Sunday, January 30, 2011

rintik

hujan.
boleh dengar dari dalam bilik.
dari pagi tidak berhenti.
sepertinya enggan berhenti
seolahnya seperti merayu, agar aku dan kamu tak berhenti berdoa

doa, dan doa lagi.
hubungan hati dengan Tuhan.
saat sendirian atau dalam ramai

dari dalam bilik,
bisa didengar bunyi peti TV
ada kain telekung tak berlipat di atas sejadah
mungkin tuannya berniat mahu disarungkan lagi sebelum tidur

buku-buku di tepi
minta dijamah
tak berusik dari tadi

there is something terribly wrong with the world today.
so you remembered the blue sky on a hot december
and you try to think of the full moon you saw last ramadhan
you tell yourself again,
what can possibly be wrong with the world?

you should just stop reading the news
watching the live stream
reading the outrageously witty and clever blog
stop staring at those image of thousands of people gathering in suez






hujan
masih
dari tadi
memujuk aku untuk berdoa lagi




untuk dunia yang lebih waras
dan malam yang lebih lena




seranap mana pun,
aku masih di rumah bunda.
bahagia.



hujan
biar bah.
aku takut bila kering tanah,
cerah langit,

aku lupa.
aku lupa berdoa, dan tunduk ke bumi










.

Friday, January 28, 2011

buat sungai nil, syauqah wardah dan tasnim




serta adik-adik, kakak, bunda, puteri, hanis, fahri dan aisha (hah), mahupun seluruh jiwa di bumi sana.

hanya kami kirimkan doa buat kalian.
moga terpelihara, selamat dan tenang.
dalam menggulingkan pemerintahan yang kejam.




berita terakhir dari tasnim, dia akan pulang hari ini.
terakhir dari nuha, dia berkira-kira mahu berangkat ke kaherah. (eh, atau entah ke mana. lupa)



akak menunggu. salam dari kalian.

:)






di tanah mana pun hidup diteruskan, kita memang ditakdirkan untuk berjuang.

kan?







oh, yang kurang tahu. boleh baca:

http://www.prlog.org/11255004-egyptian-or-american-lesson-in-understanding-the-difference-and-why-egyptians-are-protesting.html

http://www.elshaheeed.co.uk/

http://english.aljazeera.net/watch_now/


http://www.guardian.co.uk/news/blog/2011/jan/28/egypt-protests-live-updates

Tuesday, January 25, 2011

1-800-88-bantuan!

"tapi saya tak tahu mahu mengadu pada siapa lagi awak!"




oh? ya? hmm. baiklah.
saya ada satu kisah.


ada seorang perempuan. mari kita namakan beliau, Humaira. Humaira sedang dalam perjalanan pulang ke rumah pada suatu hari. dia memandu dalam keadaan begitu letih sekali. setiap hari yang dia lalui memang begitu menyedut segala tenaga jasad, fikiran dan jiwanya. hari sudah malam. Humaira berhenti di suatu perhentian untuk menunaikan kewajipan solatnya. sewaktu berhenti itu barulah disedari bahawa tayar keretanya sudah kempis dan tiada angin.

Humaira cuba tenang, dan dia tunaikan dahulu solatnya.

usai solat, dia memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah yang datang dan pulang ke rumah dengan selamat. dia ada beberapa pilihan, sama ada berusaha sendiri menukar tayar kereta (yang mana dia hampir yakin yang dia tidak mampu) atau meminta bantuan orang lain. dia khabarkan pada ibu yang menanti di rumah tentang musibah yang dihadapi. ibu seperti biasa, dalam risau masih berlagak tenang dan sedaya upaya memikirkan jalan membantu anak gadisnya. ibu kirimkan nombor talian peronda lebuhraya.

logiknya, humaira memandu di lebuhraya, berbayar. humaira layak meminta bantuan dari pihak yang menyelenggara lebuhraya.

sewaktu keluar dari surau dan menuju ke kereta yang sudah pancit tayarnya, humaira melihat lelaki yang meletakkan kereta di hadapan humaira berdiri di sebelah keratanya. dia menunggu humaira. bukan sekejap dia menunggu. lama juga humaira solat dan duduk di surau tadi.

lelaki ini mahu memberitahu humaira yang tayarnya pancit dan mahu menghulurkan bantuan. lalu humaira ucapkan terima kasih, walau masih ragu. lelaki tadi kelihatannya baik, ikhlas dan benar-benar mahu membantu. dia tanyakan jika humaira punya tayar lebih yang disimpan di dalam kereta. lalu dia bantu humaira mengeluarkan tayar.

"tak apalah tuan, saya boleh telefon peronda untuk datang"
"tak apa, biar saya cuba. hal kecil ni"

lelaki ini mahu membantu, tetapi dia dan humaira sama-sama tak punya cukup alatan mahu melakukan kerja.

dia buntu, lalu menyarankan juga agar humaira menelefon peronda lebuhraya. dan humaira akhirnya menghubungi peronda yang siap sedia mahu datang membantu

dia masih belum pergi kerana mahu meneman humaira menanti si peronda yang dalam perjalanan.

sementara menunggu, datang seorang lagi lelaki. kali ini menghulurkan bantuan dengan upah. kerana itu memang kerjanya. mencari mana-mana kerta yang rosak di lebuhraya lalu mengenakan upah untuk membantu. ya, dia mekanik kenderaan.

humaira menolak. dia tidak mahu membayar untuk perkara yang dia bisa dapatkan secara percuma. dia sanggup menunggu.

humaira minta si lelaki pertama tadi pulang dahulu. biar dia menanti sendirian. kerana humaira tidak mahu menyusahkan dan dia kurang selesa dengan kehadiran lelaki itu.

semasa menunggu sendirian, datang seorang lagi yang mahu mengambil tahu. lelaki. dia tanyakan:

"awak seorang?"

humaira mahu menjawab "tak, saya bertiga" tapi dia takut lelaki itu menyangka yang dia gila.

lalu dia cuma mengangguk dan memberitahu " tak apa, sekejap lagi bantuan sampai"

dalam hatinya menjerit " aku tak pernah dibiarkan tuhan sendirian!"

setelah sedikit masa menanti sambil membaca di dalam kereta sambil berdoa dan bersabar. peronda lebuhraya tiba.

dengan pantas mereka menukarkan tayar kereta humaira. dengan senyuman, dengan mesra walau kelihatan penat.

lima minit, siap! dan humaira boleh memandu pulang.

humaira tanyakan, "eh, tak perlu bayar ke tuan?"
"berapa awak nak bayar?" sambil ketawa dan berlalu pergi.




____________________________________________________________________________




hoish. panjang rupanya cerita aishah! awak faham apa yang mahu saya sampaikan?

tentang sabar,
tentang meminta bantuan dari selayaknya,
tentang tidak perlu mengharap dari yang lain selain dari sepatutnya.

dalam hidup, kamu dihadapkan dengan pelbagai kesulitan. kamu dikurniakan dengan pelbagai dugaan. dan kamu dengan sedar atau tidak, akan sentiasa memerlukan manusia lain membantu, akan sentiasa perlu mengadu.

namun.
sehingga kita sedar bahawa hanya pada Tuhan layaknya kita mengadu dan mengharapkan pertolongan. tidak akan kita berjaya melalui rintangan dengan tenang.

kita boleh meminta bantuan, pada manusia. tetapi cuma mereka yang selayaknya menghulurkan.
kita boleh menerima bantuan, dari manusia. tetapi cuma dari mereka yang selayaknya kita meminta.


______________________________________________________________________

baik,
masalah kamu berkaitan hati. dan perasaan (?)
lalu kamu perlukan seorang lelaki untuk mengisi sunyi dan mendengar keluhan.
akan datang pula berduyun-duyun jejaka yang entah apa di hatinya bersedia menjadi bahu.
kamu mengadu.
kamu bercerita.
pada si dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia dan dia. kamu luahkan segala pada mereka.

tapi.
di penghujung hari. kesunyian kamu tak juga mahu pergi.
bahagia hati kamu tak juga kunjung tiba.

si dia yang tadi cuma mahu kamu membalas budi
dia yang seterusnya cuma mengharapkan kamu juga boleh membantunya
dia yang kemudia sentiasa pula mengharapkan sesuatu yang cuma ada pada kamu.

mereka, cuma menjadi lelaki.
dan kamu, masih perlu menjalani hidup dengan segala beban yang tidak pula pernah ringan. masih, sendirian.

dan segala yang kamu curahkan pada mereka yang datang hanya meninggalkan kamu dalam keadaan jiwa yang lelah dan sudah hampir hilang fungsi.
kerana kamu cuma, menjadi perempuan.


__________________________________________________________________________________

begini,

it's ok to cry,
but not in front of a guy.
it's ok to mourn over your life,
but not with a total stranger. lelaki ajnabi.

percayalah
been there, done that

mereka boleh ada, datang dan pergi. tapi kamu perlu tetap menjaga hati sendiri.
kamu boleh meminjam kekuatan ihantar Tuhan melalui manusia.
tetapi pergantungan kamu bukan pada mereka.





pada siapa mahu mengadu?

tentu, hanya, cuma pada siapa yang meletakkan kamu di sini.

Ilahi Rabbi




















ok lah oklah, cerita atas tu macam tak ada kaitan dan tak sesuai. maafkanlah.

Monday, January 24, 2011

ikut


"awakkk...orang depan dah jauh, kita tak pasti jalan. ada dua track ni. nak ikut kiri ke kanan?" aku laungkan.

"ikut gerak hatiii" separa jerit

"haa..?"


emm..hmmm hmm...








bagaimana, hanya bagaimana jika: hati saya sudah mati?



1. tunggu orang di belakang tiba, kerana mungkin mereka boleh bantu dan lebih tahu
2. mohonlah untuk hati yang baru







.

Saturday, January 22, 2011

laporan hari kedua peperiksaan

ingat aishah nak berhenti mengomel?

pagi tadi tak lewat ke sekolah
tak lupa bawa bekal air
tak lupa bawa duit dan kad tam


tapi tapi tapi, tak ada bulan di siang hari.
:(


kertas pedagogi alhamdulillah boleh dijawab

kertas literasi bahasa macam sengal sikit.
aishah macam bosan dalam dewan (the last place i want to be on earth at any time is in an exam hall). teringat dewan peperiksaan di sekolah uitm dulu, sejuknya boleh beku otak. mungkin sebab tu aishah terpaksa ulang kertas kimia.
jadi, oleh kerana bosan di dewan tadi, (macam mana manusia boleh bosan waktu jawab exam pun saya tak tahulah) aishah pun dengar radio guna henfon. pakai earfon. ada rancangan adik-adikku di ikim. lepas tu aishah hilang tumpuan nak jawab. bila budak dalam radio tu comel sangat, aishah senym sorang-sorang. bila bahagian sayu, aishah dah mula nak melancholy (apa bahasa melayunya ya?)
natijahnya: dengan soalan yang memang tak mengujakan untuk dijawab, entah apa saja yang aishah tulis di kertas jawapan. rasanya pertama kali tak minta kertas tambahan.

takpelah.

isk.
kalau aishah tak dapat A, macam mana nak cerita kat balqis dan adik-adik yang ibu dulu dengar radio sambil jawab exam pun dapat A.

ah, A bukan penentu untuk jadi ibu yang baik

tak sabar mahu habis periksa esok. mahu bercuti di bilik sendiri.(dan jumpa kamu!)
sumpah aishah sayang rumah ni. dan ruang peribadi sekangkang kera aishah di bilik ni.






nampak tak gambar atas tu, terselit gambar pertama dan terakhir encik henfon nokia pemberian ayah yang hilang.
gambar lama jugak. sekarang tambah bersepah meja dan rak buku masya'Allah. tak rupa anak dara.
buku-buku, tunggu. saya dendam dengan awak semua.








saya tahu dalam hati awak tengah doakan saya dan kawan-kawan dapat jawab kertas terakhir esok dengan cemerlang, gemilang terbilang kan?
aminnn~
mekasih!




ha, aishah ada satu soalan:
kalau orang tanya kamu, "betulkah Allah cintakan saya?"
apa awak nak jawab?




.

laporan hari pertama peperiksaan


lupa mahu minum walau seitik air sebelum keluar rumah. rasa nak minum air hujan sewaktu memandu. tapi tak hujan pulak pagi tadi

sepanjang perjalanan ke sekolah, rasa sungguh bersalah pada bulan. pada Tuhan. malam semalam saya sangka bulan merajuk, sedangkan bulan mahu menunjukkan wajah lebih indah di awal waktu dhuha buat saya.itulah aishah, sangka buruk! bayangkan, bulan pagi di depan, matahari terbit di belakang (ha, nampak di cermin kereta). langit cerah dengan awan putih segan-segan. apa lagi yang saya mahukan? saya rasa sungguh tak wajar untuk terus memandu dan pergi sekolah dengan pemandangan sebegtu indah.

saya sampai juga ke sekolah by the way.

lewat, jalan sesak sungguh. alhamdulillah masih selamat sampai. call kak lin yang terperangkap kesesakan...sampai menangis dia. kami sama-sama sedikit lewat untuk exam. tak apalah.

aishah rasa aishah ada silap jawab. kemungkinan besar aishah beritahu cekgu yang "kanak-kanak tersebut ada sindrom down" sedangkan kecelaruan tingkah lakunya seperti cerebral palsy. eh, entahlah. tak apa. nanti call cekgu, bodek.


semalam keluarkan duit di atm, masukkan duit ke poket seluar bersama kad atm (selepas kehilangan dompet, belum juga aishah beli dompet baru). dan pagi tadi lupa mahu ambil duitnya dan kad. ke sekolah dengan RM10 saja mungkin. habis ke tol. alhamdulillah Allah bagi kawan atas dunia ni. waktu rehat tengah hari menunggu kertas periksa yang satu lagi, sempat makan roti. terfikir juga kenapalah tak puasa. jumaat. eh.

kereta kena saman sebab tak bayar parking sampai petang. orang exam manalah nak ingat nak masukkan syiling lagi. jangan bagitahu umi aishah kena saman okeh. kalau umi dapat tahu siaplah korang.

habis jawab kertas main awal, keluar awal sebab dah ngantuk dan sakit-sakit badan, siapa suruh hari sebelum exam kamu pergi panjat bukit aishah?!

balik rumah petangya dengan duit RM10 lagi si gadi Isya bagi pinjam.

magrib tadi tidur keletihan. berkali-kali umi kejutkan. pengsan gamaknya.

kawan baik mata sepet hantar sms paling manis:
"things happen for a reason, dan kita rasa satu-satunya sebab kita belajar kat kolej tu sekejap sebab Allah nak bagi jumpa awak"
comel sangat, pukul nak?
lepas tu dia call. gosip tentang panjat bukit semalam. amboih, nak jadi cupid untuk kita. kita takmo langkah bendul la awak. haha. haih, kawan ke masjid, kawan panjat bukit. aileviyu.



hah. bagus. berjaya merapu tanpa arah tuju.


mari kembali ke nota pedagogi dan literasi. esok lagi dua kertas peperiksaan. doakan ya kawan-kawan!

kalau saya tak dapat A, nanti umi saya sedih, kalau umi sedih nanti Allah tak sayang saya sebab buat umi sedih. kalau Allah tak sayang saya? huk! nangis kang!

apa nangis2 lagi ni. gedik tak habis ye aishah?!

ok tata.


ha, jap. nak tengok gambar tak? baik! upload satu.



macam mana entah nak buat gambar tu ada kat bawah. abaikanlah.









.

Friday, January 21, 2011

air tangan umi


dalam dihimpit segala sesak dunia, ibulah ratu pengubat jiwa.


tentang hari ini, saya boleh pilih untu kisahkan pada kalian tentang pelbagai.

tentang lelahnya mendaki (literally)
tentang indahnya batu batan di bukit tabur
tentang sembang dengan si teman baik bermata sepet
tentang rasa ingin bakar bengkel kereta yang itu
tentang kisah di balai polis petaling jaya petang tadi
tentang tayar kereta yang pancit di tengah jalan (sekali lagi memandu sendirian)
tentang baik budi lelaki yang ingin membantu (tapi aishah err..takpe)
tentang bulan yang mungkin sudah jemu menyampaikan salam saya lalu malam ini tak lagi kelihatan
(awak tengok tak bulan malam semalam? tengok tak? saya sampai rasa mahu menyanyi lagu sway!)
tentang esok hari pertama peperiksaan dan aishah baru teringat tentang dua nota akhir dari cikgu yang masih belum dibaca.
dan tentulah. tentang hitam yang belum putih seluruhnya.


setiap kali terlintas:
Ya Allah, kenapa sekarang begitu aku bahagia?

pasti tidak lama selepasnya, datanglah duga bertimpa. sungguh comel!

oh, dan rasa ingin pukul orang.
serius. semalam aishah sudah pandai tekan hon bila orang buat samseng di jalan.





tapi hidup terlalu indah kan?
kita tidak ada apa yang mahu digusar-tangiskan.
(kau jangan tipu la aishah)


semasa lama saya di bilik air,(setibanya di rumah lewat malam) cuba menghadamkan hari yang panjang.
umi letakkan nota cintanya di atas meja aishah.
memandang wajah aishah, umi sudah bisa membaca segala.

aduhai.
kalau ada yang berani berkata:
"saya faham apa yang kamu rasa aishah"

cuma umilah orang yang selayanknya.


ampunkan aishah umi, ampunkan aishah, ampunkan aishah.
masih terlalu degil, keras hati dan sering bikin sesak jiwa umi.


lalu aishah ke bilik umi,
melihat umi di tahiyyat akhir.
baring di sebelah.
entah bila umi memberi salam.
lembut saja tangannya sudah membelai
diusap, disisir.

dicium.

dua kali.
dua kali!
di dahi.

ah, begitu sekali umi mengerti?










Ya Wadud,
pada setiap helai rambut umi, pada setiap gari tua di wajah umi, pada setiap detik dari hayat umi,
(dengan RahmatMu) limpahkanlah cinta dan kasih sayang, buat umi
redhakanlah setiap nafas dan langkah umi.

mudahkanlah jalan umi ke syurga nanti. hambaMu merayu ya Tuhan.


hambaMu merayu,
janganlah Kau tarik nyawanya sebelum sempat saya membalas cinta
jika ditakdirkan hayatku sekejap cuma, jemputlah saya saat umi redhakan segala.





PSS:
pusat sumber sekolah.
*syahirah, akak minta maaf sangat2! tadi sibuk menguruskan hal lain, sungguh tak perasan awak call. huk. maaf ya? tenkiu dear. atas kekuatan yang dikirimkan.
**kawan-kawan, saya rindu kalian. maaf ya, been busy lately. semoga bukan dunia yang dikejar saya.
***esok, ada PMR. kertas pendidikan khas dan main dalam pendidikan. dua-dua fevret. kalau tak dapat A+++ tak tahulah. saya bakar sekolah!
****doakan plis?
*****ditempat kamu? bulannya kelihatan? di sini beliau merajuk (sekali lagi)



siapa yang pernah rasa soto umi, mesti rasa nak kawen dengan aishah semata-mata nak dapat makan soto umi setiap hari. serius. tak tipu.

Sunday, January 16, 2011

ulang doa


"Bunda, hari ini bunda buang saya merata. Tetap, saya doakan syurga buatmu bunda tercinta~"


aku bersumpah.
dengan setiap jiwa yang disiakan bundanya,
akan aku belai setiap anak yang aku riba.
dengan cinta.
duhai janin yang tak pernah sempat menapak bumi, aku percaya cinta Tuhan buatmu tak terhingga.

tenang ya!

buat bakal anak ibu, ibu tunggu.








memang cuba tidur. tapi kali ini, saya tak mahu bermimpi. jadi lenanya belum perlu.

aishah terfikir, bagaimana kalau sedang aishah tidur malam ini...ada satu lagi janin yang digugurkan sia-sia, ada satu lagi anak manusia yang ditinggalkan merata. bagaimana kalau malam ini adalah malamnya?

bagaimana jika esok pagi saat terpandang naskhah koran harian di kedai, ada lagi wajah anak yang belum pernah melihat bulan dan matahari tercetak di muka depannya. dalam jasad yang tak bernyawa?

kau tahu betapa aku mahu?
anak itu?

mengenang diri. tentulah jauh dari layaknya. tapi...



err...kakak, ini untuk kamu:

Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.


42:49-50


kerana saya tahu, betapa kamu juga mahu. tapi...



Duhai Tuhanku Maha Kuasa,
kumuhon darimu andai bisa, (dan tentu saja hanya diriMu Maha Tahu segala)
dikurniakan buat dia (dan saya), anugerah tak terhingga. zuriat soleh buat peneman jalan ke syurga.

Dengan namaMu kami hidup,
DariMu jua kami meminta.
















err, siapa tahu macam mana nak jahit kasut bayi? yang perlu kait mengait segala tu?
saya buta jarum.





.

Thursday, January 13, 2011

begitukah sukar sebuah perjalanan ke hati seorang perempuan?


duhai Tuan puteri,
hatimu buat ilham seluruh umat lelaki
cintamu buat hanyut seluruh negeri

fikiranmu sukar kubaca
mahumu sukar kuduga.







"dan lihatlah tuan,
wajah saya tak ada warna
mata saya tak punya cinta

sudikah jua tuan meminta?
sampaikah jua tuan menanya?"




tak akan mudah jalan ini. hanya iradatNya memungkinkan segala.




gambar dari fesbuk kak emila yusof









.

Wednesday, January 12, 2011

Tension of opposites(?) saya panggil matematik takdir yang tidak kebetulan.

One afternoon, I am complaining about the confusion of my age, what is expected of me versus what I want for myself.

"Have I told you about the tension of opposites?" he says.
The tension of opposites?
"Life is a series of pulls back and forth. You want to do one thing, but you are bound to do something else. Something hurts you, yet you know it shouldn't. You take certain things for granted, even when you know you should never take anything for granted."

"A tension of opposites, like a pull on a rubber band. and most of us live somewhere in the middle"
Sounds like a wrestling match, I say.
"A wrestling match." He laughs. "Yes, you could describe life that way"

So which side wins, I ask?
"which side wins?"
He smiles at me, the crinkled eyes, the crooked teeth.
"love wins. Love always wins"

perbualan Mitch dan Prof Morrie dalam buku Tuesdays with Morrie oleh Mitch Albom.



" Orang berakal itu selalu berbantah dengan dirinya. Kalau diri itu bermaksud menempuh yang jahat, dihukumnya bahawa kejahatan itu berbahaya, merugikan dan mencelakan. Dan kalau diri itu ada mengingat-ingat yang baik, dihukumkan bahawa kebaikan itu menguntungkan, membawa kemenangan dan memberi laba. Lantaran hukuman yang demikian, mudahlah diri mengingat yang baik-baik itu dan buah hasilnya, sehingga mudah menunjukkannya ke sana. dan bila akan menghadapi kejahatan itu mudah pula dia mengingat bahayanya dan celakanya, gementar badannya, dan timbul takutnya akan melampaui batas itu"

Prof Dr HAMKA, dalam bukunya Falsafah Hidup



Segala yang dihasrat
tapi tak dapat
adalah nikmat
yang paling padat

Nikmat, A Samad Said.


"Fighting is prescribed for you, and ye dislike it. But it is possible that ye dislike a thing which is good for you, and that ye love a thing which is bad for you. But Allah knoweth, and ye know not."

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Al-Baqarah: 216















Duhai,
Tuhanku Maha Mengetahui.
Sudilah kiranya,
Kau jadikan segala mahuku, selari mahuMu
setiap langkahku, akur kehendakMu.








.

Tuesday, January 11, 2011

aishah ada tajuk lain untuk puisi di dinding muzium









tajuknya rahsia,
bersambung dengan izin Tuhan di lain masa.



baik, sambung.

saat umi mengajak adik-adik ke Melaka pada cuti sekolah tempoh hari, aishah berkeras mahu ikut walaupun punya banyak urusan sekolah. dalam fikiran: nak pergi pantai, pantai, pantai, muzium, muzium, dan naik beca!

kecuali pantai, yang lain alhamdulillah kesampaian.


sewaktu di muzium yang di dalam gambar, (punyalah malas mahu semak semula apa nama muziumnya) saya paling terpegun dengan puisi di dinding muzium ini.

siapa agaknya yang sungguh bijaksana memilih puisi yang ini khusunya, untuk dipahat dituliskan di dinding muzium. puisinya sudah hilang huruf-huruf akhir. namun masih bisa difahami. kalau awak tak selalu ponteng sekolah dulu.

Percakapan 2 (macam mana nak tulis angka dalam roman?)

Bak laut
Ada pasang
Ada surut
Ada tenang
Ada gelombang
Yang pasti
Berombak
Tak berhenti
Menempuh ka angkasa
Menuju ketepian


SM NOOR








sudahlah aishah, tak pandai nak sampaikan perasaan tentang tulisan orang lain. berhenti di sini.


haah, gambar tu terbalik. sungguh rajin nak betulkan






.

Thursday, January 6, 2011

tentang Tok Yasir, dan harga seorang lelaki


Ini Tok yasir, dan isteri kesayangan, Nek Sa'diah. saya panggil nenek seberang. asal usul nama 'Nenek seberang' adalah kerana rumah Tok Yasir dan rumah atok saya dipisahkan sungai. ada, ada jambatan. boleh jalan kaki sampai ke sana.

Tok Yasir merupakan guru besar pertama saya. sewaktu umur enam tahun. saya sudah masuk darjah satu. sekolah agama swasta. ujian kemasukannya, nenek seberang yang menemubual dan menguji bacaan surah saya. tak pastilah saya lulus kerana memang cerdik (ehem) atau nenek nak bagi saya masuk sekolah.

Oh, Tok yasir dan atok saya, adik beradik. tok yasir abang, atok saya adik. adik beradik! mereka comel, dan hensem.

setiap tahun, di hari raya kedua, kami beramai-ramai akan ke rumah tok yasir dahulu sebelum konvoi ke rumah saudara mara yang lain. menu wajib: ayam masak lemak cili api. ya, di hari raya! itu kepakaran nenek seberang. comel kan nama nenek seberang?

ada satu tahun, yang entah bila. ada seseorang menanyakan pada tok yasir,

"apa buat lepas bersara pak?"

saya mendengar diam.

tok yasir jawab,

"tak ada apa lagi dah, berkhidmat untuk isteri lah"

waktu tu kalau takde orang memang saya dah pergi peluk atok. dengan wajah dan senyum beliau. dengan senyum nenek. tak, tak, saya tak menangis terharu. sebab tengah makan.

awak bayangkan. tok yasir ini sungguh lembut orangnya. bahasanya. budinya. bila bersembang, disentuh lembut bahu saya. saya paling suka beliau menyebut nama saya: Aishah!

dari kecil, waktu saya sering menangis di pejabat tok yasir meminta ditelefon umi untuk jemput saya dari sekolah, hingga besar panjang sekarang, tak pernah hilang jiwa mesranya. menenangkan. kalau mahu dicari cacat celanya, hampir tak ada.

hari terakhir Sya'ban yang lepas, atok buat doa selamat dirumahnya. cukup usianya 80 tahun, mengikut kalendar hijrah. saya hadir dengan umi dan ayah. sewaktu berjalan ikut jalan yang tak sepatutnya dilalui, saya terjatuh tersadung kaki. biasalah, orang cenderung kemalangan. tiap-tiap hari pun nak jatuh. lebam kaki dan tangan. sebelum pulang, atok pinjamkan dua buah buku buat saya: 'the child in islam' dan 'zionism in the age of dictators'. menu malam itu tentulah: ayam masak lemak cili api.

eh, motif menulis ni nak cerita tentang tok yasir dan isteri, bukan tentang saya!

begini, selepas ungkapan "berkhidmat untuk isteri" yang tok yasir ucapkan, makin kerap saya menjadi saksi pada gagahnya jiwa si tua yang ini. nenek seberang memang tak berapa sihat. sudah berkerusi roda, jalan perlu dipimpin. awak bayangkan, tok yasir tetap boleh bawa isterinya ke mana-mana bersama. dengan keadaan yang bagi kita, payah mahu dijaga itu. sewaktu umi skait di wad, hampir setiap hari atok dan nenek datang ziarah. bila ada saja majlis di rumah, pasti atok datang mendukung nenek dari kereta hingga ke dalam rumah.

awak bayangkan, di bulan puasa, kerana mahu isterinya tetap menikmati terawih di masjid, atok dengan sabar dan senyumnya mengendong nenek ke masjid. setiap hari. without fail. dan awak kena tahu, masjid ni di atas bukit. kalau orang seremban mungkin tahu, masjid sungai landak.

awak faham tak apa yang saya mahu khabarkan?

saya mahu beritahu, ada, dan ramai lagi lelaki yang teramat baik di sini. dan tentulah, baiknya akhlak lelaki itu, dibentuk oleh iman.

saya mahu beritahu, kalau awak ada suami yang sebegini jangan disia-siakan. kalau suami awak masih banyak kekurangan, terima seadanya, kerana masih ramai perempuan yang terseksa dalam perkahwinan. lebih teruk dari awak. tapi sabar itu kan harganya mahal.

oh, dan tentulah.
dengan memandang tok yasir, saya sendiri meletakkan piawaian yang tinggi pada lelaki.khususnya calon suami.

"aishah nak suami macam tok yasir"

tak, tak. saya tak minta didukung setiap hari ke sana ke sini.
saya cuma mendoakan ada sifat belas kasih sebegitu luas dan lapang di hati seorang lelaki buat setiap isteri. buat saya.

ececeh, aishah. kata taknak cakap pasal kawen. ni apa? karipap?

harga seorang lelaki tentulah tidak terletak pada pandainya dia membetulkan paip yang bocor, rajinnya dia ke pasar membeli ikan dan sayur, sabarnya dia melayan anak-anak. atau berapa banyak duit dibawa pulang setiap bulan. kereta apa dibelikan untuk isteri, jauh sekali.

harga seorang lelaki,
letaknya pada di mana dia di hati seorang anak, seorang isteri
harga seorang lelaki,
letaknya pada di mana dia di hati seorang ibu yang mengasihi sepenuh hati
harga seorang lelaki,
tentulah pada nilai taqwa, yang hanya bisa dihitung Tuhan


harga seorang lelaki, kalau boleh saya katakan: selepas siapa dia di sisi Tuhan, adalah bagaimana dia di sisi seorang perempuan.

bukan pangkat atau letaknya dia, tapi bagaimana dia membentuk hati seorang perempuan. how he makes her feel. betul ke macam tu?


lelaki begini, tentulah. berbaloi untuk dipohonkan dari Tuhan, berbaloi untuk dinanti (?), berbaloi untuk kita yang perempuan, berusaha menjadi layak dianugerahi.


dalam kisah tok yasir dan isteri, saya selalu menyoalkan. bagaimana agaknya laku seorang perempuan hingga sebegitu disayang Tuhan, lewat seorang suami. bagaimana hebatnya seorang nenek seberang hingga menerima sebegitu kurnia?

sebelum kita mengharapkan untuk sebegitu dihargai orang lain, tentulah kita perlu pandai menghargai diri dan dia yang diharapkan.






oh, saya cerita pasal atok dan nenek ni sebab sekarang nenek di wad hospital besar seremban. mohon didoakan, nenek disinggahi sakit jantung. Allah, tadi tak sempat syaa mahu melawat. awak tahu la hospital kerajaan. esok insya'Allah.


dan azam saya,
mahu tanyakan kisah cinta mereka. sementara Tuhan dan masa masih mengizinkan, biar saya selongkar kisah sebuah perjalanan. boleh nanti saya sampaikan, pada anak-anak yang bakal dilahirkan. erk.







.

Wednesday, January 5, 2011

destinasi


seringkali, bagaikan terlalu jauh.




sedang bila tiba, letih tak terasa.
lelah tak terluah,

dan kita akhirnya merancang, untuk sebuah lagi perjalanan.



jadi katakan, siapa yang tidak sanggup menempuh jalan yang panjang? andai sering ditemani segala keidahan alam.









*gambar di hari saya betul-betul keletihan, hari pertama 2011. hingga dua kali berhenti dalam perjalanan. untuk tidur, untuk solat. dan bila sambung perjalanan, Allah hadiahkan awan comel, langit cerah. bahaya untuk pemanduan. sama bahaya seperti bulan terang di waktu malam. mata ke langit, tidak ke jalan.

ya, gambar saya tak cantik macam gambar awak. tapi saya suka! :)






.

perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed