setiap
aku
melihat,
lambai
perpisahan
dari seorang
ibu,
menghantar
pergi
anaknya sendiri,
di lapangan terbang
(anaknya ke negara asing tak pernah dijejaki)
ke kurungan jeriji besi
(anaknya diuji dengan dunia yang bagai bidadari)
hari pertama persekolahan
(dan hari-hari seterusnya si anak bertatih menuju dewasa)
melepaskan si dara kepada lelaki asing yang baru dinikahi
(sedang dia lama memelihara gadisnya, kini disunting entah siapa)
dari dalam rahim, ke perut dunia yang kejam
(sedang rahimnya tempat paling selamat buat sesiapa saja)
.
.
.
aku terlihat
bayang
ibunda Musa (a.s)
yang
menghanyut
zuriat
kesayangan
ke
sungai
yang
diberkati
lalu menyerah
segala
pada
Tuhan.
dengan yakin yang tinggi.
walau dulu,
(si ibu)
bagai
ibunda Hajar
berlari anak
ke
sana
sini
gigih
mencari
setitik
air
buat
ismail
yang ditinggal sendiri,
ayahnya
pergi.
tolong,
bisikkan padaku,
bagaimana sekalian ibu...
bisa setabah
.
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.
(Al-Qasas:7)
selamat hari ibu setiapp hari,
umi aileviyu,
-aishah nur hakim-
takut mahu dapat anak.
.
5 comments:
sebak tetiba...
nape takut mahu dapat anak???
aishah mgkin tak dapat celen ibu sendiri..tp akak pasti,aishah juga ibu yang baik nnti
tiap kali MEI menjelma fahmi mesti suka...hari utk ibu.. dan hari utk fhami..hehe..dan mesti teringat video ni
http://www.youtube.com/watch?v=AiAZDoXimC0
teringat ibu di kmpung....aduhai...
Seronok ada anak.. lagi seronok dari kawen.. hehehehe...
kak she g,
ngeee :D,
entah kak. tipa2 hari baca macam2 jadi...kesian kat anak dalam perut ni ha.
tenkiu kak,
doakan ya!
fahmi,
:)
sebenarnya bukan tulis untuk hari ibu pun ni.
tapi kebetulan dah habis baru tringat, nak dekat hari ibu dah
anak pendang,
:)
semoga ibu2 kita dihujani rahmat,
dan doa dari anaknya
fuad,
serius?
:)
hee.
tak tahu pulak macam tu
Post a Comment