapi mencuba juga
:)
sayangku N,
masih rasa hangat pelukan awak di malam sabtu sampai sekarang. terima kasih untuk kasih sayang. emoga lebih banyak rasa kita boleh kongsi.
dulu ada jugak mimpi ular, tapi taklah aishah kena patuk.
tapi ada jugak dengar ustaz cakap yang itu salah satu tanda kena sihir. Allah lebih tahu
:) kamu, terus senyum ya
husnameowmeow,
itulah, aka pernah dengar jugak ustaz cakap gitu.
awak, emm..akak ada la jugak mimpi pelik haritu. tapi err, 'mimpi' itu belum lagi. akak perlu juga pandai membaca gerak hati sendiri kan?
kucin akak tidur tu ha.
tenkiuverimac sayang.
akak call kamu nanti cerita berita terkini okeh?insyaAllah
anonymous,
semoga tak ada yang dosa dari tulisan
:)
tenkiu, tapi kenapa "like" ada ""? he~
jari jemari,
dan kita sibuk mahu tahu kan kan?
nobita,
saya bukan doremon
Post a Comment