kita suka bila yang lain tidak bisa menembus hati dan fikir kita. kita suka menjadi misteri, dan dicari. kita suka bila yang lain keliru dengan kita, kita suka saat yang lain bersusah payah mahu cuba menyelami rasa kita. bisik-bisik hati kita merasa bangga. dijadikan perempuan.
fact is: kita sendiri tidak tahu apa mahu kita.
atau belum tahu, mungkin?
atau sering hilang cahaya lalu buntu.
atau tak yakin, bukan dengan siapa-siapa; tapi diri sendiri.
kerana itu kita selalu senyum-senyum sendiri membaca kisah yang mengangkat perempuan. hati berbunga-bunga bila membaca puisi tentang perempuan
keluar rama-rama dari mata kita saat menonton kisah agung tentang perempuan
kita jatuh cinta selalu dengan setiap perempuan yang kita jumpa, yang kisah mereka begitu pelbagai warna.
(kerana itu kamu suka menonton cerita rapunzel, Tangled-contohnya)
kita juga merasa cukup perempuan dengan penghargaan dan pujian.
nikmat paling besar selepas islam dan iman, antara lain untuk saya adalah juga: dipilih menjadi perempuan.
kulit ini,
setiap helai rambut ini,
mata yang ini,
jari,
setiap yang membuat kita menjadi perempuan.
hati yang ini juga.
jantinanya perempuan.
paling indah, pada setiap incinya.
istimewa bukan pada batang tubuh yang menjadi perempuan,
tapi pada jiwa di dalamnya, dan siapa kita di sisi Tuhan.
____________________________________________________________________________________
oh, saya ada hadiah. jumpa buku umi di bilik ayah.
Wahai dikau yang kelumbungnya menjadi hijab yang memelihara kehormatan kami,
Suatu rahmat bagi kami, kekuatan Agama kami, asas ummat kami,
Bibir putera-puteri kami mereguk susu di dadamu,
Sejak mulanya belajar menyebut La ilaha illa' Llah!
Cintamulah yang mencorakkan pemikiran kami, kata-kata kami, amalan kami,
Panahan kilat kami beradu dalam awanmu,
Berkemilau di gunung, menyapu tanah pamah.
Wahai pemelihara ni'mat Syari'at Allah,
Kau yang dari nafasnya Agama Allah memperoleh api,
Pesolek dan pintarnya zaman ini,
Kafilahnya perompak perintang jalan lengkap bersenjata untuk merampas dan memusnahkan harta kekayaan Agama...
peliharalah rapi kesucian ibu negeri Ummat ini!
Usahlah bersungut memperhitungkan laba dan rugi,
Berpadalah dengan melalui Jalan yang telah lama direntas
leluhur kita melaluinya di zaman silam...
-Allamah Muhammad Iqbal, dalam Rumuz-i-Bekhudi
ada lagi sambungan tulisannya di bahagian dalam buku, tapi panjang.
saat membaca,
saya merasa: inilah namanya menjadi perempuan.
tulisan itu memberi definisi perempuan kepada saya.
yang cukup meyakinkan.
dan saya merasa tulisan iu bisa menjawa semua soalan tentang hijab saya.
:)
_______________________________________________________________________________
menjadi perempuan, mari kita terus menikmati setiap saat darinya, setiap kelecehan darinya, dan dengan itu bersyukur kepada tuhan untuk setiap kebahagiaan yang dibawa, atas nama perempuan.
setiap keliru emosi kita,
setiap rajuk dan amuk kita,
setiap tingkah 'that doesn't make sense' kita,
setiap air mata kita,
setiap lajunya kita berubah fikiran-dan mahu orang lain turut yakin
setiap rengek kita,
setiap manja kita,
setiap keras kita,
setiap tabah kita,
setiap kasar kita,
setiap lembut kita,
setiap halus kita,
setiap bangun dan mengongoi di tengah malam kita,
setiap perlu kita pada coklat dan aiskrim,
setiap peluk kita pada teman yang lain-sedang hati sendiri sedang merapuh
setiap kata mesra kita menenangkan anak kecil- walaupun kita paling 'clueless'
dan setiap langkah yang kita ambil-walau ujian yang ini belum berakhir
setiap sabar kita
setiap ayat di dalam kitab Nya yang tertulis atas nama kita.
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah.
Selamat Hari Wanita?
Nay,
setiap hari adalah hari wanita!
kamu?
(maafkanlah tajuk entry ini)
Aishah Nur Hakim,
Bukan perempuan melayu terakhir,
belum jadi Rapunzel.
.
10 comments:
BILA AISHAH MENULIS,SY TERLEKA,SY TERBUAI,SETIAP BAIT2 AYAT MEMBERI SERIBU MAKNA...TERUSKAN MENULIS AISHAH..
ya, saya bangga menjadi seorang wanita!
alhamdulillah :D
terima kasih kerana berkongsi sesuatu seperti ini...
yg plg sya dengki ngan pompuan, dorg ckp pkai baju kurung je utk ke mana2 kalo kt malesia. sya pkai seluar jin pegi masjid pn dh x siqoh.huk~
haa,kalo jmpa buku ni kt kedai tlg gtaw saye..ehehe.nak tarbiyah adik,bini len citer.
huh,baru rasa nak sabar lebih dgn akak2 n adik.
'indah'nya ditaqdir jadi wanita.
http://wendyinkk.blogspot.com/2010/08/batik-cake-or-hedgehog-cake.html
aishah..ni ade link y die tunjuk wat kek batik satu2..akak nyer wat main campak2 je..tak lawa cam die..tp totap la sedap
Babe... i read ur blog...(first time ni...) ngeh ngeh..
ohh berangan nak jadik repunzel ekk... ke dah jadik???
setiap hari adalah hari wanita!
luv,
deqnor
-gadis melayu-
(tp perasan korea)
adik, boleh akak pinjam entry yg ini utk dipost di fb? sungguh wanita sekali interpretasinya. ingin dikongsi dgn kawan2 wanita, kerana seringnya lupa indahnya dan bertuahnya dilahirkan wanita. tq juga kerana membantu agar berani menerima bahawa wanita itu sememangnya komplikated. kak ezza
Subhanallah, sayang kamu kerana Allah =)
Bila Aishah di sana menulis, Aishah di sini membaca.
Insha Allah, mudah-mudahan Allah terus jaga kita. Nak jumpa di syurga, andai tidak berpeluang di dunia.
Doakan, doakan, doakan.
Jazakillahu khayran kathira sis :)
Hidayu,
Allah...Alhamdulillah. semoga diampunkan yang khilaf, semoga diredhai. terima kasih...kerana membaca
:)
Dr. Fasya,
bila kita nak buat persatuan "si gadis bernama Aisyah ni?"
akak la kot jadi presiden?
fasya setiausaha kehormat.
Amna,
terima kasih kerana sudi membaca saya membebel selalu :)
Zul,
eceh, nak dengki pulak. kami tak dengki, kami tercabar. khabarnya kaum kami lebih ramai menghuni neraka. nauzubillah.
bersabarlah dengan sabar yang cantik, kesabaran lelaki ke atas perempuan adalah peri-budi yang terindah
buku zaman bila entah tu, mana nak carik!
indah tak terucap, nikmat tak mampu ditanggung.
kak she G!
oh sungguh la menggoda blog itu, bukan menggoda nak bagi saya rajian buat kek, tapi nak suruh saya ke kedai beli kek oh!
aaaaa! kalau, KALAU saya berjaya buat sendiri apa2 kek nanti, insya Allah saya cerita okeh!
tenkiu kak!
NORRRrrr!
akhirnya!
a real fren, dearest one, is actually reading my blog! haha. terharu nak menangis sudah.
ececeh, nak buat2 lupa pulak cik penulis skrip drama rapunzel ni, kan awak jadi narrator paling comel dan saya rapunzel paling comel yang tak cukup rambut warna hitam!
oh sungguh rindu!
insya'Allah gunung Dato' nanti jumpa okeh! bawakkan buku and botol air kita tauuu.
aimisyu soo veriii mac.
kak ezza,
insya Allah insya Allah,
boleh je kak. selagi membawa kebaikan
tak ada huruf walau seaksara pun dalam blog ni yang milik saya
:)
terima kasih kak.
Aishah yang di sana,
saya sudah pandai rindu-rindu mahu baca blog awak. Tapi masih segan-segan. Oh indahnya jatuh cinta!
Subhanallah, sayang kamu juga. Dan kamu guna huruf besar at all the right places. Grips me!
Insya Allah, insya Allah, insya Allah.
bakal teman ketua bidadari di syurga, insya Allah?
Salam buat langit Russia~
(letaklah gambar di blog)
:)
.
sya rasa perempuan perempuan yang ada di sini, adalah yang terindah semuanya.
sayang kalian!
kecuali zul! haha.
Post a Comment