Tuesday, March 29, 2011

mawarku, bagai langit yang biru.

adik,
menyampah tengok muka awak di wallpaper skrin henfon ateh,
lagi annoyed bila panggilan masuk...suara annoying awak jerit suruh angkat fon

"perhatian kepada aishah nur hakim...anda ada lima saat untuk...lalala~"








(ku mohon ya Tuhan, di bawah langit sana...limpahkanlah dia dengan segenap cinta. lindungilah dia dari segala murka dan bencana, sayangi dia bagai luasnya angkasa raya.)













menyampah, bila kemas rumah, jumpa barang awak

i hate the way i thought you're at home. silly me.
i hate the way i thought i heard your annoying voice.

sakit hati, bila nak makan...tak tertelan nasi. mengenang apa awak makan di asrama.
lagi sakit hati,
bila rindu awak...

dan awak tak ada kat sini, wardah.
(jadilah nasi berlauk air mata~)




(ok lah, jarak sekolah dengan rumah setengah jam je pun. but still!)





Ateh Aishah,
rasa nak bela kucing nama wardah!




.

Sunday, March 27, 2011

FUNeral, the final walk





have you ever thought of your own funeral?

how/what would the weather be like?
would it be windy? would it rain?
would the sky be a bright color of clear blue, or would it be sad gloomy grey?

i wonder,

ok, cakap melayu.

saya selalu pernah.

saya sering terbayang dan memikirkan hari penghabisan saya di atas tanah.
di mana nyawa saya akan dicabut dari badan?
di mana jenazah saya akan dikafankan?
di mana saya akan dimandikan?
di mana saya akan dikuburkan?

siapa yang akan ada di samping aishah saat terakhir kali menghembus nafas?
siapa yang akan menarik kain menutup wajah aishah? (umi ada kain batik lepas yang disimpan di dalam almari "kalau umi mati nanti senang" katanya.-aishah senyum dan angguk mendengar)
siapa yang akan membisik kalimah toyyibah ke telinga aishah?
siapa yang akan memandikan aishah?
siapa yang akan menjirus air ke seluruh jasad aishah? (pasti lembut tangan umi mengusap setiap inci kulit.)
eh, kalau boleh...mahu dimandikan, di rumah nek yan.

siapa yang akan menjadi imam solat jenazah?
siapa yang akan mengiring langkah akhir aishah?
siapa yang akan meletakkan jasad tanpa nyawa aishah ke dalam tanah?

would anyone cry?
would my best friends come?
would they just weep?
atau menangis yang tersedu sedan?

baju apa nanti yang umi pakai?-mungkin jubah hitam dari Mekah.
adik-adik? baju kurung kain kapas polos, dengan selendang dililit. mungkin.
ayah, seluar slack hitam. dengan kemeja kotak-kotak hijau.
mungkin along yang akan pimpin umi ke perkuburan.
mungkin angah akan pegang tangan haiyyan.
asma'a dan hafsah saling berpelukan.
wardah memeluk pinggang ayah.
husna dan hanan dengan pandangan kosong, mak unggal mengusap bahu dari belakang.

siapa ya yang akan bacakan talqin?
mungkin atok,
mungkin tok yassir.
atau kawan ayah, ustaz fadhil, imam masjid negeri.

jam berapa nanti aishah meninggal ya?
siang atau malam?
aishah masih ingat di tingkatan dua, sewaktu meneman teman baik ke perkuburan, mengebumi ayahnya tersayang. malam pekat. sedikit menakutkan.

semua ahli keluarga ada bersama nanti, atau aishah mati sendirian?

eh,
bayangkan saat akhir sebelum jenazah disolatkan,
diberi peluang buat terakhir kali bagi ahli keluarga mengucup aishah.
sebelum dibungkus kain putih ke seluruh wajah.
yang tua akan menyuruh: "tahan air mata ya..jangan kena jenazah."
aduhai..bau kemenyan.
bisa tidak, aishah mahu ada juga bunga lili di dalam rumah?
serta bunga harum sundal malam? hanya untuk bau yang enak. (not that i'm a fan of any kind of flower)

nanti pasti ayah colekkan bauan dari Mekah kegemaran ayah, pada aishah. (yang ayah pakai setiap Jumaat)
mungkinkah ayah akan menangis? (kali terakhir melihat ayah menangis, sewaktu membaca tahlil buat arwah nenek dan atok yang kubur mereka di Temasek. entah berapa tahun dulu.)
mungkin, wajah ayah yang paling tenang.
dan wajah umi, yang paling damai.

di mana ya nanti, kubur aishah?
aduhai. bayangkan jika ditakdir jasad tak ada, mayat ditelan bumi yang gempa, atau hanyut di laut gelora,(mohon dijauhkan ya Tuhan~)
tidak pula membayangkan tempat lain selain di perkuburan makam sheikh haji mohammad said, seremban.
dulu pernah ustazah katakan: "dalam jasad kita, ada tanah yang diambil dari tempat asal kita lahir. dan nanti kita mati,di tempat asal dan tanah itu kembali ke sana"
aishah gembira mendengar. menyangka yang aishah akan mati di tempat lahir: Mekah. fikir-fikir semula, mungkin maksud ustazah: kita semua akan kembali ke syurga, tempat asalnya Adam a.s dan Hawa. mungkin juga ustazah cuma mahu beritahu yang nanti kita akan ke kubur semuanya. :)



have you ever thought of your own funeral, kawan?
have you?
have you ever thought of the day you die?
have you?


mungkinkah langit akan sarat dengan awan putih yang cerah, melindung matahari yang megah?
mungkinkah langit akan mendung dengan awan kelabu yang berat menampung air, lalu hujan lebat membasah bumi?
atau cuaca rintik hujan renyai sedikit gerimis menyejukkan jiwa-jiwa mereka yang menghantar kita pulang?
atau mungkin begitu indah Allah iringkan pelangi buat senyum orang tersayang yang kita tinggalkan?

bau perkuburan.
pohon cempaka. pohon puding. pohon kenanga.
rumput lalang.
sunyi yang mencengkam.
bukan dari dunia yang diam.
tapi sunyi dari lohong di hati, saat perginya orang tersayang.

cuma bunyi kenderaan lalu lalang,
atau mungkin kapal terbang membelah awan,
kumat kamit mulut orang membaca ayat yang tujuh.
kicau burung yang hinggap di dahan-dahan akasia. bising menyampaikan cerita.

tapi tetap sunyi.

masih memikir lagi,
detik-detik akhir sebelum habis jasad dikambus tanah merah.
umi, ayah, along, angah, isa, asma, hafsah, husna, hanan, wardah, haiyyan, raiyyan dan jannah.
satu persatu cuba aishah bayangkan wajah.
muramkah?
menahan air mata?
tenang tanpa dapat dibaca?
menangis tak sudah?

wajah teman tersayang.
would you? would you pay me a final visit sayang?
sofia, nadiah dan syazana.
merah mata.
menahan dari esak keterlaluan.
masing-masing menggenggam tangan,
meminjam kekuatan

aduhai. kembali ke wajah umi,
wajah wardah.
tak dapat menahan hati dari sayu dan sebak.
setiap membayang wajah kesayangan~

apa ya di fikiran setiap dari kalian, saat berjalan...meninggalkan perkuburan?
dan kembali meneruskan kehidupan?
apa ya kalian fikir di setiap langkah, setelah meninggalkan aishah?
(nanti kamu buat tak macam aishah selalu buat? saat meninggalkan kubur...kira tujuh langkah, dan berhenti tidak mahu jalan. takut malaikat datang)

alahai aishah, sungguhkah ada nanti yang sayang? yang sudi merasa kehilangan?
(eh. mestilah!)

Allah,
hari terakhir di dunia pun, masih mahu menyusahkan kalian.
maaflah.



bagaimana ya, harinya terakhir saya di dunia?

.

.

.

.






bayangkan,

ajal.

"wa likulli ummatin ajal"

perkara yang paling pasti akan datang.
namun tidak ada satu apa pun tentangnya yang bisa saya rancang.

mungkin,
merancang iman dengan amal?
merancang duduknya hati pada redha tuhan?


_____________________________________________________________________________________






(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

(surah Al-fajr, ayat 28-30)







alangkah,
alangkah,
alangkah~


_____________________________________________________________________________________

eh,
kamu selalu tak dulu, di zaman sekolah. hadir ke program-program motivasi, atau qiyamulail perdana, atau kemah ibadah.
akan ada sesi "nangis-nangis"
selalunya disuruh bayangkan jika pulang ke rumah nanti, ibu atau ayah terkujur kaku di dalam rumah.
bayangkan halaman rumah penuh dengan orang ramai,
bayangkan...err, macam-macamlah.


pernah sekali.
program anjuran BADAR, malam ketiga, semua berkumpul di dewan.
lelaki di depan, perempuan di belakang.
bersimpuh di atas lantai, beralas tikar.
aishah memang tak tidur sudah dua malam, (dikejutkan qiyamulail dan rancak mersembang dengan kawan sepanjang malam)
bila abang fasilitator dari UIA mula sesi 'nangis-nangis', mata sudah kuyu. cuba ditahan juga.
di senaraikan "kenakalan" kami.
lalu dengan segala dosa yang dibentang, disuruh bayangkan, jika balik dari program ini: "ibu sudah tiada, jasad ibu di tengah rumah, saudara mara, jiran tetangga semua ada, tak sempat memohon ampun dari ibu dan lalalala~"

kemudian mulalah esak-esak tangis, dari yang perempuan. yang lelaki pun (ramai juga).
aishah dengar sayup-sayup cuma.

selebihnya, aishah tidur.
ngantuk!
serius.
kawan cerita: abang fasilitator pun menangis sama, dia kisahkan yang dia sudah tidak punya ibu (esoknya dapat tahu-dari kakak fasi; yang itu semua lakonan, ibu si abang fasi masih hidup. huh!. bersungguh pula dia mahu kami menangis, sampai menipu)

dan aishah lebih bisa menangis bila membayangkan jasad yang terkujur adalah jasad sendiri. dan yang menangis adalah umi.

ya, selalunya aishah bayangkan, aishah yang mati: bertemu Ilahi.

memang selalu program malam macam tu, aishah buat aktiviti sendiri di belakang: tidur.


_____________________________________________________________________________________

(di kesempatan ini, saya mahu memohon ampun dan maaf dari semua ya~)


bayangkan kalau ini post terakhir saya di blog ini,
seram kan?
hik. :p


ok lah, ok lah.
tak berangan pasal mati.
aishah pergi berangan pasal majlis kawen sendiri sekarang jugak!

haih. unlike your wedding day yang boleh pilih mahu baju warna apa, boleh pilih majlis di mana,sungguh...tak ada apa yang bisa dirancang. tentang hari kematian.
segalanya di tangan Tuhan, di garisan iman dan amal. kan?



kawen nanti nak baju warna merah jambu boleh?



Aishah Nur Hakim,
tidak mahu mati sebelum mati;









.

Thursday, March 24, 2011

ulasan, forum Ada Apa Dengan Cinta



*gambar dari fesbuk abang KK,pinjam ya? (aishah merajuk ok!)



Assalamualaikum para pencinta sekalian.

semoga kalian tenang dan aman.

Alhamdulillah sekali lagi kita depertemukan, lewat tulisan dan layar kehidupan.

cewah!




terus kepada maksud,
beberapa orang bertanya tentang forum tempoh hari. alhamdulillah telah selesai. banyak pengajaran yang saya peroleh. dan mungkin, sedikit penyesalan.

tidak saya tahu yang saya akan begitu kelu di hadapan khalayak yang sangat manis malam itu. tidak saya tahu saya akan begitu gugup dan serabut mengisahkan tentang cinta. (dan menyebut perkataan itu pun saya sudah mahu loya), saya tahu saya akan sedikit sulit menyampaikan. kerana saya ini jenisnya orang yang berbisik-bisik, dan menulis. bukan yang bersuara sebegitu lantang. dan tempoh hari saya perlu bercakap tanpa mic, tentu sulit audiens mahu menerima penyampaian. kan tak dapat dilihat gerak bibir saya? cuba redha dan teruskan. kerana kewujudan kak fynn adalah sebab utama saya bersetuju untuk menjadi panelis.

saya cuba bersedia (hari-hari sebelum forum), saya tanyakan kepada pelbagai orang: ada apa dengan cinta?, namun terfikir juga. cinta sudah ada, dalam setiap manusia. kitab mana yang boleh saya rujuk dan kisahkan tentang cinta selain yang pernah saya alami dan rasa? saya tetapkan satu garisan. sejauh mana pun perbualan (forum) akan berlangsung, saya tidak akan mahu membuka mana-mana halaman dari yang silam, yang punya nama orang lain di sana. yang pernah menyakitkan. yang menyaksikan sedikit dari kejahilan. "jika Allah telah tutup aib saya, perlu apa saya bentangkan di hadapan sekalian manusia. yang cuba sibuk mahu tahu, bukan benar-benar peduli".

pada pusingan pertama, berkisar tentang definisi cinta. kak fynn, orangnya hidup tanpa definisi. dan saya bercerita bagaimana definisi cinta berubah dan berevolusi mengikut umur. mesin Cetak ditanyakan, tentang konflk dalam cinta. dan beliau mengeluarkan kenyataan "saya tak lihat tujuan Tuhan ciptakan manusia". kak fynn dan saya masing2 menyentuh "manusia sebagai khalifah". wakil yang menggambarkan hebatnya Allah.

masuk pusingan kedua,
dan saat kak fynn memulakan bicara, serasa saya sudah mahu hilang nyawa saat itu juga. kak fynn. dia yang dulu Tuhan hantarkan memberi kata sedar buat saya. dan malam itu, kak fynn ulang cerita perkara yang sama yang dia guna untuk saya: teori menangis hingga sedihnya habis. ia telah berjaya trigger bahagaian yang saya sorokkan jauh.

(boleh baca di sini)

awak tahu macam mana fikiran perempuan boleh jadi macam kotak elektrik yang serabut wayarnya? tekan satu suis, lampu seluruh bangunan terpasang.

momen2 selepas itu bagai perasaan kamu selepas dibius doktor. kamu tahu ada sesuatu di fikiran, tapi kamu tak dapat luahkan dengan perkataan. saya hilang segala yang telah ditulis atau rasa.

di hadapan khalayak malam itu, saya masih teguh dengan "invisible wall" yang saya bina. saya nekad untuk tidak meluahkan atau menyampaikan apa yang saya rasa. either i was being selfish, or over protective. of myself.

hasilnya, saya sendiri tidak puas hati dengan apa yang saya sampaikan. di dalam sesuatu forum, kita tertakluk kepada soalan dari moderator. seperti menjawab soalan kimia, kamu tahu segala formula. tapi kamu tak dapat rungkaikan penyelesaian buat soalannya.

respon pertama dari teman baik (paling disayang) pada malam itu, "awak nervous sangat ye? awak banyak cakap tak habis kan?"
saya angguk dan redha.

saya hadir malam itu dengan satu hajat: saya mahu memudahkan cinta. cinta tak perlu difalsafahkan sebegitu rumit dan dipandang begitu menyusahkan. konsepnya: cintai apa sahaja di muka bumi, dan yang di langit akan mencintai kita. pada saya, cukuplah si mesin cetak berkongsi ilmu dengan bacaannya dari tulisan Charles Dickens, Gibran, atau Chairil Anwar. Cukuplah kak Fynn sebagai orang yang paling layak berkongsi dari kisah hidupnya kerana dia yang sudah berumah tangga. Dan saya mahu yang lain melihat, bahwa cinta itu adalah hal-hal kecil setiap hari yang kita abaikan dan kita pinggirkan. cinta adalah sesuatu yang mudah, ada kita, ada segalanya. :)

pada salah satu sesi soal jawab dari audiens, saya diajukan soalan:
"bagaimana ciri-ciri lelaki yang dimahukan seorang perempuan?"

saya tersenyum juga mendengar soalan ini. mungkin ini soalan biasa dan patut jika ditanyakan oleh seorang anak remaja, anak sekolah. tapi malam itu, soalan ini datang dari err..seorang yang sudah lewat 20 an? saya kasihan juga. apa dia masih mencuba menjadi orang yang ideal di mata seorang perempuan?. dan soalan itu diberikan kepada saya, memandangkan cuma saya perempuan yang belum berkahwin.

what did he expect me to say?
"saya suka lelaki rambut rebonding mata sepet"?

berbalik kepada kemahuan saya untuk melihat cinta sebagai sesuatu yang mudah, saya menceritakan bagaiamana saya selalu katakan pada kawan-kawan: "aku nak kawen dengan lelaki yang boleh kopekkan udang untuk aku"
falsafahnya: jika dia seorang lelaki yang sanggup melakukan perkara yang leceh seperti itu buat saya, kemungkinan insya Allah dia akan sudi juga melakukan perkara2 remeh atu besar yang lain untuk saya.

seterusnya saya menggambarkan, saya sering melihat lelaki yang punya ciri seperti ayah saya sebagai lelaki yang ideal, dan dalam ilmi psikologi, itu adalah normal. untuk seorang perempuan lebih tertarik dengan lelaki yang punya sifat seperti ayahnya sendiri. seperti bagaimana ayah saya orang yang paling lembut mengejut saya sewaktu subuh.

saya simpulkan: bahwa kitalah yang perlu bergerak ke arah yang ideal itu, dan insha Allah nanti Allah hantarkan orang yang baik atua lebih baik untuk kita. meletakkan standard itu pada diri kita sendiri.

ramai pulak lepas tu mahu pandai kopek udang -_-"
pukul kang!
________________________________________________________________________________

perkara lain yang kak fynn dan saya tidak sependapat dengan encik Mesin cetak adalah mengenai restu ibu bapa dalam hubungan, beliau menyebutkan bagaimana cinta seorang ibu sepatutnya memberi ruang epada anaknya. dan memberi kesimpulan, yang lebih kurang bermaksud: tidak apa untuk derhaka pada ibu bapa kerana cinta.

*geleng-geleng kepala*

yang palin indah di dalam forum itu pada saya, adalah mata bercahaya kak fynn bila bercerita indahnya bidadari. dan saat saya menyambung kisah bidadari, kak fynn memeluk bahu saya.

*hilang perkataan mahu dikisahkan*

___________________________________________________________________________________

ada satu kenyataan saya yang merunsingkan diri sendiri pulang dari forum:

lebih kurang: "tidak apa untuk ada kebodohan dalam cinta, enjoy, asalkan jangan lama di dalamnya."

saya melihat kebodohan bukanlah perkara-perkara yang merosakkan. definisi kebodohan dalam cinta saya mungkin setakat: "tak dapat lihat tuan badan, tengok bumbung rumah pun jadilah" atau "tulis surat panjang-panjang, tapi tak pernah dihantar", dan mungkin "biarlah dia tak tahu, perasaan aku pada dia...bla bla bla"

definisi kebodohan saya, bukanlah perara yang mendatangkan biadab dan ingkar pada ibu bapa dan Tuhan. tapi saya lupa, definisi orang lain mungkin berbeza, dan dengan ayat-ayat tidak habis atau hanya separuh terucap saya, bagaimana jika ada yang salah faham? semoga diampunkan khilaf, semoga dimaafkan yang salah.

pada saya, kebodohan, atau kejatuhan kita adalah perkara yang boleh membuatkan kita melihat siapa diri kita. kebodohan adalah perkara yang menyampaikan kita kepada di mana kita berada sekarang. it's a good process of learning. sebab awak kena belajar 1+1=2 baru boleh belajar 1x2=2. kan? awak tak lahir terus pandai bercakap kan?

people might hear, but they may not listen.
dan orang yang datang bisa saja mempunyai paradigma berbeza dengan saay. saya tak boleh jangkakan dan harapkan mereka untuk menembus masuk pemikiran saya. can i?
dan yang paling bahaya: orang boleh pilih apa mereka mahu dengar. kita sebut seribu perkataan yang baik, tapi satu perkataan yang buruk boleh menghilangkan segala yang sebelumnya.

_____________________________________________________________________________


saya tiba di venue forum jam 7.30. bersusah payah aishah dan kawan (yang bergaduh dengan india jaga parking) mahu tunaikan solat maghrib di sana, dan dapat jumpa ramai kawan-kawan, para pencinta hebat semua, tak juga dapat hilangkan rindu saya pada kawan paing baik. haih.

akhir qalam,
saya sangat-sangat mahu memohon maaf dari semua yang ada malam itu. pihak penganjur, kawan-kawan, audiens. maaf kerana menjadi kelu dan cakap kelam kabut serabut, ayat tak habis. semoga ada kebaikan walau sebesar zarah yang diperoleh kalian.




oh ya, amboi! forum pasal cinta bukan main ramai lagi yang datang ya!
mohon ditegur mana yang kurang, mohon dikongsi mana yang berkenan.

:)

selamat menyebarkan cinta, dan mudahkan ia buat kelangsungan hidupan.
sesiapa pun layak bicara tentang cinta, kerana ia tentang kita semua.

ok, saya haramkan diri sendiri untu sebut 'cinta' selama 3 hari. overrated, rasa loya!




Aishah Nur Hakim,
masih ada cinta (?)


(ya, tulisan ini tidak boleh dikomen)




.

Tuesday, March 22, 2011

readeath


aishah rasa, aishah mahu dia pergi dahulu sebelum aishah.
ya,harapnya Tuhan ambil nyawa dia sebelum aishah.


siapa sanggup biar orang yang kita sayang terlalu rindu pada kita?


teringat kata-kata seorang makcik selepas suaminya meninggal dunia, bila ditanya:

"akak nampak cukup tabah dan hanya tersenyum sejak abang pergi..."

"dik, tidak ada apa perlu disedihkan, bila tahu orang yang paling kita sayang dapat bertemu dengan yang paling dia cinta. dapat bertemu Tuhan. sewaktu hidupnya, dia sangat rindu bertemu Tuhannya. ini, adalah perkara terbaik yang boleh terjadi. akak cuma perlu sedikit bersabar, untuk dijemput bersama."


pulang dalam keredhaan. mampukah?


aishah? jauh lagi. tapi sudah ada hati mahu mati. haish!



p/s: itu cinta!
(dear my reading companion, je t'aime!)




.

Friday, March 18, 2011

jangan makan aiskrim waktu malam


sudah dua hari tidak rasa seperti mahu bersosial. duduk diam di bilik. kurang bercakap. tidak senyum.

sebenarnya semalam aishah cabut gigi. (akhirnya) selepas sekian lama menanggung sakit. angah kesayangan awa ke klinik kesihatan. klinik ni, tak lama pun tunggu, nurse sangat mesra dan baik. daftar bayar seringgit, cabut gigi bayar seringgit. Allah saja yang tahu berapa banyak kali umi nag untuk pergi klinik setiap kali aishah mengadu sakit gigi.

dulu pernah tulis yang aishah sangat suka ke klinik kerajaan, klinik kesihatan ampangan. tapi semua entry lama sudah disimpan. aishah ada minat sorang doktor ni, perempuan muda, chinese. alhamdulillah setiap kali ke sana, dapat dengan doktor ni. but i don't even know her name (yet).

kisahnya, aishah tak pernah dapat tengok muka doktor ni. setiap kali jumpa, doktor pakai mask. dan tak pernah sempat tengok beliau bukak. aishah teka je yang mukanya comel. sebab doktor ni sangat baik dan peramah. bila aishah terjerit, dia yang minta maaf. bila cakap belum sarapan, beliau suruh pergi sarapan dulu, takut aishah lapar lepas cabut gigi. baik kann?

aishah geram...tak dapat tengok muka dia. how ironic!

_______________________________________________________________________________________

hebat Allah,
dengan gigi sebatang, yang kita buat kunyah makanan, yang kita aishah berus kasar-kasar setiap hari, Allah boleh bagi sakit yang amat sangat.

pagi yang aishah buat keputusan untuk pergi klinik akhirnya, sebelum tu aishah mimpi. mimpi sakit gigi. lepas tu dalam mimpi tu, cabut gigi satu...tertanggal semua. bangun tidur, gelak sambil nangis. sudahla gigi lain semua tercabut waktu berkumuh. memang mimpi tu boleh menang mimpi paling menakutkan kebabom lah.

gigi aishah tak cantik. macam piano.
serius.
ok, taklah teruk sangat.
alhamdulillah ada gigi.

Allah jadikan sebaik-baik kejadian.

beruntung jadi orang beriman, setiap sakit, diangkat dosa.
setiap derita bawa bahagia.

___________________________________________________________________________________



baiklah, aishah tidur sekarang.
tak mungkin dibius dari semalam sampai sekarang masih merapu cakap aishah?
tengah nervous memang macam ni (kot)

aishah sukaaaaaaa bius!
story of my life.


oh, gambar tu. dari dulu nak amik. lepastu lupa dan takde kamera kat tangan. henfon selalu tinggal. ni angah tolong snap. jangan lupa berus gigi ya awan-kawan. dan jangan pakai lipstick ke klinik gigi~


angah,
aileviyu.
terima kasih teman aishah pergi klinik. and please stop telling others that i cried.






p/s: awak, ada apa dengan cinta?





.

Wednesday, March 16, 2011

cantiknya dia, bukan hanya saat bercahaya penuh.







*naz, terima kasih. untuk segala saat, yang kamu rakam jadi gambar. pinjam yang ini?





dan surat buat bulan habis kupadam, kerana terlalu awal dia datang.




.

Tuesday, March 15, 2011

do not hurt others by your existence


sepanjang umur kita (saya),
entah berapa kali hendak dihitung, saatnya kewujudan kita: kita menyakitkan yang lain.

entah berapa kali, dengan adanya kita:
menyinggung,
mengecilkan hati,
menyeksa,
menyakitkan,
melukakan,
membuat luluh jiwa,
; insan yang lain.

tadi, baru sebentar tadi saya tahu bahwa saya telah merobek jiwa insan paling saya sayang. kerana ego dan degil saya.

itu yang kita (saya) sedar.
yang bisa kita ambil tahu, menyesali, memohon ampun maaf. (dan berharap tidak diulang lagi)

bagaimana dengan yang entah berapa kali,
hanya dengan:
kita tidak senyum,
marah tidak menentu,
rajuk tidak punya punca,
tingkah tidak ambil tahu,
kurang peduli,
mengabaikan pesanan ringkas di henfon,
tidak menjawab panggilan,
lama tak bertegur sapa,
tidak memandang mata saat bicara,
komen sinikal,
tidak berterima kasih,
lupa mahu ucap salam,
tidak ingat tarikh lahir,
ambil barang tanpa izin,
lupa makanan kegemaran,
tidak menegur ke arah kebaikan,
tidak mencegah dari yang dimurka Tuhan...

entah berapa kali. kita lakukan. tanpa sedar.

seringkali, kita melukakan: bukan dengan apa yang kita lakukan. tetapi dengan apa yang lupa kita laksanakan.

we tend to hurt others, not with what we did (right or wrong) but things (very simple , small stuff) we did not. faham ke? ayat tak boleh nak belit lagi aishah?

dan sering, hutang tidak tertulis itu...paling lupa mahu dibayar. luput dek kita, tak hapus di buku tulis dia.

entah berapa kali ya, dengan dihantarkan oleh Tuhan : saya ke dunia...telah saya begitu menyeksa, menyakitkan insan lain.

sering kita hitung:
dia lupakan saya, (10 kali)
dia sakiti saya,(masuk yang tadi, lapan belas kali)
dia kasar pada saya, (tujuh kali)
dia tidak datang jumpa saya,(seribu kali sayang)
dia tidak telefon saya,(banyaaak sangat)
dia tak masakkan makanan kegemaran saya, (ok lah tak kira lagi)
dia tidak tolong saya saat paling saya susah,
dia tidak pinjamkan bahu saat paling saya mahu menangis.

sedang 'dia' yang di sana juga menghitung yang sama.

aneh, sungguh aneh.
malah kelakar sama sekali.

kau aishah, mengharap yang lain memudahkan laluan hidupmu. tapi wujud kau di situ, menyulitkan perjalanan mereka yang lain.

jadi bagaimana?
bagaimana dengan kita ini, yang mewakili Tuhan di bumi (2:30) bisa begitu mengabaikan sifat utama dari Tuhan itu sendiri dalam diri kita?

Al-Rahman
Al-Rahim

tidak minta banyak,
tidak layak banyak,
malah tidak perlu banyak.

kerana luasnya dan agungnya sifat Tuhan itu tak mampu walau sedikit, walau secubit, untuk kita capai.

tapi perlu kan? untuk langkah dan kemahuan: mencapai sifat pengasih dan penyayang.

apa begitu sukar?
meminjam telinga (barang seminit dua) buat mendengar kesulitan seorang teman?

apa begitu sukar?
meminjam tenaga buat meringankan beban insan yang melahirkan? (ini khas untuk saya, semoga rajin buat kerja rumah)

apa begitu sukar?
meminjam kebijaksanan buat menyelesaikan permasalahan mereka yang memerlukan.

ini seru,
buat diri sendiri
buat diri sendiri
buat diri sendiri
(kalau boleh seribu kali)
dan buat kalian:

agar kita cuba, dalam sehari hari menjalani kehidupan...kita pimpin sama orang di kiri dan kanan.

kau tahu tempat di syurga bukan hak kau seorang. kan?
dan alangkah tidak mungkin kita bahagia hidup sendirian.

dan pertama ke arah itu, adalah dengan memaafkan.
maafkan yang sudah pernah menyakitkan.
lupakan yang pernah melupakan.
(dan maafkan diri sendiri!)

dan jalan, terus.
sambil tidak lupa toleh ke kiri dan kanan.


_______________________________________________________________________________________


oh, saya ada tips:
buat mendengar keluhan, permasalahan, rintihan teman.
kebanyakan masa, situasi yang dihadapi insan yang sedang dalam kesulitan dan datang mengadu pada kita adalah situasi di luar kawal kita. bukan, bukan kebanyakn masa. sentiasa. sentiasa permasalah orang itu langsung tidak dalam daya upaya kita untuk membantu.

kita bisa mendengar, (dan memberi pandangan, nasihat andai perlu) serta bantu, mana yang mampu.
tidak ada yang datang pada kita mahukan penyelesaian terus. pasti dia cuma mahu merasa ringan beban sedang terpikul.

dan kita perlu cuma: dengar. dengar dengan hati.

dan tipsnya: sambil dengar, zikir.
zikir, zikir, zikir dan doa. sambil mendengar ya!
kerana besar kemungkinan selepas selasai sesi luahan hati, kita sebenarnya sering lupa mahu terus mendoakan agar diangkat kesulitan si teman/ saudara.

dan kita memang tida berdaya!



_____________________________________________________________________________________

saya sedar diri juga,
bahwa sepanjang hidup sering menjadi beban teman dan keluarga.

umi , ayah, along, angah, adik-adik,
teman sekalian.

andai tidak panjang hayat di dunia,
sudi ya kalian halalkan?





paling perlu memohon ampun maaf,
Aishah Nur Hakim
cuma.




.

Saturday, March 12, 2011

[di hari hatinya tertinggal pesawat]

dia diam di pintu masuk lapangan terbang.

bagaimana dia boleh lupa? bagaimana dia boleh lupa dengan perkara paling penting untuk dibawa ke mana-mana? tanpa pasport, dia masih boleh mengelilingi dunia dengan imaginasi sedia liarnya. tanpa jiwa?

ke mana dia boleh pergi?

dia toleh kanan dan kiri.

tidak cukup masa.
tidak cukup masa untuk dia memandu pulang ke rumah, mengambil hati yang tertinggal.
tidak cukup masa untuk masukkan semula jiwanya ke dalam raga. bukan, bukan bakul.

dia bingung. pesawat akan berlepas dalam masa sembilan puluh minit.
pilihannya cuma dua; tidak naik pesawat dan pulang ke rumah serta menghadap keruntuhan hidupnya buat kesekian kalinya atau teruskan perjalanan, tanpa suatu yang paling penting untuk dibawa: hati. dan jiwa.

dia duduk. cuba bernafas. elok. cikup sifat. nafasnya masih ada. darahnya masih mengalir. nadinya masih berdenyut. dia hampir saja bisa mendengar tubuhnya berfungsi. berputar segala melawan arah.

jika dia masih hidup, jelaslah. yang tertinggal bukan yang bisa dipegang. bukan organ yang bisa berhenti. dia tambah buntu. langkah orang ramai lalu lalang di hadapannya langsung tak punya makna. seolah seluruh keluasan lapangan terbang cuma diisi dengan bunyi deru nafasnya yang panjang, dan laju.

bagai dalam vakum. terowong kosong yang tidak berlampu. cuma samar cahaya dihujung bisa terlihat. jaraknya tak dapat ditelah. buntu, tambah buntu.

bagaimana?
bagaimana bisa dia terlalu cuai.
sedangkan sewaktu mengemas bagasi, dia elok menulis segala keperluan untuk dimasukkan.
buku kegemaran, pen merah dan biru, kain batik, pelembap bibir.
kali ini dia tidak terlupa memasukkan berus gigi kedua. kalau-kalau bagasinya hilang.

cuma dia terlupa yang itu.





dia nekad.

perjalanan yang sudah dia mula, harus dia teruskan.
berbaloi atau tidak, dia sudah tidak mahu tahu.
dia tahu sebahagian dirinya tidak dapat menerima kenyataan.
segala makhluk yang wujud di lapangan terbang yang luas itu bagai mengejek:

"kau teruskan juga duhai perempuan?"

patung di hadapan kedai menegurnya:
"sayang, kau berjalan...hatimu tak ada. kau sedar?"

dia abaikan.

buku-buku di rak kedai menggeleng-geleng tidak percaya.
pertama kali teman baik mereka datang tanpa jiwa.

"duhai, kami bisa saja bawa kau ke mana-mana dengan aksara yang tersusun indah. tapi tidak kali ini sayang. tidak boleh tanpa hati. pulanglah"

dia abaikan lagi.

diamlah!







dia sudah tidak peduli. didiamkan segala yang disekeliling.
kali ini. aku tak akan tertipu lagi.


perlu apa dengan yang sudah rosak dan mati?
biar aku berjalan tanpa hati.





pesawat berlepas.
dan hatinya tertinggal.




dia tidak sengaja!




.

Friday, March 11, 2011

being a lady! (without the 'yo' part)









Bismillah,
indah sungguh hari Jumaat, sekali lagi.

dihias renda hujan sederhana lebat di pagi hari. dan pertama kali saya tidak teruja mengambil kunci dan terus keluar rumah. menikmati bunyi hujan menimpa bumbung dan daun-daun di pokok cuma dari tempat ini. dan hujan tidak pula lelah menggoda saya.

cumanya pagi ini bermula dengan sedikit melankoli. jadinya biar angin yang sama melanggar hujan yang menampar pipi saya, kali ini.

hujan, jangan merajuk usah amuk. aku cuma perlu sendiri. ya, kali ini.


______________________________________________________________________________

ok, tukar mood ceria!

1.
ada orang tanyakan pada saya, kenapa aishah kata perempuan selalu tidak tahu apa dia mahu?

ah, buktinya kan merata. semalam coklat kegemaran kamu adalah yang punya kacang hazel, hari ini bila dibelikan coklat yang itu; kamu merungut- "kenapa tak belikan coklat black forest?"

kita terkenal dengan paling kurang bersyukur. kerana itu ada perceraian setiap lima belas minit di malaysia mungkin. risau, risau.

oh, teringat sesuatu
(ish...sambil menahan geram pada hujan yang merayu. sayu! tidakkah dia mengerti?)

jalan pulang ke rumah saya, melalui taman sebelah (Taman Paroi Jaya): ada tiga pilihan untuk lalauan yang digunakan

satu: jalan di tepi masjid paroi, lalu depan rumah nadia, dan terus ke simpang rumah
dua: jalan tengah yang akan melalui kawasan deretan kedai, simpang tiga di hujung jalan, belok ke kanan dan terus ke kawasan rumah
tiga: jalan terus hingga ke hujung taman, lalu di hadapan sekolah dan belok ke kiri, pusing kanan dan masuk ke simpang rumah.

semuanya lebih kurang sama jaraknya. beza cuma bilangan bonggol dan kepadatan kereta. mungkin.

setiap kali mahu memilih jalan, saya mengikut rasa. kalau mahu lihat kemeriahan petang hari, sengaja saya pilih untuk lalu di laluan kedai yang sibuk. dengan kemungkinan untuk bertembung-sesak dengan kereta lain.

suatu hari, memandu umi pulang ke rumah (aishah memang pemandu peribadi tidak bergaji). umi menegur: "kenapalah ateh lalu sini, kan banyak kereta nak lalu kedai-kedai ni ha. umi kalau tak ada nak singgah kedai mesti lalu depan masjid atau lalu sekolah"

saya cuma senyum dan diam.

di petang yang lain, saya tidak belok ke kiri dan terus memandu melalui laluan yang ketiga. laluan depan sekolah. dan umi menegur lagi:

"kenapa lalu sini? kan jauh kena lalu banyak bumper ni?"

saya tergelak besar kecil

"umiiiii...dulu umi kata tak suka lalu kedai-kedai tu. umi lalu masjid atau sekolah...acaner niii..umi suka lalu mana sebenarnya? oh oh oh. make up your mind dear mother"

"eh? ada ke umi cakap"

"haha..yelah~"

"haah ek, takpelah, ikut driver" dan umi senyum malu. (aishah tahu!)


[saat ini hujan yang tadi bagai mahu berhenti sedang bertambah lebat. bagai tidak puas hati dengan layanan tidak mesra dari saya] I better stop. a while. pergi memujuk air dari langit.


.

.

.

jadi itulah. kita perempuan sering keliru dengan apa kemahuan dan kegemaran kita. yet, we blame others for not even trying to understand us. the moment we stop over-analyzing things and accept people and reasons for what they are, insya Allah the world would be a better place. eh?

we both know, tiada siapa yang datang dari venus atau mars. kita semua asalnya dari syurga dan mahu kembali ke sana.





2.
pada malam sebelum hari wanita (lah sangat), ada seorang teman mengirimkan sms. nasibnya baik saya dalam mood yang ok untuk membalas.

antara isinya:
"kamu anti poligami?"
"jadi kamu rela dimadu?"
"kenapa?"
"kamu kuat cemburu?"
"cuma mahu faham hati perempuan. esok hari wanita sedunia. ramai perempuan merungut lelaki tak cuba fahami hati mereka. maka saya berusaha"


antara balas saya:
[tidak, saya bukan ahli sisters in islam]
[kalau dulu, laju saja saya menjawab: rela. tapi sekarang, tergantung keadaan. mungkin] bahagaian ini saya lupa apa saya reply. sudah delete pula.
[being a lady, being me]
[tak. dan tak pasti. kemungkinan besar, tak. and where are we heading with all this?]
[that's so sweet of you. tolong bagitahu sekalian perempuan,fahami mahu dan perlu sendiri sebelum mahu difahami lelaki. fair enough kot. kamu nak kawen ke ni?]

some text may be omitted. dan kalau kamu yang berkirim sms sama saya ini tidak gemar ini ditulis di sini, khabarkan saja ya! saya padam! insya Allah.

dan saya sedar, dia sudah trigger perkara yang sudah saya simpan di dalam kotak dan buang jauh. dan jawapan saya pada dia adalah jawapan yang sekadar di jari, dan lebih kepada saya untuk difikirkan.

ah! i hate you for letting me into all this. again. well, cuma tak perlu fikirlah kan?. perlu risau iman dan amal, fikir dan zikir. bukan sibuk hal hati dan perasaan.

“You are, after all, what you think. Your emotions are the slaves to your thoughts, and you are the slave to your emotions.”-eat, pray, love. (Elizabeth Gilbert)






3.
ada tiga saat indah menjadi perempuan yang tak akan dirasakan oleh lelaki:

pertama, saat datang haid setiap 28 hari, (jika mengikut ketepatan kitaran)
kedua, saat membawa satu (atau mungkin dua!) nyawa di dalam rahim sendiri selama sembilan bulan
ketiga, saat melahirkan.

(tentulah saya belum pernah mengalami dua yang akhir. semoga nanti, aminn.)

tentang saat terindah kita setiap bulan. saat Allah merehatkan kita buat memendam rindu dan cinta pada Dia. saat kita memandang mushaf dengan mata berkaca. saat kita membasuh telekung dengan rasa paling hiba.

moments where we blame it all on PMS.

dengan segala sakit senggugut
dengan segala mahu yang separa pelik (aiskrim di awal pagi, atau di tengah malam!)
dengan segala kejang kaki, sakit pinggang, loya-pening-nak pengsan
dan keadaan jiwa yang hampir bagai tiada perasaan, atau dilimpahi segala rasa yang mungkin ada sepanjang kewujudan.
dan waktu itulah air mata bertandang entah dari mana selalunya!


aduhai, indahnya Tuhan mengaturkan.

oh, kamu tahu kan doa datang haid? sebentar, aishah carikan kalau ada.






(saya ambil dari sini)


insya Allah boleh kita amalkan ya? dan wudhu, jangan ditinggal saat haid. sucikan hati selalu. buat dilindung dari segala yang bukan-bukan.

bila hujungnya tiba, berlarilah kita mencapai sejadah dan telekung. mencapai naskah quran yang merindu. kita hamburkan segala cinta. kita luahkan betapa seksa merindu, dahi mengucup lantai.






4.
saya sudah beli! tempoh hari berjalan-jalan sama Kak Taheera, katanya abang amat belikan buki Jamie Oliver untuk Kak T. saya, beli buku hidangan kanak-kanak pun sudah cukup baik rasanya.





boleh tiru Julie & Julia: cabaran masak resepi kanak-kanak dalam masa 30 hari?

awak, tidak pandai memasak does not make me less of a woman.
bukan kepandaian memasak yang menjadikan saya perempuan kan?



5.
tak ada lagi.
lebih banyak ditulis, lebih banyak yang kita tak mengerti sebenarnya.




Ma voi lo vorrete solo se lo vorrĂ  Allah, il Signore dei mondi.

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

(surah At-Takwir. ayat 29)






________________________________________________________________________________


dan bayangkan,
selesai saya menulis ini pun...hujan masih belum berhenti.
kalau hujan itu bagai perempuan,
kali ini adalah yang paling pandai memujuk dan menggoda.


saya kalah!





Aishah Nur Hakim,
pernah bercita-cita mahu jadi angkasawan.
tapi saya memang di bumi.





.

Tuesday, March 8, 2011

being a lady yo!

let's face it, kita perempuan suka dipandang rumit, complicated.

kita suka bila yang lain tidak bisa menembus hati dan fikir kita. kita suka menjadi misteri, dan dicari. kita suka bila yang lain keliru dengan kita, kita suka saat yang lain bersusah payah mahu cuba menyelami rasa kita. bisik-bisik hati kita merasa bangga. dijadikan perempuan.

fact is: kita sendiri tidak tahu apa mahu kita.

atau belum tahu, mungkin?
atau sering hilang cahaya lalu buntu.
atau tak yakin, bukan dengan siapa-siapa; tapi diri sendiri.

kerana itu kita selalu senyum-senyum sendiri membaca kisah yang mengangkat perempuan. hati berbunga-bunga bila membaca puisi tentang perempuan
keluar rama-rama dari mata kita saat menonton kisah agung tentang perempuan
kita jatuh cinta selalu dengan setiap perempuan yang kita jumpa, yang kisah mereka begitu pelbagai warna.

(kerana itu kamu suka menonton cerita rapunzel, Tangled-contohnya)

kita juga merasa cukup perempuan dengan penghargaan dan pujian.

nikmat paling besar selepas islam dan iman, antara lain untuk saya adalah juga: dipilih menjadi perempuan.

kulit ini,
setiap helai rambut ini,
mata yang ini,
jari,
setiap yang membuat kita menjadi perempuan.

hati yang ini juga.
jantinanya perempuan.

paling indah, pada setiap incinya.

istimewa bukan pada batang tubuh yang menjadi perempuan,
tapi pada jiwa di dalamnya, dan siapa kita di sisi Tuhan.


____________________________________________________________________________________

oh, saya ada hadiah. jumpa buku umi di bilik ayah.












Wahai dikau yang kelumbungnya menjadi hijab yang memelihara kehormatan kami,
Suatu rahmat bagi kami, kekuatan Agama kami, asas ummat kami,
Bibir putera-puteri kami mereguk susu di dadamu,
Sejak mulanya belajar menyebut La ilaha illa' Llah!
Cintamulah yang mencorakkan pemikiran kami, kata-kata kami, amalan kami,
Panahan kilat kami beradu dalam awanmu,
Berkemilau di gunung, menyapu tanah pamah.

Wahai pemelihara ni'mat Syari'at Allah,
Kau yang dari nafasnya Agama Allah memperoleh api,
Pesolek dan pintarnya zaman ini,
Kafilahnya perompak perintang jalan lengkap bersenjata untuk merampas dan memusnahkan harta kekayaan Agama...
peliharalah rapi kesucian ibu negeri Ummat ini!
Usahlah bersungut memperhitungkan laba dan rugi,
Berpadalah dengan melalui Jalan yang telah lama direntas
leluhur kita melaluinya di zaman silam...








-Allamah Muhammad Iqbal, dalam Rumuz-i-Bekhudi

ada lagi sambungan tulisannya di bahagian dalam buku, tapi panjang.


saat membaca,
saya merasa: inilah namanya menjadi perempuan.
tulisan itu memberi definisi perempuan kepada saya.
yang cukup meyakinkan.

dan saya merasa tulisan iu bisa menjawa semua soalan tentang hijab saya.

:)



_______________________________________________________________________________


menjadi perempuan, mari kita terus menikmati setiap saat darinya, setiap kelecehan darinya, dan dengan itu bersyukur kepada tuhan untuk setiap kebahagiaan yang dibawa, atas nama perempuan.


setiap keliru emosi kita,
setiap rajuk dan amuk kita,
setiap tingkah 'that doesn't make sense' kita,
setiap air mata kita,
setiap lajunya kita berubah fikiran-dan mahu orang lain turut yakin
setiap rengek kita,
setiap manja kita,
setiap keras kita,
setiap tabah kita,
setiap kasar kita,
setiap lembut kita,
setiap halus kita,
setiap bangun dan mengongoi di tengah malam kita,
setiap perlu kita pada coklat dan aiskrim,
setiap peluk kita pada teman yang lain-sedang hati sendiri sedang merapuh
setiap kata mesra kita menenangkan anak kecil- walaupun kita paling 'clueless'
dan setiap langkah yang kita ambil-walau ujian yang ini belum berakhir
setiap sabar kita


setiap ayat di dalam kitab Nya yang tertulis atas nama kita.

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah.



Selamat Hari Wanita?
Nay,
setiap hari adalah hari wanita!

kamu?
(maafkanlah tajuk entry ini)



Aishah Nur Hakim,
Bukan perempuan melayu terakhir,
belum jadi Rapunzel.





.

Monday, March 7, 2011

FAQ

kenapa guna nama Hamshira?

jawapan:
menjadi aishah, saya tak ada sebab untuk apa yang saya buat.

:)

bunyinya manis kan?
hamshira~





.

setiap titik hujan


Egli possiede le chiavi dell'invisibile, che solo Lui conosce. E conosce quello che c'è nella terra e nei mari. Non cade una foglia senza che Egli non ne abbia conoscenza. Non c'è seme nelle tenebre della terra o cosa alcuna verde o secca che non siano [citati] nel Libro chiarissimo.


sini,
kamu baca tulis saya dengan nada paling tenang seorang ibu
atau suara paling meyakinkan seorang ayah
atau juga bunyi paling bikin hormat dari seorang guru.


alam,
sehelai daun;
dalam terang siang
atau kelam malam
dalam kering
atau basah hujan
gugurnya ia ke tanah;

Tuhan tahu

hidup;
pada setiap langkah
walau belum jejak ke tanah
walau belum beralih arah

tempat akhirnya: Tuhan tahu

hati;
setiap mahu dan perlu
walau belum terlintas
walau belum bulat terniat

Tuhan tahu



jadi sayang,
pada setiap kemungkinan
atau pilihan
pada setiap dugaan,
atau persoalan
pada setiap kesulitan,
atau kegelisahan;


senyumlah.


kerana Tuhan kan tahu.







Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. (6:59)

__________________________________________________________________




ingat mahu letak satu gambar dan sebaris ayat cuma tadi, untuk entry ini. but being aishah, kamu tahu lah kan.

gambar diambil tadi, saat menunggu hujan berhenti dari dalam kereta, di perkarangan asrama sekolah adik.

saya tersenyum-senyum sendiri pada hujan. terfikir: "kau tunggu teduh, tapi sebenarnya kau tak mahu hujan berhenti kan aishah?"

dan kamu tak doa pun untuk hujan itu berhenti.
tapi Tuhan tahu.
apa perlu kamu.

jadi senyumlah
:)


*sekarang ada perangai suka tengok terjemahan al-quran dalam bahasa italy.



.

Friday, March 4, 2011

tentang saya dan dapur (bahagian dua)


Assalamualaikum semua,
dan senyum :)

selamat hari jumaat, dan mari rebut pahala.
oh, tak perlu rebut..sungguh maha luas nikmat Allah~

dah baca surah al-kahfi sebelum baca blog?
bagus, bagus! alhamdulillah.

ini entry membela diri. dari tuduhan tidak pandai memasak dan mahu belajar sebab nak kawen.

oh tidak sama sekali!
memang lah saya tulis entry bawah ni sebab nak bagi semangat pada diri sendiri untuk memasak. tapi bukanlah sebab nak kawen oh! (ha awak yang bagi mesej tu sila tersedak sekarang okeh)

tadi saya baru saja beli ikan dan udang di lori yang datang depan rumah ni. tak rajin mahu ke pasar, malu takut tak kenal nama ikan. kecuali ikan bawal. selalu ke pasar dah siap ada senarai umi tulis, sebut je kat pakcik makcik di pasar tu nak apa.

bicara tentang masak, sebenarnya teringin jugak blog ni jadi gadis-gadis sikit...letak menu dan gambar sibuk di dapur. gambar buat kek ke...ha! udang tadi buat kek udang pun best agaknya.


eh, bukan nak cerita ni.
ceritanya, ada seorang adik kesayangan saya (anak doktor rusli) dalam perbualan kami di dalam kereta di malam hari sedang mencari makan di shah alam, dia menyuarakan:

"kak aishah, Siti (bukan nama sebenar) kadang-kadang rasa taknak je belajar masak...sebab takut niat jadi lain. nak belajar masak sebab dia (nama tunang). tak boleh la macam tu kan?"

"oh? sebab kenalah niat untuk diri sendiri ek..."

"no, i mean..nak masak niat kerana Allah...bla bla~"

*senyum*
"haah ek"


saya tak boleh lupa perbualan itu. dengan si gadis comel yang begitu bimbang kalau-kalau niatnya belajar memasak kerana sudah punya tunangan dan akan berkahwin insya Allah. dia mahu segala yang dia lakukan, kerana Allah.

awak, berani?
buat segalanya kerana Allah.
dan mengakui?

ikhlas itu satu persoalan lagi.

memasak ni untuk siapa ya?
jarang sangat semata untuk dimakan sendiri kan?

bila seorang ibu memasak,
dia hidangkan segala keperluan jasmani yang ditetapkan Allah pada manusia di dalam makanannya.
khasiat dan tenaga yang diperlukan untuk seisi rumahnya bekerja.
tenaga untuk anaknya yang seorang pelajar pergi ke sekolah, belajar kerana Allah
tenaga untuk suaminya yang akan keluar rumah, berkerah tenaga kerana Allah

seorang isteri yang suaminya mungkin doktor, guru, askar, kontraktor, pegawai kerajaan, pemandu teksi, pensyarah dan semua tentunya: full time dai'e. insya'Allah.

masakan si ibu dan isteri di rumah, Allah jadikan perantara untuk sebuah kekuatan luar biasa bagi para tentera agama.

wah wah wah. hebatnya air tangan perempuan.
mesti malaikat di kanan sentiasa menulis amal kebaikan untuk stiap peluh kita di dapur kan?
mesti syaitan bosan bila kita sentisa berzikir di dapur kan kann?
mesti Allah sayang kita lebih kan?

seronoknya!
beruntungnya jadi perempuan yang memilih islam!

beruntungnya menjadi perempuan, yang duduk di rumah.
menghantar kekuatan buat para lelaki dari duduknya di tikar sejadah dan ayunan sudip di dapur!

beruntungnya jadi permaisuri di rumah!
Allah~


tapi, tapi, tapi...
memasak tentulah bukan segalanya.
bukan tugas utama seorang isteri dan ibu mahupun anak.
bukan bukan bukan.

takut juga kalau leka di dapur,
lupa mahu bertemujanji dengan Cinta bersama air mata
takut juga kalau sibuk di dapur, terlupa tugas tarbiyyah pada anak-anak kecil kita
takut juga kalau sibuk di dapur, mengenyangkan perut suami...hingga lupa dia pada tugas utama. hingga liat kakinya mahu ke masjid

nauzubillah.

perempuan islam,
masaknya perlu tangkas, berkhasiat dan cukup apa ada.
tidak lebih dan tidak kurang

yang paling utama: memastikan rezeki itu tidak menjadi bahan bakar di api neraka. semoga dijauhkan~

ingat doa makan kita?
"Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan dan jauhilah kami dari azab api nerakaMu" aminn~

bagaimana pula doa makan dikaitkan dengan api neraka?
kerana itulah.
kerana keberkatan rezeki dan setiap ulas nasi yang kita suapkan ke mulut.

:)

indah sungguh agama ini.

jadi,
tidak.
tolong ingatkan saya untuk tidak berniat mahu memasak untuk sebuah rumahtangga semata.
ia lebih dari untuk membahagiakan umi,
tapi kalau layak saya katakan: memasak, untuk kemaslahatan agama.



memasak untuk syurga dan redhaNya, macam tu?
boleh?

insya Allah aminn.



jumaat, seingat saya tak pernah ada hari yang lebih saya suka dan teruja menmpuhnya selain jumaat. udara dan suasananya sentiasa berbeza dengan hari lain.


*oh ya, gambar di atas tu satu-satunya gambar perkara yang aishah pernah masak yang aishah jumpa. ikan merah untuk orang berpantang lepas bersalin, sedap!

** i do take it personally sometimes, bila orang kata saya manja. sangka baik aishah!




.

Thursday, March 3, 2011

tentang saya dan dapur






so here's a confession

ini ada satu pengakuan paling jujur:

di umur 24 tahun, saya tidak pandai memasak.
atau awak oleh katakan: tidak mahir memasak.

saya dibesarkan dengan nenek yang sangat pakar dalam masakan. arwah pernah begitu terkenal dengan perniagaan restoran minang dan katering di seremban. semua orang kenal.

dan umi saya? siapa boleh nafikan kehandalan umi memasak sepuluh masakan dalam satu hari untuk sepuluh orang anak tak termasuk lagi suaminya? ini belum kira rumah terbuka, hari raya dan segala macam jamuan untuk ramai orang. dengan kami sebagai tentera potong bawang, sekelip mata je umi boleh siapakan hidangan.

dan saya?
hopeless cook.

sad isn't it?

ok, mari mulakan dengan menulis senarai apa yang saya pandai masak selain rebus air, goreng telur dan masak mi segera.

1. pancake, and very good at it.

kalau ada adik yang nafikan fakta ni, tak merasa la korang nak makan pancake yang ateh buat selama sepuluh tahun. bukan lempeng ye, lempeng saya tak sesedap lempeng ayah. dan pancake, siapa yang tak pandai buat? lame aishah!

2. sambal sardin dan segala jenis sambal.

saya tahu sambal saya sedap. dan ayah pun selalu mintak aishah masak sardin kalau kami kebuntuan makanan. jadi saya anggap masakan sambal sardin saya adalah sedap.

kenapa saya rasa macam dua benda ni je saya pandai masak? aduhai.
ok, mungkinlah boleh masak sup ayam, bubur nasi, goreng-goreng (itupun duduk 10 meter dari kuali), sweet sour, ayam masak tomato, makaroni goreng, hmm..tak perlulah aishah berusaha keras mahu senaraikan. memang sungguh bukan pakar di dapur. apatah lagi mahu masak ikan tiga rasa, paprik, atau Soufflé au Fromage


saya pernah juga masak asam pedas di rumah, dan ayah ingat nenek jiran kami yang masak. mungkin sedaplah maksudnya tu.

macam mana saya mahu pandai memasak kalau umi selalu ada untuk selamatkan keadaan dan dibesarkan dengan ada bibik di rumah. ok, sekarang dah tak ada bibik. tapi tak lah saya pemalas sangat mahu ke dapur. sebab umi akan pastikan kami yang bertungkus lumus menyiapkan bahan memasak dan akan panggil untuk berdiri sebelah umi, menyaksikan kehebatan umi main campak-campak ke periuk. dari menu nasi ayam, nasi tomato, nasi daging, soto, kacang pool, hinggalah ke donut paling sedap di dunia.

"belajar masak ni, nanti suami awak nak makan kari kepala ikan takkan nak beli kat mamak"
"orang perempuan di dapur mesti pandai buat banyak kerja dalam satu masa. tengah rebus daging jangan termenung tengok daging tu, pergi siapkan bahan lain. sambil tu bersihkan dapur..bla bla bla~"


masak kek dan segala macam yang pelik-pelik tu? lagilah saya tak tahu.
saya cuma pandai buat kiuh mazola dan kuih suji.
kalau nak sangat makan kek? belilah.

mungkin sebab saya tak suka benda yang tak menjadi, so i don't even bother trying.
but i loooove eating.
saya makan sepanjang masa.

______________________________________________________________


teruk ya perempuan tak pandai memasak?




di hari lahir saya yang lepas,(ya dah lepas di bulan dua, siapa belum wish dan bagi hadiah: anda belum terlambat. sila bagi hadiah buku resepi sekarang) umi hadiahkan aishah satu set apron, pemegang oven yang macam sarung tangan tu (apa namanya entah), dan anak patung comel yang tergantung tuala tangan di bawah skirtnya. saya gelak guling malu-malu juga dapat hadiah macam tu dari umi. apakah umi, apakah??

sebenarnya umi hadiahkan juga pada along dan angah yang besday mereka di bulan satu.
kalau umi hadiahkan untuk along, mungkin mengharapkan along rajin masak untuk suami dan anak-anak.
kalau umi beri pada angah, mungkin mengharapkan yang angah cepat kawen.
bila umi hadiahkan pada saya? saya tahu umi harapkan saya lebih rajin memasak di rumah.

dah banyak kali juga umi bisingkan hal saya dan memasak.

ada satu kali, dalam perjalanan balik ke seremban, saya dan umi berdua. kami singgah makan di nilai. dan berlakulah perbualan ibu dan anak.

"esok umi kursus, ateh masak untk adik-adik ya? hantarkan wardah balik asrama"

"haaa?" bibir terjuih~

"kalau tiba-tiba tahun ni ateh kawen , apalah ateh nak masak untuk suami?"

"hmm..mmmmm"
"aishah rasa kan, suami aishah mesti cakap macam ni: sayang masak telur hangus pun abang sanggup makan, asalkan sayang yang masak!" hik~

"banyaklah ateh!"



pernah jugak di dalam kereta, dalam perjalanan balik dari asrama adik tiba-tiba umi bersuara:

"manalah buku tebal resepi umi tu ek?"

"haa?"

"dulu kan umi ada buku resepi tebal, buku tu lah umi belajar masak lepas kawen."

"umi sebut tu sebab nak suruh aishah belajar masak kan kannnn?"

"yelah! nanti umi hantar awak belajar dengan nenek ek?"

"tak payahla umi...aishah dah pandaiiii"

"nanti umi cari buku tu"

-_-"


ya, umi kawen di umur lagi sebulan lebih mahu umur dua puluh. lewat belasan tahun. dan waktu umi kawen, umi juga belum pandai memasak. umi belajar memasak dengan jiran di rumah nenek: nek rubiah. see, tak perlu pandai masak untuk kawen kan?


"Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikanya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama, itulah pilihan terbaik" (Al-Bukhari dan Muslim)

tak ada pun dalam hadis ni cakap kerana pandai memasak?


riwayat Abu daud, nasa'i:

"kahwinilah wanita yang dapat melahirkan anak banyak, yang menarik, sesungguhnya aku bangga dengan banyak bilangan di atas umat-umat lain dengan kamu"

again, tak kata yang pandai masak okeh.


Riwayat Ibnu Majah:

"Tiadalah sesuatu yang diperoleh oleh seseorang Mu'min sesudah bertaqwa kepada Allah azzawajalla, lebih utama daripada seorang isteri yang solehah; apabila diperintah nescaya dia mentaati, dan apabila dilihatya sentiasa menggembirakan, dan apabiladia bersumpah, dibantu suaminya untuk menunaikan sumpahnya, dan apabila dia tiada di rumah nescaya dipeliharanya dirinya dan harta suaminya"

err..kalau diperintahkan untuk memasak, perlulah saya memasak dengan baik kan kann?



jadi, tak pandai masak pun boleh kawen kan umi?
kasihanilah anak-anak kamu aishah~

hai lah aishah, solehahnya ke mana, tak pandai masak pulak tu. apakah makna ini semua aishahhh!


ok, excuse her.


________________________________________________________________

sebenarnya semalam menonton oprah, ada tetamunya Martha Stewart. mestilah banyak adegan memasak. dan saya suka menonton Rachel Ray juga, 60% rancangannya adalah memasak.

dan tadi baru sahaja menonto Julie and Julia. tentang si julie yang mengambil cabaran untuk mencuba kesemua 536 resepi Julia Childs dari buku mastering the Art of French Cooking dalam masa 365 hari dan menulis blog tentangnya.

agak terpengaruh jugak dengan ceritanya.

oh ya, siapa ada menonto Australian's Junior Masterchef?
kegilaan apakah anak umur lapan tahun dah pandai masak segala menu hotel? diorang ni makan apa agaknya sampai pandai sangat masak?

jadinya, mungkin awak boleh sediakan dapur macam ini unk saya mula memasak?














ish ish ish.

tipu je. saya sungguh takut dengan segala kemewahan dapur itu.
cukuplah ada mulut untuk disuap, beras untuk ditanak, lesung batu untuk buat sambal belacan dan buku resepi umi :)







petang ini mahu masak apa? oh tolong! umi sudah call tanyakan mahu masak apa.

kecemasan!




.

Wednesday, March 2, 2011

sugul




jangan,
sugul bagai senja yang amuk.




kerna hati cuma satu.
kau tak mampu kehilangannya.




*gambar oleh encik ayam fared. gamba rsungguh emo. tak sesuai untuk perempuan mengandung.



.

perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed