Friday, March 11, 2011

being a lady! (without the 'yo' part)









Bismillah,
indah sungguh hari Jumaat, sekali lagi.

dihias renda hujan sederhana lebat di pagi hari. dan pertama kali saya tidak teruja mengambil kunci dan terus keluar rumah. menikmati bunyi hujan menimpa bumbung dan daun-daun di pokok cuma dari tempat ini. dan hujan tidak pula lelah menggoda saya.

cumanya pagi ini bermula dengan sedikit melankoli. jadinya biar angin yang sama melanggar hujan yang menampar pipi saya, kali ini.

hujan, jangan merajuk usah amuk. aku cuma perlu sendiri. ya, kali ini.


______________________________________________________________________________

ok, tukar mood ceria!

1.
ada orang tanyakan pada saya, kenapa aishah kata perempuan selalu tidak tahu apa dia mahu?

ah, buktinya kan merata. semalam coklat kegemaran kamu adalah yang punya kacang hazel, hari ini bila dibelikan coklat yang itu; kamu merungut- "kenapa tak belikan coklat black forest?"

kita terkenal dengan paling kurang bersyukur. kerana itu ada perceraian setiap lima belas minit di malaysia mungkin. risau, risau.

oh, teringat sesuatu
(ish...sambil menahan geram pada hujan yang merayu. sayu! tidakkah dia mengerti?)

jalan pulang ke rumah saya, melalui taman sebelah (Taman Paroi Jaya): ada tiga pilihan untuk lalauan yang digunakan

satu: jalan di tepi masjid paroi, lalu depan rumah nadia, dan terus ke simpang rumah
dua: jalan tengah yang akan melalui kawasan deretan kedai, simpang tiga di hujung jalan, belok ke kanan dan terus ke kawasan rumah
tiga: jalan terus hingga ke hujung taman, lalu di hadapan sekolah dan belok ke kiri, pusing kanan dan masuk ke simpang rumah.

semuanya lebih kurang sama jaraknya. beza cuma bilangan bonggol dan kepadatan kereta. mungkin.

setiap kali mahu memilih jalan, saya mengikut rasa. kalau mahu lihat kemeriahan petang hari, sengaja saya pilih untuk lalu di laluan kedai yang sibuk. dengan kemungkinan untuk bertembung-sesak dengan kereta lain.

suatu hari, memandu umi pulang ke rumah (aishah memang pemandu peribadi tidak bergaji). umi menegur: "kenapalah ateh lalu sini, kan banyak kereta nak lalu kedai-kedai ni ha. umi kalau tak ada nak singgah kedai mesti lalu depan masjid atau lalu sekolah"

saya cuma senyum dan diam.

di petang yang lain, saya tidak belok ke kiri dan terus memandu melalui laluan yang ketiga. laluan depan sekolah. dan umi menegur lagi:

"kenapa lalu sini? kan jauh kena lalu banyak bumper ni?"

saya tergelak besar kecil

"umiiiii...dulu umi kata tak suka lalu kedai-kedai tu. umi lalu masjid atau sekolah...acaner niii..umi suka lalu mana sebenarnya? oh oh oh. make up your mind dear mother"

"eh? ada ke umi cakap"

"haha..yelah~"

"haah ek, takpelah, ikut driver" dan umi senyum malu. (aishah tahu!)


[saat ini hujan yang tadi bagai mahu berhenti sedang bertambah lebat. bagai tidak puas hati dengan layanan tidak mesra dari saya] I better stop. a while. pergi memujuk air dari langit.


.

.

.

jadi itulah. kita perempuan sering keliru dengan apa kemahuan dan kegemaran kita. yet, we blame others for not even trying to understand us. the moment we stop over-analyzing things and accept people and reasons for what they are, insya Allah the world would be a better place. eh?

we both know, tiada siapa yang datang dari venus atau mars. kita semua asalnya dari syurga dan mahu kembali ke sana.





2.
pada malam sebelum hari wanita (lah sangat), ada seorang teman mengirimkan sms. nasibnya baik saya dalam mood yang ok untuk membalas.

antara isinya:
"kamu anti poligami?"
"jadi kamu rela dimadu?"
"kenapa?"
"kamu kuat cemburu?"
"cuma mahu faham hati perempuan. esok hari wanita sedunia. ramai perempuan merungut lelaki tak cuba fahami hati mereka. maka saya berusaha"


antara balas saya:
[tidak, saya bukan ahli sisters in islam]
[kalau dulu, laju saja saya menjawab: rela. tapi sekarang, tergantung keadaan. mungkin] bahagaian ini saya lupa apa saya reply. sudah delete pula.
[being a lady, being me]
[tak. dan tak pasti. kemungkinan besar, tak. and where are we heading with all this?]
[that's so sweet of you. tolong bagitahu sekalian perempuan,fahami mahu dan perlu sendiri sebelum mahu difahami lelaki. fair enough kot. kamu nak kawen ke ni?]

some text may be omitted. dan kalau kamu yang berkirim sms sama saya ini tidak gemar ini ditulis di sini, khabarkan saja ya! saya padam! insya Allah.

dan saya sedar, dia sudah trigger perkara yang sudah saya simpan di dalam kotak dan buang jauh. dan jawapan saya pada dia adalah jawapan yang sekadar di jari, dan lebih kepada saya untuk difikirkan.

ah! i hate you for letting me into all this. again. well, cuma tak perlu fikirlah kan?. perlu risau iman dan amal, fikir dan zikir. bukan sibuk hal hati dan perasaan.

“You are, after all, what you think. Your emotions are the slaves to your thoughts, and you are the slave to your emotions.”-eat, pray, love. (Elizabeth Gilbert)






3.
ada tiga saat indah menjadi perempuan yang tak akan dirasakan oleh lelaki:

pertama, saat datang haid setiap 28 hari, (jika mengikut ketepatan kitaran)
kedua, saat membawa satu (atau mungkin dua!) nyawa di dalam rahim sendiri selama sembilan bulan
ketiga, saat melahirkan.

(tentulah saya belum pernah mengalami dua yang akhir. semoga nanti, aminn.)

tentang saat terindah kita setiap bulan. saat Allah merehatkan kita buat memendam rindu dan cinta pada Dia. saat kita memandang mushaf dengan mata berkaca. saat kita membasuh telekung dengan rasa paling hiba.

moments where we blame it all on PMS.

dengan segala sakit senggugut
dengan segala mahu yang separa pelik (aiskrim di awal pagi, atau di tengah malam!)
dengan segala kejang kaki, sakit pinggang, loya-pening-nak pengsan
dan keadaan jiwa yang hampir bagai tiada perasaan, atau dilimpahi segala rasa yang mungkin ada sepanjang kewujudan.
dan waktu itulah air mata bertandang entah dari mana selalunya!


aduhai, indahnya Tuhan mengaturkan.

oh, kamu tahu kan doa datang haid? sebentar, aishah carikan kalau ada.






(saya ambil dari sini)


insya Allah boleh kita amalkan ya? dan wudhu, jangan ditinggal saat haid. sucikan hati selalu. buat dilindung dari segala yang bukan-bukan.

bila hujungnya tiba, berlarilah kita mencapai sejadah dan telekung. mencapai naskah quran yang merindu. kita hamburkan segala cinta. kita luahkan betapa seksa merindu, dahi mengucup lantai.






4.
saya sudah beli! tempoh hari berjalan-jalan sama Kak Taheera, katanya abang amat belikan buki Jamie Oliver untuk Kak T. saya, beli buku hidangan kanak-kanak pun sudah cukup baik rasanya.





boleh tiru Julie & Julia: cabaran masak resepi kanak-kanak dalam masa 30 hari?

awak, tidak pandai memasak does not make me less of a woman.
bukan kepandaian memasak yang menjadikan saya perempuan kan?



5.
tak ada lagi.
lebih banyak ditulis, lebih banyak yang kita tak mengerti sebenarnya.




Ma voi lo vorrete solo se lo vorrà Allah, il Signore dei mondi.

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

(surah At-Takwir. ayat 29)






________________________________________________________________________________


dan bayangkan,
selesai saya menulis ini pun...hujan masih belum berhenti.
kalau hujan itu bagai perempuan,
kali ini adalah yang paling pandai memujuk dan menggoda.


saya kalah!





Aishah Nur Hakim,
pernah bercita-cita mahu jadi angkasawan.
tapi saya memang di bumi.





.

13 comments:

sapphire said...

aishah.... T__T

Aishah Nur Hakim said...

oh cik nilam!


saya sayang kamu, walau apa pun yang kamu buat!

hehe.

plis dong. tenang ya di ofis!

:)

Anonymous said...

Akak duduk paroi? saya duduk di Bandar Enstek, dekat dengan KLIA dan Nilai.

Wah, dekat tuh.

Heh, suka quote: 'kita semua asalnya dari syurga dan mahu kembali ke sana'

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

tagline produk kosmetik :

kerana dirimu begitu berharga

:P

fatinmarini said...

jazakillah kheir untuk setiap tulisan yang membuat saya lebih mengenali diri sendiri. :)

Akhyar said...

ceh,buat saya terasa pompuan menghorgai perempuan lebih dar biasa. hek.

Akhyar said...

ceh,buat saya terasa pompuan menghorgai perempuan lebih dar biasa. hek.

Anonymous said...

wuduk tidak dibenarkan sama sekali semasa period.
ustazah saya kata haram
coz kita dlm keadaan istimewa msa tu, oleh itu sama sekali tak leh berwuduk...

wallahu a'alam....

Anonymous said...

khilaf sebenarnye



2) Diharamkan wanita yang didatangi Haid/Nifas berwuduk jika bertujuan untuk mengangkat hadas dalam keadaan dia mengetahui tidak sah wuduknya, ini kerana dia bermain-main dengan hukum.

3) Jika tujuan berwuduk atau mandi junub dengan tujuan membersihkan diri atau menyejukkan badan atau apa-apa saja niat yang tidak melanggar syarie, maka tidak menjadi masalah. Ini pendapat yang dipegang oleh Auzaie, Malik, Thauri dan Abu Thaur.

4) Wajar mempertahankan pendapat salaf soleh agar berterusan dengan mengambil waktu solat tersebut dengan berwuduk dan berzikir agar kebiasaan itu tidak dilupakan.

5) Para wanita banyak yang dirasuk jin dan menjadi lemah kerana mengabaikan ibadat di waktu uzur. Keuzuran bukan alasan untuk meninggalkan semua ibadat kerana meninggalkan solat pada waktu uzur juga merupakan satu ibadat. Perbanyakan zikir dan wirid pada waktu uzur sebagai menampung kekurangan ibadat di waktu ini.

6) Tidak menjadi kesalahan untuk berwuduk sebelum tidur atau pada ketika marah walaupun dalam keadaan uzur.

Hadis diriwayatkan oleh Muslim daripada Aisyah;

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَ جُنُبٌ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ

Maksudnya: Baginda Nabi apabila ingin tidur di dalam keadaan beliau berjunub, baginda akan berwuduk seperti hendak melaksanakan solat sebelum masuk tidur.


wallahu alam

Anonymous said...

jadi tak salah berwudhu pun.

Aishah Nur Hakim said...

syazwan,

wah jumpa orang kampung!

tahu kamu belajar di INTI sekarang, tak tahu pulak kamu tinggal di enstek. zaman sebelum highway LEKAS siap, itulah laluan akak ke kelas dan ke KLIA.


kamu tahu kedai makan aunty aini's?

awal sangat ke nak cakap: "jemputlah datang beraya di rumah!"

:)


ya, bacalah buku men are from mars tu.

Aishah Nur Hakim said...

SEFA,
cuba teka...produk apa?

cumanya kalau berharga perlu ditutup kot? heee.



marini,
terima kasih kerana membaca awak!

alahai. segan.



Zul,
menghorgai tu apaa?
heee.

antara perkara pertama yang diajar oleh buku2 motivasi/ self help: adalah mencintai diri sendiri.




anonymous 1, 2, 3.
alahai. bincang bab hukum, feqah, janganlah anonymous.
macam mana saya nak tanya soalan banyak2?

nampaknya kena call ustazah saya. huu~

ijtihad
dan taqlid
berbeza
tak boleh membuta

alahai maaaflah.



.

Anonymous said...

pastu cane ni? bleh amik wuduk ke x time period?

niat mcm mane yang membuatkan amik wuduk time period tu salah?
tolong! tolong! tolong jelas kan hehe


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed