Tuesday, March 15, 2011

do not hurt others by your existence


sepanjang umur kita (saya),
entah berapa kali hendak dihitung, saatnya kewujudan kita: kita menyakitkan yang lain.

entah berapa kali, dengan adanya kita:
menyinggung,
mengecilkan hati,
menyeksa,
menyakitkan,
melukakan,
membuat luluh jiwa,
; insan yang lain.

tadi, baru sebentar tadi saya tahu bahwa saya telah merobek jiwa insan paling saya sayang. kerana ego dan degil saya.

itu yang kita (saya) sedar.
yang bisa kita ambil tahu, menyesali, memohon ampun maaf. (dan berharap tidak diulang lagi)

bagaimana dengan yang entah berapa kali,
hanya dengan:
kita tidak senyum,
marah tidak menentu,
rajuk tidak punya punca,
tingkah tidak ambil tahu,
kurang peduli,
mengabaikan pesanan ringkas di henfon,
tidak menjawab panggilan,
lama tak bertegur sapa,
tidak memandang mata saat bicara,
komen sinikal,
tidak berterima kasih,
lupa mahu ucap salam,
tidak ingat tarikh lahir,
ambil barang tanpa izin,
lupa makanan kegemaran,
tidak menegur ke arah kebaikan,
tidak mencegah dari yang dimurka Tuhan...

entah berapa kali. kita lakukan. tanpa sedar.

seringkali, kita melukakan: bukan dengan apa yang kita lakukan. tetapi dengan apa yang lupa kita laksanakan.

we tend to hurt others, not with what we did (right or wrong) but things (very simple , small stuff) we did not. faham ke? ayat tak boleh nak belit lagi aishah?

dan sering, hutang tidak tertulis itu...paling lupa mahu dibayar. luput dek kita, tak hapus di buku tulis dia.

entah berapa kali ya, dengan dihantarkan oleh Tuhan : saya ke dunia...telah saya begitu menyeksa, menyakitkan insan lain.

sering kita hitung:
dia lupakan saya, (10 kali)
dia sakiti saya,(masuk yang tadi, lapan belas kali)
dia kasar pada saya, (tujuh kali)
dia tidak datang jumpa saya,(seribu kali sayang)
dia tidak telefon saya,(banyaaak sangat)
dia tak masakkan makanan kegemaran saya, (ok lah tak kira lagi)
dia tidak tolong saya saat paling saya susah,
dia tidak pinjamkan bahu saat paling saya mahu menangis.

sedang 'dia' yang di sana juga menghitung yang sama.

aneh, sungguh aneh.
malah kelakar sama sekali.

kau aishah, mengharap yang lain memudahkan laluan hidupmu. tapi wujud kau di situ, menyulitkan perjalanan mereka yang lain.

jadi bagaimana?
bagaimana dengan kita ini, yang mewakili Tuhan di bumi (2:30) bisa begitu mengabaikan sifat utama dari Tuhan itu sendiri dalam diri kita?

Al-Rahman
Al-Rahim

tidak minta banyak,
tidak layak banyak,
malah tidak perlu banyak.

kerana luasnya dan agungnya sifat Tuhan itu tak mampu walau sedikit, walau secubit, untuk kita capai.

tapi perlu kan? untuk langkah dan kemahuan: mencapai sifat pengasih dan penyayang.

apa begitu sukar?
meminjam telinga (barang seminit dua) buat mendengar kesulitan seorang teman?

apa begitu sukar?
meminjam tenaga buat meringankan beban insan yang melahirkan? (ini khas untuk saya, semoga rajin buat kerja rumah)

apa begitu sukar?
meminjam kebijaksanan buat menyelesaikan permasalahan mereka yang memerlukan.

ini seru,
buat diri sendiri
buat diri sendiri
buat diri sendiri
(kalau boleh seribu kali)
dan buat kalian:

agar kita cuba, dalam sehari hari menjalani kehidupan...kita pimpin sama orang di kiri dan kanan.

kau tahu tempat di syurga bukan hak kau seorang. kan?
dan alangkah tidak mungkin kita bahagia hidup sendirian.

dan pertama ke arah itu, adalah dengan memaafkan.
maafkan yang sudah pernah menyakitkan.
lupakan yang pernah melupakan.
(dan maafkan diri sendiri!)

dan jalan, terus.
sambil tidak lupa toleh ke kiri dan kanan.


_______________________________________________________________________________________


oh, saya ada tips:
buat mendengar keluhan, permasalahan, rintihan teman.
kebanyakan masa, situasi yang dihadapi insan yang sedang dalam kesulitan dan datang mengadu pada kita adalah situasi di luar kawal kita. bukan, bukan kebanyakn masa. sentiasa. sentiasa permasalah orang itu langsung tidak dalam daya upaya kita untuk membantu.

kita bisa mendengar, (dan memberi pandangan, nasihat andai perlu) serta bantu, mana yang mampu.
tidak ada yang datang pada kita mahukan penyelesaian terus. pasti dia cuma mahu merasa ringan beban sedang terpikul.

dan kita perlu cuma: dengar. dengar dengan hati.

dan tipsnya: sambil dengar, zikir.
zikir, zikir, zikir dan doa. sambil mendengar ya!
kerana besar kemungkinan selepas selasai sesi luahan hati, kita sebenarnya sering lupa mahu terus mendoakan agar diangkat kesulitan si teman/ saudara.

dan kita memang tida berdaya!



_____________________________________________________________________________________

saya sedar diri juga,
bahwa sepanjang hidup sering menjadi beban teman dan keluarga.

umi , ayah, along, angah, adik-adik,
teman sekalian.

andai tidak panjang hayat di dunia,
sudi ya kalian halalkan?





paling perlu memohon ampun maaf,
Aishah Nur Hakim
cuma.




.

6 comments:

sapphire said...

hamshira
maaf kalau ada buat salah silap eh..

[apa maksud hamshira sebenarnya..?]

Unknown said...

hmm...sama bersama kita bermaafan..
akak pun minta maaf

Bijen M. said...

Ya Allah.
Sesungguhnya aku telah mengambil janji darimu yang engkau tidak akan mungkiri bahawa aku seorang manusia yang sentiasa tersilap.
Sekiranya ada orang mukmin yang telah daku sakiti atau maki atau pukul atau laknat, maka jadikan setiap itu untuknya rahmat dan kemuliaan, penyuci dosa dan ibadat yang mendekatkannya pada sisiMu.

Aishah Nur Hakim said...

cik nilam dan kak she g:

jemputlah makan lemang dan rendang! kuih raya tu semua saya yang buat sendiri tauuu.

hik hik, rasa tak, rasa tak?
macam hari raya kan kann?


salam, salam!

saya pun mintak maaf sangat2 tau. manalah tahu, hayat tak panjang, terusik, terkata...ampunkan ya!


oh, kalian berdua adalah antara pembaca belog gedik ini yang aishah paling sayang. kak she g dan cik nilam antara yang paling tahu dari asal aishah conteng2 kat sini kannn...

mmuahh2!!





ehemm.
encik bijan, eh, bijen. siyes silap taip.

Allahu Allah, terima kasih sudi tuan mengajarkan doa sebegitu tulus indah.

semoga, semoga.
aminn.

semoga segala huruf yang tuan tulis (di mana-mana) menjadi pemberat amal kebaikan.



hik. ok tata. bai.



.

sapphire said...

haha
hampeh cik hamshira nih...!
eh..aishah gi tgk wani ardy tak 18hb nih..? :)

Fathinz the wedding planner said...

panjang lah nak baca.
tapi kenapa ada gambar anak anak comel along.
kena bayar royalty nih/ hehee


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed