Sunday, January 16, 2011

ulang doa


"Bunda, hari ini bunda buang saya merata. Tetap, saya doakan syurga buatmu bunda tercinta~"


aku bersumpah.
dengan setiap jiwa yang disiakan bundanya,
akan aku belai setiap anak yang aku riba.
dengan cinta.
duhai janin yang tak pernah sempat menapak bumi, aku percaya cinta Tuhan buatmu tak terhingga.

tenang ya!

buat bakal anak ibu, ibu tunggu.








memang cuba tidur. tapi kali ini, saya tak mahu bermimpi. jadi lenanya belum perlu.

aishah terfikir, bagaimana kalau sedang aishah tidur malam ini...ada satu lagi janin yang digugurkan sia-sia, ada satu lagi anak manusia yang ditinggalkan merata. bagaimana kalau malam ini adalah malamnya?

bagaimana jika esok pagi saat terpandang naskhah koran harian di kedai, ada lagi wajah anak yang belum pernah melihat bulan dan matahari tercetak di muka depannya. dalam jasad yang tak bernyawa?

kau tahu betapa aku mahu?
anak itu?

mengenang diri. tentulah jauh dari layaknya. tapi...



err...kakak, ini untuk kamu:

Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.


42:49-50


kerana saya tahu, betapa kamu juga mahu. tapi...



Duhai Tuhanku Maha Kuasa,
kumuhon darimu andai bisa, (dan tentu saja hanya diriMu Maha Tahu segala)
dikurniakan buat dia (dan saya), anugerah tak terhingga. zuriat soleh buat peneman jalan ke syurga.

Dengan namaMu kami hidup,
DariMu jua kami meminta.
















err, siapa tahu macam mana nak jahit kasut bayi? yang perlu kait mengait segala tu?
saya buta jarum.





.

12 comments:

Akhyar said...

saya pandai menjahit sikit2..

*beratkan beban dakwah,kalau sekali fikir*

=)

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

wah, macam ni leh buat macam akak tu yang bukak rumah jaga anak2 terbiar, teringat akak tu rasa sebak lak, macho sungguh dier mempunyai kekuatan yang macam tu, teringat filem "bruce almighty"(not) lakonan jim carey

"manusia kadangkala mengharapkan keajaiban, namun sering terlupa, mereka mampu melakukan keajaiban itu, seperti seorang mak yang sibuk bekerja sebagai suri rumah, masih mempunyai masa untuk mengambil anak pulang dari latihan bola sepak...."

setiap kelemahan seorang manusia itu terpapar, akan ada manusia lain yang menampalnya...... :)

sapphire said...

aishah...mummy saya pandai buat..

aishah nk ke..boley mintak buat kan satu... :)

HLiza said...

Hampeh..akak cuma tahu jahit kancing seluar dan lencana sekolah anak aje..tu pun kena komplen senget!

Para Jamaludin said...

menangis mendengar fynn lagukan tentang ini.

dan betapa awak meletak cantik tiap bait2 maruah anak yang tuhan paling cinta ini.

insyallah satu hari nanti aishah.
=)

jari | jemari said...

baby pun rasanya tak sabar nak dapat kak aishah jadi mommy :)

Anonymous said...

siap dh ada blog utk si kecil.. so sweet..
-semut kelabu

KK said...

sangat comel kasut itu.

Fakrul said...

Bau bayi amat mendamaikan bukan?

cuba dengar lagu ni, related dgn entry awak.

http://www.youtube.com/watch?v=iILRYeYHan0

p/s: ni lagu metal yang sedih...

tepianmuara said...

semoga.

Aishah Nur Hakim said...

Zul,
tipuuuuu! mesti seluar koyak mintak tolong akhwat jahit kan kan? heee~

huk, entah bila akak boleh ada risau dan fikir umat.

duk risau diri sendiri jer, acaner?



ya Allah, esok exam, aishah balas komen yang lain nanti boleh? plis?
ampun ya

Aishah Nur Hakim said...

ok, sambung balas komen.
ngeee =D



Sefa,
ha. semoga Allah tutup aib kita dari dunia sampai akhirat.

kamu pernah pergi ke yayasan salam di chow kit? pun sedih.




cik nilam,
siyes ke ni?
nak belajar!!
ha, nak nak. nak mintak mami awak jahitkan untuk balqis. cik nilam reti jugak?



kak hanani,
lol!
saya lekat guna double sided tape je dulu lencna sekolah. senang nak tanggal.
takpe, akak banyak skill lain.
rasulullah saw pun jahit koyak sendiri kan?



para,
itulah. dn tambah pula bila tahu kisah kak finot tu.

kamu pun para. semoga ya :)



farah nabiha,
kenapeeee...?
hee, mesti sebab nanti akak tak marah diorang makan aiskrim kan? eh tak2, mesti sebab akak comel. kkannn?



semut kelabu(?)
alamak,kamu buka blog tu?
tak sempat2 lagi mahu diisi
*malu je*



KK,
aishah nak belikan kasut bola lah siap2



fakrul razzi,
paling, sangat.

oh, lirik lagu tu best, tapi rentaknya..err...memang bingit lah kan. hehe. tenkiu!!




tepianmuara,
ya haniff.
doa kamu. semoga sampai.
aminn~
wah, online dari jauh ni ;)


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed