Friday, March 4, 2011

tentang saya dan dapur (bahagian dua)


Assalamualaikum semua,
dan senyum :)

selamat hari jumaat, dan mari rebut pahala.
oh, tak perlu rebut..sungguh maha luas nikmat Allah~

dah baca surah al-kahfi sebelum baca blog?
bagus, bagus! alhamdulillah.

ini entry membela diri. dari tuduhan tidak pandai memasak dan mahu belajar sebab nak kawen.

oh tidak sama sekali!
memang lah saya tulis entry bawah ni sebab nak bagi semangat pada diri sendiri untuk memasak. tapi bukanlah sebab nak kawen oh! (ha awak yang bagi mesej tu sila tersedak sekarang okeh)

tadi saya baru saja beli ikan dan udang di lori yang datang depan rumah ni. tak rajin mahu ke pasar, malu takut tak kenal nama ikan. kecuali ikan bawal. selalu ke pasar dah siap ada senarai umi tulis, sebut je kat pakcik makcik di pasar tu nak apa.

bicara tentang masak, sebenarnya teringin jugak blog ni jadi gadis-gadis sikit...letak menu dan gambar sibuk di dapur. gambar buat kek ke...ha! udang tadi buat kek udang pun best agaknya.


eh, bukan nak cerita ni.
ceritanya, ada seorang adik kesayangan saya (anak doktor rusli) dalam perbualan kami di dalam kereta di malam hari sedang mencari makan di shah alam, dia menyuarakan:

"kak aishah, Siti (bukan nama sebenar) kadang-kadang rasa taknak je belajar masak...sebab takut niat jadi lain. nak belajar masak sebab dia (nama tunang). tak boleh la macam tu kan?"

"oh? sebab kenalah niat untuk diri sendiri ek..."

"no, i mean..nak masak niat kerana Allah...bla bla~"

*senyum*
"haah ek"


saya tak boleh lupa perbualan itu. dengan si gadis comel yang begitu bimbang kalau-kalau niatnya belajar memasak kerana sudah punya tunangan dan akan berkahwin insya Allah. dia mahu segala yang dia lakukan, kerana Allah.

awak, berani?
buat segalanya kerana Allah.
dan mengakui?

ikhlas itu satu persoalan lagi.

memasak ni untuk siapa ya?
jarang sangat semata untuk dimakan sendiri kan?

bila seorang ibu memasak,
dia hidangkan segala keperluan jasmani yang ditetapkan Allah pada manusia di dalam makanannya.
khasiat dan tenaga yang diperlukan untuk seisi rumahnya bekerja.
tenaga untuk anaknya yang seorang pelajar pergi ke sekolah, belajar kerana Allah
tenaga untuk suaminya yang akan keluar rumah, berkerah tenaga kerana Allah

seorang isteri yang suaminya mungkin doktor, guru, askar, kontraktor, pegawai kerajaan, pemandu teksi, pensyarah dan semua tentunya: full time dai'e. insya'Allah.

masakan si ibu dan isteri di rumah, Allah jadikan perantara untuk sebuah kekuatan luar biasa bagi para tentera agama.

wah wah wah. hebatnya air tangan perempuan.
mesti malaikat di kanan sentiasa menulis amal kebaikan untuk stiap peluh kita di dapur kan?
mesti syaitan bosan bila kita sentisa berzikir di dapur kan kann?
mesti Allah sayang kita lebih kan?

seronoknya!
beruntungnya jadi perempuan yang memilih islam!

beruntungnya menjadi perempuan, yang duduk di rumah.
menghantar kekuatan buat para lelaki dari duduknya di tikar sejadah dan ayunan sudip di dapur!

beruntungnya jadi permaisuri di rumah!
Allah~


tapi, tapi, tapi...
memasak tentulah bukan segalanya.
bukan tugas utama seorang isteri dan ibu mahupun anak.
bukan bukan bukan.

takut juga kalau leka di dapur,
lupa mahu bertemujanji dengan Cinta bersama air mata
takut juga kalau sibuk di dapur, terlupa tugas tarbiyyah pada anak-anak kecil kita
takut juga kalau sibuk di dapur, mengenyangkan perut suami...hingga lupa dia pada tugas utama. hingga liat kakinya mahu ke masjid

nauzubillah.

perempuan islam,
masaknya perlu tangkas, berkhasiat dan cukup apa ada.
tidak lebih dan tidak kurang

yang paling utama: memastikan rezeki itu tidak menjadi bahan bakar di api neraka. semoga dijauhkan~

ingat doa makan kita?
"Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan dan jauhilah kami dari azab api nerakaMu" aminn~

bagaimana pula doa makan dikaitkan dengan api neraka?
kerana itulah.
kerana keberkatan rezeki dan setiap ulas nasi yang kita suapkan ke mulut.

:)

indah sungguh agama ini.

jadi,
tidak.
tolong ingatkan saya untuk tidak berniat mahu memasak untuk sebuah rumahtangga semata.
ia lebih dari untuk membahagiakan umi,
tapi kalau layak saya katakan: memasak, untuk kemaslahatan agama.



memasak untuk syurga dan redhaNya, macam tu?
boleh?

insya Allah aminn.



jumaat, seingat saya tak pernah ada hari yang lebih saya suka dan teruja menmpuhnya selain jumaat. udara dan suasananya sentiasa berbeza dengan hari lain.


*oh ya, gambar di atas tu satu-satunya gambar perkara yang aishah pernah masak yang aishah jumpa. ikan merah untuk orang berpantang lepas bersalin, sedap!

** i do take it personally sometimes, bila orang kata saya manja. sangka baik aishah!




.

8 comments:

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah.......

kata2 aku janji yang kita sering ungkapkan namun lupa kadangkala, terima kasih mengingatkan sayer ;)

Wan Nur Aishah Wan Ali said...

Salam Aishah di sana,
Maaf nak tanya. Aishah ini sudah berkahwin ke?

*Hehe banyak entry ibu dan anak, just curious. Afwan tanya =)

hamshira said...

Sefa,
mengingatkan diri 10 kali sebelum ingatkan orang lain ni
:)




Wan Nur Aishah.
Salam~
Aishah di sana...aishah di sini belum menikah, insya'Allah nanti :)

alamak, itulah saya cakap, nak jadi blog gadis-gadis sikit. aduhai

*malu dah*
terima kasih bertanya awak~
moga baik-baik aja di sana ya


p/s:awak pandai cakap russia?
nak dengar nak dengar!

Wan Nur Aishah Wan Ali said...

Jazakillah atas doanya =)
Hehe hebat itu tidak la, tapi perlu tahu nak cakap Russia, memang subjek wajib.

Zdravstvooytye, kak vas zavut?
Menya zavut Aishah. Ochen priyatna.

*Dah dengar mcm hindustan plak.
Russian ada their own alphabets, so bila nak tulis dalam rumi ni mcm pelik sikit hehe.

Kalau ada nak tanya apa2, sila la ye ^^

hamshira said...

Aishah di sana,

saya dah jatuh hati ni. tak lama lagi saya jadi stalker awak.

:)

ada nak tanya, tapi segan lagi ni.

ya tebya lyublyu, potomu Allaha

saya guna google translator, kalau silap marah google okeh

:)

Bijen M. said...

Memasak itu perintah Allah SWT.
Yang bagi manfaat, mudarat, sedap semua Allah SWT.
Yakin dengan Allah.
Masak tak sedap pun suami suka.
Yer dok?

hamshira said...

encik bijen,

harap-harapnya lah
-_-"

alaa...takmo la cakap pasal suami2 ni

Ruqaiyah ツ said...

dan Siti (bukan nama sebenar) itu pun sudah selamat diijab kabulkan. hehe. alhamdulillah.

she's my schoolmate :)

perempuan

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi

FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed