Thursday, March 24, 2011

ulasan, forum Ada Apa Dengan Cinta



*gambar dari fesbuk abang KK,pinjam ya? (aishah merajuk ok!)



Assalamualaikum para pencinta sekalian.

semoga kalian tenang dan aman.

Alhamdulillah sekali lagi kita depertemukan, lewat tulisan dan layar kehidupan.

cewah!




terus kepada maksud,
beberapa orang bertanya tentang forum tempoh hari. alhamdulillah telah selesai. banyak pengajaran yang saya peroleh. dan mungkin, sedikit penyesalan.

tidak saya tahu yang saya akan begitu kelu di hadapan khalayak yang sangat manis malam itu. tidak saya tahu saya akan begitu gugup dan serabut mengisahkan tentang cinta. (dan menyebut perkataan itu pun saya sudah mahu loya), saya tahu saya akan sedikit sulit menyampaikan. kerana saya ini jenisnya orang yang berbisik-bisik, dan menulis. bukan yang bersuara sebegitu lantang. dan tempoh hari saya perlu bercakap tanpa mic, tentu sulit audiens mahu menerima penyampaian. kan tak dapat dilihat gerak bibir saya? cuba redha dan teruskan. kerana kewujudan kak fynn adalah sebab utama saya bersetuju untuk menjadi panelis.

saya cuba bersedia (hari-hari sebelum forum), saya tanyakan kepada pelbagai orang: ada apa dengan cinta?, namun terfikir juga. cinta sudah ada, dalam setiap manusia. kitab mana yang boleh saya rujuk dan kisahkan tentang cinta selain yang pernah saya alami dan rasa? saya tetapkan satu garisan. sejauh mana pun perbualan (forum) akan berlangsung, saya tidak akan mahu membuka mana-mana halaman dari yang silam, yang punya nama orang lain di sana. yang pernah menyakitkan. yang menyaksikan sedikit dari kejahilan. "jika Allah telah tutup aib saya, perlu apa saya bentangkan di hadapan sekalian manusia. yang cuba sibuk mahu tahu, bukan benar-benar peduli".

pada pusingan pertama, berkisar tentang definisi cinta. kak fynn, orangnya hidup tanpa definisi. dan saya bercerita bagaimana definisi cinta berubah dan berevolusi mengikut umur. mesin Cetak ditanyakan, tentang konflk dalam cinta. dan beliau mengeluarkan kenyataan "saya tak lihat tujuan Tuhan ciptakan manusia". kak fynn dan saya masing2 menyentuh "manusia sebagai khalifah". wakil yang menggambarkan hebatnya Allah.

masuk pusingan kedua,
dan saat kak fynn memulakan bicara, serasa saya sudah mahu hilang nyawa saat itu juga. kak fynn. dia yang dulu Tuhan hantarkan memberi kata sedar buat saya. dan malam itu, kak fynn ulang cerita perkara yang sama yang dia guna untuk saya: teori menangis hingga sedihnya habis. ia telah berjaya trigger bahagaian yang saya sorokkan jauh.

(boleh baca di sini)

awak tahu macam mana fikiran perempuan boleh jadi macam kotak elektrik yang serabut wayarnya? tekan satu suis, lampu seluruh bangunan terpasang.

momen2 selepas itu bagai perasaan kamu selepas dibius doktor. kamu tahu ada sesuatu di fikiran, tapi kamu tak dapat luahkan dengan perkataan. saya hilang segala yang telah ditulis atau rasa.

di hadapan khalayak malam itu, saya masih teguh dengan "invisible wall" yang saya bina. saya nekad untuk tidak meluahkan atau menyampaikan apa yang saya rasa. either i was being selfish, or over protective. of myself.

hasilnya, saya sendiri tidak puas hati dengan apa yang saya sampaikan. di dalam sesuatu forum, kita tertakluk kepada soalan dari moderator. seperti menjawab soalan kimia, kamu tahu segala formula. tapi kamu tak dapat rungkaikan penyelesaian buat soalannya.

respon pertama dari teman baik (paling disayang) pada malam itu, "awak nervous sangat ye? awak banyak cakap tak habis kan?"
saya angguk dan redha.

saya hadir malam itu dengan satu hajat: saya mahu memudahkan cinta. cinta tak perlu difalsafahkan sebegitu rumit dan dipandang begitu menyusahkan. konsepnya: cintai apa sahaja di muka bumi, dan yang di langit akan mencintai kita. pada saya, cukuplah si mesin cetak berkongsi ilmu dengan bacaannya dari tulisan Charles Dickens, Gibran, atau Chairil Anwar. Cukuplah kak Fynn sebagai orang yang paling layak berkongsi dari kisah hidupnya kerana dia yang sudah berumah tangga. Dan saya mahu yang lain melihat, bahwa cinta itu adalah hal-hal kecil setiap hari yang kita abaikan dan kita pinggirkan. cinta adalah sesuatu yang mudah, ada kita, ada segalanya. :)

pada salah satu sesi soal jawab dari audiens, saya diajukan soalan:
"bagaimana ciri-ciri lelaki yang dimahukan seorang perempuan?"

saya tersenyum juga mendengar soalan ini. mungkin ini soalan biasa dan patut jika ditanyakan oleh seorang anak remaja, anak sekolah. tapi malam itu, soalan ini datang dari err..seorang yang sudah lewat 20 an? saya kasihan juga. apa dia masih mencuba menjadi orang yang ideal di mata seorang perempuan?. dan soalan itu diberikan kepada saya, memandangkan cuma saya perempuan yang belum berkahwin.

what did he expect me to say?
"saya suka lelaki rambut rebonding mata sepet"?

berbalik kepada kemahuan saya untuk melihat cinta sebagai sesuatu yang mudah, saya menceritakan bagaiamana saya selalu katakan pada kawan-kawan: "aku nak kawen dengan lelaki yang boleh kopekkan udang untuk aku"
falsafahnya: jika dia seorang lelaki yang sanggup melakukan perkara yang leceh seperti itu buat saya, kemungkinan insya Allah dia akan sudi juga melakukan perkara2 remeh atu besar yang lain untuk saya.

seterusnya saya menggambarkan, saya sering melihat lelaki yang punya ciri seperti ayah saya sebagai lelaki yang ideal, dan dalam ilmi psikologi, itu adalah normal. untuk seorang perempuan lebih tertarik dengan lelaki yang punya sifat seperti ayahnya sendiri. seperti bagaimana ayah saya orang yang paling lembut mengejut saya sewaktu subuh.

saya simpulkan: bahwa kitalah yang perlu bergerak ke arah yang ideal itu, dan insha Allah nanti Allah hantarkan orang yang baik atua lebih baik untuk kita. meletakkan standard itu pada diri kita sendiri.

ramai pulak lepas tu mahu pandai kopek udang -_-"
pukul kang!
________________________________________________________________________________

perkara lain yang kak fynn dan saya tidak sependapat dengan encik Mesin cetak adalah mengenai restu ibu bapa dalam hubungan, beliau menyebutkan bagaimana cinta seorang ibu sepatutnya memberi ruang epada anaknya. dan memberi kesimpulan, yang lebih kurang bermaksud: tidak apa untuk derhaka pada ibu bapa kerana cinta.

*geleng-geleng kepala*

yang palin indah di dalam forum itu pada saya, adalah mata bercahaya kak fynn bila bercerita indahnya bidadari. dan saat saya menyambung kisah bidadari, kak fynn memeluk bahu saya.

*hilang perkataan mahu dikisahkan*

___________________________________________________________________________________

ada satu kenyataan saya yang merunsingkan diri sendiri pulang dari forum:

lebih kurang: "tidak apa untuk ada kebodohan dalam cinta, enjoy, asalkan jangan lama di dalamnya."

saya melihat kebodohan bukanlah perkara-perkara yang merosakkan. definisi kebodohan dalam cinta saya mungkin setakat: "tak dapat lihat tuan badan, tengok bumbung rumah pun jadilah" atau "tulis surat panjang-panjang, tapi tak pernah dihantar", dan mungkin "biarlah dia tak tahu, perasaan aku pada dia...bla bla bla"

definisi kebodohan saya, bukanlah perara yang mendatangkan biadab dan ingkar pada ibu bapa dan Tuhan. tapi saya lupa, definisi orang lain mungkin berbeza, dan dengan ayat-ayat tidak habis atau hanya separuh terucap saya, bagaimana jika ada yang salah faham? semoga diampunkan khilaf, semoga dimaafkan yang salah.

pada saya, kebodohan, atau kejatuhan kita adalah perkara yang boleh membuatkan kita melihat siapa diri kita. kebodohan adalah perkara yang menyampaikan kita kepada di mana kita berada sekarang. it's a good process of learning. sebab awak kena belajar 1+1=2 baru boleh belajar 1x2=2. kan? awak tak lahir terus pandai bercakap kan?

people might hear, but they may not listen.
dan orang yang datang bisa saja mempunyai paradigma berbeza dengan saay. saya tak boleh jangkakan dan harapkan mereka untuk menembus masuk pemikiran saya. can i?
dan yang paling bahaya: orang boleh pilih apa mereka mahu dengar. kita sebut seribu perkataan yang baik, tapi satu perkataan yang buruk boleh menghilangkan segala yang sebelumnya.

_____________________________________________________________________________


saya tiba di venue forum jam 7.30. bersusah payah aishah dan kawan (yang bergaduh dengan india jaga parking) mahu tunaikan solat maghrib di sana, dan dapat jumpa ramai kawan-kawan, para pencinta hebat semua, tak juga dapat hilangkan rindu saya pada kawan paing baik. haih.

akhir qalam,
saya sangat-sangat mahu memohon maaf dari semua yang ada malam itu. pihak penganjur, kawan-kawan, audiens. maaf kerana menjadi kelu dan cakap kelam kabut serabut, ayat tak habis. semoga ada kebaikan walau sebesar zarah yang diperoleh kalian.




oh ya, amboi! forum pasal cinta bukan main ramai lagi yang datang ya!
mohon ditegur mana yang kurang, mohon dikongsi mana yang berkenan.

:)

selamat menyebarkan cinta, dan mudahkan ia buat kelangsungan hidupan.
sesiapa pun layak bicara tentang cinta, kerana ia tentang kita semua.

ok, saya haramkan diri sendiri untu sebut 'cinta' selama 3 hari. overrated, rasa loya!




Aishah Nur Hakim,
masih ada cinta (?)


(ya, tulisan ini tidak boleh dikomen)




.

perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed