Tuesday, January 25, 2011

1-800-88-bantuan!

"tapi saya tak tahu mahu mengadu pada siapa lagi awak!"




oh? ya? hmm. baiklah.
saya ada satu kisah.


ada seorang perempuan. mari kita namakan beliau, Humaira. Humaira sedang dalam perjalanan pulang ke rumah pada suatu hari. dia memandu dalam keadaan begitu letih sekali. setiap hari yang dia lalui memang begitu menyedut segala tenaga jasad, fikiran dan jiwanya. hari sudah malam. Humaira berhenti di suatu perhentian untuk menunaikan kewajipan solatnya. sewaktu berhenti itu barulah disedari bahawa tayar keretanya sudah kempis dan tiada angin.

Humaira cuba tenang, dan dia tunaikan dahulu solatnya.

usai solat, dia memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah yang datang dan pulang ke rumah dengan selamat. dia ada beberapa pilihan, sama ada berusaha sendiri menukar tayar kereta (yang mana dia hampir yakin yang dia tidak mampu) atau meminta bantuan orang lain. dia khabarkan pada ibu yang menanti di rumah tentang musibah yang dihadapi. ibu seperti biasa, dalam risau masih berlagak tenang dan sedaya upaya memikirkan jalan membantu anak gadisnya. ibu kirimkan nombor talian peronda lebuhraya.

logiknya, humaira memandu di lebuhraya, berbayar. humaira layak meminta bantuan dari pihak yang menyelenggara lebuhraya.

sewaktu keluar dari surau dan menuju ke kereta yang sudah pancit tayarnya, humaira melihat lelaki yang meletakkan kereta di hadapan humaira berdiri di sebelah keratanya. dia menunggu humaira. bukan sekejap dia menunggu. lama juga humaira solat dan duduk di surau tadi.

lelaki ini mahu memberitahu humaira yang tayarnya pancit dan mahu menghulurkan bantuan. lalu humaira ucapkan terima kasih, walau masih ragu. lelaki tadi kelihatannya baik, ikhlas dan benar-benar mahu membantu. dia tanyakan jika humaira punya tayar lebih yang disimpan di dalam kereta. lalu dia bantu humaira mengeluarkan tayar.

"tak apalah tuan, saya boleh telefon peronda untuk datang"
"tak apa, biar saya cuba. hal kecil ni"

lelaki ini mahu membantu, tetapi dia dan humaira sama-sama tak punya cukup alatan mahu melakukan kerja.

dia buntu, lalu menyarankan juga agar humaira menelefon peronda lebuhraya. dan humaira akhirnya menghubungi peronda yang siap sedia mahu datang membantu

dia masih belum pergi kerana mahu meneman humaira menanti si peronda yang dalam perjalanan.

sementara menunggu, datang seorang lagi lelaki. kali ini menghulurkan bantuan dengan upah. kerana itu memang kerjanya. mencari mana-mana kerta yang rosak di lebuhraya lalu mengenakan upah untuk membantu. ya, dia mekanik kenderaan.

humaira menolak. dia tidak mahu membayar untuk perkara yang dia bisa dapatkan secara percuma. dia sanggup menunggu.

humaira minta si lelaki pertama tadi pulang dahulu. biar dia menanti sendirian. kerana humaira tidak mahu menyusahkan dan dia kurang selesa dengan kehadiran lelaki itu.

semasa menunggu sendirian, datang seorang lagi yang mahu mengambil tahu. lelaki. dia tanyakan:

"awak seorang?"

humaira mahu menjawab "tak, saya bertiga" tapi dia takut lelaki itu menyangka yang dia gila.

lalu dia cuma mengangguk dan memberitahu " tak apa, sekejap lagi bantuan sampai"

dalam hatinya menjerit " aku tak pernah dibiarkan tuhan sendirian!"

setelah sedikit masa menanti sambil membaca di dalam kereta sambil berdoa dan bersabar. peronda lebuhraya tiba.

dengan pantas mereka menukarkan tayar kereta humaira. dengan senyuman, dengan mesra walau kelihatan penat.

lima minit, siap! dan humaira boleh memandu pulang.

humaira tanyakan, "eh, tak perlu bayar ke tuan?"
"berapa awak nak bayar?" sambil ketawa dan berlalu pergi.




____________________________________________________________________________




hoish. panjang rupanya cerita aishah! awak faham apa yang mahu saya sampaikan?

tentang sabar,
tentang meminta bantuan dari selayaknya,
tentang tidak perlu mengharap dari yang lain selain dari sepatutnya.

dalam hidup, kamu dihadapkan dengan pelbagai kesulitan. kamu dikurniakan dengan pelbagai dugaan. dan kamu dengan sedar atau tidak, akan sentiasa memerlukan manusia lain membantu, akan sentiasa perlu mengadu.

namun.
sehingga kita sedar bahawa hanya pada Tuhan layaknya kita mengadu dan mengharapkan pertolongan. tidak akan kita berjaya melalui rintangan dengan tenang.

kita boleh meminta bantuan, pada manusia. tetapi cuma mereka yang selayaknya menghulurkan.
kita boleh menerima bantuan, dari manusia. tetapi cuma dari mereka yang selayaknya kita meminta.


______________________________________________________________________

baik,
masalah kamu berkaitan hati. dan perasaan (?)
lalu kamu perlukan seorang lelaki untuk mengisi sunyi dan mendengar keluhan.
akan datang pula berduyun-duyun jejaka yang entah apa di hatinya bersedia menjadi bahu.
kamu mengadu.
kamu bercerita.
pada si dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia dan dia. kamu luahkan segala pada mereka.

tapi.
di penghujung hari. kesunyian kamu tak juga mahu pergi.
bahagia hati kamu tak juga kunjung tiba.

si dia yang tadi cuma mahu kamu membalas budi
dia yang seterusnya cuma mengharapkan kamu juga boleh membantunya
dia yang kemudia sentiasa pula mengharapkan sesuatu yang cuma ada pada kamu.

mereka, cuma menjadi lelaki.
dan kamu, masih perlu menjalani hidup dengan segala beban yang tidak pula pernah ringan. masih, sendirian.

dan segala yang kamu curahkan pada mereka yang datang hanya meninggalkan kamu dalam keadaan jiwa yang lelah dan sudah hampir hilang fungsi.
kerana kamu cuma, menjadi perempuan.


__________________________________________________________________________________

begini,

it's ok to cry,
but not in front of a guy.
it's ok to mourn over your life,
but not with a total stranger. lelaki ajnabi.

percayalah
been there, done that

mereka boleh ada, datang dan pergi. tapi kamu perlu tetap menjaga hati sendiri.
kamu boleh meminjam kekuatan ihantar Tuhan melalui manusia.
tetapi pergantungan kamu bukan pada mereka.





pada siapa mahu mengadu?

tentu, hanya, cuma pada siapa yang meletakkan kamu di sini.

Ilahi Rabbi




















ok lah oklah, cerita atas tu macam tak ada kaitan dan tak sesuai. maafkanlah.

9 comments:

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

ho ho ho, ni la citer yang nak bakar bengkel tu ya? kui3, memang betul pun aishah, kalau dengan insan yang berbeza jantina ni, akan ada masalah kita mengadu hal2 peribadi, dan memang tak salah sangat, dan betul pun kita mengadu pada DIA, sebab dia lebih mengetahui, tetapi biasalah, fitrahnya manusia, mahu berkawan dan meminjam bahu kawannya untuk meminta pertolongan, alah, senang cerita, ada kawan sama jantina, kenapa tak mengadu sama mereka, betul?

tak perlu saya ulang, sebab aishah sendiri sudah alami, bak kata kakak saya pun, masalah keretakan rumahtangga, pasang2 skandal ni pun berpunca dari perkongsian hal2 peribadi, lama2 mula lah ada feeling, tu yang bahaya tu.

ah banyak yang boleh dibincangkan disini, tapi rasanya Aishah lebih tahu dari saya berdasarkan pengalaman, GANBATTE KUDASAI! may u always have the strength to endure everything, amin.... :)

Anonymous said...

cuma kadang2 kita kurang sabar

sinchiro said...

menarik cara aishah memberi pendekatan melalui cerita aishah sendiri..rasanya byk kali dah ada terbaca kereta aishah pancit kan? hurm

Unknown said...

ok je cite tu...akak suka :)
ye..lelaki y adam skrg ini pun pinjaman cuma..tahu,sedar,paham
tp....masih ade rasa takut sekiranya terpaksa melepaskannya

Aishah Nur Hakim said...

cerita ni bukan pasal aishah laaaaaaa

Miera Said said...

ouh suka ayat nikh,

it's ok to cry,
but not in front of a guy.

Aishah Nur Hakim said...

mira,
kalau dah kawen nanti takpe je...hik hik~

memijoessh said...

kak, boleh copy sikit2?

Aishah Nur Hakim said...

mijahh.,
boleh je sayang :)


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed