Thursday, January 6, 2011

tentang Tok Yasir, dan harga seorang lelaki


Ini Tok yasir, dan isteri kesayangan, Nek Sa'diah. saya panggil nenek seberang. asal usul nama 'Nenek seberang' adalah kerana rumah Tok Yasir dan rumah atok saya dipisahkan sungai. ada, ada jambatan. boleh jalan kaki sampai ke sana.

Tok Yasir merupakan guru besar pertama saya. sewaktu umur enam tahun. saya sudah masuk darjah satu. sekolah agama swasta. ujian kemasukannya, nenek seberang yang menemubual dan menguji bacaan surah saya. tak pastilah saya lulus kerana memang cerdik (ehem) atau nenek nak bagi saya masuk sekolah.

Oh, Tok yasir dan atok saya, adik beradik. tok yasir abang, atok saya adik. adik beradik! mereka comel, dan hensem.

setiap tahun, di hari raya kedua, kami beramai-ramai akan ke rumah tok yasir dahulu sebelum konvoi ke rumah saudara mara yang lain. menu wajib: ayam masak lemak cili api. ya, di hari raya! itu kepakaran nenek seberang. comel kan nama nenek seberang?

ada satu tahun, yang entah bila. ada seseorang menanyakan pada tok yasir,

"apa buat lepas bersara pak?"

saya mendengar diam.

tok yasir jawab,

"tak ada apa lagi dah, berkhidmat untuk isteri lah"

waktu tu kalau takde orang memang saya dah pergi peluk atok. dengan wajah dan senyum beliau. dengan senyum nenek. tak, tak, saya tak menangis terharu. sebab tengah makan.

awak bayangkan. tok yasir ini sungguh lembut orangnya. bahasanya. budinya. bila bersembang, disentuh lembut bahu saya. saya paling suka beliau menyebut nama saya: Aishah!

dari kecil, waktu saya sering menangis di pejabat tok yasir meminta ditelefon umi untuk jemput saya dari sekolah, hingga besar panjang sekarang, tak pernah hilang jiwa mesranya. menenangkan. kalau mahu dicari cacat celanya, hampir tak ada.

hari terakhir Sya'ban yang lepas, atok buat doa selamat dirumahnya. cukup usianya 80 tahun, mengikut kalendar hijrah. saya hadir dengan umi dan ayah. sewaktu berjalan ikut jalan yang tak sepatutnya dilalui, saya terjatuh tersadung kaki. biasalah, orang cenderung kemalangan. tiap-tiap hari pun nak jatuh. lebam kaki dan tangan. sebelum pulang, atok pinjamkan dua buah buku buat saya: 'the child in islam' dan 'zionism in the age of dictators'. menu malam itu tentulah: ayam masak lemak cili api.

eh, motif menulis ni nak cerita tentang tok yasir dan isteri, bukan tentang saya!

begini, selepas ungkapan "berkhidmat untuk isteri" yang tok yasir ucapkan, makin kerap saya menjadi saksi pada gagahnya jiwa si tua yang ini. nenek seberang memang tak berapa sihat. sudah berkerusi roda, jalan perlu dipimpin. awak bayangkan, tok yasir tetap boleh bawa isterinya ke mana-mana bersama. dengan keadaan yang bagi kita, payah mahu dijaga itu. sewaktu umi skait di wad, hampir setiap hari atok dan nenek datang ziarah. bila ada saja majlis di rumah, pasti atok datang mendukung nenek dari kereta hingga ke dalam rumah.

awak bayangkan, di bulan puasa, kerana mahu isterinya tetap menikmati terawih di masjid, atok dengan sabar dan senyumnya mengendong nenek ke masjid. setiap hari. without fail. dan awak kena tahu, masjid ni di atas bukit. kalau orang seremban mungkin tahu, masjid sungai landak.

awak faham tak apa yang saya mahu khabarkan?

saya mahu beritahu, ada, dan ramai lagi lelaki yang teramat baik di sini. dan tentulah, baiknya akhlak lelaki itu, dibentuk oleh iman.

saya mahu beritahu, kalau awak ada suami yang sebegini jangan disia-siakan. kalau suami awak masih banyak kekurangan, terima seadanya, kerana masih ramai perempuan yang terseksa dalam perkahwinan. lebih teruk dari awak. tapi sabar itu kan harganya mahal.

oh, dan tentulah.
dengan memandang tok yasir, saya sendiri meletakkan piawaian yang tinggi pada lelaki.khususnya calon suami.

"aishah nak suami macam tok yasir"

tak, tak. saya tak minta didukung setiap hari ke sana ke sini.
saya cuma mendoakan ada sifat belas kasih sebegitu luas dan lapang di hati seorang lelaki buat setiap isteri. buat saya.

ececeh, aishah. kata taknak cakap pasal kawen. ni apa? karipap?

harga seorang lelaki tentulah tidak terletak pada pandainya dia membetulkan paip yang bocor, rajinnya dia ke pasar membeli ikan dan sayur, sabarnya dia melayan anak-anak. atau berapa banyak duit dibawa pulang setiap bulan. kereta apa dibelikan untuk isteri, jauh sekali.

harga seorang lelaki,
letaknya pada di mana dia di hati seorang anak, seorang isteri
harga seorang lelaki,
letaknya pada di mana dia di hati seorang ibu yang mengasihi sepenuh hati
harga seorang lelaki,
tentulah pada nilai taqwa, yang hanya bisa dihitung Tuhan


harga seorang lelaki, kalau boleh saya katakan: selepas siapa dia di sisi Tuhan, adalah bagaimana dia di sisi seorang perempuan.

bukan pangkat atau letaknya dia, tapi bagaimana dia membentuk hati seorang perempuan. how he makes her feel. betul ke macam tu?


lelaki begini, tentulah. berbaloi untuk dipohonkan dari Tuhan, berbaloi untuk dinanti (?), berbaloi untuk kita yang perempuan, berusaha menjadi layak dianugerahi.


dalam kisah tok yasir dan isteri, saya selalu menyoalkan. bagaimana agaknya laku seorang perempuan hingga sebegitu disayang Tuhan, lewat seorang suami. bagaimana hebatnya seorang nenek seberang hingga menerima sebegitu kurnia?

sebelum kita mengharapkan untuk sebegitu dihargai orang lain, tentulah kita perlu pandai menghargai diri dan dia yang diharapkan.






oh, saya cerita pasal atok dan nenek ni sebab sekarang nenek di wad hospital besar seremban. mohon didoakan, nenek disinggahi sakit jantung. Allah, tadi tak sempat syaa mahu melawat. awak tahu la hospital kerajaan. esok insya'Allah.


dan azam saya,
mahu tanyakan kisah cinta mereka. sementara Tuhan dan masa masih mengizinkan, biar saya selongkar kisah sebuah perjalanan. boleh nanti saya sampaikan, pada anak-anak yang bakal dilahirkan. erk.







.

16 comments:

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

:')

indahnyaaaaaaaa.

tapi baca pasal kahwin... nuha jadi seriau la kak. mungkinkah dah fobia? dengar lagu ada kalimah 'cinta' pun nuha dah forwardkan ke lagu lain ni.

Allah hai.

-.-"

Fakrul said...

its beautiful :)

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

aiyark, banyak nak kumen ni, ho ho ho, sorila kalau panjang...

1.ayam masak lemak cili api memang feveret sayer dari kecik

2.tok yasir memang macho, teringat kat arwah nenet yang machonya hampir sama macam tu

3.eh, aishah macam ada sindrom elektra jer, takper, sayer plak sindrom oedipus (rasanya aishah tahu kot 2 mender ni)

4.moga2 nenek aishah sembuh dengan kadar segera, amin....nanti kesian tok yasir tak berteman :P

5.moga2 aishah juga dapat suami macho cenggitu, amin.... :)

QteenaHazman .: said...

harga seorang lelaki yg baik perlulah sama harga nya dgn perempuan yg baik juga~

moga kak aisyah ketemu dgn insan yg sama baik dgn kak aisyah..amiiinn~ :)

Farah said...

Suka sangat ini :)

Moga selamat nenek seberang . Insya Allah .

sapphire said...

aishah..
diorg sgt sweet..
harap nenek seberang cepat sihat

nnt da dpt kisah cinta diorg..blog k.. :)

Munirah Yahya said...

Indahnya Iman :) love this.

Anonymous said...

tok saya,

tok gemok, dengan tok kurus.

huhu.

sekarang tok kurus dah pergi.

Unknown said...

hmm....hargai ape y dikurnia dalam hidup...sakit pun,msti ada hikmahnya...suka entry ni...
ok aishah..akak nak g tgk muka cik abg tgh tido... :)

HLiza said...

Oh indahnya dunia kalau dapat bersuamikan lelaki seperti Tok yasir ni ya Aishah..

Tanabara Spa & Slimming said...

nenek seberang umurnye berape??

Pena Maya said...

Assalamualaikum
saya pernah baca dalam buku
ada quote
saya tak pasti sape quote tu

saya rasa saya ingat sape nye kata2
tapi saya tak berani sahkan
takut tak betul
tapi kata2 tu berbunyi

"lelaki yang paling terbaik dalam kalangan kamu adalah lelaki yang isteri2 mereka bahagia".

anda nampak sudah sebab apa?

jaflam said...

saya doakan nenek seberang cepat sembuh dan aisha dikurniakan pasangan hidup seperti pak yasir kasih sayang nya. Jangan malu berdoa minta sama yg mcm tu k.

Aishah Nur Hakim said...

Nuha,
mari fobia berjemaah. hik. alala...kita jangan lari ya sayang, kita hadapi.
tapi entry umi nuha tu memang terbaik lah! invisible wall!

sayang rindu kamu :)



Fakrul Razzi,
sungguh, mereka memang indah




sefa,
bila awak sebut pasal oedipus tu baru saya perasan dan teringat. dan saya cakap: oh, patutlah.
serius, bahayalah.
tapi dengan sabar dan iman, insya'Allah boleh dikawal kan?
tambahan lagi saya ni adi beradik ramai. tak boleh cemburu melulu.

ha, nak rasa masak lemak cili api paling asli, datanglah soromban.

ramai orang otai masak kat sini.





Qusteena,
akak aminn part yang awak doa akak jadi baik tu, lepas tu barulah tak segan kalau ada lelaki yang baik kan kan.

untuk kamu juga dik.
:)
tenkiu!




Farah,
alhamdulillah, nenek sudah di rumah




cik nilam,
sweet dan comel macam aishah kan kan?
harap2 cik nilam pun bercinta sampai ke syurga~




munirah,
itulah.
betapa iman membentuk hidup yang sempurna




anonymous,
innalillah.
tok kurus dan tok gemuk, mana satu yang tok perempuan. saya konfius.

kita pun entah sempat atau tidak menjadi 'atok' kan?



kak she g,
amboi komen gaya nak buat anak dara ni jeles nampak?
hehe.
ciumkan aliff dan adiknya untuk saya!




kak hanani,
you've got one!
encik suami akak prince charming yang sangat romantik melayan akak macam tuan puteri waktu akak sakit kan.
huuu...terharu. nak jeles boleh?
:p




otai,
alamak, my bad. saya tak pasti la.
mungkin sedikit muda dari tok yasir?

atau sedikit berumur?

nanti saya cuba tanya!



pena maya,
waalaikumussalam
itulah
nampak nampak nampak

bahkan hadis nabi, lebih kurang maksud: (maaf)
"yang terbaik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada isterinya....."


Allah~





jaflam,
saya rasa itulah lemah saya: selalu malu berdoa.
terima kasih tuan!
semog yang baik2 sahaja. bukan semata dalam hal jodoh, tetapi hidup seluruhnya.
aminn~

Anonymous said...

Tok Yaser tu satu dalam sejuta...

if i can have half of what nenek seberang has, i call myself blessed.

this is the epitome of endless love.unconditional love. cinta tanpa syarat. ramai ke mampu buat macam ni sekarang? :0
-k.nana-

Aishah Nur Hakim said...

ya ampunnnnn!
kak nana baca blog aishah?
huuu. malu!
heee. bila jumpa jangan sebut pasal blog tau, jangan cerita kat makngah tau. hik :)

rindu zafran! rasa nak gigit!

kak nana, dalam keluarga kita, terlalu ramai yang istimewa kan?
ingat tak kecik2 dulu, aishah pernah sembang dengan kak nana, pastu aishah kata:
:kita pastu tulis buku la pasal family kita ni.

and i really think we should.


i miss you.

love, makteh zafran


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed