Wednesday, May 25, 2011

bulan siang


bagai bulan siang,
yang munculnya kadang terlalu awal
(saat mentari masih belum berangkat pulang)
dan perginya sering keberatan,
bagai tak mahu melepaskan malam.
(mentari dah muncul, bulan masih di pandangan)


setia si gadis
tak pernah padam.


si gadis buntu
dia tidak tahu
perlukah dia setia
menanti waktu

kerna pernah disampaikan padanya
oleh angin yang lalu
bahwa setia:
hujungnya sering kecewa.

dia tidak percaya
tentulah setiap perkara
punya harga

alangkan
kelkatu
bisa mati
pabila mendekat cahaya

alangkan cerah mentari,
datang bersama bahangnya

takkan rugi kau bersetia
kerna bahgia bukan pada masa
tapi jiwa yang memberi
sebanyak-banyaknya!





______________________

ntahpapeni!




.

Thursday, May 19, 2011

naskhah lama

pernah kamu rasa?
begitu terharu dengan ayatNya,
serasa mahu memeluk cium naskhahNya
(berkali-kali)










tidak ada akal logik
tidak ada bait puisi
yang lebih bisa memujuk,
dari ayat cinta dalam kitab merah jambu usang ini.


(saya teringat pada sebuah puisi bertajuk pH)



.

Monday, May 16, 2011

Appelsinpiken, sebuah ulasan.


Gadis Oren
Orange Girl

Jostein Gaarder
RM 20.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9789830683997
Tahun terbit: 2009
Jumlah muka surat: 178

"Tetapi apa itu manusia, Georg? Berapakah nilai seorang manusia? Adakah kita hanyalah debu yang ditiup angin dan tersebar ke udara?"


Bagaimana jika hari ini, kalian menerima sebuah surat panjang dari orang yang telah tiada? Sedih? Gembira? Kaku? Sayu? Bagai mati hidup semula? Apatah lagi, andai surat itu merungkaikan misteri kewujudan kita dan menceritakan sebuah kisah cinta paling manis pernah didengar. Dan yang paling utama, bagaimana jika surat yang diterima dihujani dengan pelbagai soalan tentang hakikat hidup dari yang menulisnya.

Itulah kenyataan yang perlu dihadapi oleh Georg di dalam buku ini apabila menerima sepucuk surat dari ayahnya yang telah tiada. Surat itu ditulis di hari-hari akhir hayat ayahnya lalu disorokkan di tempat yang paling dirasakan selamat: sebuah kereta sorong berwarna merah yang disimpan di stor rumah! Di umur lima belas tahun, setelah lebih sepuluh tahun ayahnya meninggal dunia kerana kanser. Hari yang biasa buat Georg bertukar menjad sejarah paling bermakna apabila dihulurkan dengan surat yang tertulis namanya "Kepada Georg" oleh neneknya ketika pulang dari kelas pianonya.

Surat ini sebahagaian besarnya menceritakan tentang seorang gadis , dan kisah cintanya. Kisah cinta yang dialami sendiri oleh Jan Olav (ayah Georg). Gadis yang dinamakan, ya: Gadis Oren.

Pertemuan lucu yang pertama di dalam trem Frogner ketika waktu sibuk dan sesak dengan penumpang, menjadi suatu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh Jan Olav. (Dan saya membaca bahagian ini saat duduk di dalam trem komuter, cuba juga memandang kanan dan kiri kalau ada juga'Gadis Oren' di dalam trem itu). Seorang gadis dengan jaket anorak warna jingga yang sudahlusuh, memeluk sebuah beg kertas besar yang sarat dengan buah oren. Merasakan punya tarikan saat saling mencuri pandang kali pertama, seribu cerita imaginasi dicipta oleh Jan Olav tentang kenapa seorang gadis memerlukan sebegitu banyak buah oren. Saat cuba menolong si Gadis Oren dari jatuh dan terlepaskan beg buah orennya, Jan Olav mengundang malapetaka. Orennya jatuh melimpahi seluruh kereta api! Gadis Oren yang memikat akhirnya marah dan melangkah keluar dari trem.

Bermulalah pencarian Jan Olav untuk seorang gadis misteri yang begitu mengganggu hati lelakinya. Hampir setiap hari dia menjelajah ke tempat-tempat yang dirasakan punya peluang besar untuk bertemu. Hampir seluruh pekan Oslo dijelajahi untuk menemukan si gadis Oren yang masih misteri. Stesen trem, pasar buah, kafe dan lorong-lorong yang tak pernah dilalui semua diselusuri demi mencari gadis yang mencuri hati.

Takdir menemukan mereka lagi, kisah cinta tipikal yang menyaksikan si gadis memberi syarat-syarat aneh kepada si lelaki. Beberapa pertemuan 'tidak sengaja' ini membawa kepada bersatunya Jan Olav dan Gadis Orennya.

Akhirnya Georg mengerti, Gadis Oren inilah Veronika. Ibunya sendiri. Kisah yang sedang dibaca bukan kisah asing orang lain, tetapi kisah cinta ibu dan ayahnya. Segala persoalan dilerai satu persatu di dalam surat ini. Georg bermonolog tidak sudah sama diri sendiri. Bayangkan seorang anak lelaki berusia lima belas tahun mahu menghadam sebuah kisah paling agung dalam sejarah hidupnya.

Surat ini juga dibebani begitu banyak persoalan hidup yang terfikir oleh seorang lelaki dewasa yang mempersoalkan hidupnya sendiri saat menghitung waktu untuk mati. Baginya hidup ini adalah sebuah kisah dongeng yang paling ajaib dan memerlukan seluruh akal logiknya untuk diterima.

"Bayangkanlah kamu berada di ambang cerita dongeng ini, iaitu beberapa bilion tahun yang lalu tatkala semuanya tercipta. Dan kamu boleh memilih sama ada kamu hendak dilahirkan untuk menjalani kehidupan di planet ini pada suatu ketika. Kamu tidak tahu bila kamu akan dilahirkan atau berapa lama kamu akan hidup tetapi tempoh itu tidak lebih lama daripada beberapa tahun. Yang kamu tahu, jika kamu memilih untuk datang ke dunia ini pada suatu ketika, kamu juga harus pergi meninggalkan segala-galanya..."

"Adakah kamu memilih untuk hidup di bumi ini pada suatu ketika, sama ada tempohnya singkat atau panjang,...?"



Soalan-soalan yang diajukan Jan Olav kepada anaknya bukan sahaja menyentuh jiwa Georg, tetapi turut mengusik hati saya yang membaca. Soalan seperti: "Masa Georg. Masa itu apa?", membuatkan saya berhenti seketika dan cuba mencari jawapannya. Siapa yang mempu menjawab sebegitu soalan?

Buku terjemahan bahasa Norway kepada bahasa Melayu ini bukan sahaja membolehkan saya menyelami sebuah kehidupan yang tidak mungkin saya alami, malah membawa saya jauh menerokai angkasa raya dan Supernova lewat kisahnya tentang Teleskop Angkasa Hubble. Membawa saya dari sebuah trem di bandar Oslo hinggalah ke Negara Oren lewat imaginasi Jan Olav yang begitu liar. Membawa saya mengembara dari hati seorang Georg hinggalah ke hati seorang Gadi Oren, dari Holmenkollen hinggalah ke Madrid, Seville, Santa Cruz dan Plaza de la Alianza melalui pencarian Jan Olav untuk Gadis Orennya.

Buku kecil ini telah mebawa saya mengembara sebegitu jauhnya!

Saya tinggalkan penutup cerita ini, untuk kalian yang rajin membaca sendiri. Usaha Institut Terjemahan Negara, berjaya merobohkan tembok jurang bahasa, dan membawa kisah-kisah hebat dari negara luar, ke rak buku kita di sini. Siapa tahu, kalau suatu hari nanti ada yang bisa menterjemah karya Jostein Gardner yang lain pula. Mungkin saya sendiri? (pingin sekali membaca Sophie's World)

Oh, dan barulah saya tahu bahwa buku ini sudah pun difilemkan

. Mujur saya membaca sebelum menonton filemnya!




Aishah Nur Hakim




.

seribu guru boleh datang dan pergi

tidak ada yang lebih baik
dari guru yang ada,
dalam dirimu sendiri.




hakikat pendidikan, adalah menjangkakan perubahan tingkah laku. (dari yang dididik)
saya tidak pernah jumpa sama guru yang lebih baik untuk mengubah tingkah laku, dari diri sendiri.



selamat hari guru aishah!





,

mantera

bismillah
keranaMu ya Allah
aku memandu melangkah
pergi ke sekolah
ku mohon,
kuatkanlah



*dibaca sepanjang perjalanan pergi dan pulang ke sekolah, dengan jantung kencang, kaki sejuk dan jiwa tak berapa kacau.


dan pulang tadi Allah izinkan dengar imam suhaib webb di ikim.fm, bercerita tentang menuntut ilmu. diingatkan tentang sebuah hadis yang sangat cool yang lebih kurang maksud: orang berilmu dibandingkan dengan ahli ibadat bagaikan antara cahaya bulan dengan bintang.

tentulah, tentulah bulan selalu lebih cerah

dihuraikan bagaimana kita yang mencari ilmu disamakan seperti bulan, kerana baginda rasulullah (selawat dan salam ke atas junjungan) adalah bagaikan mentari, yang kita pinjam cahayanya. kita! kita orang berilmu memberi sinar dari sinarnya saat matahari sudah tiada.

*tampar diri sendiri*

talibul ilm faridhatan ala kulli muslim

bukan al-ilmu itu yang wajib,
tapi mempelajari/ mencari ilmu itu yang difardhukan

sudahnya aishah malu sendiri.
kata orang, apa yang tidak membunuhmu tidak akan menjejaskanmu.

ingat balik, why did you want to this?
kerana Allah
untuk umi
untuk umi
untuk umi
untuk maryam, balqis, abdullah, muhammad dan yusuf





dan, pergi sekolah tidaklah seteruk mana.


-_-"






.

Saturday, May 14, 2011

perasaan sekarang sama seperti enam belas tahun dulu.
aku cari seribu alasan untuk umi tak hantar ke sekolah.
cuma kali ini cari alasan untuk menyedapkan hati sendiri.
hujungnya tahu, jawapan pada diri sendiri: wajib jugak pergi sekolah.
by hook or by crook.
macam dulu-dulu,
betapa aku buat2 tidur,
betapa aku menangis meraung
betapa aku tanggalkan tudung sambil amuk
betapa aku berlakon demam dan sakit perut
betapa aku merayu
umi tetap hantar sampai ke pintu sekolah.
cuma kadang2, nasib sedikit baik. umi jadi kasihan dan bersimpati.

kalau dulu2,
umi bawa jumpa child psychiatrist di hospital,
sekarang ni aku nak bawak diri sendiri jumpa siapa?
pegawai kaunseling?

kau bukan budak kecik lagi aishah.


dah hampir satu jam keluar masuk bilik ni.
tak jugak siap2 mahu ke sekolah.

pakaian dah siap bergosok.
buku dah siap kemas,
kotak pensil dah ada.
tisu extra pun sudah.


dari tadi cari apa?
semangat?
jangan buat kelakar.
hati?
berhenti dari suka melankoli.

doakan,
tolong doakan
agar tak ada orang buli saya di sekolah nanti.

sejak bila sabar punya had?
sejak bila sampai hati nak minta simpati?





melangkahlah!
jom ke sekolah!



.

alexithymia


what i hate the most about languages are:

how a simple four letter word can mean everything to a person
(and bring rivers of unidentified emotions)

yet a long written letter can mean nothing to another.





dan bagaimana setebal kamus tidak bisa menyediakan perkataan paling sesuai untuk apa yang saya rasa.

ajaib,
bagaimana sedikit perkataan bisa merungkaikan segala.



(gambar jumpa di fesbuk rye
)

.

Sunday, May 8, 2011

astana idaman


dia cuma mahu rumah yang biasa-biasa,

cukup nyaman untuk dihuni berdua

(dan deretan rezeki yang Allah takdirkan buat mereka)

penuh senda gurau dan gelak tawa

usik manja dan senyum si kecil penyejuk mata

beralun selalu ayat-ayat cintaNya

bilik rahsia buat sujud rukuknya

perpustakaan kegemaran buat dia membaca

dapur kesayangan (buat memasak sambal tumisnya)

biar luas rumahnya tak seberapa



dia cuma mahu rumah yang biasa-biasa

(sahaja.)

yang cintanya dicemburui penghuni syurga

tidur beralaskan setia,

hidup berbumbungkan redha.



sungguh dia cuma pingin rumah yang biasa sahaja,

yang darinya bisa dia nikmati tenggelamnya bulan,

hidupnya mentari



dia mahu rumah biasa,

tak perlu mewah serba serbi,

asal cukup syarat bahagia.


jendelanya hati,

pintunya rahmat Ilahi.








___________________________________________________________________________




(isi tempat kosong dengan halusinasi, impian, anggapan, doa, harapan dan cerita sendiri)





lamannya medan berpuisi
tunjangya budi
agamanya tiang seri



.

Saturday, May 7, 2011

jentayu

biar bagai jentayu
biar tak ada hujan

biar bagai pungguk
biar tak punya bulan

jangan dia ada
dalam terang siang
atau kelam malam

biar tak ada yang melangkah pergi
biar tak ada yang datang lagi









agar hatinya tidak mati.


(jenuh melukis tengah malam, lukisan macam cakar ayam apentah)




.

Friday, May 6, 2011

power puff girls





cik nielam adalah kawan online yang paling lama pernah saya kenal.

aishah sayang cik nielam.

:)

minggu lepas cik nilam nikah.

kelmarin hari lahir cik nilam.

eh.,
puan nilam laaa!

er, boleh tak nak panggil cik jugak lagi?

cik nilam orang pertama yang saya benarkan baca blog private saya (sekarang dah tak ada orang boleh baca). dan saya pun boleh baca blog private cik nilam. jadi hubungan kami, walaupun baru dua kali pernah jumpa, adalah istimewa saya rasa. kami kongsi rahsia, dan senyum2 sendiri berbalas entry. (sekarang saya rasa nak buka semula blog prebet tu untuk cik nilam, rindu balas2 tulisan)


hebatnya Allah, sebenarnya sebelum betul2 dapat jumpa cik nilam di satu malam pekan frinjan di shah alam, kami pernah ada di tempat yang sama dua kali. waktu itu mungkin masing2 masih jadi silent reader blog masing2. saya baca blog cik nilam dari zaman blog lama yang sudah di hack, hinggalah cik nilam ada tumblr, (tapi saya rasa cik nilam tak tahu saya follow tumblr nya). dari zaman cik nilam baru start ambil master, hingga dah lulus dah pun. dari zaman cik nilam jadi cikgu sampailah berhenti, tukar kerja dan nak jadi cikgu balik (agaknya kan?). dari zaman sebelum cik nilam kenal suaminya sekarang (encik MM yang tak lagi misteri)hingga sekarang alhamdulillah.

kami pernah ada di hari bintang jatuh,3 venus...tapi belum kenal. juga pernah sama2 ke event yang kak wani ardy jual tiket bintang jatuh. cik nilam ambil gambar dengan yuna, dan satu hari saya tengok gambar tu, ada saya dan kawan baik jauh di belakang. magic kan?!
dan encik MM pernah nampak saya di surau the curve. lagi magic!

akhirnya Allah izin kami jumpa di pekan frinjan dan kenduri untuk si kecil jannah di rumah along saya di shah alam.

sedih,
aishah tak dapat ke terengganu untuk saksikan pernikahan awak kat masjid besi. eh, masjid kristal!

tapi insya Allah, di rumah pihak lelaki nanti ya.
di semenyih
tempat encik x tau tu :(







tulis ni sebenarnya nak ucap selamat pengantin baru.
semoga ck nilam dikurniakan kekuatan dan kesabaran untuk menempuh hidup bersama tanggungjawab bersuami.

semoga encik MM cemerlang sebagai suami, yang memimpin cik nilam ke syurga, menjadi ketua bidadari paling indah.

*sedih pulak*

sedih memikirkan perjalanan cik nilam sudah tiba sejauh ini, dan betapa gagahnya dia selama ini.
haih,
baik sungguh Allah, pinjamkan saya kisah2 gadis cantik sekalian yang gigih semua.


cik nilam,
bertahan ya!

sikitttt je lagi
;)


aileviyu!

*oh ya, aishah yakin kasih sayang cik nilam untuk aishah takkan berubah lepas dah jadi puan ni! ;p

_________________________________________________________________________________________________________________________


nota:

-selamat pengantin baru juga buat ainis azreen, si gadis politik yang saya hormati. awak cantik! (awak masih bekerja dengan yb nurul izzah?). aishah kenal ainis semasa sama2 menjadi ats esq di bulan puasa entah berapa tahun dulu. tak berkesempatan mahu ke kedah :(

-selamat pengantin baru juga buat prince william dan kate. semoga kalian dikurniakan hidayah dari allah. seeing your wedding makes me miss london more. *that brown street!

-saya baru buka email! maafkan akak ya adik2 yang ada hantar email (ada yang akak dah baca sebelum ni, tapi need some time to digest and find the best respond and answers i could provide). insya Allah akak cuba balas hari ni. akak terharu dengan semua email korang! T_T

-saya menaip entry ini menggunakan 80% tangan kanan sahaja. tangan kiri masih sengal dicuuk vaksin typhoid semalam *setiap cikgu/pengasuh wajib divaksin. saya tak percaya sangat dengan segala macam vaksin ni, there's this interesting medical jurnal i read somewhere before...

-doktor semalam sungguh comel, cuba ajak saya berbual supaya saya tak perasan dah kena cucuk!

-rindu orang bangi dan orang puchong, jom dating!









.

Thursday, May 5, 2011

rindu ibu (ii)

pada
setiap
aku
melihat,

lambai
perpisahan
dari seorang
ibu,

menghantar
pergi
anaknya sendiri,

di lapangan terbang
(anaknya ke negara asing tak pernah dijejaki)
ke kurungan jeriji besi
(anaknya diuji dengan dunia yang bagai bidadari)
hari pertama persekolahan
(dan hari-hari seterusnya si anak bertatih menuju dewasa)
melepaskan si dara kepada lelaki asing yang baru dinikahi
(sedang dia lama memelihara gadisnya, kini disunting entah siapa)

dari dalam rahim, ke perut dunia yang kejam
(sedang rahimnya tempat paling selamat buat sesiapa saja)

.

.
.

aku terlihat

bayang
ibunda Musa (a.s)
yang
menghanyut
zuriat
kesayangan
ke
sungai
yang
diberkati

lalu menyerah

segala
pada
Tuhan.

dengan yakin yang tinggi.






walau dulu,
(si ibu)
bagai
ibunda Hajar
berlari anak
ke
sana
sini
gigih
mencari
setitik
air
buat
ismail
yang ditinggal sendiri,
ayahnya
pergi.




tolong,
bisikkan padaku,
bagaimana sekalian ibu...

bisa setabah ini itu?




.
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.


(Al-Qasas:7)




selamat hari ibu setiapp hari,
umi aileviyu,

-aishah nur hakim-
takut mahu dapat anak.




.

perempuan

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi

FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed