Gadis Oren
Orange Girl
Jostein Gaarder
RM 20.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9789830683997
Tahun terbit: 2009
Jumlah muka surat: 178
"Tetapi apa itu manusia, Georg? Berapakah nilai seorang manusia? Adakah kita hanyalah debu yang ditiup angin dan tersebar ke udara?"
Bagaimana jika hari ini, kalian menerima sebuah surat panjang dari orang yang telah tiada? Sedih? Gembira? Kaku? Sayu? Bagai mati hidup semula? Apatah lagi, andai surat itu merungkaikan misteri kewujudan kita dan menceritakan sebuah kisah cinta paling manis pernah didengar. Dan yang paling utama, bagaimana jika surat yang diterima dihujani dengan pelbagai soalan tentang hakikat hidup dari yang menulisnya.
Itulah kenyataan yang perlu dihadapi oleh Georg di dalam buku ini apabila menerima sepucuk surat dari ayahnya yang telah tiada. Surat itu ditulis di hari-hari akhir hayat ayahnya lalu disorokkan di tempat yang paling dirasakan selamat: sebuah kereta sorong berwarna merah yang disimpan di stor rumah! Di umur lima belas tahun, setelah lebih sepuluh tahun ayahnya meninggal dunia kerana kanser. Hari yang biasa buat Georg bertukar menjad sejarah paling bermakna apabila dihulurkan dengan surat yang tertulis namanya "Kepada Georg" oleh neneknya ketika pulang dari kelas pianonya.
Surat ini sebahagaian besarnya menceritakan tentang seorang gadis , dan kisah cintanya. Kisah cinta yang dialami sendiri oleh Jan Olav (ayah Georg). Gadis yang dinamakan, ya: Gadis Oren.
Pertemuan lucu yang pertama di dalam trem Frogner ketika waktu sibuk dan sesak dengan penumpang, menjadi suatu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh Jan Olav. (Dan saya membaca bahagian ini saat duduk di dalam trem komuter, cuba juga memandang kanan dan kiri kalau ada juga'Gadis Oren' di dalam trem itu). Seorang gadis dengan jaket anorak warna jingga yang sudahlusuh, memeluk sebuah beg kertas besar yang sarat dengan buah oren. Merasakan punya tarikan saat saling mencuri pandang kali pertama, seribu cerita imaginasi dicipta oleh Jan Olav tentang kenapa seorang gadis memerlukan sebegitu banyak buah oren. Saat cuba menolong si Gadis Oren dari jatuh dan terlepaskan beg buah orennya, Jan Olav mengundang malapetaka. Orennya jatuh melimpahi seluruh kereta api! Gadis Oren yang memikat akhirnya marah dan melangkah keluar dari trem.
Bermulalah pencarian Jan Olav untuk seorang gadis misteri yang begitu mengganggu hati lelakinya. Hampir setiap hari dia menjelajah ke tempat-tempat yang dirasakan punya peluang besar untuk bertemu. Hampir seluruh pekan Oslo dijelajahi untuk menemukan si gadis Oren yang masih misteri. Stesen trem, pasar buah, kafe dan lorong-lorong yang tak pernah dilalui semua diselusuri demi mencari gadis yang mencuri hati.
Takdir menemukan mereka lagi, kisah cinta tipikal yang menyaksikan si gadis memberi syarat-syarat aneh kepada si lelaki. Beberapa pertemuan 'tidak sengaja' ini membawa kepada bersatunya Jan Olav dan Gadis Orennya.
Akhirnya Georg mengerti, Gadis Oren inilah Veronika. Ibunya sendiri. Kisah yang sedang dibaca bukan kisah asing orang lain, tetapi kisah cinta ibu dan ayahnya. Segala persoalan dilerai satu persatu di dalam surat ini. Georg bermonolog tidak sudah sama diri sendiri. Bayangkan seorang anak lelaki berusia lima belas tahun mahu menghadam sebuah kisah paling agung dalam sejarah hidupnya.
Surat ini juga dibebani begitu banyak persoalan hidup yang terfikir oleh seorang lelaki dewasa yang mempersoalkan hidupnya sendiri saat menghitung waktu untuk mati. Baginya hidup ini adalah sebuah kisah dongeng yang paling ajaib dan memerlukan seluruh akal logiknya untuk diterima.
"Bayangkanlah kamu berada di ambang cerita dongeng ini, iaitu beberapa bilion tahun yang lalu tatkala semuanya tercipta. Dan kamu boleh memilih sama ada kamu hendak dilahirkan untuk menjalani kehidupan di planet ini pada suatu ketika. Kamu tidak tahu bila kamu akan dilahirkan atau berapa lama kamu akan hidup tetapi tempoh itu tidak lebih lama daripada beberapa tahun. Yang kamu tahu, jika kamu memilih untuk datang ke dunia ini pada suatu ketika, kamu juga harus pergi meninggalkan segala-galanya..."
"Adakah kamu memilih untuk hidup di bumi ini pada suatu ketika, sama ada tempohnya singkat atau panjang,...?"
Soalan-soalan yang diajukan Jan Olav kepada anaknya bukan sahaja menyentuh jiwa Georg, tetapi turut mengusik hati saya yang membaca. Soalan seperti: "Masa Georg. Masa itu apa?", membuatkan saya berhenti seketika dan cuba mencari jawapannya. Siapa yang mempu menjawab sebegitu soalan?
Buku terjemahan bahasa Norway kepada bahasa Melayu ini bukan sahaja membolehkan saya menyelami sebuah kehidupan yang tidak mungkin saya alami, malah membawa saya jauh menerokai angkasa raya dan Supernova lewat kisahnya tentang Teleskop Angkasa Hubble. Membawa saya dari sebuah trem di bandar Oslo hinggalah ke Negara Oren lewat imaginasi Jan Olav yang begitu liar. Membawa saya mengembara dari hati seorang Georg hinggalah ke hati seorang Gadi Oren, dari Holmenkollen hinggalah ke Madrid, Seville, Santa Cruz dan Plaza de la Alianza melalui pencarian Jan Olav untuk Gadis Orennya.
Buku kecil ini telah mebawa saya mengembara sebegitu jauhnya!
Saya tinggalkan penutup cerita ini, untuk kalian yang rajin membaca sendiri. Usaha Institut Terjemahan Negara, berjaya merobohkan tembok jurang bahasa, dan membawa kisah-kisah hebat dari negara luar, ke rak buku kita di sini. Siapa tahu, kalau suatu hari nanti ada yang bisa menterjemah karya Jostein Gardner yang lain pula. Mungkin saya sendiri? (pingin sekali membaca Sophie's World)
Oh, dan barulah saya tahu bahwa buku ini sudah pun difilemkan
. Mujur saya membaca sebelum menonton filemnya!
Aishah Nur Hakim
.
9 comments:
tak macam 'aishah' yang menulis.
macam dr. Aishah yang menulis. Pakar bedah bahasa.
harharhar.
tak macam 'aishah' yang menulis.
macam dr. Aishah yang menulis. Pakar bedah bahasa.
harharhar.
yep!!! teringin jugak nak baca dunia sophie...ari tu kat pesta buku dah abis..huhu
seniwati aisyah bile nak tulis novel plak?
buku yang menarik untuk harga yang secara relatifnya murah.
Ah, menyesal tidak membelek booth ITNM sewaktu di Pesta Buku.
Antaranya sebab terjengkel dengan usaha murni LINGUAPHONE menyebarluaskan penguasaan bahasa asing.
:/
Nak baca buku ni jugak jugak!
Menarik =)
'anon'
haha. pukul kang. kamu gelak macam tu lagi akak bagi megi goreng cuking.
:P
pak samad pernah kata, bahasa membentuk akhlak. akak patut guna bahasa yang betul kan kan?
anon 2,
ha, tak jumpa jugak. tapi masih boleh tempah online kan?
zul,
seniman zul bila nak bukak studio gambar pulak?
syazwan,
untuk menambah garam di luka, akak nak bagi tahu, buku ni akka beli RM15 je. 2 for RM30. akak beli 4 buku di ITNM. ngeee
syazwan kalau dibedah lagi buku ni, ia persoalan falsafah yang tinggi sebenarnya, soal akidah. persoalan2 yang trigger soal ketuhanan. akka kalau baca benda macam ni, jadi kasihan pad orang yang belum kenal islam.
dah sangat tiba masanya linguaphone diasingkan di sudut terpencil kat pesta buku kan? ramai sangat complaint. tapi dah dua tahun akak tak kena 'kacau' sangat. berkat niqab kot. hehe.
oh ya,kamu kan duduk nilai je. kalau nak pinjam buku apa2 cakapla. akak lalu nilai tiap2 minggu. i'd love to share what i read.
ok, panjang reply syazwan
timun laut,
haa..
kalau awak nak pinjam boleh je.
atau kalau awak nak, boleh beli online tau kat itnm tu
:)
.
Salams,
To be honest, I bought Sophie's world years ago due to its fine reputation. Alas, it's not my taste, as I now understand that I hate philosophy.
You do write beautifully. When are you going to publish a book then? I could never write as fine as you.
Kak Nur,
(am honored to have you here)
Really kak?
I tend to pity philosophers who don't find their way to the right path alas all the thinking. Sad kan?
alaa.*malu*
i'm not committed enough to write a book, plus, i'm not sure what should i be writing about. Any idea perhaps?
(i love your writings more, there's this air of liberty and witty thoughts of a young lady)
thank you kak.
:)
.
Post a Comment