Friday, March 18, 2011

jangan makan aiskrim waktu malam


sudah dua hari tidak rasa seperti mahu bersosial. duduk diam di bilik. kurang bercakap. tidak senyum.

sebenarnya semalam aishah cabut gigi. (akhirnya) selepas sekian lama menanggung sakit. angah kesayangan awa ke klinik kesihatan. klinik ni, tak lama pun tunggu, nurse sangat mesra dan baik. daftar bayar seringgit, cabut gigi bayar seringgit. Allah saja yang tahu berapa banyak kali umi nag untuk pergi klinik setiap kali aishah mengadu sakit gigi.

dulu pernah tulis yang aishah sangat suka ke klinik kerajaan, klinik kesihatan ampangan. tapi semua entry lama sudah disimpan. aishah ada minat sorang doktor ni, perempuan muda, chinese. alhamdulillah setiap kali ke sana, dapat dengan doktor ni. but i don't even know her name (yet).

kisahnya, aishah tak pernah dapat tengok muka doktor ni. setiap kali jumpa, doktor pakai mask. dan tak pernah sempat tengok beliau bukak. aishah teka je yang mukanya comel. sebab doktor ni sangat baik dan peramah. bila aishah terjerit, dia yang minta maaf. bila cakap belum sarapan, beliau suruh pergi sarapan dulu, takut aishah lapar lepas cabut gigi. baik kann?

aishah geram...tak dapat tengok muka dia. how ironic!

_______________________________________________________________________________________

hebat Allah,
dengan gigi sebatang, yang kita buat kunyah makanan, yang kita aishah berus kasar-kasar setiap hari, Allah boleh bagi sakit yang amat sangat.

pagi yang aishah buat keputusan untuk pergi klinik akhirnya, sebelum tu aishah mimpi. mimpi sakit gigi. lepas tu dalam mimpi tu, cabut gigi satu...tertanggal semua. bangun tidur, gelak sambil nangis. sudahla gigi lain semua tercabut waktu berkumuh. memang mimpi tu boleh menang mimpi paling menakutkan kebabom lah.

gigi aishah tak cantik. macam piano.
serius.
ok, taklah teruk sangat.
alhamdulillah ada gigi.

Allah jadikan sebaik-baik kejadian.

beruntung jadi orang beriman, setiap sakit, diangkat dosa.
setiap derita bawa bahagia.

___________________________________________________________________________________



baiklah, aishah tidur sekarang.
tak mungkin dibius dari semalam sampai sekarang masih merapu cakap aishah?
tengah nervous memang macam ni (kot)

aishah sukaaaaaaa bius!
story of my life.


oh, gambar tu. dari dulu nak amik. lepastu lupa dan takde kamera kat tangan. henfon selalu tinggal. ni angah tolong snap. jangan lupa berus gigi ya awan-kawan. dan jangan pakai lipstick ke klinik gigi~


angah,
aileviyu.
terima kasih teman aishah pergi klinik. and please stop telling others that i cried.






p/s: awak, ada apa dengan cinta?





.

11 comments:

Infiru said...

Assalamaualaikum..ukhti aishah, semoga cepat sembuh ya :) senyum2.. hee~

HLiza said...

Tak kena tunggu giliran lama2? Akak tak berani pergi klinik gigi kerajaan sebab fobia knlinik kerajaan sesak..

pakurawan said...

yes, banyak kesalahan ejaan.

sampai malas nak tulis satu satu.

Mrs Poyo said...

Ceq makan aiskrim malam2..jadi ceq pun makin gumuk..
hahahahhaha

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

ho ho ho, rasanya last time saya gi klinik gigi masa sekolah rendah kot, lepas tu sakit gigi semua cabut sendiri, nikmatlah cabut gigi sendiri ni, ader thrill, darah2 keluar semua, ha ha ha ha ha.....

Bijen M. said...

Tips gigi sihat.

Bangun pagi gosok gigi guna Kodomo Lion.
Gigi bersih sihat kuat dengan Kodomo Lion.
(Nyanyi dengan girang)

Akhyar said...

gigi susu ke gigi kekal?

kalo kekal,msti jd piano x ckp butang. eh,betul ke butang? lantaklah.

Pisey said...

haha. mimpi macam tu pernah kena jugak. bukan sekali dua rasanya. yang gigi semua tercabut bila kumur kat sinki. takut.

Aishah Nur Hakim said...

waalaikumussalam syafiqah
:)

alhamdulillah, sihat je ni. awak pun ye. jaga diri, iman, hati di sana.

bawa pulang cinta !




kak nani,
serius saya sayang seremban. sebab kliniknya tak sesak. ipoh ramai orang kot?

haha, dari sulu akka tak suka klinik kerajaan
:)




shafiq,
alala.
ini pun dah edit banyak kali. orang tengah sakit gigi takpelaaaa.

gambala :p
tak payah nak eksyen sangatlah oke.






mira,
hang tak gemuk, hang kiyut. tu pasal encik bachok sayang!





sefa,
cabut gigi pastu berdarah bagi kambing minum darah ek? ok imaginasi terlampau.

janganlah metal sangat, seram ok.





bijen,

bukan tipsnya gosok gigi guna kayu sugi ke tuan?
:P

nyanyilah lagi! macam barney!





zul,
nasib baiklah akak sayang korang. kalau tak...

pukul kang! apa piano2...

gigi ni namanya gigi teh o ais, sebab tak suka susu.





pisey,
kalau banyak kali sangat tu tandanya ada orang nak masuk meminang.
siap2lah awak ye!

Bijen M. said...

Aaa.
Yelah yelah silap.

Izismarvel93 said...

The best advice is... tak boleh berus kasar2 dan pilih berus lembut sebab berus kasar akan menyebabkan gigi sensitif dan merosakkan kualiti gum....ok...smile and confidence!


perempuan

hatinya tertinggal pesawat

bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

By Gibran

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.



.

bukan semua soalan ada jawapan kan?

awak tak follow bukan sebab awak tak sayang, kan?

FEEDJIT Live Traffic Feed