Thursday, March 3, 2011

tentang saya dan dapur






so here's a confession

ini ada satu pengakuan paling jujur:

di umur 24 tahun, saya tidak pandai memasak.
atau awak oleh katakan: tidak mahir memasak.

saya dibesarkan dengan nenek yang sangat pakar dalam masakan. arwah pernah begitu terkenal dengan perniagaan restoran minang dan katering di seremban. semua orang kenal.

dan umi saya? siapa boleh nafikan kehandalan umi memasak sepuluh masakan dalam satu hari untuk sepuluh orang anak tak termasuk lagi suaminya? ini belum kira rumah terbuka, hari raya dan segala macam jamuan untuk ramai orang. dengan kami sebagai tentera potong bawang, sekelip mata je umi boleh siapakan hidangan.

dan saya?
hopeless cook.

sad isn't it?

ok, mari mulakan dengan menulis senarai apa yang saya pandai masak selain rebus air, goreng telur dan masak mi segera.

1. pancake, and very good at it.

kalau ada adik yang nafikan fakta ni, tak merasa la korang nak makan pancake yang ateh buat selama sepuluh tahun. bukan lempeng ye, lempeng saya tak sesedap lempeng ayah. dan pancake, siapa yang tak pandai buat? lame aishah!

2. sambal sardin dan segala jenis sambal.

saya tahu sambal saya sedap. dan ayah pun selalu mintak aishah masak sardin kalau kami kebuntuan makanan. jadi saya anggap masakan sambal sardin saya adalah sedap.

kenapa saya rasa macam dua benda ni je saya pandai masak? aduhai.
ok, mungkinlah boleh masak sup ayam, bubur nasi, goreng-goreng (itupun duduk 10 meter dari kuali), sweet sour, ayam masak tomato, makaroni goreng, hmm..tak perlulah aishah berusaha keras mahu senaraikan. memang sungguh bukan pakar di dapur. apatah lagi mahu masak ikan tiga rasa, paprik, atau Soufflé au Fromage


saya pernah juga masak asam pedas di rumah, dan ayah ingat nenek jiran kami yang masak. mungkin sedaplah maksudnya tu.

macam mana saya mahu pandai memasak kalau umi selalu ada untuk selamatkan keadaan dan dibesarkan dengan ada bibik di rumah. ok, sekarang dah tak ada bibik. tapi tak lah saya pemalas sangat mahu ke dapur. sebab umi akan pastikan kami yang bertungkus lumus menyiapkan bahan memasak dan akan panggil untuk berdiri sebelah umi, menyaksikan kehebatan umi main campak-campak ke periuk. dari menu nasi ayam, nasi tomato, nasi daging, soto, kacang pool, hinggalah ke donut paling sedap di dunia.

"belajar masak ni, nanti suami awak nak makan kari kepala ikan takkan nak beli kat mamak"
"orang perempuan di dapur mesti pandai buat banyak kerja dalam satu masa. tengah rebus daging jangan termenung tengok daging tu, pergi siapkan bahan lain. sambil tu bersihkan dapur..bla bla bla~"


masak kek dan segala macam yang pelik-pelik tu? lagilah saya tak tahu.
saya cuma pandai buat kiuh mazola dan kuih suji.
kalau nak sangat makan kek? belilah.

mungkin sebab saya tak suka benda yang tak menjadi, so i don't even bother trying.
but i loooove eating.
saya makan sepanjang masa.

______________________________________________________________


teruk ya perempuan tak pandai memasak?




di hari lahir saya yang lepas,(ya dah lepas di bulan dua, siapa belum wish dan bagi hadiah: anda belum terlambat. sila bagi hadiah buku resepi sekarang) umi hadiahkan aishah satu set apron, pemegang oven yang macam sarung tangan tu (apa namanya entah), dan anak patung comel yang tergantung tuala tangan di bawah skirtnya. saya gelak guling malu-malu juga dapat hadiah macam tu dari umi. apakah umi, apakah??

sebenarnya umi hadiahkan juga pada along dan angah yang besday mereka di bulan satu.
kalau umi hadiahkan untuk along, mungkin mengharapkan along rajin masak untuk suami dan anak-anak.
kalau umi beri pada angah, mungkin mengharapkan yang angah cepat kawen.
bila umi hadiahkan pada saya? saya tahu umi harapkan saya lebih rajin memasak di rumah.

dah banyak kali juga umi bisingkan hal saya dan memasak.

ada satu kali, dalam perjalanan balik ke seremban, saya dan umi berdua. kami singgah makan di nilai. dan berlakulah perbualan ibu dan anak.

"esok umi kursus, ateh masak untk adik-adik ya? hantarkan wardah balik asrama"

"haaa?" bibir terjuih~

"kalau tiba-tiba tahun ni ateh kawen , apalah ateh nak masak untuk suami?"

"hmm..mmmmm"
"aishah rasa kan, suami aishah mesti cakap macam ni: sayang masak telur hangus pun abang sanggup makan, asalkan sayang yang masak!" hik~

"banyaklah ateh!"



pernah jugak di dalam kereta, dalam perjalanan balik dari asrama adik tiba-tiba umi bersuara:

"manalah buku tebal resepi umi tu ek?"

"haa?"

"dulu kan umi ada buku resepi tebal, buku tu lah umi belajar masak lepas kawen."

"umi sebut tu sebab nak suruh aishah belajar masak kan kannnn?"

"yelah! nanti umi hantar awak belajar dengan nenek ek?"

"tak payahla umi...aishah dah pandaiiii"

"nanti umi cari buku tu"

-_-"


ya, umi kawen di umur lagi sebulan lebih mahu umur dua puluh. lewat belasan tahun. dan waktu umi kawen, umi juga belum pandai memasak. umi belajar memasak dengan jiran di rumah nenek: nek rubiah. see, tak perlu pandai masak untuk kawen kan?


"Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikanya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama, itulah pilihan terbaik" (Al-Bukhari dan Muslim)

tak ada pun dalam hadis ni cakap kerana pandai memasak?


riwayat Abu daud, nasa'i:

"kahwinilah wanita yang dapat melahirkan anak banyak, yang menarik, sesungguhnya aku bangga dengan banyak bilangan di atas umat-umat lain dengan kamu"

again, tak kata yang pandai masak okeh.


Riwayat Ibnu Majah:

"Tiadalah sesuatu yang diperoleh oleh seseorang Mu'min sesudah bertaqwa kepada Allah azzawajalla, lebih utama daripada seorang isteri yang solehah; apabila diperintah nescaya dia mentaati, dan apabila dilihatya sentiasa menggembirakan, dan apabiladia bersumpah, dibantu suaminya untuk menunaikan sumpahnya, dan apabila dia tiada di rumah nescaya dipeliharanya dirinya dan harta suaminya"

err..kalau diperintahkan untuk memasak, perlulah saya memasak dengan baik kan kann?



jadi, tak pandai masak pun boleh kawen kan umi?
kasihanilah anak-anak kamu aishah~

hai lah aishah, solehahnya ke mana, tak pandai masak pulak tu. apakah makna ini semua aishahhh!


ok, excuse her.


________________________________________________________________

sebenarnya semalam menonton oprah, ada tetamunya Martha Stewart. mestilah banyak adegan memasak. dan saya suka menonton Rachel Ray juga, 60% rancangannya adalah memasak.

dan tadi baru sahaja menonto Julie and Julia. tentang si julie yang mengambil cabaran untuk mencuba kesemua 536 resepi Julia Childs dari buku mastering the Art of French Cooking dalam masa 365 hari dan menulis blog tentangnya.

agak terpengaruh jugak dengan ceritanya.

oh ya, siapa ada menonto Australian's Junior Masterchef?
kegilaan apakah anak umur lapan tahun dah pandai masak segala menu hotel? diorang ni makan apa agaknya sampai pandai sangat masak?

jadinya, mungkin awak boleh sediakan dapur macam ini unk saya mula memasak?














ish ish ish.

tipu je. saya sungguh takut dengan segala kemewahan dapur itu.
cukuplah ada mulut untuk disuap, beras untuk ditanak, lesung batu untuk buat sambal belacan dan buku resepi umi :)







petang ini mahu masak apa? oh tolong! umi sudah call tanyakan mahu masak apa.

kecemasan!




.

15 comments:

Akhyar said...

paprik!

Aishah Nur Hakim said...

fevret! tapi tak pandai!

sapphire said...

aishah..awak sangat cute la.. :)

tgk AFC..mesti terus rasa nk masak...
dan..
nk pinjam ayat2 aishah kt entry nih eh.. :)

Unknown said...

td nape nak komen tak boleh eh???ni baru dapat

ala aishah..akak pon bukan MAHIR sgt bab2 masak...lepas je kawen
hehehe..jnji lepas kawen blaja la..
memula kawen kan nak manja2 pun bukan ade org ketuk pale..so leh la manja2 kat dapur same2...lama2 leh la sket2..

still tak reti2 masak kari..tgk ma masak campak2 je..akak masak pun campak2 gak..campak ke tong sampah..hahaha

Unknown said...

woish....sgt bekenat dapur gitu.aishah doakan akak ade rezeki bli umah sndiri...nak dapur ade kabinet dapurrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!

Salsabila said...

haha masak sardin! :P

Salsabila said...

haha masak sardin! :P

ahmad alkhani said...

pasal riwayat Abu daud tu kan,

yg berbangga tu nabi ataupun kita?

sbb yg pernah sy dgr sblom ini

(aku berbangga dengan bilangan umatku yg ramai)

wallahhua3lam

p/s : perghhh..post masak-masak

emirhasnan said...

baru nak mintak kuih-muih.

rndu pasar malaysia.

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

ho ho ho, aishah, mak saya pun cakap masa muda2 dulu dia pun tak pandai masak, biasalah tu aishah, Insyaallah, dah kawen nanti akan pandailah masak, mak aishah pun dah berpuluh tahun masuk untuk keluarga, sudah tentu dia pro ;)

tak salah pun isteri tak tahu memasak, kalau suaminya tak kisah, tak apalah, takut anak2 plak yang bising, ho ho ho, apa2 pun pesan abah...

"lebih baik masak dirumah dari makan dikedai"

dan seharusnya sisuami pun tolong2 lah isteri didapur, macam abah, kalau mak saya sakit, dia yang masakkan semuanya, kira tak perlu takutlah kalau mak tak ada, sebab abah pun handal juga, tebar roti canai dan buat mee jawa.

pendek kata, memasak bukanlah tugas perempuan semata2, bila saling tolong menolong, bukankah lebih harmoni, dan lebih comel, ngeh~~~

tepianmuara said...

tak berani cakap panjang.

selamat memasak.

Bijen M. said...

Tugas isteri hanyalah melayan suami semata.
Basuh baju, memasak, kemas rumah blablablabla semua tu suami yang kena buat.
Kalau nak suruh isteri buat, kena bayar gaji.
Ahaks.

Aishah Nur Hakim said...

cik nilam,
ha itulah channel yang aishah tak boleh tengok, buat lapar dan geram oh.

entry ni ditujukan pada cik nilam yang sangat pandai oh masak2. ajar pliss!

doakan aishah pandai masak macam lauk kenduri haritu, pedass!



kak she g,
insya Allah aminn~ tu anak dua orang tu rezeki sangat dah, mesti lagi murah rezeki lepas ni,...heee..oh, geng tak pandai masak jugak la ni ek. ingat tak resepi kek batik akak bagi dulu?

:)



husna makcik,
ngeee...tahulah awak masak kek coklat sedap oh. nak buat kelas tak? hik.
akak masak lemak cili pai sedap jugak tau!



budak adab,
nama kamu mujahid azmi kan kan?
mekasih tau, akak tak perasan silap taip aku jadi kau. tenkiu!




sefa,
saya rela makam roti di rumah dari makan kat kedai oh.
lebih comel tu mungkin jugak kan kann?
;)
betul lah tu.




haniff,
takmo bagi resepi ke?
kongsi la ilmu dapur
:)





encik bijen,
ha, itulah komen yang saya nak dengar. sama macam ayat umi dulu. hik.
benar tuan!
tapi kita orang melayu adatnya, perempuan perlu asapkan dapur oh.

namanya kongsi tanggungjawab dan meringankan beban suami :)




.

Anonymous said...

akak,

saya minat Rachel Rak jugak
simple healthy and nice!

kat sini dah x leh tengok.
ntv7 takde..:((

[tgk je syok, buat? rahsia2]

Aishah Nur Hakim said...

Cidak!!
baru perasan tak balas komenkamu. maaflah~

-_-"

dulu akak lepas PMR kerja buat kuih raya dengan jiran tau. tapi satu pn akak tak tahu nak buat sendiri.





raihana,
ececeh..nak jaga saham takut hantaran turun harga lah tuwwww! heeee~

akak mula tengok rachel ray dulu geram jugak dengar suara husky dia. macam tak puas nak dengar.

awak balik tak bulan 6?
(akak kawan ayah awak kat fesbuk, yeay!) haha


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed