Friday, January 21, 2011

air tangan umi


dalam dihimpit segala sesak dunia, ibulah ratu pengubat jiwa.


tentang hari ini, saya boleh pilih untu kisahkan pada kalian tentang pelbagai.

tentang lelahnya mendaki (literally)
tentang indahnya batu batan di bukit tabur
tentang sembang dengan si teman baik bermata sepet
tentang rasa ingin bakar bengkel kereta yang itu
tentang kisah di balai polis petaling jaya petang tadi
tentang tayar kereta yang pancit di tengah jalan (sekali lagi memandu sendirian)
tentang baik budi lelaki yang ingin membantu (tapi aishah err..takpe)
tentang bulan yang mungkin sudah jemu menyampaikan salam saya lalu malam ini tak lagi kelihatan
(awak tengok tak bulan malam semalam? tengok tak? saya sampai rasa mahu menyanyi lagu sway!)
tentang esok hari pertama peperiksaan dan aishah baru teringat tentang dua nota akhir dari cikgu yang masih belum dibaca.
dan tentulah. tentang hitam yang belum putih seluruhnya.


setiap kali terlintas:
Ya Allah, kenapa sekarang begitu aku bahagia?

pasti tidak lama selepasnya, datanglah duga bertimpa. sungguh comel!

oh, dan rasa ingin pukul orang.
serius. semalam aishah sudah pandai tekan hon bila orang buat samseng di jalan.





tapi hidup terlalu indah kan?
kita tidak ada apa yang mahu digusar-tangiskan.
(kau jangan tipu la aishah)


semasa lama saya di bilik air,(setibanya di rumah lewat malam) cuba menghadamkan hari yang panjang.
umi letakkan nota cintanya di atas meja aishah.
memandang wajah aishah, umi sudah bisa membaca segala.

aduhai.
kalau ada yang berani berkata:
"saya faham apa yang kamu rasa aishah"

cuma umilah orang yang selayanknya.


ampunkan aishah umi, ampunkan aishah, ampunkan aishah.
masih terlalu degil, keras hati dan sering bikin sesak jiwa umi.


lalu aishah ke bilik umi,
melihat umi di tahiyyat akhir.
baring di sebelah.
entah bila umi memberi salam.
lembut saja tangannya sudah membelai
diusap, disisir.

dicium.

dua kali.
dua kali!
di dahi.

ah, begitu sekali umi mengerti?










Ya Wadud,
pada setiap helai rambut umi, pada setiap gari tua di wajah umi, pada setiap detik dari hayat umi,
(dengan RahmatMu) limpahkanlah cinta dan kasih sayang, buat umi
redhakanlah setiap nafas dan langkah umi.

mudahkanlah jalan umi ke syurga nanti. hambaMu merayu ya Tuhan.


hambaMu merayu,
janganlah Kau tarik nyawanya sebelum sempat saya membalas cinta
jika ditakdirkan hayatku sekejap cuma, jemputlah saya saat umi redhakan segala.





PSS:
pusat sumber sekolah.
*syahirah, akak minta maaf sangat2! tadi sibuk menguruskan hal lain, sungguh tak perasan awak call. huk. maaf ya? tenkiu dear. atas kekuatan yang dikirimkan.
**kawan-kawan, saya rindu kalian. maaf ya, been busy lately. semoga bukan dunia yang dikejar saya.
***esok, ada PMR. kertas pendidikan khas dan main dalam pendidikan. dua-dua fevret. kalau tak dapat A+++ tak tahulah. saya bakar sekolah!
****doakan plis?
*****ditempat kamu? bulannya kelihatan? di sini beliau merajuk (sekali lagi)



siapa yang pernah rasa soto umi, mesti rasa nak kawen dengan aishah semata-mata nak dapat makan soto umi setiap hari. serius. tak tipu.

8 comments:

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

uih, macam nak rasa gak soto tu, tapi biler memikirkan aishah yang garang nak bakar bengkel kereta, terus mati selera... :P

Fathinz the wedding planner said...

huhu.
marahnye tau awak g bukit tabur!
tapi sangat indah kan kat sana..?

owh. dan soto ummi.

jari | jemari said...

betul. moga kita dapat balas sekurang-kurangnya sikit cinta ibu.

fazleena said...

sweet. umi awak mcm mummy saya. kit punya 2 bidadari tuhan :)

p/s : nak suh adik lelaki saya ngorat aishah. dpt mkn soto selalu.

Aishah Nur Hakim said...

sefa,
ha, bagus2.
sila gerun okeh



fathinz,
i did it!
hee.
alaa. dah bagitahu umi la. tapi umi tak tahulah yang bukit tabur tu macam mana.
along jangan buat2 lupa yang aishah tak dapat naik gunung tebu dengan gunung ledang sebab dekat dengan tarikh along kawen tauuuu.
hutang tu.

along pun pernah panjat bukit tabur ok..jangan bebel plis


lets stop worrying and start living. niat aishah kan mahu meramu alam. menyebut 'Allah', dari puncak tinggi~

hik~





jari jemari, nama awak farah nabihah ke? takut silap pulak. heee
kita takkan mampu balas jasa kan? cuma mampu taat dan berbudi. tapi akak ni anak degil niiii




kak faz!
:)
itulah kak. entah apa kebaikan kita hingga Allah sudi meminjamkan sebegitu luas cinta lewat seorang perempuan bergelar ibu. bidadari di hati, sampai syurga!

tak layak rasanya dapat umi yang baik. huk.


kak! apesal tak cakap awal2 ada adik lelaki. haha, ingat ada ajun je.
dah lambat lah ni, saya dah terngorat orang lain. acaner?

LailaAlfisyahr. said...

awak, terharunya kita baca.

rindu my mum pulak.

mother always knows her kids better. kadang2 tak payah cakap pun masalah, she can sense it :)

Fida Husain said...

suka :)

ini minggu ke dua di sekolah, dan fida tak pulang jumpa emak. rindu :(

menangis je kerja ;'(

Aishah Nur Hakim said...

M.
sangatlah kan!
rumah awak jauh ke dari UIA?
lupa la kamu duk mana :D





Fida.
hepp..takmo cembeng oh. hehe

ustaz kata, setiap kali rindu, sedekahkan al fatihah :)


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed